Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Sembang2 >> Sembang-Karya >> Cuba BerKARYA Terus..!..6

Topik ditutup  Topik ini telah ditutup. Tiada sebarang mesej jawapan boleh dihantar.


Emel topik | topik baru | jawab mesej

<<naik   pergi   turun>>
Dimasukkan oleh Tajuk topik:   Cuba BerKARYA Terus..!..6
sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 05 Mac 2000 22:23     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Salam sayangg teman-teman sekarya semua...

Hmmmmmm... kita sambung ke episod 6... sebelum itu sue ingin mengucapkan terima kasih dan syabas buat anda semua yang sudi bersama berkarya di sini..
Seperti biasanya izinkan sue mulakan mesej pertama sebagai pembuka tirai...
~~~~~~~~~~~~~~

quote:

Di ambang Kerinduan...

Di saat bersendirian
ingin sekali ku bermimpi
tentang erti sebuah kerinduan
berbicara bersama mu
tetapi mataku enggan terlena

angin rindu yang berhembus
terlalu kencang melanda diri
gagal aku demi menahan baranya
apa lagi untuk melenyapkan api merah itu
bukan mahu fikirku untuk merindu
tapi sentuhan rasa yang tiada penghalang
menyelitkan suatu rahsia
yang sukar dimengerti

walau pun hati ini sering ku pujuk
ternyata kau juga yang hadir dalam ingatan
kehadiran mu yang amat aku rindukan
menyerikan suasana rimbunan malam
walaupun tanpa seri cahaya purnama
berbicaralah kita hati ke hati

tetapi haruskah aku terus terbelenggu
dengan rindu dan esakan yang berbisa
atau haruskah ku lenyapkan bicara indah itu
sedang diri berada di ambang kerinduan...


Salam puisi..

[This message has been edited by sue_marie (edited 06 Mac 2000).]

IP: 202.188.106.195

Muhammad74
Ahli setia
dimasukkan pada 06 Mac 2000 12:30     Lihat biodata Muhammad74   Hantar emel kepada Muhammad74     Edit/Delete Message
emm..

apa khabar Sue..
lama tak mendengar khabbar berita yer..


kerinduan sukar dimengertikan
andai hanya alas mengungkap bicara
sedangkan makna makin terhapus
seperti mana terlerai
kelopak satu persatu..
kerinduan sukar dipujuk
lantas bahasa manusia
penuh dengan madah-madah
meruncingkan...

biarlah kesakitan itu ditanggung
asal mampu di tepis
angin yang mendesah lembut
di sudut kamar hati
yang mahu menguak keluar
merasa pedihnya
kesepian dari sebuah keluhan
dari kerinduan makin disukat

angin malam terus berpuput
sepoi malam melambai pulang
pada bernama gadis
pada bernama lelaki
haruskah berembun malam
hanya kerana kerinduan disentap
bagai anak baung direntap pancing
pulanglah sebelum mata
menjadi terlalu parah untuk ditutup...

[This message has been edited by Muhammad74 (edited 06 Mac 2000).]

IP: 161.142.78.82

jejaka ns
Ahli
dimasukkan pada 06 Mac 2000 20:13     Lihat biodata jejaka ns   Hantar emel kepada jejaka ns     Edit/Delete Message
aku pun minat berkarya. semoga dapat bertukar pengalaman dengan sueMarie.
Bidang penulisanku ialah cerpen. cerpen pertamaku sue boleh baca di ruangan cerpen.tolong beri komen. okey?

IP: 161.142.2.10

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 06 Mac 2000 22:13     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Salam sayangg semuanya...

Bob: salam juga buat teman di kejauhan... aper khabar? ....alahai..mendayu2 lagu kenangan tuh yer... hmmmm.. mekasih bob...
berpantun sat...

Irama syadu merdu berdendang,
Santapan dara bersendirian,
Mendayu-dayu lagu berkumandang,
Harapan cedera dihiris kenangan,

Tidakkan lesap pantun sidara,
Jadi hiburan teman di malam,
Melakar ucap menghimpun bicara,
Ku abadikan kenangan silam.
~~~~~~~~~~

M74: Hmmmmmmmmm..... Khabar baik Afiq
yerlah..lama tak mendengar khabar ... abih tuh kata nak jadi pemerhati jer kannnnn...hmmm..

