1.0 PENDAHULUAN
Tanggal 13 Mei 1969 tercetus satu detik hitam dalam lipatan sejarah
negara. Pertelingkahan kaum yang berlaku telah mengakibatkan negara kehilangan
banyak nyawa dan kerugian harta benda. Ia mempunyai kaitan rapat dengan
Pilihanraya Umum 1969 dan merupakan puncak manifestasi masalah perpaduan
kaum di Malaysia. Dalam pilihanraya tahun tersebut banyak isu-isu sensitif
telah dibangkitkan dan ditimbulkan seperti bahasa kebangsaan, kedudukan
istimewa orang Melayu dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Dalam pilihanraya
tahun 1969 Parti Perikatan gagal memperolehi majorirti dua per tiga dalam
Dewan Rakyat manakala Parti Gerakan Dan DAP yang berjaya memeprolehi sebanyak
25 kerusi telah mengadakan perarakan di Kuala Lumpur sambil menghina bangsa
Melayu. Hal ini memberikan tamparan hebat kepada orang Melayu dan akhirnya
UMNO telah mengadakan perarakan balas sebagai bantahan terhadap penghinaan
parti DAP dan Gerakan. Dalam suasana tegang dan penuh emosi maka tercetuslah
peristiwa 13 Mei 1969.
Peristiwa tersebut telah mengorbankan ramai orang dan telah mengakibatkan
kerugian harta benda yang banyak. Ia juga telah menyebabkan negara kita
telah menjadi tumpuan dunia. Sebenarnya Masalah 13 Mei ini merupakan masalah
perpaduan yang telah lama berakar umbi dalam masyarakat majmuk Malaysia
sebelum tahun 1969 lagi. Masalah ini telah disebabkan oleh British yang
telah memainkan peranan yang cukup besar untuk mewujudkan keadaan sedemikian
rupa.
1.1 Faktor Yang Mempengaruhi Peristiwa 13 Mei 1969
Banyak faktor yang telah mempengaruhi berlakunya peristiwa 13 Mei 1969.
Antaranya ialah:
1.1.1 Dasar Pecah Dan Perintah British
Pada Zaman pemerintahan British, British telah mewujudkan kelompok-kelompok
etnik berdasarkan kegiatan ekonomi. Ini dilakukan untuk menjaga kepentingan
mereka agar tidak terjejas dengan kewujudan perpaduan kaum kerana
mereka mahu mengeksploitasi semaksima mungkin kekayaan semulajadi Malaysia.
Justeru mereka telah menetapkan status dan perana yang berbeza bagi setiap
kaum seperti orang Melayu digalakkan tinggal di kampung, kaum Cina
digalakkan tinggal di bandar manakala kaum India digalakkan tinggal di
estet-estet. Dasar ini telah berjaya direalisasikan dan kesannya interaksi
antara kaum-kaum menjadi terbatas hanya di pejabat dan pasar sahaja. Apabila
ini berlaku maka lahirlah perasaan prasangka antara satu kaum dengan kaum
yang lain.
Prasangka yang wujud inilah yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnya
sentimen 13 Mei 1969.
1.1.2 Sistem Pendidikan Yang Berasingan
Sebelum Laporan Razak dikemukakan, Malaysia tidak mempunyai satu
asas atau sistem pendidikan nasional. Apa yang wujud ialah empat
aliran pendidikan yang berlaianan iaitu Aliran Inggeris, Melayu, Cina dan
India. Bagi kaum India mereka telah menguna pakai silibus yang diambil
dari negara india untuk diajar kepada anak-anak mereka. Begitu juga dengan
kaum Cina dan Melayu. Ini telah menyebabkan tiada keseragaman dari segi
identiti dan fahaman kerana Negara China contohnya mengamalkan fahaman
komunisme dan silibus yang diambil dari Negara China mempunyai unsur-unsur
komunisme tetapi lain pula dengan kaum lain yang berteraskan fahaman yang
lain.
Selain itu tidak terdapat satu bahasa pengantar yang seragam telah
menyebabkan setiap kaum hanya tahu bercakap dalam bahasa ibunda masing-masing
sahaja. Ini telah menyebabkan timbulnya pelbagai masalah yang telah menggugat
perpaduan kaum. Ini telah memberikan satu imapak buruk dalam pembentukan
perpaduan kaum di Malaysia.
