![]() Muka Utama Pengenalan Ahli Guru Sekolah Album Berita Buku Tamu Jaringan Pi3 |
Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah (SIS) merupakan Sekolah Menengah Agama pertama yang bercorak asrama penuh di bawah kelolaan Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perak. SIS didirikan pada tahun 1959 dan telah dirasmikan Oleh Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah (Ayahanda kepada Sultan Perak sekarang, Sultan Azlan Shah). Sekolah Ini terletak di Jalan Harimau yang kini telah bertukar namanya kepada Jalan Sultan Azlan Shah di atas tapak seluas 7.29 hektar yang juga berhampiran dengan SM Teknik Persiaran Brash, STAR, RTM Ipoh, Politeknik Ungku Omar Ipoh, Muzium Geologi Ipoh dan berhadapan dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Ipoh.
Usaha-usaha untuk menubuhkan SIS ini telah dilakukan oleh Allahyarham Tan Sri Ghazali Bin Jawi yang pada ketika itu menjadi Menteri Besar Perak yang pertama selepas merdeka. Beliau dianggap sebagai pengasas sekolah ini, telah berjaya menarik perhaatian Kerajaan Negeri Perak sehingga berjaya ditubuhkan. Pada peringkat permulaan (1959), SIS telah memulakan sesi pengajiannya dengan sejumlah 80 orang putera sulungnya dari sekolah-sekolah kebangsaan seluruh Negeri Perak. Mereka ditempatkan di bangunan pertama yang didirikan (kini dikenali sebagai Blok C). Tingkat atas bangunan digunakan sebagai asrama pelajar, sementara tingkat bawah sebagai kelas dan bilik makan. Kini SIS mempunyai ramai pelajar dari tingkatan 1 hingga 6 dan memiliki berbagai-bagai jenis kemudahan seperti dewan, musalla, beberapa bangunan kelas, asrama, kantin, dewan makan, perpustakaan, makmal, bengkel, bilik komputer, padang dan lain-lain kemudahan. SIS juga telah melahirkan ramai tokoh-tokoh ternama.
|
|||||||||||||||||||||||||
© Hakcipta
Terpelihara Ahmad Kamil b Zailani b Bauk b Abd. Rahman ® - 1999
kamilz@melayu.net
http://kamilz.hypermart.net