Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Panduan Membina

Laman Web

Membuat Jalinan (Links)

Katakan anda mempunyai dua dokumen HTML yang anda namakan sebagai page1 dan page2. Anda bukan sahaja boleh boleh melompat daripada page1 ke page1 dengan adanya jalinan (links)malah anda juga boleh melompat ke Laman Web yang lain.

Membuat jalinan adalah perkara yang sangat mudah dan ringkas. Jalinan ini akan membawa anda ke Laman Web Universiti Kebangsaan Malaysia

Mulakan dengan ini....
<BODY BGCOLOR="#FFFFFF">
Selamat Datang Ke Universiti Kebangsaan Malaysia
</
BODY>

Selamat Datang Ke Universiti Kebangsaan Malaysia

Kemudian tambah sepasang label <A>XXX</A>

<BODY BGCOLOR="#FFFFFF">
Selamat Datang Ke <A>Universiti Kebangsaan MalaysiA</A>
</BODY>

Selamat Datang Ke Universiti Kebangsaan Malaysia

Tambahkan URL dan Jalinan (link) anda akan siap. URL bererti Universal Resource Locator. URL hanyalah satu alamat seperti http://www.ukm.my

<BODY BGCOLOR="#FFFFFF">
Selamat Datang Ke
<A HREF="http://www.ukm.my">Universiti Kebangsaan Malaysia</A>
</BODY>

Selamat Datang Ke Universiti Kebangsaan Malaysia

 

Sumber Lengkap HTML


Anda juga boleh membuat jalinan untuk email dengan cara yang sama. Anda cuma perlu menggunakan alamat email sebagai ganti alamat Laman Web.

<BODY BGCOLOR="#FFFFFF">
Hantar Email Kepada <A HREF="mailto:midlee@rocketmail.com">Adul!</A>
</BODY>

Hantar Email Kepada Adul!

 

Sumber Lengkap HTML

<<Bina Laman 7 /// Bina Laman 9>>