Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

22 SEPTEMBER 2006

ASSALAMUALAIKUM...

SELAMAT BERPUASA!!!

Alhamdulillah tepat jam 4.34 Petang, Rabu 30 Ogos 2006 saya mendapat cahaya mata sulung, Syasya Hana di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Saya menemani isteri di bilik bersalin (Labor Room) dan ternyata pengalaman ini cukup menginsafkan. Sebab itu betapa mulianya diangkat darjat seorang ibu di dalam Islam. Sebab itu mengapa seorang ibu cukup mudah terasa. Betapa peritnya saat-saat kelahiran yang cukup azab bagi seorang insan bergelar wanita.

Alhamdulillah lahirnya seorang permata hati yang menjadi peneman kesunyian kehidupan kami. Alhamdulillah betapa besar syukur kepada Allah Tuhan segala alam yang menciptakan segalanya. Nak tengok anak saya? Boleh layari Laman Syasya Hana. Tinggalkan komen di situ...

Hari ni 28 Syaaban 1427H...

Saya nak mulakan dengan lirik lagu Raihan sama seperti mana yang saya coretkan dalam Catatan saya tahun lepas

Raihan

Harapan Ramadhan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Sumber: www.liriklagu.com

Moga maksud lirik itu mampu merubah diri yang hina ini menjadi lebih baik. InsyaAllah dan bersempena dengan kedatangan Ramadhan kali ini, saya juga ingin memohon jutaan maaf kepada sesiapa sahaja sekiranya ada perlakuan, perbuatan atau apa-apa saja yang berasal dari saya yang menyinggung hati anda. Maaf sekali lagi saya pinta.

Setelah begitu lama tidak menulis dan mencoret kata-kata hati atau menukil luahan rasa jiwa, saya rasa begitu elok saya kembali aktif menulis memandangkan saya sudah mendapat persekitaran yang lebih selesa kini. Cumanya taklah sekerap dulu. Kalau dulu boleh tulis tiap-tiap hari kali ni maybe dalam seminggu sekali atau dua sahaja disebabkan kesibukan tugas yang begitu menghimpit jiwa dan jasad.

Sebenarnya dalam tempoh saya pasif menulis cukup banyak peristiwa menarik yang telah berlaku. Mungkin sekiranya ada kesempatan akan saya coretkan buat tatapan semua. Saya juga ingin berterima kasih kepada semua yang masih menjenguk laman saya walaupun sudah begitu lama saya tidak menulis malah ada juga capaian dari luar negara. Carta ni saya ambik lebih kurang dua bulan lepas.

Hari ni bila saya semak ada juga capaian dari Arab Saudi, France, Egypt dll. Terima kasih atas sokongan anda semua!

Setakat ini dulu buat kali ni. Jumpa lagi di coretan akan datang. Selamat Berpuasa...

WASSALAM...
 

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][Arkib 2004][Arkib 2005][291]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Crimsonsky][Nana][Megat][Wawa Online][Islam selamanya][Airpool][Lalili][Ariep][Erniza][Shaukhi]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2005
Provided by
Saiful Azrul Che Lah