1.1.3 Perbezaan Agama Dan Kebudayaan
Perbezaan budaya dan agama merupakan salah satu lagi punca berlakunya
masalah perpaduan kaum di Malaysia. Kaum Melayu sebahagan besarnya beragama
Islam, kaum Cina beragama sama ada Buddha, Lao-Tze, Taoisme, Confucius
manakala kaum India beragama Hindu. Disamping itu terdapat ramai juga yang
beragama Kristian.
Setiap kaum pula mempunyai kebudayaan yang berlainan dan ini menambahparahkan
lagi masalah perpaduan kaum di Malaysia. Masalah perpaduan ini bukannya
bermula disebabkan agama yang dianuti oleh kaum-kaum yang terdapat di Malaysia
menggalakkan penganutnya memusuhi agama lain tetapi ia berpunca dari sikap
jahil terhadap agama-agama lain hingga banyak perkara yang dilakukan secara
tidak sengaja telah menyinggung emosi penganut agama lain. Inilah
punca yang telah mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969 berlaku.
1.1.4 Aktiviti Ekonomi Yang Berlainan
Masyarakat Melayu kebanyakan terdiri daripada petani yang tinggal di
kampung manakala masyarakat cina telah mewarisi pekerjaan turun temurun
keluarga mereka iaitu beniaga dan kebanyakannya tinggal di bandar dan Masyarakat
India pula bekerja sebagai penoreh di estet-estet dan tinggal di estet-estet.
Kegiatan ekonomi yang berbeza ini telah mewujudkan jurang pendapatan
yang berbeza anatara satu kaum dengan kaum yang lain. Ini telah menimbulkan
rasa tidak puas hati dan persaingan ekonimi secara tidak sihat dan
pada kemuncaknya berlakulah peristiwa 13 Mei 1969.
1.1.5 Persatuan-persatuan Etnik
Struktur masyarakat Malaysia yang terdiri dari berbagai-bagai kaum
telah melahirkan banyak persatuan-persatuan politik sosial dan ekonomi
yang berasakan kaum masing-masing. Perkara ini telah memeperkuatkan lagi
rasa syak wasangka di antara satu sama lain kerana persatuan-persatuan
ini hanya memperjuangkan kepentingan kumpulan kaum yang diwakilinya sahaja
tanpa menghiraukan kaum-kaum yang lain. Parti-parti politik yang berbentuk
perkauman seringkali mengeksploitasi perbezaan-perbezaan yang wujud di
kalangan kaum hingga menimbulkan rasa tidak puas hati yang ketara antara
satu kaum dengan kaum yang lain.
1.1.6 Pendudukan Jepun
Salah satu punca permusuhana orang Melayu dengan Orang Cina ialah akibat
Pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Ini kerana Jepun memberi layanan yang
lebih istimewa kepada orang Melayu berbanding orang Cina kerana Jepun masih
lagi dipengaruhi sentimen peperangan dengan negara China pada akhir kurun
ke 19 dan awal kurun ke 20. Ini menyebabkan tentera Jepun bersikap pilih
kasih dalam hal yang melibatkan kaum Melayu dan Cina.
Jepun juga telah melantik orang Melayu sebagai askar dan polis
berbeza dengan orang Cina yang tidak diberi peluang untuk menjawat
sebarang jawatan. Ketika itu kebanyakan orang Cina menyertai MPAJA (Malaysian
People Anti Japanese Army). Keadaan bertambah buruk apabila kebanyakan
tentera Jepun yang menyerang MPAJA ialah terdiri daripada orang Melayu
dan ini telah menimbulkan persengketaan antara orang Melayu dengan Orang
Cina dan kemuncaknya ialah pada 13 Mei 1969.
1.17 Membangkitkan Soal Sensitif Pada Pilihanraya Umum 1969.
Semasa kempen pilihanraya tahun 1969 parti-parti politik yang
bertanding telah memainkan isu-isu yang sensitif seperti kedudukan istimewa
orang Melayu, soal bahasa dan kerakyatan untuk memancing undi daripada
orang ramai. Ini telah menimbulkan pelbagai rasa tidak puas hati antara
kaum dan akhirnya setelah memenangi kerusi yang agak banyak dan berjaya
menafikan majoriti dua per tiga parti Perikatan, parti DAP dan Gerakan
telah berarak untuk menghina orang melayu.
