Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

22 OKTOBER 2007

ASSALAMUALAIKUM...

SELAMAT HARI RAYA

MAAF ZAHIR BATIN

Dah begitu lama saya menyepi. Diari ini seolah-olah tak terusik. Hehehe... Dah berkali kali nak kembali aktif tetapi apakan daya kudrat tidak kesampaian. InsyaAllah saya akan cuba lagi update diari ini seperti dulu. Sebelum apa-apa kita mulakan dengan sedikit renungan bersama.

Puasa enam penghilang dosa

RASULULLAH SAW bersabda: “Sesiapa berpuasa Ramadan, kemudian diikuti puasa enam hari pada Syawal, nescaya seolah-olah dia berpuasa selama setahun.” (Riwayat Muslim)

Ini menunjukkan ‘puasa enam’ adalah amalan yang tinggi ganjarannya sehingga menjadi amalan Rasulullah SAW dan sahabatnya serta orang soleh.

Menerusi hadis lain yang dikeluarkan Al-Tabrani dengan sanadnya daripada Ibnu Umar ra, bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang berpuasa pada Ramadan dan diiringi dengan puasa enam hari pada Syawal, nescaya hilang segala dosanya seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya.”

Berpuasa enam hari adalah sebagai petanda betapa seseorang itu meningkat iman dan takwanya kepada Allah kerananya sehingga dia sanggup berlapar dan berdahaga, pada hal orang lain menikmati aneka makanan dan juadah serta minuman lazat, semata-mata kerana taat kepada perintah agama.

Melakukan puasa sunat enam hari pada Syawal sebaik-baiknya dimulakan pada hari kedua dan diikuti lima hari lagi secara berturut-turut.

Namun, jika tidak dapat, boleh dilakukan pada bila-bila masa asalkan masih di dalam Syawal dan boleh dengan tidak berturut-turut asalkan berjumlah enam hari.

Setengah ulama berpendapat, orang yang mempunyai hutang puasa Ramadan hendaklah ‘membayar’ terlebih dulu, kemudian baru dikerjakan sunat puasa enam.

Tidak mendapat sunat puasa enam jika ia juga diniatkan sebagai puasa qada.

Source: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Ekspresi/20071021074516/Article/indexv_html (22/10/2007)

Rangkuman Raya:

Raya Pertama

Selepas pulang beraya di kampung, saya terasa cukup meriah kerana buat pertama kalinya beraya di rumah keluarga Mertua di Pulau Pinang. Hari raya pertama dimulakan dengan Solat Hari Raya Aidilfitri di Masjid Baru Sungai Bakap. Kemudian sama-sama menziarahi kubur dan seterusnya ke rumah Mak Tok yang baru sahaja siap dibina sehari sebelum Syawal menjelma. Selalunya kena pi ke rumah Pak Su tetapi kali ni dah rumah Mak Tok dah ada depan rumah Pak Mertua, jadi kami sibuklah melayan tetamu.

Kemudian saya dan keluarga mertua bersama-sama menziarahi rumah sahabat handai di sekitar Sungai Bakap. Rumah Tok Njang dan Rumah Mak Teh serta rumah Tok Su. Tengah malam baru kembali ke rumah.

Raya Kedua

Hari ni beraya di rumah Pak Njang dan Pak Long. Kemudian waktu malam sama-sama BBQ di kawasan rumah mertua. Sedap! Ramai juga yang datang menziarahi Mak Tok, Pak Lang dll. Pak Cik Jamal dan Pak Tam memang tidoq kat rumah Mak Tok. Kali ni lengkap keluarga Pak Mertua saya dengan semuanya pulang beraya. Tahun depan, Bang Lang beraya di Klang, saya di Alor Setar dan Kakak di Pahang. Maybe tak meriah macam tahun ni. Bagi saya tetap meriah. Hehehe...

Raya Ketiga

Saya dan family mertua bergerak ke Padang Lumat Batu 16. Rumah Tok. Tak lama saya di sana sebab kena hantaq Mursyid ke rumah kawan dia di Taman Tunku Yaacob, Alor Setaq. Jadi kena gerak awal. Sampai alor setaq memang dah cun dah time tu tapi masalahnya ialah Saya terpaksa habiskan masa hampir 45 minit untuk jarak lebih kurang 2 kilometer. Adui jam teruk sangat. Tak pa lah... Kemudian terus balik rumah beraya dengan mak dan abah. Kat Sungai bakap panggil Mama dan abah. Hmmm... Seronok tengok keletah Syasya yang tak mau kat orang. Hehehe... Nak main dengan dia boleh tapi jangan dukung atau pegang dia. Hehehe...

