Perbandingan Bahasa
Amat sukar memahami bahasa ombak,
Sesekali menampar dengan
ramah dan manis,
Melontarkan sepasang kekasih ke alam mimpi,
Kadangkala bengis dan gemuruh,
Memecahkan batu serta terumbu
karang,
Atau membanting serta menenggelamkan,
Ribuan kapal
dan perahu,
Sehingga ini mungkin hanya si burung camar saja,
Yang tahu dan mengerti apa yang tersembunyi,
Di balik alun
riaknya
Namun lebih sukar lagi hendak memahami
Bahasa manusia kerana
mereka amat bijak
Berselindung di sebalik seribu pepatah dan
Perumpamaan, penuh kias ibarat serta puisi,
Kadangkala meski
pada lahir kedengaran
Lembut dan lunak beralun tapi dalam hati
Tak siapa yang tahu kesumat yang terpendam,
Daripada
pertuturan bahasa tidak terkawal
Entah berapa banyak hati yang
berdarah terluka,
Ikatan muhibah menjadi roboh binasa,
Akibat tajam dan pedihnya kata-kata,
Kerana itu sabda
nabi:
"Adapun orang terbaik antara kamu ialah Muslim yang dapat
menyelamatkan Muslim yang lain daripada angkara jahat oleh perbuatan tangan dan
lidahnya".
Marilah kita berbahasa sebaik mungkin,
Kerana bahasa jiwa
bangsa,
Marilah kita bertutur seindah mungkin,
kerana jika
mata pedang itu tajam,
Tapi tajam lagi kata-kata
ZAHARI HASIB
KUALA LUMPUR