Tambah memburukkan lagi keadaan ialah orang Melayu melalui UMNO
telah mengadakan perhimpunan balas untuk menangkis penghinaan parti DAP
dan Gerakan. Keadaan menjadi tidak terkawal dan akhirnya meletuslah peristiwa
hitam 13 Mei 1969.
1.2 Gambaran Detik-Detik 13 Mei 1969 Secara
Ringkas
Pada 13 Mei 1969 anggota Parti Gerakan dan DAP yang telah berjaya memenangi
sebanyak 35 kerusi dan berjaya menafikan majoriti dua per tiga kerajaan
Parti Perikatan telah mengadakan perarakan untuk meraikan kemenangan mereka
dalam pilihanraya tahun 1969.
Ketika perarakan berlangsung mereka gagal mengawal emosi hingga membangkitkan
soal-soal sensitif seperti mempertikaikan ketuanan Melayu yang dijamin
oleh Perlembagaan Persekutuan. Dalam masa yang sama pihak komunis
dan kongsi gelap turut memainkan peranan mengeruhkan keadaan hingga berlaku
cacian, provokasi dan hinaan terhadap bangsa Melayu.
Hal ini telah menimbulkan kemarahan yang amat sangat kaum Melayu lalu
mereka bertindak balas selepas sekumpulan Melayu diserang oleh sekumpulan
Cina dari Setapak. Orang Melayu yang bertindak balas ini ialah mereka yang
mengikuti perarakan anjuran UMNO Selangor yang diketuai oleh Datuk Harun
Idris di Kampung Baru.
Perarakan yang dianjurkan oleh UMNO Selangor ini telah mendapat kelulusan
daripada pihak polis kerana beberapa sebab iaitu:
1. DAP dan gerakan telah mengadakan perarakan sama ada secara haram
atau tidak sejak 11 Mei 1969 lagi
2. Perasaan Orang Melayu di ibu negara pada ketika itu selepas pilihanraya
memuncak akibat cacian yang berbaur perkauman dan jika ia dibatalkan ia
akan mencetuskan rusuhan kaum.
3. Adalah difikirkan bahawa jaminan yang sebaik-baiknya untuk
mencegah kekacauan ialah dengan membenarkan perarakan yang dijalankan secara
rapi.
4. Janji Datuk Harun Idris dan pengikutnya untuk berarak secara aman.
Serangan balas oleh Orang Melayu tersebut telah menimbulkan kekecohan
yang akhirnya telah mengorbankan banyak nyawa serta telah menyebabkan kerugian
harta benda yang banyak. Maka tercetuslah episod berdarah 13 Mei
1969 yang sehingga kini masih diperkatakan.
2.0 Usaha Membentuk Perpaduan Kaum
Usaha membentuk perpaduan kaum merupakan satu perlkara yang amat penting
untuk membentuk satu negara yang utuh. Menyedari hakikat tersebut, kerajaan
telah berusaha membentuk perpaduan kaum di negara Malaysia agar Malaysia
mampu maju seiring dengan negara lain di dunia.
Perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses yang menyatupadukan
seluruh masyaralat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk
satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanahair.
Perpaduan boleh dicapai melalui dua cara utama iaitu :
1) Integrasi
Satu merupakan proses bagi mewujudkan identiti nasional di kalangan
kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi
dalam sesuatu unit politik.
2) Asimilasi
Asimilasi merupakan satu proses bagaimana kumpulan-kumpulan minoriti
diasimilasikan melalui perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam kumpulan
etnik yang lebih besar.
Namun dalam jika diteliti kedua-dua aspek di atas kerajaan lebih
banyak mengusahakan pembentukan perpaduan kaum melalui proses integrasi
kerana melalui proses integrasi setiap etnik akan dapat berkongsi satu
identiti nasional dan apabila ini berlaku maka secara logiknya akan wujudlah
proses asimilasi. Namun begitu apa yang ingin difokuskan di sini ialah
usaha kerajaan membentuk perpaduan selepas peristiwa 13 Mei 1969.
2.1 Usaha Segera Untuk Membentuk Perpaduan Selepas Peristiwa 13 Mei 1969
2.1.1 Mengisytiharkan Darurat
Ketika peristiwa 13 Mei 1969 berlaku keadaan amat tidak terkawal
dan pertempuran antara kaum berlaku akibat suasana tegang. Untuk meredakan
ketegangan keadaan ini kerajaan telah mengisytiharkan darurat pada 16 Mei
1969 di seluruh negara. Tujuan diisytiharkan darurat ialah pertama untuk
menenangkan keadaan yang tidak terkawal. Kedua ialah untuk memberi masa
kepada pihak yang terlibat bertenang dan berfikir secara rasional tindakan
mereka. Ketiga untuk cuba menghentikan kekacauan yang berlaku dalam masa
yang singkat.
