Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

PENGENALAN

Penyalahgunaan dadah menjadi masalah utama di banyak negara membangun. Dadah juga disifatkan sebagai musuh utama negara-negara tersebut. Di negara kita, masalah dadah menjadi masaalah nasional. Pemerintah telah membelanjakan berjuta-juta dolar untuk memeranginya. Selain daripada itu, banyak tenaga kerja diperlukan bagi membasmi penyalahgunaan dadah itu.

Di negara kita ini, kebanyakan penagih dadah yang telah dikenalpasti terdiri daripada belia-belia yang berumur antara dua puluh hingga dua puluh sembilan tahun. Mereka ini umumnya banyak dipengaruhi oleh kawan-kawan sebaya yang ingin lari dari alam nyata dan berkhayal dengan alam fantasi ciptaan mereka. Hidup mereka terbiar dan tidak berdisiplin. Bermula dengan mencuba-cuba dan akhirnya terjebak ke dalam perangkap dadah. Kesudahannya mereka tidak dapat membebaskan diri dari cengkaman ketagihan dadah. Ada juga belia-belia yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah bersebab dari keadaan sekeliling dan keluarga yang tidak tenteram dan kocar-kacir. Mereka ini hidup dalam keadaan tertekan dan bagi menghilangkan tekanan hidup ini, mereka menagih dadah.

Terdapat juga penagih-penagih yang terlibat dengan jenayah-jenayah lain seperti mencuri, merompak, pecah rumah, merosak harta awam, mencabul kehormatan dan kegiatan kumpulan haram.

Di negara ini, berbagai usaha telah dilakukan bagi mengatasi masaalah penyalahgunaan dadah. Antaranya ialah dengan mengadakan program pendidikan pencegahan. Dalam program ini, belia-belia disedarkan dari segi mental dan fizikal supaya menjauhi dadah. Program ini juga cuba membentuk suasana sekitar yang menjadikan penyalahgunaan dadah sebagai satu perkara jelek, antisosial dan musuh negara. Melalui program tersebut juga, semua golongan masyarakat dilibatkan sama bagi langkah pencegahan dan pengawasan dadah yang lebih menyeluruh.

Kertas ilmiah ini melihat keadaan semasa penyalahgunaan dadah di kalangan penduduk Malaysia sejak tahun 1990 hingga 1993. Laporan dadah mencatatkan angka seramai 20,236 penagih dadah sepanjang tahun 1992 termasuk 60 hingga 70 peratus golongan belia berumur antara 20-29 tahun. Seramai 12,486 penagih dadah telah kembali menagih dadah selepas pulih dari pusat serenti. Keadaan ini mengurangkan tenaga pembangun negara yang amat diperlukan oleh negara kita. Diramalkan bahawa angka ini akan mencapai 24,614 penagih dadah pada tahun 1994 jika masalah ini tidak diselesaikan. Kertas ilmiah ini telah mengulas beberapa punca penyalahgunaan dadah di kalangan penduduk Malaysia. Faktor keseronokan, pengaruh kawan dan rasa ingin tahu merupakan faktor utama penyebab penyalahgunaan dadah di Malaysia. Faktor tekanan jiwa, keseronokan seksual, rawatan kesihatan dan pengambilan dadah secara tidak sengaja juga mempengaruhi penggunaan dadah di negara ini. Penggunaan dadah Heroin adalah popular di Malaysia melibatkan penggunaan secara "Chasing The Dragon". Penyalahgunaan dadah membawa beberapa kesan yang merugikan masyarakat dan kerajaan Malaysia kerana ia menjejaskan kesihatan individu penagih dadah dan menyebabkan perubahan sikap yang negatif dan lembap. Ekonomi negara terjejas kerana perbelanjaan ke atas dadah menelan belanja RM59 juta setahun dan kerajaan terpaksa membelanjakan lebih RM100 juta untuk memulihkan golongan penagih ini. Keselamatan negara terancam kerana 60-70 peratus kes jenayah yang berlaku berpunca daripada penagihan dadah. Strategi kerajaan setakat ini masih perlu diperbaiki untuk mengurangkan penyalahgunaan dadah. Kerajaan telah menjalankan banyak strategi untuk mencegah penggunaan dadah. Strategi pencegahan awal, perundangan, penguatkuasaan, rawatan, pemulihan dadah, sistem maklumat dadah, penyelidikan, kerjasama antarabangsa, peranan organisasi bukan kerajaan dan sektor swasta dilakukan untuk mengurangkan penyalahgunaan dadah di Malaysia. Maka beberapa cadangan telah dikemukakan untuk mengatasi masalah ini. Ketegasan perundangan, kawalan dan sekatan kemasukan dadah perlu dikaji dan dipergiatkan untuk mengawal kemasukan dadah. Rawatan pesakit luar, sikap menjauhi dadah dan perbincangan pengalaman pahit ketagihan dadah boleh mempertingkatkan ketahanan masyarakat Malaysia terhadap ketagihan dadah. Sokongan masyarakat terhadap pencegahan dan pemulihan dadah adalah penting untuk mengurang

