Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

04 JUN  2003

ASSALAMUALAIKUM...

PERSEKITARAN BOLEH PENGARUHI PERIBADI
Bahagian Akhir
(sambungan semalam)

Dengan kehebatan demikian,secara logiknya tidak mungkin dia tergelincir daripada ajaran Islam. Dengan latar belakang remaja al-Quran ini yang hidup dengan disiplin orang tua yang disegani di Senegal sejak turun temurun kerana terkenal dengan keluarga Huffaz, secara alamiahnya tidak mungkin  meninggalkan ajaran Islam.

Tetapi logik dan ilmiah di atas hanyalah sebuah teoti jika persekitaran dibiarkan bermaharajalela apatah lagi dengan berjauhan daripada kawalan keluarga. Contohnya, Ahmad sahabat saya itu.

 Selepas terlepas daripada kawalan keluarga dan hidup di persekitaran ramai pelajar Senegal yang tidak sihat di Kuwait akhirnya Ahmad bertemu dengan teori "cogotonya". D'Carte yang membawanya untuk melupakan dirinya mencapai suatu realiti . Dia lupakan Alfiah dan Maqamat. Dan dia ketepikan hafaz al-Qurannya. Dalam beberapabulan sahaja Ahmad sudah berubah 180 darjah. Ahmad pada waktu itu bukan lagi Ahmad ketika ia datang dulu. Ahmad sudah menjadi seperti orang barat yang hidup di Timur atau orang Timur yang berkehidupan ala Barat bahkan lebih teruk. Akhirnya dia gagal dalam pelajarannya.

Tetapi, selepas alam persekitarannya berubah lagi, kawan-kawannya banyak yang mencemuhnya. Dia pun sedar dan ingin kembali ke pangkal jalan. Dia kembali belajar di Religious Institute selepas meninggalkannya untuk belajar di Asma'i Secondary School for Boys kerana mengejar angan-angan "cogotanya". Dengan susah payah dia cuba memulihkan cedera akliahnya dan sampai 1990 kali terakhir kami bertemu di pameran buku tahunan Kuwait dia masih mencuba dengan menerima tawaran dari Kementerian Waqaf Kuwait untuk menjadi imam di salah sebuah masjid di Washington, merika selepas tamat Maktab Pendidikan.

 Dia begitu menyesal kerana tertipu oleh kembohongan memburu cita-cita kehidupan bebas yang dipengaruhi persekitarannya.Dia sangat menyesali dirinya kerana tak mengendahkan nasihat dan teguran keluarganya.

Untuk itu, ajakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Isnin lalu agar sekolah melanjutkan aktivitinya dan keluarga memperhebatkan kawalan dan arahannya pada musim cuti sekolah dengan program berfaedah mesti kita ambil kira dengan saksama agar tunas bangsa yang tidak terperangkap dalam gejala sosial yang semakin merunsingkan kita.

(Dipetik daripada Berita Harian Jumaat 15 November 1996 Oleh Abdulrrahman Haqqi Dalam Ruangan Iqra')

Sebenarnya artikel ini kalau diperhalusi, ia memang menggambarkan sesuatu yang cukup menakutkan jika kita hidup dalam persekitaran yang sentiasa menghimpit kita ke arah kemudaratan. Jadi, kita harus menjadi seperti ikan, walaupun hidup di dalam persekitaran yang masin (air laut) tetapi ia tetap tidak masin dan hanya akan menjadi masin selepas mati (diawet menjadi ikan masin/kering). Ketahanan diri itu sememangnya cukup penting. Kalau ada teman atau sahabat yang sentiasa mendorong, alangkah bahagianya dan saya dalam hal ini amat-amat berterima kasih kepada abah dan juga mak yang banyak memberi panduan, dorongan dan nasihat dalam hal ini. Alhamdulillah...

Selepas Solat Subuh buat pertama kali dalam masa dua bulan saya kembali berjogging. Hehehe... Itupun sebab badan dah mula naik balik dan persediaan untuk perlawanan bola esok, minggu depan dan pertandingan Badminton Tertutup Kedah dua minggu lagi. Hehehe... Nampaknya setiap Jumaat memang penuh dengan aktivitilah...

Hari ni umur saya ialah 22 tahun 364 hari. InsyaAllah esok saya akan celebrate my 23th birthday.

Cuma yang lawak tu ialah, tak sampai tarikh 06 Jun lagi dah ramai yang email saya mengucapkan selamat hari lahir. Terima kasih semuanya!

Kemudian macam biasa, selepas baca paper dan sarapan saya surf Internet dalam masa 5 minit dan semak apa yang patut. Lepas tu saya akan layari secara "offline". Jimat sikit kos Internet. Baca email 'offline' dan kemudian baru boleh compose panjang sikit.

