Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
PEMBOHONG MUKA SELAMBA BERAKSI LAGI!!

Bahan kempen. Cetak dan sebar seluas mungkin!

Pembohong muka selamba, MAHATHIR  KUTTY telah melakukan lagi aksi pembohongannya di Langkawi baru baru ini. Seperti yang dilapurkan dalam the SUN 28 Jun, Dr Mahathir berkata seorang pemimpin politik yang BAIK tidak akan mengkasari timbalannya dan campaknya ke dalam penjara! Sikit punya sedap kata kata Mahathir ni. Macam dia ni baik sangat! Mahathir nak guna '‘reverse psychology’ nak memperdayakan rakyat lagi!!

Sakit hati melihat dia beraksi macam ni lagi. Mahathir betul betul menghina minda kita! Mahathir masih ingat rakyat jelata akan percaya dengan apa yang dia kata. Dia tak sedar majoriti rakyat dah meluat dengan dia! Apabila dia mengeluarkan kenyataan seperti tersebut, ternyata golongan sasar yang ditujukan ialah orang orang kampung yang tidak ada kemudahan atau ‘access’ pada sumber maklumat selain dari media massa milik kerajaan ataupun kepada ahli ahli UMNO yang MALAS membaca! Memang pun, ramai dikalangan ahli ahli UMNO yang sudah kenyang dan kaya raya, sudah malas membaca!!

Parti parti barisan alternatif kena kerja lebih kuat menangkis segala pembohongan Mahathir ni. Oleh kerana dah terlanjur dan TERSEPIT dan DESPERATE dan THE STAKES ARE TOO BIG, dia tak akan henti henti dengan aksi aksi pembohongannya! Mahathir sedar orang orang bandar tidak lagi menyokongnnya. Mahathir sedar bijak pandai dan yang berpelajaran, tidak lagi percaya dengan segala yang dikatakan. Pada Mahathir dan para konspirators, mereka percaya masih ada HOPE dengan terus MENIPU orang orang kampong!!

Rakyat jelata yang cerdik dan pandai dan berfikiran waras dari bandar perlulah membantu parti parti barisan alternatif menangkis segala pembohongan Mahathir ni dengan menyebar risalah risalah, kaset kaset dan video video seluas mungkin. Keraplah balik ke kampong masing masing untuk memberi penerangan penerangan kepada kaum keluarga dan sanak saudara. Jika tidak mahu minda kita  dihina lagi oleh si pembohong ni, lakukanlah segera!!

Menjelang pilihanraya ini, kita perlu berganding bahu dengan parti parti barisan alternatif mengolah strategi strategi yang berkesan menangkis dan mendedahkan segala pembohongan, penyelewengan dan tektik tektik kotor UMNO/BN. Mereka ada wang ringgit yang banyak dan media massa milik mereka disalahgunakan tapi kita ada tekad, ada keazaman dan keyakinan TO FIGHT FOR A CAUSE! Insyaallah!

Jom, mari kita bantu parti parti barisan alternatif untuk menolak UMNO/BN yang korup dan  zalim ni. Kalau UMNO/BN diberi mandat lagi untuk memerintah, maka HANCURlah negara tercinta kita! Maka terhakislah lagi kebebasan rakyat jelata. Lagi dijajahnya minda kita. Lagi dihinanya minda kita! So, why wait, lets get going and do our part!!!

PENSYARAH MASS COMM