AGENSI Dadah Kebangsaan (ADK) berperanan sebagai badan pelaksana kepada Majils Dadah Kebangsaan untuk me-merangi gejala penyalahgunaan dadah", kata pengarahnya, Dato' Bakri Hj. Omar semasa sesi temuramah bersama war-tawan Dewan Siswa di pejabatnya baru--baru ini.

Kegawatan masalah penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar sekolah se-makin ketara pada masa kini. Agensi Dadah Kebangsaan telah ditubuhkan pa-da 7 Februari 1996 di bawah Kementeri-an Dalam Negeri.. Agensi Dadah Kebangsaan menggaris-kan tiga perkara sebagai strategi utama perlaksanaannya iaitu pencegahan, pen-guatkuasaan undang-undang di samping rawatan, dan pemulihan. Perkara inilah teras untuk menghapuskan gejala ini da-ripada merosakkan para remaja khusus-nya para pelajar sekolah.

Kaedah yang digunakan oleh Agensi Dadah Kebangsaan ialah pencegahan awalan dan umum. Pencegahan awalan ini lebih ditumpukan kepada sekolah-se-kolah. Pencegahan ini merangkumi pro-gram-program yang boleh menghindark-an pelajar daripada terjebak ke Iembah hina ini.

Program 'PINTAR' merupakan salah satu program efektif yang dijalankan di sekolah-sekolah rendah. Pada mulanya program ini ditumpukan kepada pelajar tahun lima tetapi memandangkan pengetahuan mengenai bahaya dadah perlu menyeluruh maka perlaksanannya dilu-askan kepada pelajar tahun empat dan enam. Program ini mendedahkan pelajar kepada bahaya penggunaan dadah, pem-bentukan personaliti diri dan cara meng-hindari dadah. Rasionalnya, program ini memimpin setiap pelajar mengatakan 'Tidak' kepada dadah. Manakala, pencegahan umum pula me-rangkurni program-program yang diran-cang untuk masyarakat khususnya para pekerja. Mereka didedahkan mengenai bahaya dadah melalui pelbagai aktiviti yang dirancang. Strategi kedua pula ialah penguat-kuasaan undang-undang yang dilaksana-kan dengan kerjasama Jabatan Narkotik, Polis Di Raja Malaysia. Jabatan Narko-tik bertindak untuk menyekat kemasuk-an dadah ke negara ini. Penguatkuasaan undang-undang sebegini membantu per-laksanaan setiap program ADK dengan lebih lancar. Strategi ketiga ialah rawatan dan pe-mulihan iaitu untuk penagih-penagih yang memerlukannya. Mereka akan di-tempatkan di pusat-pusat Serenti untuk memulihkan akhlak dan pemikiran me-reka untuk menjauhi dadah. Pengumuman Kementerian Pendidikan dan Agensi Dadah Kebangsaan yang mahu menjalankan ujian air kencing (Ujian Pantas) di akhbar baru-baru ini mengejutkan banyak pihak terutama ibu bapa. Ujian air kencing yang dilaksana-kan di sekolah ini bukan bertujuan untuk menjatuhkan maruah atau personaliti se-seorang pelajar. Malah, ujian ini hanya layak dijalankan ke atas para pelajar yang disyaki terlibat atan menunjukkan tanda--tanda yang mencurigakan terlibat dengan dadah sahaja. Dalam konteks ini, kerjasama daripada pihak ibu bapa amat dialu-alukan supaya masyarakat pelajar bebas dari gejala pe-nyalahgunaan dadah. Pelajar-pelajar per-lu menjauhkan diri dari belengu dadah. Perkara pertama yang harus mereka hin-dari ialah budaya merokok. Budaya me-rokok akan memudaratkan kesihatan dan boleh membawa kepada penglibatan da-lam gejala penyalahgunaan dadah.

 

 

 

 

 

Laman utama   pengenalan   kata-kata aluan   penghargaan

   objektif   ahli-ahli   aktiviti   maklumat   link   kredit   e-mel

buku pelawat   membaca buku pelawat