If Frame Is Loaded ActionScript utk SIMPLE PRELOADING Oleh sandikjua
Tujuan - File flash akan didownload sepenuhnya sebelum ditayangkan pada Internet Explorer(katakan file flash anda bersize 23kb, hanya setelah 23kb habis didownload barulah internet explorer menanyangkan animasi flash anda. Dengan menggunakan kaedah ini persembahan animasi flash lebih kemas dan ianya juga mengelak paparan animasi yg tersekat-sekat.
PERHATIAN :- Sebelum memainkan file flash5 , sila pastikan butang CONTROL telah diset kepada LOOP PLAYING, ENABLE SIMPLE FRAME ACTION dan ENABLE SIMPLE BUTTONS telah diaktifkan.
Cara-cara membuatnya :-
1. Pada frame pertama anda hendaklah mensetkan arahan ActionScript ini ifFrameLoaded (100) {gotoAndPlay (10);} Ulasan tambahan - (100) adalah jumlah frame yg ada dlm file anda, ini yg akan didownload semuanya sebelom ianya ditayangkan dan (10) adalah frame dmana anda mensetkan supaya setelah frame habis didownload bermula.
2. Frame ketiga atau frame empat ActionScript yg perlu diset ialah gotoAndPlay (1); ulasan - (1) adalah frame dimana terjadinya looping sehinggalah keseluruhan frame tadi habis didownloading dan seterusnya ditayangkan dlm internet explorer anda.
3. Setelah selesai , anda bolehlah menguji ActionScript itu dgn menekan butang CONTROL dan pilih TEST MOVIE. Flash player akan memainkan animasi tadi seterusnya anda tekan butang VIEW, BANDWIDTH PROFILE dan SHOW STREAMING. Sekarang anda akan melihat autoscript PRELOADING berfungsi dengan memainkan looping pada frame yg telah dset dgn arahan ActionScript If Frame Is Loaded.
Sebagai rujukan sila pindahterima contoh .swf dan .fla ini.