2.1.2 Membentuk Majlis Gerakan Negara (MAGERAN )
Setelah mengisytiharkan darurat di seluruh negara pada 16 Mei 1969
kerajaan telah menubuhkan Majlis Gerakan Rakyat (MAGERAN) yang diketuai
oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Tun Abdul
Razak. Turut menganggotai MAGERAN ialah pemimpin-pemimpin parti politik,
pegawai-pegawai kanan kerajaan dan pegawai-pegawai tinggi polis dan tentera.
Antaranya ialah Tun Dr. Ismail, Tan Siew Sin, Tun G.T Sambatan, Dato’ Hamzah
Bin Abu Samah, Tan Sri Muhammad Ghazali Shafie, Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin,
Tan Sri Mohd Salleh Ismail dan Jeneral Tunku Osman Tunku Mohd Jiwa.
Fungsi utama MAGERAN ini ialah:
1. Mengembalikan keamanan dan undang-undang negara.
2. Menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna.
3. Mengembalikan suasana keharmornian dan kepercayaan antara kaum
di Malaysia.
Dengan wujudnya MAGERAN maka sistem kerajaan berparlimen telah digantung
dan semua kuasa pentadbiran telah dipusatkan kepada MAGERAN. Fungsi kerajaan
berparlimen mula dipulihkan semula pada 23 Februari 1971.
2.1.3 Menubuhkan Majlis Perundingan Negara
Majlis perundingan Negara telah ditubuhkan pada bulan Januari
1970 untuk membentuk perpaduan antara kaum di Malaysia. Majlis Perundingan
Negara telah dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak. Ahli-ahli majlis ini
terdiri daripada wakil-wakil:
a) Menteri-menteri yang menganggotai MAGERAN.
b) Kerajaan-kerajaan Negeri.
c) Parti-parti Politik.
d) Sabah dan Sarawak.
e) Kumpulan-kumpulan Agama.
f) Badan-badan Profesional.
g) Perkhidmatan Awam.
h) Kesatuan Sekerja Dan Persatuan Majikan.
i) Wartawan.
j) Persatuan Guru-guru.
k) Kumpulan Minoriti.
Fungsi utama Majlis Perundingan Negara ini ialah untuk meneliti
isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah
yang melibatkan pelbagai kaum. Ia juga bertindak sebagai penasihat kepada
MAGERAN mengenai perkara-perkara yang bersangkutan dengan perhubungan dan
integrasi kaum di Malaysia.
2.1.4 Memperkenalkan Rukun Negara.
Menyedari masyarakat berbilang kaum di Malaysia tidak mempunyai satu
hala yang jelas maka kerajaan telah memperkenalkan rukun negara untuk memberi
garis panduan yang lebih jelas kepada masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Rukun negara adalah manifestasi idealogi nasional dengan tujuan untuk mencapai
perpaduan di kalangan rakyat tanpa mengira kaum, warna kulit, bangsa dan
agama.
Konsep rukun negara yang dibentk oleh MAGERAN ini pada asasnya
ialah untuk membentuk corak masyarakat Malaysia berdasarkan prinsip hidup
yang telahpun wujud dan boleh dijadikan pegangan masyarakat Malaysia.
Antaranya ialah:
1) Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat.
2) Memelihara cara hidup demokratik.
3) Mencipta suatu masyarakat yang adil dan kemakmuran negara akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama.
4) Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi yang kaya dan pelbagai
corak.
5) Membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan
teknologi.
Konsep rukun negara telah dibahagikan kepada lima prinsip iaitu:
1. Kepercayaan Kepada Tuhan.
2. Kesetiaan kepada Raja Dan Negara..
3. Kedaulatan Undang-undang
4. Keluhuran Perlembagaan.
5. Kesopanan Dan Kesusilaan
2.1.5 Pembentukan Majlis Muhibah
Majlis Muhibah ini telah ditubuhkan atas arahan daripada MAGERAN. Majlis ini telah diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Ia diadakan di setiap peringkat iaitu peringkat pusat, daerah negeri dan kawasan. Ini bertujuan untuk memastikan matlamat penubuhan majlis ini berjaya di segenap lapisan masyarakat Malaysia. Majlis ini berperanan untuk menggalakkan perkembangan muhibah di kalangan pelbagai kaum dan berusaha ke arah memulihkan kembali kepercayaan dan keyakinan di kalangan pelbagai kaum di Malaysia yang telah musnah akibat peristiwa hitam 13 Mei 1969.