Purnama indah datang bertandang,
Bintang kejora kecewa sepi,
Lama sudah tiada bertandang,
Gerangan apakah membawa diri?

~~~~~~~~~~~~~~~~

jejaka ns:hmmmmmm ....eloklah kalau minat berkarya... cerpen anda dah pun due baca tapi tak tahu nak komen aper...
heheh... sue bukannya arif dalam soal nih... anyway syabass ..ok gak cerpen tuh ......rasanya cerpen tuh kritik seseorang..tak gitu...
tahlah...maaf kalau sue silap...

terima kasih...

IP: 202.188.86.215

udika
Ahli setia
dimasukkan pada 07 Mac 2000 10:00     Lihat biodata udika   Hantar emel kepada udika     Edit/Delete Message
Salamz Sue

tumpang seketika disini
lama tak jenguk

Sesekali aku berkata
tajam mengenai sasarannya
mungkin selalu aku bersuara
tapi jarang kau dengar dengan kata katanya

Akulah si gila
bila kau inginkan hiburan
Akulah adik
bila kau ingin bermanja
Akulah teman rapat
bila kau inginkan tempat mengadu
tapi aku bukan yang dicinta
kerna aku tidak layak untuknya

Biar mereka mengata
aku tidak ambil kisah
Biar mereka dengan tanggapan itu
aku dengan pendirianku
Hidupku untuk aku
untuk Illahi
bukan untuk penilaian

Mungkin aku bukan seorang wanita
mungkin aku tiada ciri kelembutannya
mungkin aku agak kasar untuknya
tapi aku tetap dengan pendirianku
mungkin dia bukan untukku
yang satu nanti akan mengerti

hari hari berlalu pergi
aku masih mencari erti kehidupan ini
tapi aku tetap berkeras tanpa perubahan
mana mungkin bisa ada yang memahami?

lain dari yang lain
keras disebalik kelembutan
tegas walau kelemahan
tabah biar kebuntuan

yang satu itu
yang satu itu akan tahu
yang satu itu akan memahami
dan aku akan sabar menunggu
yang satu itu

Selalu aku bersuara
dan
Sesekali aku berkata
fahamkah kau apa maknanya?

IP: 192.169.41.35

S_ana
Ahli setia
dimasukkan pada 07 Mac 2000 10:17     Lihat biodata S_ana   Hantar emel kepada S_ana     Edit/Delete Message
salam puisi...

sue..
ana suka hati bila sue nak balas balas rindu

pertama dalam hati
terusik melihatmu
bersama puisi puisi yang mengundang gembira
hati melonjak suka
berbalas balas hai rindu
esok kita bertemu
dalam mimpi hai si gadis ayu
hajat hati nak ketemu
takut esok dijemput pulang
tak sempat kita beramah mesra

rinduku hai teman
segunung rasa bertingkat sayang

inv..
ana tak pandai berpantun

belek belek si batik jawa
untuk bonda di tempat orang
telek telek si pengarang jiwa
tidurku enak bertemu sayang

semalam lupa menampi padi
padiku dimakan ayam seberang
semalam jiwa tak tenteram hati
teringat rindu kasih terhalang

IP: 161.142.78.82

Muhammad74
Ahli setia
dimasukkan pada 07 Mac 2000 12:29     Lihat biodata Muhammad74   Hantar emel kepada Muhammad74     Edit/Delete Message
Assalamualaikum...

emm..

quote:


rindu seandai berdetik
biarlah bergetar
jangan hanya sekadar
di bibir
atau kata-kata
kerana jujur hilang
di balik kelembutan
siapa tahukan..

rindu seandai diusung
dengan kalimah
tidak berkurang manisnya
tidak hilang intinya
cuma tenggelam
dalam laut tenang
di akal manusia

rindu hanya dirasai
pada mereka merasai
bukan untuk dirasai
juga fikirkan untuk merasai
kerana rindu tiada pohon
menumpang lena

rindu hanyalah luahan
dari perasaan berkeinginan

dan terfikir oleh hati ini
mengapa perlu merindui
seandai luka kian dalam?



alis mata menutup cahaya
rambut mengurai ditiup bayu
bukan hilang tiada bertanda
cuma melihat manisnya rindu

[This message has been edited by Muhammad74 (edited 07 Mac 2000).]

IP: 161.142.78.82

CikMekMolek
Ahli setia
dimasukkan pada 07 Mac 2000 16:25     Lihat biodata CikMekMolek     Edit/Delete Message
salam untuk tuan rumah, sue
a/kum untuk semua


sudahlah huma tidak bergantang
entahkan denai entahkan dedak
sudah lama tidak bertandang
entahkan kenal entahkan tidak??

budak budak palu gendang
alunya retak kayu meranti
selama tidak bertandang
sedikit tidak luput dihati.

terbang rendah sirama-rama
terbang tampil di pohon ara
lama sudah kukenal nama
hendak kupanggil tak dengar suara.

raut dahulu pasak perahu
baru berangkat ke Tanjung Tuan
makan tak lalu tidur tak mahu
hati teringat padamu tuan.


<<< salam untuk semua>>>

IP: 202.188.42.94

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 07 Mac 2000 18:05     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Salam sayangg ....

Terima kasih buatudika...yerlah lama tak jenguk..
apa khabar ika..? hebat sajak ko tuh...
AKU ADALAH AKU.... hmmmm...

S_ana: hai ana... hmm..masih balas-balas rindu yer,..ok!

Kiranya bibir tersenyum malu,
Tidak terlayang sendu bertandang,
Kiranya hadir menggapai rindu,
Kelopak sayang mekar berkembang.
~~~~~~~~~~~~~~

