| Vitamin Larut Lemak
Vitamin yang tergolong dalam kumpulan ini terdiri daripada vitamin A,
D, E dan K yang penyerapannya oleh sistem tubuh ada hubungkait dengan
lelemak. Vitamin ini boleh disimpan dalam lemak dan tidak perlu diambil
setiap hari. Penyakit-penyakit seperti psirosis biliari, kolesistitis dan
celiac yang menghalang penyerapan lipid oleh sistem badan menyebabkan
seseorang itu mengalami kekurangan vitamin larut lemak ini. Begitu juga
pesakit yang sedang menjalani rawatan atau mengambil dadah yang menghalang
penyerapan lelemak seperti kolestiramin dan minyak mineral akan mengalami
kekurangan sekurang-kurangnya salah satu daripada vitamin-vitamin larut
lemak ini.
| Vitamin/Mineral |
Sumber |
Peranan Pada Tubuh |
Kesan kekurangan dan lebihan Dos |
| Vitamin A |
Hati, susu yang diperkaya. |
Vitamin perlu untuk mata, kulit dan
mengatur fungsi sistem imunisasi. Juga membantu dalam pemeliharaan
rambut, gigi dan tulang. |
Kekurangan: Boleh menyebabkan seseorang itu mengalami rabun malam,
kurang pertumbuhan rambut pada kanak-kanak, hilang selera makan,
kulit yang kering dan kasar, kurang daya ketahanan pada jangkitan
dan mata yang kering.
Lebih dos: Bila di
ambil berlebihan pula vitamin ini boleh menyebabkan seseorang itu
mengalami sakit kepala, pandangan yang kabur, pitam, cirit birit,
menstfruasi yang tidak tetap, kesakitan pada sendi dan tulang, kulit
yang kering dan merekah, radang pada kulit, rambut gugur,
muntah-muntah dan kegagalan hati. |
| Beta karoten |
Lobak merah, brokoli, makanan berdaun
hijau. |
Vitamin diperlukan oleh tubuh sebagai antioksidan
dan ditukarkan menjadi vitamin A dalam tubuh. |
- |
| Vitamin D |
Kuning telur, susu dan juga pendedahan
tubuh pada cahaya matahari boleh menghasilkan vitamin D. |
Membantu membina dan menjaga kesihatan
gigi serta tulang. Selain turut meningkatkan kadar penyerapan
kalsium dalam badan. |
Kekurangan: Kekurangan vitamin ini pada tubuh boleh menyebabkan
penyakit rikets pada kanak-kanak, tulang yang lembut pada orang
dewasa dan juga osteoporosi.
Lebih Dos: Pengambilan
secara berlebihan boleh menyebabkan seseorang itu mengalami
pengumpulan kalsium pada organ tubuh, tulang rapuh dan kerosakan
pada sistem renal dan kardiovaskular. |
| Vitamin E |
Minyak jagung atau biji kapas, mentega,
beras perang, minyak kacang soya, minyak sayuran lain seperti minyak
kacang dan sebagainya. |
Mengandungi antioksidan. Membantu
membina sel darah merah, otot-otot dan tisu tubuh. Menyimpan asid
berlemak. Antioksidan juga boleh mengurangkan risiko sesetengah
kanser. |
Kekurangan: Kekurangan vitamin ini jarang berlaku tetapi membabitkan
kelahiran tidak cukup bulan, bayi tidak cukup berat atau kanak-kanak
yang sistem tubuhnya tidak menyerap bahan berlemak dengan sempurna.
Juga menyebabkan kecacatan sistem saraf. |
| Vitamin K |
Sayur-sayuran hijau, hati dan juga hasil
keluaran bakteria usus. |
Diperlukan oleh tubuh untuk pembekuan
darah secara normal. |
Kekurangan: Boleh
menyebabkan masalah pembekuan darah yang tidak normal atau
pendarahan.
