Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

 
 

Pengenalan Isu Anti Dadah

 

Adalah menjadi matlamat kerajaan untuk mewujudkan sekolah-sekolah yang bebas daripadaancaman dadah. Memang tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat juga berhasrat melihat para remaja di kawasan masing-masing bebas daripada cengkaman dadah.

Sasaran utama pengagihan dadah adalah terdiri daripada generasi muda yang merupakan tulang belakang dan harapan negara di masa hadapan . Mereka merupakan bakal pemimpin negara yang akan memastikan Wawasan 2020 untuk menjadi sebuah negara yang maju dan progresif.

Di manakah letaknya maruah negara kita yang tercinta ini apabila sebilangan besar generasi muda tersebut telah terjerumus dalam kancah pengagihan dadah. Oleh yang demikian, kerajaan kita bukan sahaja telah mengisytiharkan masalah dadah sebagai ancaman utama kepada keselamatan negara tetapi menetapkan pendidikan pencegahan dadah sebagai strategi utama usaha memerangi najis dadah di negara ini.

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara, Program Pendidikan Pencegahan Dadah yang telah disepadukan dalam kurikulum (KBSM) dan kurikulum sekolah berhasrat untuk melahirkan pelajar yang mempunyai sahsiah yang baik, seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dengan ini, mereka akan mempunyai sikap dan pendirian yang teguh supaya sentiasa bebas daripada belenggu najis dadah.

 

 

 

 

 

Laman utama   pengenalan   kata-kata aluan   penghargaan

   objektif   ahli-ahli   aktiviti   maklumat   link   kredit   e-mel

buku pelawat   membaca buku pelawat