CikMekMolek ; Salam juga buat CMM...apa khabar?

Sireh puan santap berdua,
Moga bertambah berkat yang suci,
Walau pun tuan belum ku sua,
Nama mu indah lekat di hati.

Usah dirisik tandan kelapa,
Mencecah awan siapa tahu,
Hati berbisik ingin menyapa,
Datang mu puan membalas rindu.

Semilir selatan datang meredah,
Mengusik cahaya bulan gerhana,
Seluas lautan rindu ku tumpah,
Asyik tertanya gerangan di mana.

Mega selari retak di hulu,
Terkedu awan di alam maya,
Moga berseri teratak usangku,
Datang mu puan melimpah cahaya.

~~~~~~salam puisi~~~~~~

IP: 202.188.43.142

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 07 Mac 2000 18:30     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Salam sayangg kembali lagi...
Hmmmmmm...

quote:

Yang Rindu - Seruling Senja

Lewat senja nan syadu
Disaat nyanyian camar di hujung samudera
kiranya mengiring lembaran hari
meninggalkan hangat mentari siang

ku kiaskan rindu ini
moga lahirlah satu lagi catatan hati
yang menghimpun kalimat kau dan aku
dengan mekarnya kelopak mawar senja

lewat senja nan syadu
bersama angin rindu di ruang hati
bergema lagi seruling senja
dengan alunan irama dingin mengisi jiwa

wahai sang damai...
kau terjahlah alam rindu ini
bisiklah pada ombak di laut
kenapa mendesir menghempas pantai
hembuslah pada bayu mengusap
mengapa gemersik lambaian dedaun nyiur
dan susurilah pesisir pantai
kenapa berlagu pilu di senja ungu

andai aku antara sejuta bintang di langit
rela ku korbankan diri
menjadi penyeri kalbumu
dan kiranya bayu itu adalah aku
berhembuslah kucupan
beriring salam ke tangan mu
tapi mampukah aku...
yang cuma seorang perindu resah
menabur mimpi menyulam angan
untuk terus berbicara

kiranya malam lahir
biarlah fajar tidak menyinsing esok
agar bumi sentiasa gelap
lalu kita terus lena berbalas rindu..


M74:

Kasih berpadu di tepi pantai,
Teruna dara diulit mimpi,
Manisnya rindu cuba diintai,
Tak takutkah lara menghimpit hati?

[This message has been edited by sue_marie (edited 07 Mac 2000).]

IP: 202.188.43.142

6tolak6
Ahli setia
dimasukkan pada 08 Mac 2000 12:46     Lihat biodata 6tolak6     Edit/Delete Message
Kopivosian sue...
salam pada semua...
nak tumpang di awal hari? bolehkan?

quote:

Di tepi tangga itu
ada serumpun pokok bunga
diseri sekuntum bunga
yang baru berkembang pagi tadi.

Serumpun Pokok Bunga,
Di tepi tangga itu,
tadinya dikunjungi rerama,
tadinya dikunjungi kumbang,
tadinya dikunjungi lebah,
Semuanya datang bertandang.