Kemudian macam biasa just rehat dan rancangan awal nak balik kampung tapi masalahnya, motor adik saya, Shaukhi pakai dan terpaksalah tunggu dan lihat.

Lepas tu makn kenduri dekat belakang rumah dan kemudian just rehat dan main CM. Hehehe... Dah capai tahap world Class! Lepas tu sambung main bola. Menang 4-0 tapi injured pulak. Alhamdulillah still boleh jalan. Esok tak tahulah boleh main street soccer ke tak. Tapi rasanya boleh kot.

Malam selepas baca Yassin bersama keluarga, saya bersama mak, dan adik saya ke Hospital menjenguk Boss dan kawan mak di sana. Sambil tu dapat jumpa Zam yang baru balik dari Langkawi dan Men. Lepas tu bila balik rumah terus update diari dan buat apa yang patut sebelum tidur...

WASSALAM...

04 JUN  2003

ASSALAMUALAIKUM...

PERSEKITARAN BOLEH PENGARUHI PERIBADI
Bahagian 1

 NAGEDEF? Saya menyapa sekelompok pelajar dari Afrika yang berbual di Koridor kampus baru Universiti Islam Antarabangsa (UIA), di Gombak. Mereka menjawab dalam keadaan terperanjat:"Anggifirek!". Ada orang Melayu bercakap bahasa mereka. Saya menambah:"Nage Jangge?" yang dijawab mereka dengan "Bahnah". Keempat-empat perkataan asing ini maksudnya "apa khabar","baik","bagaimana pelajarannya","boleh tahan" secara berurutan dalam bahasa Olof yang digunakan di Senegal dan Gambia di Afrika Barat di samping bahasa Perancis dan Bahasa Inggeris.

Saya tahu kumpulan pelajar dari Afrika Barat itu kerana saya memang faham dan boleh bertutur sedikit-walaupun sekarang mulai luntur kerana tidak digunakan-dalam bahasa mereka yang saya perolehi daripada pergaulan saya dengan pelajar Afrika Barat khususnya Senegal ketika di Kuwait dahulu.

Menyentuh soal Senegal, saya teringat seorang pelajar remajanya yang menggemparkan sekolah kami, Religious Institute atau al-Ma'had ad-dini dekat Qurtubah, Kuwait pada akhir dekad ke 70-an. Waktu itu kami dipanggil untuk meyaksikan demonstrasi ujian kemampuan seorang pelajar baru yang disebut " anak mukjizat" dari Senegal bernama Ahmad Makmum Ndai di bilik pengarah institut.

Maka berkumpullah guru tahfiz al-Quran dan bahasa Arab yang dipengurusi oleh pengarah institut untuk menguji kehebatan Ahmad dengan disaksikan semua pelajar.

Mula-mula dia diuji kemahiran menghafaz 30 juzuk al-Quran oleh tiga guru tahfiz. Ahamad diuji dari permulaan al-Quran, tengah dan penghujungnya dari tiga arah penanya. Bahkan dia diuji dengan permintaan unik seperti meneruskan ayat yang sebelumnya dibaca bahagian akhirnya saja selepas penetapan surah. Ini suatu hal yang luar biasa. Tapi bagi Ahmad ia makanan hariannya.

Lulus tahap pertama masuk ke tahap kedua iaitu pengujian bidang menghafaz rujukan bahasa yang difokuskan kepada kitab Alfiah Ibni Malik dan Maqamat Harirriyah. Kitab pertama adalah kumpulan seribu bait syair yang dikhaskan untuk ilmu nahu manakala kitab yang kedua kumpulan esei hikmah dalam bentuk bahasan yang memuat seluruh perkataan al-Quran kecuali perkataan damdama dalam surah asy-Syams ayat 14. Guru bahasa Arab yang sememangnya Arab bersiap menguji tetapi masing-masing memegang kedua-dua kitab berkenaan kerana mereka tak hafal atau lupa.

Maka dimulalah dengan permulaan kitab Alfiah yang berbunyi kalamuna lafzun mulfiidun kastaqim yang disambung Ahmad sampai ditanya bait yang lainnya dari kiri dan kanan, tengah, depan dan belakang. Kemudian kitab Maqamat Harirriyah dan lulus.

Akhirnyasemua penguji menguji bersama kehebatan Ahmad serentak. Yang seorang bertanya ayat kemudian yang lain menyambungnya dengan Alfiah dan Maqamat atau sebaliknya. Ahmad pun lulus dan mendapat pujian dan akhirnya dijadikan anak angkat Menteri Kesihatan Kuwait, Dr. Abdul Rahman al-Awadhi.

Esok akan ada sambungannya. Jangan lupa!

oklah...

Selepas Solat Subuh saya terus sambung tidur. Mengantuk! Kemudian saya just berehat dan main CM bersama adik sebelum keluar mengambil adik saya di sekolah.

