Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
PEMIKIRAN LAHIR

     Pemikiran lahir yang dimaksudkan di sini ialah pemikiran otak manusia.  Ia banyak tertumpu kepada perkembangan fizikal  otak manusia dan pembinaan minda di peringkat awal kanak-kanak mulai daripada pembentukannya dalam rahim sehingga kepada umurnya enam tahun.  Perkembangan awal tentang pemikiran sangat penting kerana dari situlah manusia boleh melihat, mendengar, merasa, bertutur dan bergerak lalu boleh memahami kehidupannya.
     Pemikiran lahir ialah suatu corak pemikiran yang semulajadi yang menggunakan elemen fizikal dalam diri manusia sebagai asas untuk mentelesaikan sesuatu masalah. Terutamanya menggunakan Hemisfera otak kanan dan hemisfera otak kiri yang ternyata banyak memberi hasil yang baik dalam menyelesaikan masalah.
     Malah jika didalami secara lebih terperinci kita akan mendapat beberapa atau banyak kelebihan kerana dalam diri manusia terdapat minda sedar, minda separa sedar. Melalui pemikiran lahir, jika dimanfaatkan sepenuhnya akan dapat menghasilkan satu hasil yang amat menakjubkan. Kita dapat memahami dan  menghafaz sesuatu dengan mudah di samping dapat melakukan perkara-perkara yang kita sendiri tidak sangka kita boleh lakukan.
     Contoh yang jelas ialah bagaimana seorang pakar pemikiran dalam satu jenis pemikiran yang berkaiatan dengan pemikiran lahir berjaya memandu kereta dengan matanya ditutup melalui jalan-jalan di Kuala Lumpur baru-baru ini.
     Secara amnya, manusia terdiri daripada empat unsur iaiatu jasmani, rohani, intelek dan emosi.  Kajian barat membahagikannya kepada tiga unsur iaitu cognitive, affective dan psycmotor.  Oleh itu untuk perkenbangan menyeluruh, manusia memerlukan banyak perkara yang oleh memberi kesan kepada emua unsur-unsur itu seperti makanan untuk jasad, kasih sayang untuk jiwa dan rangsangan untuk pemikiran dan seumpamanya.

KEUPAYAAN OTAK MANUSIA

     Otak secara fizikalnya ialah organ yang terdapat di bahagian kepala.  Ia terdiri daripada beberapa bahagian iaitu cerebral cortex, corpus callosum, cerebellum, thalamus, hypoyhalamus, pons, medulla dan spinal cord.  Semuanya memepunyai fungsi tersendiri.
     Dilihat dari segi bukan fizikal, otak ialah alat yang membolehkan manusia berfikir.  Maka dari situ otak boleh dibahagikan kepada dua hemisfera mengikut fungsi ini:
 

1. Hemisfera otak kanan (HOKA)
    Hemisfera otak kanan mengawal bahagian kiri anggota badan.  Ia memproses maklumat yang bercorak intutif, kreatif dan kesenian.  Ia mengawal perasaan dan persepsi visual.  Ia melihat secara keseluruhandan bukan satu persatu.  Contoh yang paling jelas orang-orang yang dikuasai oleh HOKA ialah pelukis, penari pengukir dan pemuzik.

2.   Hemisfera otak kiri (HOKI)
      Hemisfera otak kiri pula mengawal bahagian kanan anggota badan.  Ia berfikir tentang hal-hal yang bercorak analitik.  Ia bertanggungjawab  terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan bahasa, angka, fakta dan  penyelesaian masalah. Contoh paling jelas orang-orang yang dikuasai oleh HOKI ialah ahli sains, ahli matematik, pemain catur, pakar geografi dan dan sebagainya.
     Banyak tanda yang menunjukkan atau yang dapat membezakan sama ada seseorang itu menggunakan HOKA atau HOKI. Menurut pakar pemikiran kebanyakan orang menggunakan otak kanan akan sentiasa meletakkan tangan kanannya di atas tangan kiri manakala orang yang sentiasa meletakkan tangan kiri di atas tangan kanan ialah orang yang menggunakan HOKA.
Apabila membincangkan soal pemikiran lahir kita tidak boleh lari dari mengungkapkan nama-nama tokoh terkenal dalam bidang pemikiran Lahir kerana kita sentiasa merujuk kepada kajian-kajian yang mereka lakukan seperti Roger Sperry, Paul Mclean, Robert Ornstein, Ned Hermann.