Meriahnya sekuntum bunga itu
Menyeri serumpun pokok bunga
Di tepi tangga.


Hmmmm... cuba-cuba.

IP: 202.188.36.41

invisible
Ahli setia
dimasukkan pada 08 Mac 2000 15:11     Lihat biodata invisible   Hantar emel kepada invisible     Edit/Delete Message
Rindu buat semua teman teman:
sue
S_ana
Muhamad
Cikmekmolek
Bob

Salam dikirim diangin lalu

lama udah tidak kebendang
tinggi rumput bersua sua
lama udah tidak ku jelang
dalam hati tetap membara

tinggi rumput bersua sua
hujan tak turun entah mengapa
dalam hati tetap membara
tak kan ku lupa barang seketika

hujan tak turun entah mengapa
mendung bergerak arah ke Bentan
tak kan ku lupa barang seketika
pasti ku jelang jika kesempatan

salam yer buat semuanya

IP: 202.188.102.222

S_ana
Ahli setia
dimasukkan pada 08 Mac 2000 17:00     Lihat biodata S_ana   Hantar emel kepada S_ana     Edit/Delete Message
hmm..
kabare??

sue..
hari nih tension sebab tak dapat jawab peksa dengan baik!!!

hmm..
hati dengan amarah yang membara
takkan lenyap dengan setitik air di lautan
walau di kala terik mentari
luput terus mata air di kelopak kekeringan
tak lagi mengalir
sebagai sungai yang penuh nada nada gembira
hati kecewa
sakit dengan persoalan kehidupan
perlu lalui dengan hati terbuka
sampai bila?

salam inv..
lega rasanya bila tengok sembang2 dah ok..

dalam siang bermimpi tuan
rindu kepalang tak terkira
sampai esok kusimpan tuan
kasih berpanjangan tak kunjung tiba

di taman saling melirik mata
anak teruna bermain saga
di sini hamba menabur kata
untuk teman memori bersama

bisikan rindu dendam di jiwa
kalungan bunga wangi semerbak
hatiku tuan luka sentiasa
darah merah tapi tak nampak

sekadar berbahasa

IP: 161.142.78.82

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 09 Mac 2000 09:39     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Salam sayangg semuanya...
Hmmm... lama juga sembang-sembang tak leh masuk yer... dari semalam hingga ke pagi nih..

6tolok6 : Kopivosian...Hmmmmm...terima kasih atas kedatangan bersajak yer...

Walau pun lebah, rerama dan kumbang,
Datang melepak ke rumpun bunga,
Bunga desa tetap berkembang,
Menjaga kelopak layunya tiada.

cubaan tuh dah menjadi yer..
~~~~~~~~~~~

invisible : salam juga buat anda ..terima kasih..

Hendak menyusun siangan-angan,
Menjelma mimpi kenapa gelisah,
Salam pantun tuan kirimkan,
Kita di sini tambah meriah.

Menjelma mimpi kenapa gelisah,
Walaupun indah tak boleh percaya,
Kita di sini bertambah meriah,
Moga bertambah khazanah karya.