Kemudian sambut keluarga mertua ziarah kami di Alor Setar sebelum saya bawak depa pi Bundle RM1 di gunung Keriang. Depa macam tak percaya yang harga cuma RM1 sehelai. Hehehe... Kemudian solat di Masjid berhampiran sebelum makan malam di warung dekat situ. Penuh 22 orang kat situ kami ja. Hehehe... Dah agak lewat tak sempat nak pi Open Day Tunku Faris. Esok pagi dia dah nak ke Terengganu memang tak sempat jumpa dia. Singgah Giant di Souq Al-Bukhary sekejap untuk beli makanan Syasya dan bila balik rumah Ariff dok beraya kat rumah. Lama tak jumpa dia.

Raya Keempat

Beraya di Kampung dengan Tok Wan dan keluarga Mak Njang, Pak Ngah, Pak su, Mak Cik di Pendang. Kemudian ziarah rumah keluarga Pak Long, Pak Teh dan Mak Cik tapi tak ada orang pun dan terus ke rumah Mat Pedu di Taman Aman. Last sekali rumah adik di Taman Ariff Jaya. Malam reunion Futsal PI Street. Lama tak main dengan Zam, Men, Datuk, Kie Gahfur, Latip dll. Gang Junior lawan gang Senior. Hehehe...

Nak join sesi minum minum tak boleh sebab Kie kerja esoknya tu, jadi terpaksalah jugak beralah dulu sebab saya pun tumpang Kie.

Raya Kelima

Saya cuma dok kat rumah menunggu tetamu. Pagi lagi Ida and Husband dah mai. Kemudian Mak Njang, Pak Cik dan Tok Wan pulak mai. Saya pulak ambil masa sikit untuk jumpa cqone, cqfour dan Zickeys di Taman PKNK. Bincang sikit-sikit pasal kelab. Kemudian layan tetamu dan hadiri kenduri Kahwin Angah, ex-perwaja UUM dulu. Lama tak jumpa dia. Tup-tup jumpa kat Maktab Perguruan Teknik, sebelah ja tempat kerja saya la ni. Lepas tu jumpa di Stadium. La ni dia mengajaq di Kapar, Klang.

Malam Kak Zie and Family mai ziarah.

Raya Keenam

Pagi tak kemana. Tengahari nak bertolak balik Sungai Bakap dah. Selepas bersalam dengan family, kami pi IPDA dulu jumpa kawan wife di sana. Kemudian singgah ke rumah Kak Teh di Tandop sebelum pi beli sup dan Laksa di SPU. Terpaksa singgah balik rumah sekejap sebab ada tertinggal barang pulak. Kemudian on the way balik Penang, singgah pula di rumah kawan wife di Kampung Bakar Bata, Bertam. Hmmm... Dulu waktu kerja kat Penang memang rajin meronda. Kawasan ni agak pening sikit bagi saya. Hehehe... Saya kena tengok peta balik, bagi mudah saya tangkap kawasan ni. Kemudian bila nak pi Sungai Kerdak, Syasya muntah la pulak. Terpaksa cancel. Sampai rumah pun dah dekat jam 8 malam. Abang Brahim and family mai beraya.

Raya Ketujuh

Agak meletihkan jugak sebab ada lagi yang nak dituju. Mula-mula pi rumah kawan wife, Kamalia di Taman Bersatu Nibong Tebal sebelum saya bergegas Solat Jumaat di Masjid Seberang Jaya. Lepas tu ziarah sahabat wife di Taman Belakang Masjid Seberang Jaya ni. dalam pukul 3 petang bergerak ke LongHwan, wife nak beli tudung sebelum bertolak ke rumah Ustad di Kulim. Sembang panjang dengan Ustad. Senang cari rumah Ustad sebab laluan tu memang laluan biasa saya ke Kulim dari Alor Setar dulu. Hehehe... Nak ke rumah Dino tapi Dino tak ada di rumah.  Tak sampai lagi saya ke Kulim Perdana. Hehehe... Dulu waktu bangunan di situ masih belum siap, rajin jugak saya pi menjenguk. Lepas tu saya tak lepaskan peluang pusing balik Bandar Kulim. Hehehe... Bandar penuh kenangan saya study dulu. Zaman membesar saya di situ. Sudah jauh berubah. Sudah begitu banyak nostalgia terpahat di sana. Tak habis-habis saya cerita kat wife saya tentang zaman study saya di Kulim dulu apatah lagi setelah lama saya tak jengah.

Untuk paparan aktiviti saya [sila klik di sini]

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][Arkib 2004][Arkib 2005][Arkib 2006][295][296][297][298][299]


(Sejak 06 April 2003)

Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2007
Provided by
Saiful Azrul Che Lah