Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Langkah-Langkah Mengatasi Masalah Dadah


Biro Kawalan Narkotik memberi jaminan akan memberikan perkhidmatan sebaik mungkin dalam perkara-perkara berikut:-

BIL

JENIS KHIDMAT

TEMPOH TINDAKAN

1.

Penyiasatan keatas maklumat yang berhubung dengan kegiatan dadah

SERTA MERTA

2.

Menyediakan kertas penyiasatan

2 minggu

3.

Makluman dan ikat jamin

24 jam

4.

Menghadapkan kes ke Mahkamah

24 jam

5.

Pengembalian harta peribadi tangkapan

24 jam

6.

Dakwaan setelah menerima kebenaran dari Pendakwa Raya

1 minggu

7.

Kaunseling keluarga

1 hari

8.

Kemasukan pengawasan secara Mandatori

1 hari

9.

Kemasukan pengawasan secara Sukarela

1 minggu

10.

Permohonan ceramah / pameran / lawatan.

3 hari

11.

Tapisan pekerja

5 hari

12.

Pembekalan perangkaan

3 hari

13.

Makluman tangkapan / keputusan mahkamah

3 hari

14.

Persuratan-persuratan biasa yang tidak memerlukan ulasan

3 hari

 

 

LANGKAH-LANGKAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN DALAM MENANGANI MASALAH PENYALAHGUNAAN DADAH DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan satu garis panduan bagi mengatasi dan menangani masalah penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar-pelajar:-

1.      Kementerian Pendidikan mempunyai dasar dan program Pendidikan Pencegahan dadah yang menggariskan matlamat mencegah pelajar khasnya dan masyarakat sekolah amnya daripada terlibat dalam penyalahgunaan dadah dalam mengujudkan sekolah yang sama sekali bebas dari dadah (drug-free school).

2.      Sungguhpun Kementerian Pendidikan telah merangka perancangan yang sistematik dan praktikal untuk mencapai matlamat tersebut, isu ini bukanlah semudah yang umum sangkakan. Masyarakat sekolah juga sentiasa terdedah kepada pengaruh-pengaruh sosial yang berlaku dalam masyarakat. Gejala sosial yang semakin menular sudah pastinya akan turut menembusi masyarakat sekolah.

3.      Pendekatan bagi mencegah penyalahgunaan dadah harus dilaksanakan secara holistik dan bukan tanggungjawab sekolah semata-mata. Ibu bapa dan masyarakat perlu bersama-sama mengambil langkah-langkah yang lebih serius.

4.      Memandangkan masalah ini telah menjadi satu wabak yang serius, Kementerian Pendidikan akan melaksanakan tindakan-tindakan yang lebih serius bagi menangani masalah ini. Di antara langkah-langkah yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut:-

    4.1    Langkah Pencegahan.

      1. Kementerian Pendidikan mengarahkan semua Jabatan Pendidikan (Unit Khas Pendidikan Pencegahan Dadah) meningkatkan pengawasan dan pengawalan ke atas sekolah-sekolah yang disenaraikan sebagai sekolah yang berisiko tinggi (high risk schools). Untuk melaksanakan pengawasan yang lebih efektif, Kementerian Pendidikan akan menempatkan kakitangan unit pendidikan pencegahan dadah di JPN dan PPD secara hakiki (pada masa ini jawatan ini diisi secara sandaran).
      2. Kementerian Pendidikan memperluaskan kerjasama di antara JPN, PPD dengan PIBG. PEMUAFAKATAN Briged Komuniti dan Polis untuk mengesan dan melaporkan kegiatan-kegiatan remaja dan pelajar dengan penyalahgunaan dadah.
      3. Kementerian Pendidikan mengarahkan JPN meningkatkan pemeriksaan dan penyeliaan mengejut (sport check) di sekolah-sekolah dengan kerjasama pihak-pihak berwajib.
      4. Melaksanakan program motivasi kepada pelajar-pelajar yang berisiko tinggi setelah dikenal pasti oleh pihak sekolah dari golongan pelajar yang terlibat.

    4.2    Langkah Pemulihan.

      1. Kementerian Pendidikan menempatkan kaunselor-kaunselor yang terlatih di semua sekolah menengah dengan memberi keutamaan kepada sekolah-sekolah yang berisiko tinggi.
      2. Mempergiatkan aktiviti-aktiviti kaunseling menerusi:-

          -    Kem Jayadiri,
          -    Program 5 minit anti dadah,
          -    Skim Lencana anti dadah,
          -    Ceramah dan Pameran anti dadah,
          -    Kaunseling Individu,
          -    Kaunseling Kelompok,
          -    Kaunseling Ibubapa,
          -    Seliaan dan kaunseling kepada kes-kes baru,
          -    Pendidikan Keibubapaan (Parenting Education) seperti seminar anti dadah                  dan seminar mengesan dan mengenal simptom penagihan.

    4.3    Langkah Pengesanan.

      1. Kementerian Pendidikan sedang memperkemaskan tatacara tindakan ke atas kes-kes penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar. Ini merangkumi peraturan bagi membolehkan sekolah mengambil tindakan ke atas pelajar-pelajar yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah di luar kawasan sekolah.
      2. Pihak sekolah diberi kuasa melaporkan kepada pihak pengutkuasa undang- undang jika memperolehi maklumat pelajar yang terlibat bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang ke atas pelajar yang terlibat.
      3. Menjalankan ujian Urine ke atas pelajar-pelajar yang telah disyaki oleh pihak berkuasa.

      4.4    Langkah Penyelarasan.

      1. Menyelaraskan semua tindakan pencegahan dan pemulihan dengan agensi dadah Kebangsaan.


    
5.    Penutup.

Kejayaan membendung pelajar-pelajar daripada terlibat dengan penyalahgunaan dadah terletak kepada sejauhmanakah penglibatan dan kesungguhan semua pihak.

 

 

 

 

 

Laman utama   pengenalan   kata-kata aluan   penghargaan

   objektif   ahli-ahli   aktiviti   maklumat   link   kredit   e-mel

buku pelawat   membaca buku pelawat