Walaupun indah tak boleh percaya,
Semasa terlena impian mengembara,
Moga bertambah khazanah karya,
Seni budaya tetap terpelihara.
~~~~~~~~~

S_ana : Hai ana..sue khabar baik jer ana..
ana pula bagaimana? camana periksa seterusnya..? harap-harap dapat menjawab dengan baik, ok!

Kain basah jangan di buang,
Walau terpisah akan ku kenang.

IP: 202.188.113.97

S_ana
Ahli setia
dimasukkan pada 09 Mac 2000 16:13     Lihat biodata S_ana   Hantar emel kepada S_ana     Edit/Delete Message
hm..
sue..
peksa dah abis..tunggu result la sekarang..

rindu bersama desir angin
telah bawa hati dia dekat dalam hatiku
telah dikabulkan hajat berjuta juta tahun
untuk miliki sinar kebahagiaan
yang pasti aku
dia telah hadiahkan
kepada aku di saat nyawa aku bercerai badan
walau dalam senyap
nyawaku hampir pergi jauh
ku akan ingat
cinta dia telah menghidupkan ku semula

IP: 161.142.2.10

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 09 Mac 2000 21:56     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Salam sayangg berserta salam puisi....
Hmmmmm....

quote:

..Rupanya aku RINDU...

Lembayung senja ...
mengundang resah yang semakin menebal di jiwa
terbiar pertanyaan di segenap fikir ku
nama mu jua yang bergetar di hati
mesranya gurauan mu
berdesir rindu ke telingaku

ku hayun jua langkah ini
seorang diri di pesisir pantai
cahaya bulan membangkitkan jiwa sepi
titisan rindu membasahi gersangnya hati

hadirlah dikau walau sedetik cuma
siramilah daku dengan kata-kata bicara mu
semoga rindu yang terpendam
tidak lagi berpanjangan
atau jiwa kekal merana
walau dicuba melupakan semuanya

senja ke awal dini hari...
sehening sunyi sepi di malam
hanya bicara lalu penawar lara
bisik-bisik rindu hebat mengembara
kau tetap mesra dalam bebayang sendu
ku seka aliran air di wajah
rupanya air mata ku
menitis demi rindu ini
aduhai!..rupanya aku yang rinduu....


S-ana : ana dah abis peksa rupanya yer...
harap resultnya cemerlanglah tuh yer..

IP: 202.188.86.93

invisible
Ahli setia
dimasukkan pada 09 Mac 2000 22:17     Lihat biodata invisible   Hantar emel kepada invisible     Edit/Delete Message
Salam buat sue/S-ana dan teman teman yang lain

Sue …salam pantun

sejuk terasa air dikali
tempat orang menjamu laksa
Salam pantun bergema lagi
Kekal warisan budaya bangsa

tempat orang menjamu laksa
laksa dijamu diwaktu pagi
Kekal warisan budaya bangsa
Canda menjelma dianjung sepi

laksa dijamu diwaktu pagi
buat khenduri dihujung muara
Canda menjelma dianjung sepi
Menyeru nostalgia agar membara


S_ana : dah abis ke exam ( Alhamdulillah)
Sekarang ni sedang bercuti ke ?

Senyum …..
Pada bait bait puisi
Dalam satu kembara
Menyentuh mimpi dalam realiti
Membara rindu
Dalam kesepian mengimbau
Antara sendu dan ceria
Menelan duka

Senyum…….
Pada ungkapan rindu
Dalam belaian hati
Buat sidia

harap2 agar s_ana mendapat kejayaan dalam exam nanti

IP: 202.188.81.209

Decinna19
Ahli setia
dimasukkan pada 10 Mac 2000 13:03     Lihat biodata Decinna19     Edit/Delete Message
Assalamualaikum..

emm..

S_ana : sabtu nih datang lah ker Mc_d di dayabumi.. ader meeting melayu.com sikit, datanglah yer

yang lain2 pun di ajak bersama dalam pukul 3.30..

IP: 161.142.78.82

itayra
Ahli setia
dimasukkan pada 10 Mac 2000 14:47     Lihat biodata itayra   Hantar emel kepada itayra     Edit/Delete Message
hi sue lama dah atie tak berbicara ngan sue...

rindu dengan sue
rindu pada karya sue
rindu pada pantun sue
rindu pada lakaran sue
rindu pada salam sue...

agaknya ada tak rindu sue pada atie???

IP: 202.188.124.60

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 11 Mac 2000 10:23     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Salamm sayangg buat teman-teman semua...
Hmmmmmmm.....

invisible: Salam pantun juga buat anda..

Diruntun rasa mencari damai,
Usah tangisi kisah yang lama,
Berpantun kita beramai-ramai,
Sajak dan puisi selitkan sama.

Kalau ada izin di hati,
Boleh hamba menumpang bicara,
Pantun hanya mengusik hati,
Sekadar mencuba minat yang ada.

