Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

BELANJAWAN DAN DASAR EKONOMI NEGARA

Definisi
  • Satu penyata anggaran belanjawan kewangan kerajaan untuk menunjukkan jumlah hasil dan jumlah perbelanjaannya pada satu tahun kewangan akan datang.
Jenis-Jenis Belanjawan Negara
Belanjawan Seimbang
  • jumlah pendapatan kerajaan sama dengan jumlah perbelanjaannya
Belanjawan Defisit (kurangan)
  • jumlah perbelanjaan kerajaan melebihi jumlah pendapatannya
Belanjawan Lebihan
  • jumlah pendapatan kerajaan melebihi jumlah perbelanjaannya.
Sumber Hasil Kerajaan
Hasil Cukai
Cukai Langsung
  • cukai yang tidak boleh dipindah beban oleh pembayar cukai kepada orang lain
Contoh Cukai Langsung
  • cukai pendapatan syarikat
  • cukai pendapatan perseorangan
  • cukai pendapatan petroleum
  • cukai harta pusaka
  • cukai pembangunan
  • cukai keuntungan harta tanah
Cukai Tidak Langsung
  • cukai yang bebannya boleh dipindahkan kepada orang lain
Contoh Cukai Tidak Langsung
  • duti import dan eksport
  • cukai eksais
  • cukai jualan
  • cukai perkhidmatan
  • cukai perjudian
Hasil bukan Cukai
  • bayaran permit kenderaan, cukai jalan, denda, bayaran perkhidmatan
  • royalti petroleum dan gas
  • sewa daripada harta benda yang dimiliki kerajaan
Tujuan Cukai
  • memperolehi hasil
  • merapatkan jurang perbezaan pendapatan
  • melindungi industri muda
  • mengurangkan permintaan terhadap barangan tertentu
Perbelanjaan Kerajaan
Perbelanjaan Pengurus
Perbelanjaan Pembangunan
Hutang Negara
  • pinjaman kerajaan dari sumber dalam negeri dan luar negeri
Pinjaman Dalam Negeri
Pinjaman Luar Negeri
Tujuan Belanjawan Negara
  • menstabilkan ekonomi
  • membangunkan ekonomi
  • membaiki imbangan pembayaran
  • merapatkan jurang pendapatan
  • menggalakkan tabungan dan pelaburan
Dasar Ekonomi Negara

Balik Ke Atas