Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
BELAJARLAH MEMAHAMI ORANG LAIN

    Memahami orang lain merupakan sesuatu yang cukup sukar untuk dilakukan. Ini kerana manusia terbahagi kepada terlalu banyak jenis. Ada yang sensitif ada yang agak pantas melenting ada yang cool dan ada yang terlalu lambat marah. Tidak kurang juga ada yang terlalu baran. Untuk hidup dalam keadaan yang harmonis perlulah ditekankan akan kemahiran memahami orang lain ini.

    Jika ditinjau kembali masalah-masalah mental di kalangan manusia, dapat kita simpulkan semua ini terjadi kerana masalah tidak dapat memahami orang lain.Seorang yang tidak difahami jiwanya akan mudah terluka oleh gelagat orang yang tidak memahami hatinya. Ini menimbulkan banyak masalah kepada diri individu tersebut. Motivasinya mungkin terjejas. Kita perlu memahami orang lain agar kita juga dapat hidup bersama malahan jika kita dapat saling bantu membantu apatah lagi jika orang tersebut mempunyai bakat atau keistimewaan tersendiri.

    Banyak faktor yang membuatkan orang tidak dapat memahami orang lain. Antaranya ialah tidak berpendidikan dalam hal ini, Kurang didikan agama, sikap suka mementingkan diri sendiri dan banyak lagi. Tidak memahami orang lain merupakan satu proses ke arah kehancuran perpaduan. Masyarakat akan berpecah belah jika semua masyarakat tidak dapat memahami antara satu sama lain.

    Dewasa ini kita kerap mendengar kes-kes perceraian yang selalu dimuatkan di dalam media massa. Mengapakah gejala tidak sihat ini semakin menular? Jawapannya ialah tiada sikap saling memahami antara pasangan. Impaknya ialah perceraian yang boleh memusnahkan kehidupan insan tidak berdosa iaitu anak-anak mereka. Atas dasar itulah kita perlu cuba belajar memahami hati orang lain kerana memahami hati orang lain akan membuatkan kita bertambah akrab antara satu sama lain.

    Perlukah Kita memahami orang lain? Satu persoalan yang cukup mudah untuk dijawab. Soalkan kembali perlukah hati kita dijaga dan dihormati oleh orang lain? Jawapannya ada pada soalan itu, Kita perlu menyedari hakikat yang kita hidup bermasyarakat dan bukan berseorangan. Justeru kita harus pintar berfikir dan mengambiil hati orang lain! Jika tidak lupakan sahaja kehidupan yang tenang dan bahagia di dalam sebuah masyarakat.

    Bagaimana hendak memahami orang lain? Bagi saya (Ini bukan kajian khusus tetapi hanya satu pendapat,saranan dan pengalaman) kita boleh belajar memahami orang lain dengan salah satu cara berikut:
1-Kerap melawat tempat orang.
2-Belajar ilmu psikologi.
3-Bacaan berkaitan.
4-Mendalami ilmu agama.
5-Bertanyakan Kepada Orang Yang Rapat Dengan Orang Yang Ingin Kita Fahami.
5-Sentiasa bertanya kegemaran dan apa yang tidak disukainya.
6-Siasat latarbelakangnya.

Itu cuma beberapa saranan yang dapat saya berikan. Terdapat banyak lagi cara untuk belajar memahami orang lain. Ini kerana orang lain juga punya perasaan tidak kiralah dia kecil, besar, tua, muda, miskin, kaya, lelaki, perempuan, tinggi, rendah, kurus, gemuk. Semuanya punya perasaan yang harus dijaga.

Salah satu cara untuk memahami orang lain ialah bersangka baik. Jangan terlalu pantas membuat kesimpulan. Lihat pada keseluruhan pandangan dan barulah lakukan keputusan yang bijak. paling penting buang segala prasangka. InsyaAllah anda kan dapat memhami orang lain.

Apa yang paling penting ialah Untuk Membuatkan Orang Memahami Kita ialah Kita Mesti Mula Memahami Hati Orang! Fikirkan