Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

        Jenis-jenis paku:

 

a)  Paku kepala rata

Kepalanya besar dan rata, dan ia tidak boleh dibenamkan ke bawah permukaan kayu.

 

 

 

 

b)  Paku payung

Berbentuk kubah di atas dan bersalut galvani supaya tahan karat dan digunakan untuk memasang atap zink di bumbung rumah.

c)   Paku panel

Paku jenis ini halus dan tidak mudah meretakkan benda kerja. Kepalanya berbentuk kon terbalik dan boleh dibenamkan ke bawah permukaan kayu. Biasanya digunakan dalam kerja membuat perabot.

d)  Paku kedut

Mempunyai bahagian kepala dan mata yang panjang dan digunakan untuk menyambung permukaan yang luas, seperti dalam kerja perabot.