Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!









 

 

 

 

 

JENIS POHON ANGGUR YANG DIPASARKAN

JENAMA

TEMPOH BERBUAH

WARNA MASAK

ISABELLA
7-9BULAN
MERAH TUA
ISABELLA MADU
7-9BULAN
MERAH TUA
I.A.C
7-9BULAN
HIJAU
WHITE MALAGA
7-9BULAN
HIJAU
CARDINAL
12-14BULAN
MERAH
BLACK MUSCAT
9-12BULAN
HITAM
THOMPSON
14-16BULAN
HIJAU KUNING
BLACK OPEL
9-12BULAN
HITAM BIRU
GREEN PERLIET
9-12BULAN
HIJAU
C.B.R
12-15BULAN
HITAM

Cara - Cara Menanam Pohon Anggur

Cara menguna tapak :
  • Tanah yang berpasir sesuai bagi tanaman anggur.
  • Gemburkan tanah dan korek lubang sedalam 11/2 kaki, lebar 2 kaki . Adalah lagi baik bagi tanah berbukit yang tidak air bertakung didalamnya. Masukan tanah yang telus air dicampurkan dengan sedikit baja kedalam lubang yang disediakan.
  • Bagi tanah rata atau berpaya tanaman berbatas amat digalakan bagi mengelakan akar pokok daripada terendam air.
  • Sekurang-kurangnya 1 kaki tinggi dan 1 1/2 kaki lebar batas diperlukan.
  • Saluran air amat penting supaya air tidak bertakung disekitar pokok.
  • Hindarkan menanam ditanah yang mengandungi garam (masin), tanah gersang atau tanah yang kurang penyerapan airnya.
  • Tanam secara pasu digalakan bagi kawasan perumahan.
  • Sinaran matahari amat perlu bagi penanaman anggur, sekurang-kurang 80% ke 100% sinaran matahari diperlukan.
  • Kawasan berbumbung yang telus sinaran matahari amat digalakan supaya mendapat tanaman yang sihat dan senang diawasi dari serangan penyakit.
  • Tanaman secara pasu pula, pasu yang berukuran 16-18 inci luas dan 14-18 inci dalam sudah mencukupi bagi setiap pohon anggur yang sihat dan menghasilkan buah yang bermutu.
  • Kaedah Penyiraman Pohon Anggur :

  • Penyiraman boleh dibuat apabila didapati tanah disekeliling pokok itu kering.
  • Penyiraman memerlukan air yang banyak, AWAS ! jangan bertakung.
  • Sebaik-baiknya penyiraman dibuat pada sebelah petang atau awal pagi.
  • Siram cara berhati-hati dengan siraman air yang perlahan.
  • Buat siraman pada pangkal pokok, daun tidak memerlukan air.
  • Kurangkan siraman semasa buah sedang masak atau 20 hari sebelum dipetik buahnya.
  • Kadar Pembajaan Pohon Anggur :

  • Baja organik amat sesuai bagi pokok muda.
  • Sebaiknya gunakan baja NPK yang sama pada pokok muda.
  • Tabur baja 1 kaki dari pangkal pokok, jikalau ditanam diatas tanah dan sedikit jauh dari batang jikalau didalam pasu.
  • Jarak yang terbaik sesuatu pembajaan ialah 7 - 10 hari.
  • Kurangkan angaran yang dicadangkan oleh pengeluar baja, gunakan 50% - 60% dari angaran yang sebenarnya.
  • Pemangkasan & Latihan


  • Permotongan hendaklah dibuat apabila pokok setinggi 5 kaki. Buang semua daun, ranting yang kurang sihat dan potong pucuknya.
  • Pastikan cabang merayap ikut arah yang dikehendaki .

  • Pemangkasan untuk Pembuahan


  • Tabur baja penggalak bunga 20 hari sebelum pemangkasan dibuat.
  • Buang semua daun dan potong cabang yang tidak dikehendaki.
  • Potong semua ranting yang kurang sihat dan potong ranting yang sihat sekadar 4 atau 5 mata tumbuh dari cabang.
  • Potong pucuk kira - kira 4 atau 5 kaki dari cabang.
  • Uruskan kerja dengan baik dan teratur .
  • Bersihkan dikawasan pokok dan buangkan daun-daun yang gugur disekitarnya .
  • Menambah Kemanisan Buah

  • Pendedahan pada cahaya matahari perlu dari 80%-100%.
  • Penyiraman haruslah dikurangkan atau dihentikan apabila buah hampir masak(30 hari sebelum buah di petik).
  • Tanam secara batas dan sistem pengairan yang baik dapat membantu mengelakkan air berlebihan dikawasan akar.
  • Merancang pembuahan pada musim panas.
  • Back | Contact

    Copyright © MD AKHIR
    All Rights Reserved. Images on this website may not be put as part of ANY collection without prior written permission.
    Graphics by MD AKHIR