Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

FIRMA SEBAGAI PENGELUAR

Pengertian Firma
  • Firma merupakan satu organisasi yang merancang bagaimana sumber-sumber pengeluaran (input) yang terhad digunakan untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan (output).
Balik Ke Atas

Fungsi dan Matlamat Firma

  • Mengenalpasti apakah barang dan perkhidmatan yang hendak dikeluarkan.
  • Mengenalpasti sumber-sumber pengeluaran.
  • Mengenalpasti apakah teknik-teknik pengeluaran.
  • Mengenalpasti apakah skala pengeluaran.
Balik Ke Atas
Konsep Penawaran (SS)
Definisi Penawaran
  • Kuantiti sesuatu barang atau perjhidmatan yang sanggup dan mampu ditawarkan oleh pengeluar pada satu tigkat harga tertentu dan dalam tempoh masa tertentu.

Hukum Penawaran
  • Dengan andaian ceteris paribus, bila harga meningkat, kuantiti ditawar akan meningkat. Bila harga jatuh, kuantiti ditawar akan menurun

Faktor yang Mempengaruhi Penawaran
  1. Harga barang itu sendiri.
  2. Perubahan teknologi pengeluaran.
  3. Perubahan harga faktor pengeluaran.
  4. Perubahan harga barang lain.
  5. Jangkaan harga.
  6. Perubahan musim.
  7. Matlamat pengeluar.
  8. Dasar kerajaan.
Balik Ke Atas
Keanjalan Penawaran Harga
Definisi
  • peratus perubahan kuantiti barang yang ditawarkan kesan daripada peratus perubahan harga barang itu
Jenis-Jenis Keanjalan
1. Anjal
  • peratus perubahan kuantiti barang yang ditawwarkan lebih besar daripada perubahan harga
  • nilai keanjalan lebih besar daripada satu tetapi kurang daripada infiniti
  • keluk penawaran landai
2. Tidak Anjal
  • peratus perubahan kuantiti yang ditawar lebih kecil daripada peratus perubahan harga
  • nilai keanjalan kurang daripada 1 tetapi lebih besar daripada kosong
  • keluk penawaran adalah curam
3. Anjal Satu
  • peratus perubahan kuantiti yang ditawar sama dengan peratus perubahan harga
  • nilai keanjalan sama dengan satu
  • keluk penawaran bermula daripada titik asalan
Balik Ke Atas

Copyright © 2000 Sarayo_Webmaster
Last Updated : Friday, July 21, 2000 02:14:58 PM