~~~~~~~~~~~~

Decinna19: Hmmmm... mesyuarat melayu.com yer kat Mc_D di Daya Bumi..terima kasih kerana menjemput... pada yang berkesempatan bolehlah datang hadirkan diri..macam sue nih jauh, rasanya tak dapatlah nak pergi...

~~~~~~~~~~~~

Itayra: Heheh... atie, pe khabar? yerlah lama tak berbicara... lepas cabaran berpantun tuh...tenggelam ker?

Indah purnama di malam minggu,
Menyapa kasih antara bintang,
Sudah lama ku pendam rindu,
Entahkah masih dikenang orang?

p/s... sue rindu pada atie dan teman-teman kat sana tuh...agaknya rindu sue nih asyik terpendam jer, yer ndak..?

[This message has been edited by sue_marie (edited 11 Mac 2000).]

IP: 202.188.113.97

Decinna19
Ahli setia
dimasukkan pada 11 Mac 2000 11:03     Lihat biodata Decinna19     Edit/Delete Message
...

lama tak berpantun...
Sealas bicara..

Sue_mari terima ini

Teruna dara diulit mimpi
kasih berpadu tiada terkata
bukan lara menghimpit hati
rindu berdetik cuma seketika..

mawar merah di petik orang
untuk gadis pujaan jiwa
hati ini bukan sebarang
terluka dihiris hidup merana

untuk s_ana dengarkan ini..

pantai berubah pasir berduka
itulah bidalan sukma persada
kasih tersimpan untuk adinda
takkan kubuang lautan asmara

senyum terukir menambat hati
tanda sayang sudah diterima
usah bicara menabur janji
kelak putus tiada bertanda

cukup lah tu..


IP: 161.142.78.82

sdrzai
Ahli
dimasukkan pada 11 Mac 2000 15:28     Lihat biodata sdrzai   Hantar emel kepada sdrzai     Edit/Delete Message
salam buat semua...lama tak menyumbang..hanya memerhatikan saja..makin hangat makin hebat.

salam puisi salam diberi
lama sudah tak datang bertamu
ingin ku isi ruangan ini
tapi pikiranku selalu buntu

sue & inv..
bukan ingin merendah diri
sememangnya melukis aku tak reti
sudahku cuba berkali-kali
lain dilukis lain yang jadi

ke Indonesia membawa tapai
bekalan buat Wak yang di sayangi
seluruh Malaysia sudah ku sampai
Sabah Sarawak belum ku kunjungi

sue..inginku sampai titian rindu namun...

quote:

Ingin aku berdendang
tapi…irama laguku pilu
Inginku ukirkan senyuman
tapi…jiwa ku merintih kesepian
Inginku bersenandung rindu
tapi kerinduan tenggelam sudah..
bersama kekecewaan & kepedihan

dapatkah aku satukan
kepingan hati yang berderai
dapatkah aku penawar
kesakitan hati yang luka
dapatkah aku mempercayai
pada kekata yang bernama Cinta

mungkin tiada jodohnya
bertemu kita untuk berpisah
berpisah untuk menanggung derita
namun secebis masa indah
menjadi pelita jiwa yang kegelapan
biarlah aku sendiri dalam keramaian
menangis dalam senyuman
telah aku pasrah asal kau bahagia


S_ana : Datuk Hang Jebat membawa kuini
Buat sajian Si Orang Kaya
Sungguhlah hebat si gadis ini
Dalam ujian masih berkarya

**sampai disini..hingga bertemu lagi..oh..ya apa dah jadi dgn bengkel Alpine..baru masuk nak menuntut kelas dah tutup...hai nasib...nasib**

[This message has been edited by sdrzai (edited 11 Mac 2000).]

IP: 192.169.41.36

S_ana
Ahli setia
dimasukkan pada 11 Mac 2000 16:34     Lihat biodata S_ana   Hantar emel kepada S_ana     Edit/Delete Message
salam semua..
harap ceria hari nih

sue..
thanks sue..
tak taulah macam mane result nanti..

rindu yang tak bertuan
sayang bertaburan di laman orang
tidak pasti jala mana yang boleh kupinjam
untuk kukaut semula kasih kasih yang berlayar jauh

kasih yang tak bersambut
dalam diam kukait buah harapan
tinggi tak tercapai oleh tangan
meraba raba mencari sesuatu yang hilang
dicanang erti rindu sakit dendam
didengar seluruh buana alam
yang riuhnya satu dunia tahu
tapi
dia yang jauh di sana
tak dengar khabar berita

inv..
esok ana nak pulang ke kampung..
doakan perjalanan agar selamat

senyum
yang nampak zahir
gembira menyambut yang ditunggu
sejak dulu

senyum
dari hati tak siapa tahu
paling gembira
yang lahir dari hati
adalah yang sungguh sungguh senyum
bukan direka semata
untuk menyedap hati insan segala

senyum
buat bekal si dia
untuk berlayar jauh
pulang segera
dengan harapan senyum ini
bakal ku kuntumkan untukmu
ikhlas dari hati

m74..
maaflah tak dapat hadir..kalau semalam ana ziarah sembang sembang..sure ana leh hadirkan diri..maaf yer..

bersiar sendiri di pantai bersih
duduk bersimpuh menebar kain
merana diri menunggu kasih
pulangnya tidak mencari lain

padi huma di bukit sana
bertakuk lubang jalan sehala
tidak berikat janji bersama
takut hati lain yang suka

sdrzai..
hmm..ana pon sebenarnya pun nak ikuti gak bengkel tuh..tapi apakan daya..

kusandar
satu harapan
dalam diam bertahun tahun
koleksi puisiku
minatku
takkan kudiamkan diri
hingga tercapai hasratku


sekadar di sini

IP: 161.142.78.82

Bob
Ahli
dimasukkan pada 12 Mac 2000 12:02     Lihat biodata Bob     Edit/Delete Message
hai sue,
hai semua,,,
apa khabar??

salam puisi salam bergema,
berkumandang di alam siber,
mencari diri pada alam maya,
apakan daya hajat tinggalharapan saje..

hai ana
lama dah tak berbicara kan?

maaf teman maaf saudara,
kupohon ampun setiap masa,
lama sudah adikku ini tidak kusapa,
bukan sombong cuma kelu untuk berbahasa..

pujangga bukan sasterawan pun bukan,
mahasiswa jua mahasiswi jauh sekali,
diri ini hanyalan insan ciptaan tuhan,
sekadar berbahasa mencari kepuasan diri..

sekadar bicara....

=++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++SERIKANDI CINTAKU BLOODSHED


Dingin malam tirai kenanganku,
Menyerlahkan sekurun ingatan,
Terciptalah rimba kehidupan,
Percintaan dalam perjuangan

Kesetiaan.. sebagai bekalan,
Bisikan mu penuh pengharapan,
Tiada garis dapat memisahkan,
Segalanya kudrat Mu tuhan,

Alam bagai mengerti,
Segala yang terjadi,
Embun menitis panas simpati,
Pertemuan tiada awal akhir

Perutusan berdarah ku terima,
Gugur kuntum di tengah halaman,
Medan ini ku rasakan sepi,
Terpaku pilu

Kusemaikan pepohon kemboja,
Yang bunganya adalah hatiku,
Semadilah dalam kedamaian,
Semangatku tetap bersamamu

Kan ku usung oh jenazah cinta
Semadikan nisan kasih suci
Semangatmu tetap bersama ku
Selama pasti

Debu malam meragut kenangan
Menyedarkan dari lamunanku
Percintaan dalam perjuangan
Kau abadi ….Serikandi cintaku


M.NASIR & NASIR JANI


IP: 202.75.128.8

Bob
Ahli
dimasukkan pada 12 Mac 2000 12:03     Lihat biodata Bob     Edit/Delete Message
hai sue,
hai semua,,,
apa khabar??

salam puisi salam bergema,
berkumandang di alam siber,
mencari diri pada alam maya,
apakan daya hajat tinggalharapan saje..

hai ana
lama dah tak berbicara kan?

maaf teman maaf saudara,
kupohon ampun setiap masa,
lama sudah adikku ini tidak kusapa,
bukan sombong cuma kelu untuk berbahasa..

pujangga bukan sasterawan pun bukan,
mahasiswa jua mahasiswi jauh sekali,
diri ini hanyalan insan ciptaan tuhan,
sekadar berbahasa mencari kepuasan diri..

sekadar bicara....

=++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ SERIKANDI CINTAKU BLOODSHED


Dingin malam tirai kenanganku,
Menyerlahkan sekurun ingatan,
Terciptalah rimba kehidupan,
Percintaan dalam perjuangan

Kesetiaan.. sebagai bekalan,
Bisikan mu penuh pengharapan,
Tiada garis dapat memisahkan,
Segalanya kudrat Mu tuhan,

Alam bagai mengerti,
Segala yang terjadi,
Embun menitis panas simpati,
Pertemuan tiada awal akhir

Perutusan berdarah ku terima,
Gugur kuntum di tengah halaman,
Medan ini ku rasakan sepi,
Terpaku pilu

Kusemaikan pepohon kemboja,
Yang bunganya adalah hatiku,
Semadilah dalam kedamaian,
