Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Langkah 1- Pemakanan Seimbang

Tubuh manusia memerlukan 46 jenis nutrient setiap hari untuk berfungsi secara optimum. Nutrien-nutrien ini dikenali sebagai nutrien metabolik. Jika sel-sel kekurangan nutrien, metabolisme sel akan tergugat dan menyebabkan penyakit kronik. Selain itu, sesuatu nutrien itu saling berkait antara satu sama dengan yang lainnya. Adalah penting untuk memastikan pengambilan semua nutrien secara seimbang setiap hari. Kekurangan mana-mana jenis nutrient akan teruk menjejaskan kesihatan kita. Menurut laporan Amerika Syarikat, 2/3 daripada semua kematian disebabkan oleh ketidakseimbangan pemakanan dan kekurangan nutrient. Kita perlu berhati-hati tentang makanan yang diambil setiap hari kerana ini menentukan tahap kesihatan kita. Walaupun tubuh kita dapat menghasilkan sesetengah nutrient penting seperti Vitamin D, atau mungkin diet biasa kita dapat menyumbangkan keperluan asas kesihatan tertentu, kita tidak boleh bergantung pada mana-mana sumber diatas untuk memperoleh nutrient secukupnya untuk tubuh kita. Oleh itu, ilmu tentang kepentingan nutrient dan sumber-sumbernya dapat membantu kita menguruskan kesihatan kita dengan lebih baik. Untuk mengetahui barisan produk yang dicadangkan dalam kategori ini, sila klik link di bawah atau gambar di sebelah.

Produk-produk untuk Pemakanan seimbang

Elken Spirulina
EPA
Ester C
Dr Diet