Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Panduan Membina

Laman Web

Bermain Dengan Huruf (Font)


 

Laman Web Pertama Saya

Ini merupakan paparan dokumen HTML yang anda bina sebelum ini. Anda boleh buat banyak perubahan dalam dokumen ini mengikut kehendak anda. Anda bukan sahaja boleh menggunakan jenis huruf yang lain tetapi juga boleh memilh saiz dan warna huruf yang dikehendaki.

 

Menukar Saiz Huruf (Font)
Anda ingin mengubah saiz huruf yang lebih besar? Atau huruf lebih kecil?? Anda ada banyak pilihan contohnya seperti ini LAMAN WEB SAYA

Apa yang anda perlu buat ialah menambah label <FONT>

<BODY BGCOLOR="#FFFFFF">
Laman Web Pertama <FONT>Saya</FONT>
<BODY>

Kemudian tentukan SIZE yang anda kehendaki.

<BODY BGCOLOR="#FFFFFF">
Laman Web Pertana <FONT SIZE="6">Saya </FONT>
</BODY>

Laman Web Pertama Saya

 

Sumber Lengkap HTML

Terdapat 7 Saiz Huruf

Saiz Huruf Contoh
Saiz 1 ADUL
Saiz 2 ADUL
Saiz 3 ADUL
Saiz 4 ADUL
Saiz 5 ADUL
Saiz 6 ADUL
Saiz 7 ADUL

 

Menukar Nama Huruf (Font Face)

Jika anda tidak suka dengan jenis huruf yang saya gunakan di sini, anda berhak untuk memilih jenis huruf kesukaan anda. Malah anda mempunyai pilihan huruf yang sangat banyak. Terdapat lebih daripada 30 jenis huruf yang anda boleh gunakan untuk membina sesebuah laman web.

<BODY BGCOLOR="#FFFFFF">
Laman Web Pertama
<FONT FACE=" COMIC SANS MS"> Saya</FONT>
</BODY>

Laman Web Pertama Saya

 

Sumber Lengkap HTML

 

Jenis-Jenis Huruf Yang Anda boleh Gunakan

Arial Arial Black Arial Narrow
Book Antiqua Bookman Old Style Century Gothic
Comic Sans MS Courier Courier New
Fixedsys Garamond Heettenschweiler
Impact Lucida Console MS Sans Serif
MS Serif Monotype Corsiva System
Trebuchet MS Verdana Times New Roman

 

Menukar Warna Huruf (Font Color)

Jika anda tidak kisah tentang warna, teks anda akan berwarna hitam (default color). Tetapi jika anda inginkan kelainan, anda boleh menukar warna teks mengikut kehendak anda. Anda boleh menggunakan warna merah, biru, ungu, hijau dan banyak lagi. Malah terdapat 216 warna yang anda boleh pilih.
Klik untuk melihat 216 warna Netscape

CONTOH
<BODY BGCOLOR="#FFFFFF">
Laman Web Pertama
<FONT COLOR="#FF0000">Saya</FONT>
</BODY>

Laman Web Pertama Saya

Anda juga boleh menukar nama huruf, saiz huruf dan warna.

<BODY BGCOLOR="#FFFFFF">
Laman Web Pertama
<FONT COLOR="#FF0000" FACE="ARIAL" SIZE="7">Saya</FONT>
</BODY>

Laman Web Pertama Saya

Malah anda juga boleh membuat Garisan, Italic, dan Bold di samping nama, saiz dan warna huruf...

<BODY BGCOLOR="#FFFFFF">
Laman Web Pertama
<U><I><B><FONT COLOR="#FF0000" FACE="ARIAL" SIZE="7">Saya</FONT></B></I></U>
</BODY>

Laman Web Pertama Saya

<<Bina Laman 4 /// Bina Laman 6>>