Tengah hari menonton rancangan kegemaran dan kemudian sambung min game sekejap dan kemudian beli kasut bola di Alor Setar. Lepas tu main bola but unable to prevent my team from beaten 4-0. Hehehe... Semua tak menjadi hari ni. Entahlah...

Malam melawat Boss di hospital sampai jam 10.30 malam dan kemudian balik tengok liputan bola sepak Liga Malaysaia. Terima Kasih TV3 Dan TNB kerana siaran bola sepak untuk tahun ini!

Kemudian saya updatekan diari ni sebelum tidur...

WASSALAM...

03 JUN  2003

ASSALAMUALAIKUM...

‘Top 10’ Jenama Rokok Terlaris di Dunia 2002

                    Jenama                                             Jualan (Dalam Billion RM)

                           Marlboro                                                     486.0                            
Mild Seven                                                  125.0
Winston                                                        65.0
L&M                                                              64.1
Camel                                                           
58.9
Derby                                                           
57.9
Cleopatra                                                     
 56.2
Philip Morris                                                
 32.6
Yava                                                             
 32.0

Sumber: WHO Reports.

Sedikit info mengenai rokok. Bayangkan betapa kuatnya amalan merokok di kalangan penduduk dunia. PERANGI ROKOK. Kalau boleh hentikanlah tabiat merokok tu. Bukan sahaja membazir tetapi ia memudarat kesihatan diri dan orang lain. Saya kalau cakap dengan member yang rokok, saya tak begitu mention sangat pasal kandungan racun dalam rokok tu tapi pasal KEMANDULAN. Menggerunkan jugak kan! Hehehe... Oleh itu jangan merokok!

Oklah...

Waktu pagi seperti biasa. Tak ada sangat perbezaan dengan haro-hari yang lain. Boringnya duduk rumah. Jadi just rehat sambil main game. Hehehe... Sambil tu baca paper tengok TV dan itu sahaja.

Tengah hari saya ke Alor Setar bersama dengan Adik bongsu saya, Farizuddin untuk membeli kasut jogging. Walaupun saya duduk Alor setar, saya memang jarang ke Bandar Alor Setar. Saya hanya ke sana apabila ada urusan sahaja. Kalau nak beli, lepas beli terus balik. Hehehe... Saya tak suka sangat merayau-rayau dalam pekan ni.

Paling saya tak selesa ialah dengan cara berpakaian muda-mudi zaman ni. Entahlah apa yang nak mereka tonjolkan. Sepatutnya bahagian yang patut disembunyikan, ditutup rapi tetapi didedahkan dnegan percuma kepada semua orang. Tak malukah?

Mengapa nak menarik perhatian orang dengan cara ini? Carilah cara lain yang lebih baik. Saya memang tidak senang melihat semua ni dan sebab itu saya jarang keluar ke Bandar. Kalau lah saya ada adik perempuan berpakaian tak sempurna, pasti dah lama saya tegur.

Cuma paling saya hairan ialah kenapa mak dan ayah remaja-remaja ini hanya membiarkan anak-anak mereka berpakaian sebegitu rupa? Bagi saya, berpakaian terlalu seksi ni mengundang banyak masalah kepada banyak pihak. Malas lah saya nak ulas lagi. Tapi saya memang sedih dengan semua ini.

Petang just duduk rumah sebab kasut bola still tak dibeli lagi. Kemudian waktu malam ke Stadium Darulaman untuk menonton perlawanan Kedah bertemu Penang. First half memang cukup membosankandan boleh tertidur jadinya. Permainan Kedah memang tak membanggakan sangat Cuma dua cubaan bahaya oleh Rizal Harun dan James W. Monie yang boleh dibanggakan.

Tetapi kemasukan Akmal Rizal dan Liew Kit Kong memang mengubah arus perlawanan. Kedah amat bertenaga dan berbahaya. Serangan demi serangan memang menarik. Akmal memang lincah dan memang tepat dengan statusnya sebagai pemain bertaraf Antarabangsa.

Akhirnya pada minit ke 92 Kedah berjaya menjaringkan gol kemenangan melaui James Monie melalui hantaran cantik Akmal. Apa lagi penyokong Kedah yang kira-kira 30 000 hingga 35 000 orang bersorak gembira dan menyesal lah agi yang keluar awal. Hehehe...

Rasa macam menang Final. Tapi memang best dengan kemenangan ini. Lepas tu tahu pulak Perak seri dengan Sarwak 1-1. Kedah memanjat persada liga lah nampaknya.

Cuma yang sedihnya ialah bila balik helmet adik saya, Shaukhi telah dicuri. Mesti kerja Mat dadah ni. Dahlah merosakkan diri sendiri, menyusahkan orang pulak!

Kemudian bila, balik tonton semula rakaman Kedah Penang di TV3 dan tidur kira-kira jam 3 pagi.