Otak mempunyai empat keupayaan yang besar iaitu:

1. Keupayaan Meningkatkan Pancaindera.
2. Keupayaan Menggunakan Maklumat Dan Stimuli.
3. Keupayaan Menggunakan Pengalaman.
4. Keupayaan Menggunakan Daya Intuit dan Wawasan.

    Hal ini perlu dimaklumi kerana telah banyak kajian yang menghuraikan kepelbagaian ini dan kekuatan luar biasa otak dalam pelbagai bidang terutamanya hafalan. Oleh kerana otak boleh melakukan apa sahaja maka hasil akhir daripada pemikiran itu ialah cetusan pelbagai idea.. Walau sehebat mana pun ia akan tetap tunduk  kepada pengaruh luaran yang terdapat di sekitarnya berdasarkan fungsi panca indera yang ada iaitu”-

a) Daya Penglihatan Melalui Mata.
b) Daya Pendengaran Melalui Telinga.
c) Daya Sentuhan Melalui Kulit.
d) Daya Hiduan Melalui Hidung.
e) Daya Rasaan Melalui Lidah.

    Semua deria rasa memainkan peranan penting dalam proses berfikir kerana ia melalui deria-deria tersebut isyarat atau maklumat akan disampaikan kepada otak untuk tindakan selanjutnya. Otak yang mendapat rangsangan daripada deria tersebut akan melakukan proses-proses yang sepatutnya. Dari sini timbulah kenyataan bahawa otak itu sukar dimusnahkan tetapi mudah dipengaruhi oleh alam sekitar sekeliling dan pancaindera.
    Kesimpulannya potensi yang ada pada pemikiran Lahir ternyata amat besar dan seharusnya dimanfaatkan sebaik mungkin agar perkembangan minda akan berkembang secara sihat dan cemerlang. Rangsangan perlu sentiasa diberikan kepada pemikiran corak ini kerana ia amat sensitif terhadap rangsangan. Bagaimana pun tekanan yang terlalu tinggi tidak harus dibebankan ke atas pemikiran jenis ini kerana ia mungkin menjejaskan prospek pemikiran seseorang atas dasar bahawa pemikiran corak ini amat cemerlang.
    Melaui teknik pernafsan alfa , beta dan beberapa lagi teknik yang mengunakan sepenuhnya pemikiran lahir nyata ia amat berkesan dalam membentuk satu  formula yang hebat untuk manusia meneruskan kehidupan. Ramai yang masih lagi belum men getahui sepenuhnya tentang getaran-getaran dalam otak yang boleh dimanfaatkan dan boleh dijadikan batu lompatan untuk manusia melakukan yang lebih baik dalam kehidupan mereka.
 

PERHUBUNGAN PEMIKIRAN LAHIR DENGAN MATEMATIK

     Secara amnya manusia yang dikuasai oleh HOKI berfikir secara analitik seperti ahli matematik.  Mereka ini akan cuba sedaya upaya mereka akan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan angka.  Dalam melatih kanak-kanak agar mahir dalam bidang matematik sebuah organisasi yang dikenali sebagi Institut Pembangunan Keluarga dan Kanak-kanak (NURY) telah menjalankan usaha dengan tujuan melahirkan kanak-kanak pintar yang pada masa nanti boleh menjadi tenaga penting dalam pembangunan negara.
 NURY menggunakan lima prinsip dalam membangunkan potensi otak kanak-kanak iaitu:

1. Prinsip NURY 1 : Potensi anak
2. Prinsip NURY 2 : Pengasasan awal anak
3. Prinsip NURY 3 : Ibu bapa dan institusi rumah
4. Prinsip NURY 4 : Hubungan simbiotik
5. Prinsip NURY 5 : Adat resam keluarga dan masyarakat.

Untuk melaksanakan lima prinsip ini, NURY telah mengataur program-program pembangunan manusia seperti berikut:
1. Program bacaan
2. Program cetusan intelek
3. Program matematik dan kuantiti
4. Program muzik
5. Program kreatif
6. Program makanan dan pemakanan
7. Program pertuturan dan bahasa
8. Program manipulasi
9. Program pembangunan jasmani
10. Program kesihatan

D    alam program matematik dan kuantiti NURY telah mengatur beberapa aktiviti sebagai menguji kepintaran otak kanak-kanak tentang matematik.  Pada permulaanya kanak-kanak ini diajar mengenal angka dalam matematik.  Apabila kanak-kanak tersebut telah mengenali angka-angka tersebut, mereka pula diajar cara-cara mengira dalam matematik.  Mereka akan diajar dengan menggunakan jari, batu, sempuo dan sebagainya.  Aktiviti ini mengajar mereka menggunakan alatan terbabit dalam pengiraan matematik dengan cepat dan pantas tanpa mengambil masa yang lama.
    Dalam program ini juga, kanak-kanak dilatih dengan menggunakan angka agar mereka biasa dengannya.  Mereka ini juga akan menyebut angka-angka yang diapaparkan oleh guru mereka dalam usaha untuk mengingatkan mereka dengan angka-angka matematik.  Aktivit pembelajaran yang di buat oleh NURY ini amat berfaedah sekali kerana dapat membantu kanak-kanak memahirkan diri dalam ilmu matematik.
    Program -program yang dijalankan oleh NURY ini amatlah sesuai dengan konsep atau teori yang dikemukakan oleh Howard Gardner tentang 'the 7 intelligence' iaitu 7 kebijaksanaan manusia.  Tujuh kebijaksanaan yang diajukan oleh beliau ialah:

1. Kebijaksanaan logik-matematik
2. Kemahiran berbahasa
3. Kebolehan muzik
4. Kemahiran menguasai ruang
5. Kebijaksanaan gerak badan
6. Kebijaksanaan hubungan antara manusia
7. Kebolehan dalam diri

            Dalam kebijaksanaan logik-matematik seseorang itu berkebolehan dalam kuantitati yang berdasarkan fakta dan sains.  Kemahiran ini terdapat pada golongan ahli-ahli sains, ahli matematik dan ilmu logik.  Mereka ini terdiri daripada peguam, jurutera, penyiasat, polis dan pengesan.
           Ahli matematik akan cuba menyelesaikan masalah melibatkan matematik atau cuba memperkenalkan teknik-teknik baru dalam menyelesaikan masalah matematik.  Kebijaksanaan yang dimilikinya akan cuba digunakan sepenuhnya dalam membantu mereka yang mengalami masalah dalam matematik.
           Ahli -ahli matematik ini akan memperkenalkan teori-teori dan produk baru mereka kepada umum dalam usaha membantu pelajar-pelajar dalam pembelajaran matematik.   Mereka ini akan menerbitkan buku bagi memudahkan para pelajar mendapatkan ilmu matematik ini.
            Mereka juga akan mengadakan seminar-seminar di sekolah-sekolah dalam usaha menjayakan objektif mereka.  Mereka ini akan cuba sedaya upaya untuk memberi yang terbaik kepada masyarakat dalam memahami ilmu matematik sebaik mungkin.  Kebijaksanaan yang dimiliki oleh mereka akan digunakan untuk menolong para pelajar dan masyarakat mempelajari ilmu matematik yang dikatakan sukar oleh kedua-dua sasaran ini.
         Ahli matematik juga akan mengeluarkan buku hasil tulisan mereka sebagai rujukan masyarakat dan pelajar dalam mempelajari matematik.  Dalam buku ini biasanya dijelaskan secara terperinci mengenai matematik daripada asas sehingga penyelesaian masalah yang sukar.  Melalui cara ini masyarakat dam pelajar dapat memahami dengan lebih jelas lagi mengenai ilmu matematik apabila membacanya nanti.
 Satu lagi aspek yang perlu diberi perhatian ialah dalam kajian pakar-pakar perkembangan otak merumuskan bahawa 95% daripada kematangan otak seseorang manusia  sudah berlaku pada peringkat umur enam tahun. Justeru aspek ini perlu diberi perhatian dalam pendidikan matematik kerana ia boleh digunakan dan dijadikan asas kepada usaha membentuk asas matematik yang kukuh.
 

Dalam pepatah arab turut mengungkapkan madah seperti berikut:

  Belajar Sewaktu Kecil Ibarat Mengukir Atas Batu
  Belajar Sewaktu Dewasa Ibarat Memahat Atas Pasir

     Daripada pepatah Arab tersebut bolehlah kita simpulkan kebenarannya dengan kajian yang dilakukan oleh pakar-pakar pemikiran yang mengatakan bahawa 95% daripada kematangan otak adalah bermula sejak umur enam tahun lagi. Justeru ia perlu diambil perhatian terutamanya bagi seorang guru prasekolah untuk sedaya mungkin cuba menanamkan rasa suka terhadap matematik, seterusnya individu berkenaan akan dapat mendalami ilmu matematik dengan lebih mantap lagi.
     Dalam banyak kajian menyatakan bahawa sebenarnya otak manusia mat mengkagumkan dan hebat. Kehebatannnya mengalahkan komputer jika digunakan sepenuhnya. Dalam pengkajian beberapa ahli yang arif tentang otak mendedahkan bahawa terdapat berbilion-bilion sel dalam otak manusia. Tetapi hanya beberapa peratus sahaja yang kebanyakan insan gunakan.
     Banyak lagi bukti yang menunjukkan bahawa pemikiran lahir mempunyai kehebatan yang luar biasa. Contohnya apa yang digelar human calculator di mana otak manusia dapat mengira dengan lebih pantas berbanding mesin kira. Ini menunjukkan betapa hebatnya otak manusia. Banyak yang boleh diaplikasikan dalam matematik tentang pemikiran lahir ini. Manusia yang benar-benar dapat menggunakan pemikiran lahir ini akan dapat melakukan sesuatu yang tidak disangka oleh pemikiran ramai umpamanya dapat menghafal 100 nombor 7 digit yang diberikan secara lisan, menyusunnya semula dan mengungkapkan kembali nombor-nombor tersebut dengan kaedah menurun!
     Sekali imbas ia sememangnya tidak masuk akal tetapi realitinya ia memang berlaku dan pernah dipraktikkan. Ia boleh diaplikasikan dalam pembelajaran matematik untuk menghafal formula, sifir atau rumus yang berkaitan dengan mudah kerana ia  merupakan sesuatu yang tidak mustahil.
     Seorang kanak-kanak yang diajar menggunakan pemikiran lahir sejak dari kecil lagi Insya-Allah akan dapat menguasai ilmu matematik dengan cepat kerana seni matematik amat bergantung dengan keupayaan pemikiran lahir. Sejauh mana pemikiran lahir dapat dikembangkan maka sejauh itulah ilmu matematik akan dapat diperkembangkan. Maksudnya semakin majulah ilmu matematik yang ada pada diri orang yang pintar mempergunakan corak pemikiran lahir, iaitu bagaimana hendak merangsang minda dalam keadaan tertentu.
     Dan dalam matematik kita boleh menggunakan kehebatan minda untuk membayangkan bagaimana sempoa berfungsi untuk pengiraan secara mudah dalam matematik. Justeru amat nyata sekali bahawa pemikiran lahir amat sesuai sekali digunakan dalam pendidikan matematik terutamanya dalam mendidik anak-anak kecil menggunakannya dan menerangkannya sejak dari kecil lagi kearana mereka akan dapat mengaplikasikannya dalam pembelajaran matematik apabila belajar di sekolah seperti mana yang telah berlaku di Amerika Syarikat.