2.1.6 Penyusunan Semula Politik (Barisan Nasional)
Apabila berlakunya masalah 13 Mei, kebanyakan parti-parti politik mula
menyedari peri pentingnya bersatu dalam satu barisan yang menggabungkan
pelbagai kaum. Justeru wujudlah Barisan Nasional yang lahir atas kesedaran
untuk mengatasi maslah perpaduan kaum akibat peristiwa 13 Mei 1969. Ia
dianggotai oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Parti Islam
Se-Malaysia (PAS), Kongres India Malaysia (MIC) dan Persatuan Cina Malaysia
(MCA) serta enam lagi parti politik. Tujuan pembentukan Barisan Nasional
ialah untuk mengurangkan perpecahan politik dan sesuai dengan pindaan Perlembagaan
1971.
Rombakan politik ini telah berjaya menampakkan hasil yang
cukup memberangsangkan kerana semua pihak semakin mula memahami kepentingan
perpaduan kaum.
3.0 Dasar-Dasar Kerajaan Untuk Membentuk Perpaduan Yang Lebih Baik Selepas Peristiwa 13 Mei 1969
Peristiwa 13 Mei 1969 telah memberikan impak negatif terhadap perpaduan rakyat Malaysia. Kerajaan pimpinan Tun Abdul Razak Dato’ Hussein menyedari akan hal ini kerana jika ia tidak dibendung atau disekat ia akan mencetuskan satu situasi yang tidak diingini sekali lagi. Justeru pelbagai langkah telah diambil untuk mengatasi maslah ini melalui dasar-dasar yang dibentuk untuk membina perpaduan di kalangan masyarakat berbilang bangsa.
3.1 Dasar Ekonomi Baru (DEB)
Dasar ini telah diperkenalkan pada tahun 1970 dan mempunyai matlamat
serampang dua mata iaitu:
3.1.1 Pembasmian Kemiskinan Tanpa Mengira Kaum
Melalui dasar ini kerajaan bertindak untuk merapatkan jurang kekayaan
antara golongan kaya dan golongan miskin tanpa mengira kaum kerana ketidakseimbangan
kekayaan terutamanya antara kaum hanya akan mencetuskan suasana yang tidak
harmorni akibat rasa tidak puas hati anatara satu sama lain. Justeru untuk
menjayakan Dasar Ekonomi Baru ini kerajaan telah memberi banyak tumpuan
kepada golongan seperti pekebun-pekebun kecil, penghuni estet, petani nelayan
dan pesawah.
Antara program dan perancangan yang telah dilaksanakan ialah
seperti berikut:
a) Penyediaan infrastruktur parit dan taliair termasuk pemberian subsidi
dan kredit bagi membolehkan pesawah melaksanakan penanaman padi dua kali
setahun.
b) Menyediakan skim penanaman semula yang menggalakkan penggunaan benih
kacukan berhasil tinggi, termasuk pemberian kredit dan subsidi sara hidup
serta bantuan untuk pembiakan ikan dan kegiatan ternakan yang ditujukan
kepada pekebun kecil.
c) Menyediakan skim pemilikan bot dan pemberian subsidi kepada nelayan
untuk membantu mereka memberi kelengkapan menangkap ikan yang perlu dan
lebih berguna.
d) Memlaksanakan rancangan pembukaan tanah baru yang membolehkan penghuni
desa menyertai kegiatan pertanian moden, misalnya skim anjuran Lembaga
Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) serta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan
Tanah Negara (FELCRA).
e) Melaksanakan penyediaan kemudahan sosial seperti klinik, hospital,
sekolah bekalan air dan elektrik, rumah kos rendah dan peluang pekerjaan
sebagai peniaga kecil bagi kumpulan berpendapatan rendah.