WASSALAM...

02 JUN  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Satu komik sebagai selingan yang dipetik dari Laman portal Utusan.

Oklah...

Saya bangun kira-kira jam 5 pagi untuk bersahur. Just makan dua tiga biji buah kurma dan beberapa teguk air dan kemudian sambung tidur kembali.

Selepas Subuh, saya menghantar adik ke sekolah sebelum membaca paper. Kemudian just berehat sambil bermain CM dengan Shaukhi. Entahlah memang saya seronok sangat kalau pasal bola ni. Hehehe...

Jam 11.30 pagi tonton Drama Anak Mami di TV3 dan kemudian tonton El Amor No Es Como Lo Pintan episod 170. Just 5 more episode akan berakhir cerita ni. Semakin menarik jadinya. Lagi cepat habis lagi best. Saya memang follow cerita ni sejak awal lagi dan sekarang baru nak habis. Hehehe... Tapi rasa tak best pun ada jugak...

Jam 3 saya terus sambung main CM sampai petang. Waktu petang, saya still rest daripada main bola sebab kasut dah koyak. Kena ambil masa sikit untuk kumpul duit beli kasut baru. InsyaAllah esok saya akan beli kasut baru.

Selepas berbuka puasa, saya just berehat sambil menonton Tv dan sambil tu meng’update’ diari ni. Kemudian just tonton TV dan tidur jam 12 tengah malam...

WASSALAM...

01 JUN  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Saya petik dari Laman Mie.

Banyak pengajaran. Rasanya dah ramai yang tahu lagu ni. Saya pernah tengok edisi khas Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang mengisahkan pembanterasan dadah. Kalau dihayati memang ada banyak pengajarannya. Mie, boleh saya gunakannya kan? Hehehe...

Apa pun renungilah senikata dalam lagu tu.

Rutin pagi Ahad, macam biasa setia depan TV seawal jam 7 pagi untuk menonton Laman Nurani oleh Datuk Dr. Mohamad Fadzillah Kamsah. Hari ni berkisar tentang orang yang berjaya harus mempunyai ramai kawan.

Kemudian saya menghantar adik ke sekolah (kelas tambahan). Lepas tu baca paper macam biasa dan kemudian main CM sekejap sebelum saya keluar membincangkan urusan kerja. Semua dah patah semangat. Macam mana ni!

Saya teringat kata-kata “Jangan biarkan keadaan mengusai diri tetapi biarlah diri kita menguasai keadaan” Moga-moga saya berjaya, InsyaAllah...

Kemudian hari ni ada satu peristiwa yang membuatkan saya terfikir tentang persahabatan. Orang lain pasti terluka, Alhamdulillah saya tidak. Bila saya perhalusi kembali, baru lah saya tahu puncanya. Orang lain yang menjai punca sedangkan dia tersepit di tengah-tengah. Jangan risau saya faham. Tunggulah nanti bila giliran dia berkuasa, pasti keadaan akan kembali seperti biasa. Bersabarlah wahai teman...

Kemudian saya berehat sekejap di rumah sebelum saya ke kenduri di rumah Pak Cik Zan. Memang lama saya tak jumpa dia, dah lain rupa dan wajahnya. Hehehe... Tak cam pulak saya sebab dulu kurus, sekarang dan makin sihat... Iras-iras memang ada Cuma takut silap. Hehehe...

Kemudian saya just berehat dan main CM dengan adik saya. Nak main bola kasut dah rosak. Petang Pak cik saya datang melawat. Bila sahaja sampai, terus kami serbu Irfan. Hehehe... Baru 8 bulan umurnya. Seronok layan budak-budak ni. Syakirah dengan Husna pun ada sekali. Meriah jadinya rumah saya. Riuh rendah... Seronok. Hehehe...

Kemudian memang leka layan Irfan yang memang suka kena dukung. Kalau letak, nak menangis jadinya. Dah tu, asyik nak melompat bila dipegang. Buas betul. Hehehe... Macam hyperactive pulak nampak!

Sambil tu tonton F1 secara live dan driver yang saya sokong, Kimi Raikkonnen berjaya menduduki tempat kedua. Raikkonnen kini mendahului Schumi dengan 4 mata kategori keseluruhan.

Kemudian saya dan adik saya, Shaukhi saling mencabar dalam game CM. Main sampai tengah malam. Hehehe... Semakin baik prestasi saya walaupun pada permulaan agak lembab...

Saya tidur kira-kira jam 2 pagi.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97][98][99][100][101][102][103][104][105][106][107][108][109][110][111][112][113][114][115][116][117][118][119][120][121][122][123][124][125][126][127][128][129]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(To add your site please email me and make sure you are the member of Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Shaukhi[Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu]Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Idzwan Cokelat]

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah