Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!


MONITOR



Home | Back | Next |


Jenis-Jenis Yang Terdapat Dipasaran





Philips 150P2E


14" PHILIPS 104E


SONY CPD-G520


MONITOR
Monitor terdiri daripada pelbagai saiz yang diukur dalam ukuran inci seperti 14", 15", 17" dan 21". Terdapat jenis monitor yang memancarkan radiasi yang rendah dan menjimatkan tenaga dengan kebolehan tertutup sendiri apabila ianya tidak digunakan dalam jangkamasa yang lama. Saiz yang berbeza mempunyai keupayaan paparan atau resolusi yang berbeza.

14" PHILIPS 104E
Monitor 14 inci jenama PHILIPS ini merupakan Monitor warna SVGA (Super, Visual/Video Graphics Adapter) yang memaparkan resolusi setinggi 1024x768 pixel. Lebih banyak pixel (Keluasan dan bilangan titik) yang dipaparkan, lebih tajam dan lebih berkualiti teks dan grafik yang dipaparkan.



LCD-Liquid Crystal Display
LCD ialah singkatan untuk Liquid Crystal Display. Ia adalah bahan organik yang memantulkan cahaya apabila voltan digunakan. Pada tahun 1970, LCD pertama yang boleh berfungsi dicipta. Sebelum itu LCD khabarnya menggunakan sejumlah besar kuasa dengan hayat yang terhad dan kontras visualnya yang tidak memuaskan. Tahun berikutnya LCD pertama yang diperagakan kepada khalayak telah mendapat perhatian.

Philips 150P2E
monitor LCD ini mempunyai keupayaan XGA (1024 x 768). Skrin ini boleh dipusingkan untuk mendapat paparan secara menegak atau mendatar. Ia menggunakan sambungan analoq biasa disamping mempunyai port digital.

SONY CPD-G520
Monitor LCD 21 inci ini mempunyai kaki monitor yang rendah dan mempunyai resolusi sehingga 1800 x 1440 piksel dengan frekuensi 87Hz. Ia mempunyai mod warna terkini, sRGB yang sering digunakan oleh professional grafik di samping penggunaan kawalan Picture Effect.





BACK

HOME

NEXT