3.1.2 Penyusunan Semula Masyarakat
Dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerajaan juga memberi tumpuan untuk
menyatupadukan semula masyarakat yang telah berpecah belah akibat ketidakseimbangan
perolehan dan pengagihan kekayaan negara. Dalam dasar ini kerajaan menetapkan
sasaran untuk pemilikan ekuiti dalam bidang perusahaan dan perniagaaan
iaitu 70 peratus ekuiti rakyat Malaysia termasuk 30 peratus ekuiti bagi
kaum Bumiputera pada tahun 1990.
Selaras dengan usaha untuk menjayakan DEB kerajaan telah mengambil
langkah-langkah berikut untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan DEB:
i) Meningkatkan pendapatan da taraf hidup golongan kurang berupaya.
ii) Menyusun semula corak guna tenaga dalam sektor ekonomi tertentu
iii) Menyusun semula pemilikan ekuiti.
iv) Melatih dan membentuk para usahawan dan pedagang baru di kalangan
masyarakat bumiputera.
v) Menambahkan kuota pendidikan di pusat-pusat pengajian tinggi di
dalam dan luar negeri khas untuk pelajar Bumiputera.
vi) Menambahkan bilangan bumiputera yang berkelayakan ikhtisas dan
teknikal dalam sektor awam dan swasta.
Untuk memastikan DEB akan berjaya mencapai matlamatnya kerajaan turut
menggembleng tenaga jabatan kerajaan yang terlibat untuk menggerakkan instrumen
DEB. Antara perbadanan yang mengambil bahagian untuk membantu kerajaan
meningkatkan taraf ekonomi kaum Bumiputera ialah:
1. Permodalan Nasional Berhad (PNB).
2. Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS).
3. Perbadanan-perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN).
4. Bank Negara.
5. Bank Pembangunan Malaysia Berhad.
6. Skim Amnah Saham Bumiputera.
7. Majlis Amanah Rakyat (MARA).
8. Pusat Daya Pengeluaran Negara (PDPN).
3.1.2 Pencapaian DEB Setelah Tahun 1990.
Setelah tahun 1990 tahun yang dijangkakan untuk mencapai matlamat DEB
tiba, DEB masih lagi belum berjaya mencapai matlamat sepenuhnya seperti
pemilikan ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus dalam aktiviti ekonomi.
Namun begitu banyak juga kejayaan yang telah dicapai seperti purata pendapatn
isi rumah yang bertambah, pengurangan kadar kemiskinan telah dapat dikurangkan
dan pengenalan kaum berdasarkan aktiviti ekonomi telah berkurangan.
3.2 Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah hasil daripada Akta Pelajaran 1961
yang berdasarkan syor laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960.
Ia telah dimaktubkan dalam Ordinan Pendidikan 1957. Pada amnya dasar ini
bertujuan untuk membantu menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang
bangsa dan keturunan melalui sistem pelajaran yang menitikberatkan penggunaan
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama serta berasaskan kokurikulum,
peperiksaan dan kegiatan kokurikulum yang sama. Antara langkah yang telah
diambil ialah:
1. Bahasa Inggeris diwajibkan di semua sekolah rendah.
2. Bahasa Melayu dan Inggeris diwajibkan di semua sekolah menengah.
Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di semua sekolah
diperkenalkan secara berperingkat-peringkat. Bahasa Melayu mula diperkenalkan
di sekolah rendah pad athaun 1970 tetapi mulai tahun 1983 semua kursus
tahun pertama di peringkat universiti diajar dalam Bahasa Melayu.
Objektif utama sistem pelajaran kebangsaan ialah untuk memenuhi
keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi
dan politiknya. Antara matlamat lain dasar ini ialah:
i) Untuk menghasilkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan
terlatih.
ii) Menggalakkan perkembangan ekonomi, umpamanya menyediakan tenaga
kerja khasnya dalam bidang sains dan teknologi.
iii) Menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial dan politik negara.
iv) Membentuk satu masyarakat majmuk yang bersatu padu dan saling memahami
antara satu sama lain.
v) Mengurangkan pembaziran tenaga kerja akibat terlalu ramai murid
yang keciciran dari alam persekolahan pada usia yang muda hingga mengurangkan
potensi kerja negara.
vi) Mendemonstrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan
mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan
yag kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar.
