|
|
29 JANUARI 2003 ASSALAMUALAIKUM...
MUJAHADAH Menurut Prof. Dr. Hamka bahawa perjuangan melawan hawa nafsu, manusia terbahagi kepada tiga bahagian.
Umar bin Khatab juga mendapat darjat yang ke-3 ini kerana Rasulullah s.a.w pernah berkata kepada Umar, "Demi tuhan yang menguasai diriku di dalam tangan Nya, tidaklah engkau bertemu dengan syaitan pada satu jalan, melainkan syaitan itu menyingkir kepada jalan lain yang tidak engkau lalui". (Hadith riwayat Muslin dan Saad bin Abi Waqash). Darjat yang ke-3 ini adalah darjat nabi dan wali. Ada pun yang disebut wali di sini ialah Waliur Rahman, yang disebut Allah dalam Al-Quran yang telah taqarrub kepada Allah dengan amal ibadahnya, bukan wali menurut sesetengah umat yang telah diperjual belikan oleh ulama-ulama yang mengubah-ubah pelajaran agama. Memerangi hawa nafsu adalah suatu perjuangan yang benar-benar berat, maka kalau manusia kurang berhati-hati tentu akan tergelincir dan kalah. Sehingga akan diperbudakkan oleh hawa nafsunya sendiri. Tamat... Semoga kita sama-sama dapat menghayati perjuangan melawan hawa nafsu yang dianggap sebagai jihad yang paling besar dalam hidup kita. InsyaAllah... Saya memulakan hari ni dengan menghantar adik saya ke sekolah dan kemudian berjogging di Taman Rimba. Bila sudah jogging saya kena buat satu exercise lagi. Hehehe... Tayar motor pecah jadi kena tolak motor sejauh beberapa kilometer. Nasib badan. Mujurlah saya bawak duit lebih sikit. Selalunya sewaktu pagi saya cuma bawak RM 3. Hari ni saya bawak RM 10. Kedai bukak jam 9. Saya tunggu kat depan kedai tu mulai jam 7.40 pagi. Nasib baik saya beli paper. Baca punya baca dah dekat jam 9. Alhamdulillah semuanya OK. Ada sorang pakcik pun tayarnya pecah tapi lagi jauh dia tolak motor dia. Apa pun dah selesai. Balik rumah dah dekat jam 10 pagi dan kemudian tidur sejam dan sambung buat kerja dan pembacaan. Tengah hari berehat sambil tengok TV. Borang perjawatan USM still tak boleh download lagi. Nak kena buat tindakan susulan jugak ni.
Petang
main bola macam biasa dan waktu malam saya terlalu mengantuk dan tidur seawal
jam 10 malam. Saya bangun balik jam 2 pagi untuk solat Isyak dan kemudian
tergerak hati untuk surf Internet. Alhamdulillah ada sesuatu yang istimewa dalam
mailbox saya. Memang saya rasa cukup seronok. Kemudian saya bersahur dan tidur
balik jam 5 pagi. 28 JANUARI 2003 ASSALAMUALAIKUM...
Kata "mujahadah" berasal dari kata "al-jihad" iaitu mengeluarkan segala kesungguhan, kekuatan dan kesanggupan pada jalan yang diyakini oleh manusia bahawa jalan itulah yang hak dan benar. Namun demikian, kata al-jihad itu telah sering dipakai dalam erti perang sabil, memerangi musuh-musuh, dan membela diri dari serangan dan gangguan mereka.
"Berjihadlah
dijalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka" Kata jihad boleh juga diertikan dengan perjuangan dalam mencari rezeki yang halal; berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w: "Mencari
(rezeki) yang halal itu adalah jihad". Namun dalam dunia tasauf, kata jihad diertikan dengan memerangi hawa nafsu. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. bahawa memerangi hawa nafsu itu lebih berat dan lebih besar daripada memerangi orang-orang kafir. Bahkan Rasulullah s.a.w. setelah kembali dari satu peperangan besar bersabda kepada sahabat-sahabatnya: "Kita ini
kembali dari peperangan yang paling kecil, menuju Setelah Rasulullah s.a.w. ditanya sahabat, beliau menjawab bahawa peperangan yang lebih besar itu ialah memerangi hawa nafsu. Dalam hadith yang lain pula, Rasulullah s.a.w menggambarkan bagaimana besarnya bahaya hawa nafsu: "Bukanlah
orang yang gagah berani itu lantaran dia cepat
melompati Imam Qusayiri menerangkan bahawa mujahid ialah mereka yang berusaha membebaskan diri dari kekangan hawa nafsu yang menjadi sifat manusia, dan berusaha mengendalikan diri serta tidak memperturutkan kehendaknya dalam kebanyakan waktunya. Imam Ghazali menerangkan erti mujahadah iaitu pengerahan kesungguhan dalam menyingkirkan nafsu dan syahwat atau menghapuskannya sama sekali. Saya akan siarkan sambungannya dalam diari esok... Mulanya tak mahu pergi jogging tapi tetap pergi jugak setelah puas memujuk diri. Hehehe... Entahlah kaki terasa sakit sangat tapi saya tetap jogging sebab tak boleh cepat mengalah. Tak tahulah kenapa terasa sakit. Buat tak tahu sahajalah. Kemudian bila balik rumah saya sambung tidur. Hehehe... Penat betul. Tengah hari buat sedikit bacaan tentang XML dan kemudian berehat sambil menonton TV sampai petang. Petang main bola macam biasa. Malam berehat sambil teliti paper Mingguan Malaysia sebab saya nak tengok iklan Kadet ASP. Nak jadi polis ke tak? Entahlah... Saya tak berapa minat sangat. Saya tak mahu kerja just for pendapatan tapi sesuatu yang boleh memberi kepuasan buat saya. Tengoklah saya still berfikir. Lagipun tarikh tutup adalah 05 Feb ni. Masih ada masa untuk difikirkan.
Bila
semak email, agak memenatkan sebab agak banyak email yang perlu saya balas dan
banyak benda yang diminta untuk saya bantu. Memang ambil masa sikit. Jadi saya
tidur pun tak boleh awal jugaklah dekat-dekat jam 3 pagi. Esok adik minta tolong
hantar dia ke sekolah. Kenalah awal sikit. Hehehe... 27 JANUARI 2003 ASSALAMUALAIKUM... ENAM PERSOALAN HIDUP Suatu hari, Imam Al Ghazali
berkumpul dengan murid-muridnya.
Semoga sama-sama mendapat manfaatnya... Saya berpuasa kembali hari ini setelah hampir tiga minggu tak berpuasa sekurang-kurangnya dua hari dalam seminggu. Tetapi saya rasa cukup perit sebab cuaca terlalu panas dan bahang. Memang betul-betul menguji. Memang kalau ada air saya akan minum banyak-banyak tetapi berpuasa. Di Kedah ketika ini musim kemarau dan cuaca terlalu panas. Tanah pun dah berdebu dan rumput pun dah berwarna kuning hampir mati. Saya pula banyak menghabiskan masa di rumah dari pagi sampai petang. Waktu petang tersa cukup mengantuk dan saya ketika itu dah nak tidur tetapi dikejutkan oleh satu panggilan telefon dari RTM yang meminta butir peribadi saya. Alhamdulillah kira sahlah saya dah menang kuiz Telebriti tu. Saya still main bola. Hehehe... Kira ok jugak walaupun penat. Selepas berbuka saya cuma berehat sambil menonton TV. Lewat malam macam biasalah. Saya tidur jam 2 pagi.
|
|
Diari Sebelum Ini---[Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97][98][99] |