Lebih dos: Boleh
menyebabkan jaundis pada
bayi. |
Mineral
Mineral atau zat bahan galian serta sering dieksploitasi dalam
pemasaran bahan suplemen makanan. Kesan daripada kekurangannya pada tubuh
manausia menjadi isu semasa, manakala kesan positif pada haiwan ujian
(yang pada hakikatnya hanya sedikit berlaku pada manusia)
diperbesar-besarkan.
Berbeza dengan vitamin, kandungan mineral pada tubuh berbeza-beza
bergantung kepada komposisi tanah kawasan tanaman yang menentukan jenis
mineral yang terdapat pada haiwan ternakan yang meragut tanaman ini.
Selain itu, pengambilan mineral juga berbeza-beza dari satu tempat. Jumlah
pengambilan mineral yang sesuai pada manusia masih lagi tidak dapat
ditentukan dengan tepat. Pengambilan sesuatu mineral dalam dos yang tinggi
dapat menyebabkan penurunan keperolehan mineral-mineral lain termasuk juga
sesetengah vitamin.
| Vitamin/Mineral |
Sumber |
Peranan Pada Tubuh |
Kesan kekurangan dan lebihan Dos |
| Kalsium |
Susu, dadih, keju, sardin, brokoli dan
daun lobak putih. |
Membantu membina tulang dan gigi yang
kuat. Mengingkatkan fungsi otot dan saraf. Membantu darah membeku.
Menggiatkan enzim-enzim yang diperlukan tubuh untuk menukarkan
makanan kepada tenaga. |
Kekurangan: Riket (sejenis penyakit tulang) pada kanak-kanak,
osteomalasia (tulang lembut) dan osteoporosis pada orang
dewasa.
Lebih dos: Mengalami
sembelit, karang, ginjal, pengumpulan kalsium pada tisu-tisu badan.
Menghalang penyerapan zat besi dan mineral-mineral
lain. |
| Fosforus |
Dada ayam, susu, kekacang, kuning telur
dan keju. |
Ia bergantung dengan kalsium dalam
pembinaan tulang dan gigi yang sihat. Diperlukan untuk metabolisme,
kimia tubuh, fungsi saraf dan otot. |
Kekurangan: Walaupun
jarang berlaku, ia dapat menyebabkan seseorang itu mengalami
lemah-lemah tubuh, sakit tulang dan kurang selera makan.
Lebih dos: Menghalang
penyerapan kalsium oleh sistem tubuh. |
| Magnesium |
Ayam, daging lembu, sayur-sayuran hijau,
brokoli, bertih jagung, biji janggus dan gandum. |
Menjana enzim yang diperlukan untuk
mengeluarkan tenaga dalam tubuh. Diperlukan oleh tubuh dalam
pembentukan bahan genetik dan pertumbuhan tulang. |
Kekurangan: Loya, bengkeng, lemah-lemah otot, kekejangan dan masalah
jantung.
Lebih Dos: Loya,
muntah-muntah, tekanan darah rendah, gangguan sistem saraf.
Amaran: Lebih dos
dapat membawa maut pada mereka yang menghidap penyakit
ginjal. |
| Kalium |
Kacang tanah, pisang, jus oren, kacang
hijau, cendawan, brokoli dan biji bunga matahari. |
Membantu mengekalkan keseimbangan cecair
badan dan amat diperlukan oleh fungsi saraf dan otot. |
Kekurangan: Loya,
kurang selera makan, lemah-lemah otot dan rasa tidak selesa
terutamanya bagi mereka yagn mengalami cirit-birit. Jarang terdapat
kes lebih dos dalam mineral ini. |
| Vitamin K |
Sayur-sayuran hijau, hati dan juga hasil
keluaran bakteria usus. |
Diperlukan oleh tubuh untuk pembekuan
darah secara normal. |
Kekurangan: Boleh
menyebabkan masalah pembekuan darah yang tidak normal atau
pendarahan.
Lebih dos: Boleh
menyebabkan jaundis pada
bayi. |
|