Antara strategi yang telah dilaksanakan pula ialah:
a) Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama.
b) Mengadakan kurikulum dan peperiksaan yang sama di semua sekolah.
c) Memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada 1982 berdasarkan
kemahiran 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira serta memperkenalkan. Kurikulum
Baru Sekolah Menengah (KBSM) pada 1988.
d) Mempertingkatkan pendidikan rohani, disiplin dan keagamaan.
e) Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang dapat memupuk disiplin dan
perpaduan.
f) Memperluaskan pendidikan teknik dan vokasional dan mempelbagaikan
kemudahan pelajaran.
Langkah-langkah di atas amat penting untuk memupuk perpaduan terutamanya
langkah yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama.
Ini akan memberikan kefahaman dan rasa saling memahami sambil
dapat menghindarkan rasa curiga antara satu sama lain kerana mereka dapat
berinteraksi dengan menggunakan satu bahasa tunggal iaitu Bahasa
Melayu.
Melalui aktiviti ko-kurikulum pula akan dapat melahirkan insan generasi
yang dapat menghargai perpaduan dan bermoral tinggi agar tidak berlaku
lagi ulangan kepada peristiwa 13 Mei 1969. Ia juga boleh dihayati
menerusi falsafah pendidikan negara yang telah ditetapkan seperti berikut:
“ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan
insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”.
Jika diteliti falsafah pendidikan negara di atas nyata bahawa dasar
pendidikan negara adalah satu dasar yang diwujudkan untuk menyemai rasa
cinta kepada negara yang secara simboliknya menuntut usaha ke arah mempereratkan
perpaduan antara satu sama lain agar kisah 13 Mei 1969 tidak akan berulang.
3.3 Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Sebagai sebuah negara yang rakyatnya berbilang bangsa, kaum dan agama
Malaysia tidak lari daripada aspek kepelbagaian budaya anatara satu sama
lain. Melalui dasar ini unsur-unsur kebudayaan dapat dignakan untuk membentuk
warganegara yang lebih baik dan membina negara bagi mencerminkan satu keperibadian
Malaysia.
Dasar Kebudayyan Kebangsaan telah dirangka berteraskan tiga prinsip
utama yang telah ditetapkan oleh Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971 iaitu:
I) Kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan
rakyat asal rantau ini;
II) Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima
menjadi unsur Kebudayaan Kebangsaan.
III) Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan dalam pembentukan
Kebudayaan Kebangsaan.
Dasar ini juga penting kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum
dan mempunyai kebudayaan yang berbeza kerana ia dapat saling memberi kefahaman
tentang budaya masing-masing agar perasaan prasangka anatara satu
sama lain dapat dihindari. Antara lain dasar ini juga menolak unsur-unsur
barat yang tidak sesuai daripada meresap masuk dan mempengaruhi kebudayaan
rakyat Malaysia. Matlamat Dasar Kebudayaan Kebangsaan ialah:
i) Membantu mencapai perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.
ii) Memupuk dan menjamin keutuhan identiti kebangsaan.
iii) Memperkayakan dan mempertingkatkan mutu kehidupan manusia dan
menanam sikap kerohanian yang seimbang dengan pembangunan kebendaan di
Malaysia.
3.3.1 Pelaksananan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Dalam membentuk apa jua dasar perkara yang paling penting ialah soal
pelaksanaan keran jika ia hanya sempurna di atas kertas tetapi tidak dapat
diterjemahkan ke dunia nyata maka tiada gunanya ia dibentuk. Begitu jua
dalam soal Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang telah dilaksanakan seperti
di bawah agar matlamatnya tercapai:
1. Memperbanyakkan dan mengembangkan pertunjukan kebudayaan di peringkat
negeri dan nasional.
2. Memberi latihan dan menyokong pergerakan-pergerakan kebudayaan.
3. Meningkatkan taraf dan mutu berbagai-bagai bidang seni di negara
kita.
4. Memupuk kesedaran kebangsaan.
5. Memenuhi keperluan sosiobudaya negara.
3.4 Dasar Pembangunan Nasional (DPB)
Dasar Pembangunan Nasional (DPB) diumumkan oleh Datuk Seri Doktor Mahathir
Mohammad pada 17 Jun 1991 di parlimen. DPN dilaksanakan bagi menggantikan
Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan ia terkandung dalam Rangka Rancangan
Jangka Panjang Kedua (RRJP2) bagi tempoh tahun 1991-2000.
Melalui dasar ini ia masih lagi mengekalkan tujuan asas DEB dan bermatlamatkan
untuk mencapai pembangunan seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu
padu dan adil . Matlamat akhir dasar ini ialah untuk membentuk perpaduan
kaum.
