Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

MASALAH DADAH DI MALAYSIA

  1. Orang Malaysia mudah dipengaruhi oleh dadah kerana:-
  1. dadah mudah diperolehi;
  2. dadah dipercayai boleh menghilangkan rasa sakit dan mempunyai khasiat untuk mengubati penyakit seperti batuk kering, sakit paru-paru, cirit-birit, malaria dan sebagainya;
  3. kesunyian kerana ketiadaan keluarga bersama mereka;
  4. mempunyai wang untuk membeli dan menyara tabiat menghisap dadah; dan
  5. masa lapang yang membosankan.
  1. Dadah digunakan secara suntikan ke dalam saluran darah.
  2. Corak penggunaan dadah yang berubah, iaitu:-
  1. penagih terdiri dari golongan muda dai semua kaum;
  2. berbagai jenis dadah berbahaya digunakan termasuklah dadah sintetik; dan
  3. cara penggunaan dadah adalah lebih berbahaya.
  1. Di samping itu, ganja juga merupakan dadah yang digemari. Penyalahgunaan bhan psikotropik seperti pil-pil methaqualone, amfetamin, barbiturat dan lain-lain juga turut berlaku.

Kedudukan Penagihan Dadah Masakini

Semasa menghadapi masalah penagihan dadah , faktor-faktor berikut perlu diambilkira untuk memastikan tahap kesakitannya:-

  1. jenis dan ketulenan dadah yang digunakan (dadah heroin adalah lebih berbahaya dari jenis dadah yang lain seperti ganja) ; dan
  2. kekerapan penggunaan dan kuantiti dadah yang digunakan (masalah penagih "hard-core" adalah lebih serius dari masalah penggunaan di peringkat mencuba-cuba).

Faktor-faktor Kemasukan Dadah

Malaysia bukan negara pengekuar dadah. Bagaimanapun, dalam senario pengedaran dadah antarabangsa, Malaysia telah lama digunakan oleh sindiket-sindiket pengedaran dadah sebagai negara transit kerana:-

  1. kedudukannya di laluan antarabangsa dari kawasan pengeluar candu "Golden Triangle" ke Australia, Eropah dan Amerika Syarikat;
  2. sempadan daratnya dengan Tailand yang telah menjadi saluran utama pengedaran dadah dan bahan-bahan yang dihasilkan darinya dari kawasan "Golden Triange" ;
  3. bersempadan dengan semua negara ASEAN yang setengah-tengahnya juga merupakan negara pengeluar dadah yang besar;
  4. mempunyai garisan pantai yang panjang dan terdedah; dan
  5. mempunyai sistem komunikasi yang baik;

Kegiatan pengedaran dadah melalui Malaysia telah mewujudkan serta memenuhi permintaan dadah tempatan.

 

Apakah Pegantungan Kepada Dadah?

  1. Terdapat dua jenis pergantungan kepada dadah, apabila ianya digunakan secara kerap dan berterusan;-
  1. Pergantungan secara psikik/psikologikal

Pergantungan secara psikik/psikological merupakan satu keadaan dimana penagih mengalami gian atau mengidam untuk menggunakan dadah supaya dapat berfungsi secara normal serta mencapai ketenangan jiwa; dan

  1. Pergantungan secara fisikal

Pergantungan secara fisikal ialah satu keadaan di mana badan penagih memerlukan dadah untuk proses fisiologi yang biasa dan jika penggunaan dadah dihentikan akan menimbulkan gejala-gejala tarikan. Gejala-gejala tarikan ialah tanda-tanda tertentu dari segi tingkahlaku dan fisikal seseorang penagih dadah yang ditunjukkan semasa tidak menggunakan dadah, dalam masa yang tertentu. Antara tanda-tanda pergantungan ialah sakit perut, muntah-muntah, ceret beret, menggeletar dan sebagainya.

 

 

  1. Daya tahan (Keupayaan sel-sel tubuh badan menentang kesan-kesan dadah)

Daya tahan (tolerance) kepada dadah dikatakan menibgkat apabila dos dadah yang biasa diambil tidak dapat memberi kepuasan atau memberi kelegaan dari mengatasi gejala tarikan. Dos dadah terpaksa ditambah untuk mencapai tahap kepuasan/kelegaan yang sama. Peningkatan daya tahan (kepurluan meningkatkan dos dalam setiap penggunaan) tidak semestinya berlaku kepada seseorang yang bergantung kepada dadah.

  1. Seseorang bergantung kepada dadah apabila:-
  1. Penggunaan dadah menjadi sebahagian penting keperluan hidup seperti makanan dan minuman;
  2. Daya tahan meningkay;
  3. Mengalami gejala tarikan, apabila tidak mengguna dadah;
  4. Merasa terdesak atau gian untuk mengguna dadah, lebih-lebih lagi bila cuba mengurangkan atau berhenti menggunakan dadah, dan tidak dapat mengawal jumlah dan kekerapan penggunaan; dan

Terdapat tarikan atau kecenderungan menagih semula setelah berhenti mengguna dadah untuk beberapa waktu.

 

 

 

 

 

 

Laman utama   pengenalan   kata-kata aluan   penghargaan

   objektif   ahli-ahli   aktiviti   maklumat   link   kredit   e-mel

buku pelawat   membaca buku pelawat