DPN merangkumi beberapa aspek penting seperti berikut:
a) Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan
ekonomi dan pengagihan yang saksama.
b) Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi
untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan
pertumbuhan.
c) Mengurang dan akhirnya menghapuskan keadaan ketidaksamaan dan ketidakseimbangan
sosial dan ekonomi dalam negara untuk menggalakkan perkongsian secara lebih
adil dan saksama faedah yang diperolehi daripada pembangunan ekonomi untuk
semua rakyat Malaysia.
d) Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan
jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi di kalangan
negeri-negeri dan di antara kawasan luar bandar dan bandar.
e) Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat
menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi, di samping mempunyai
nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif serta menghayati perasaan
bangga dan cintakan negara.
f) Memajukan pembangunan sumber manusia termasuk mewujudkan tenaga
kerja yang berdisiplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran-kemahiran
perlu bagi menghadapi cabaran dalam pembangunan industri melalui satu budaya
kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat.
g) Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam
perancangan dan pembangunan sosioekonomi yang memerlukan usaha membangunkan
keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta
memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi
perindustrian yang moden.
h) Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi, perhatian
yang sewajarnya perlu diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi
dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan
secara berterusan.
Melalui DPN terdapat empat perkara yang telah digariskan kepada pendekatan
strategi ekonomi DEB iaitu:
a) Mengalih tumpuan membasmi kemiskinan di kalangan golongan termiskin
di samping mengurangkan kemiskinan relatif.
b) Menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah masyarakat perdagangan
dan perindustrian Bumiputera.
c) Meningkatkan penekanan kepada sektor swasta untuk melibatkan diri
dalam proses penyusunan semula masyarakat
d) Memberikan lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk
sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbhan ekonomi dan pengagihan
yang saksama.
DPN merupakan kesinambungan usaha yang telah dilaksanakan menerusi
DEB dan bertujuan untuk membina sebuah negara Malaysia yang lebih makmur
dan sentosa.
4.0 Penutup
Masalah 13 Mei 1969 jika dilihat dari satu aspek sememangnya banyak
memberikan kesan negatif terhadap negara kita tetapi jika dilihat pula
dari satu sudut yang lain ia sebenarnya banyak memberi kebaikan kepada
kita semua rakyat Malaysia. Melalui peristiwa berdarah itulah kita kini
dapat hidup dan membentk sebuah negara Malaysia yang aman damai, harmoni
hinggakan menjadi sebutan dunia kerana sebuah negara yang rakyatnya berbilang
kaum dapat hidup bersama dalam keadaan dan suasana yang aman damai.
Jika dilihat faktor berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 kebanyakan
disebabkan oleh peranan penjajah yang telah membentuk satu masyarakat yang
mempunyai kelas dan tahap tertentu demi untuk memelihara kepentingan mereka
di Tanah Melayu. Justeru setelah berlaku peristiwa 13 Mei kerajaan telah
mengambil langkah untuk membentuk semula masyarakat Malaysia menerusi dasar-dasar
dan tindakan segera yang telah diambil untuk memastikan bahawa kemakmuran
negara akan terus terpelihara dan terjamin.
Peristiwa 13 Mei merupakan satu titik tolak ke arah kebaikan kepada
negara kita kerana selepas sahaja peristiwa tersebut berlaku amak semua
pihak mulai sedar dan saling bekerjasama membentuk perpaduan yang lebih
jitu seperti yang dapat kita saksikan kini. Apa yag perlu dilakukan kini
oleh rakyat Malaysia ialah terus mendukung aspirasi nasional tanpa mengira
apa pun fahaman politik dan salig membantu antara satu sama lain
ke arah Malaysia yang lebih adil. Dasar-dasar yang dirangka oleh kerajaan
pula haruslah didokong dan diberi sokongan yang sewajarnya agar ia berjaya
mencapai matlamatnya.
Selepas 13 Mei 1969 juga jelas menampakkan satu peningkatan yang amat
membanggakan bagi negara kita dari segi pemupukan perpaduan kaum dan ia
adalah hasl daripada usaha-usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan melalui
dasar-dasar seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pendidikan Kebangsaan,
Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Pembangunan Nasional serta wawasan
SAIFUL AZRUL CHE LAH
MOHD SYAHIR ISMAIL
MOHD RIZAL SHAMSUDDIN