Semangatku tetap bersamamu

Kan ku usung oh jenazah cinta
Semadikan nisan kasih suci
Semangatmu tetap bersama ku
Selama pasti

Debu malam meragut kenangan
Menyedarkan dari lamunanku
Percintaan dalam perjuangan
Kau abadi ….Serikandi cintaku


M.NASIR & NASIR JANI


[This message has been edited by Bob (edited 12 Mac 2000).]

IP: 202.75.128.8

invisible
Ahli setia
dimasukkan pada 12 Mac 2000 10:25     Lihat biodata invisible   Hantar emel kepada invisible     Edit/Delete Message
Maaf teman2 semua lebeh2 lagi buat sue
juga buat muhamad74(Decinna19/jejaka NS/adik Udika/S_ana/cikmekmolek/6tolak6/itayra/sdrzai/Bob
salam rindu untuk kalian

S_ana
hati hati semasa pulang yer …ketemu lagi dilain kesempatan

senyum lah ….
Kerana senyum tetap milik kita
Walau pun dimana kita berada
Dan senyum yang diukir
Adalah pengubat keresahan
Dalam jiwa yang tak tenang

Dan senyum adalah penawar

Selamat jalan S_ana

sdrzai jangan lekas mengaku kalah dan belajar dari kesilapan

enak sekali memakan laksa
laksa ditempah dari Bentan
jangan lekas berputus asa
cuba lagi dilain kesempatan

Cikmekmolek

tengah tengah si Pulau Pandang
jauh ketepi ke hulu muara
udah lama tidak ku pandang
dalam hati kekal membara

cantek sekali kuda pedati
pedati berukir renda bertepi
jika free datang lah lagi
bole bercanda ilangkan sepi

Sue_Marie

nyanyian merdu suara gemersik
paluan rebana ditepi pekan
mari berpantun usik mengusik
tenangkan hati dengar bisikan

sampan kolek hanyut ketepi
sarat muatan seguna lada
datang bercanda ilangkan sepi
datang berkunjung sambil bercanda

salam buat semuanya


IP: 161.142.2.10

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 12 Mac 2000 17:10     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Salam sayangg kepada teman-teman berkarya semua...
Hmmm...mekasih kerana kita masih berkesempatan untuk meneruskan bersama-sama...

quote:

*Seruling Senja Di hari Esok..*

Jauh di sudut malam
mengalir lesu sungai kasih
nyanyian ombak yang berdesir di pantai
berlagu sendu menahan pilu

gadis senja dengan mawar putih
sesuci semurni kasih sayangnya
bicara hati adalah bahasa jiwa
berhujankan air mata kekasih

katakan pada purnama dan kejora penyeri
bukan merayu memohon balasan rindu
hanya memujuk segenggam damai
namun degilnya rindu
tidak juga berganjak

oh... muara damai..
kau cengkamlah jiwa ini
dengan segenap ketenangan
selimutilah ia dengan dingin airmu
kelak resahnya tidaklah hangat membara

gadis senja ...
yang sarat dengan amukan rindu
pulanglah dikau... pulanglah
bisikan hatimu
adalah suara kesepian malam

esok... esok...
seruling senja akan terhenti gemanya
rindu akan terus memalu jiwamu
irama seruling terpendam alunan
malam terus di intai lara

aduhai malam....
jangan biarkan dini itu
menggigit seluruh tubuhku
ku tatap hamparan kasih
yang terbentang di anjung sayang
kaki ini ....
tidaklah layak untuk mencecah kemuliaanmu

namun seungkap bicara beralun
cukuplah penggalas tagihan rindu berbisa
tidak ku seka air yang mengalir terus
kerana datangnya tidak diundang
biarlah basahnya
melegakan esakan ke pinggir malam...


Salam puisi....

IP: 202.188.106.244

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 12 Mac 2000 19:24     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Salam sayang kembali bersua..

Decinna19 :pantun beralas bicara ..indah nadanya..Hmmm..

Pulau Memutik panorama indah,
Gemersik daun menggamit hati,
Walau sedetik rindu melanda,
Lambat laun bermukim di hati.

Indahnya senja di Tanjung Aru,
Bagai menagih kasihnya orang,
Tiadalah daya menahan pilu,
Ditelan pedih diluah sayang.
~~~~~~~~~

sdrzai: Salam juga buat anda..
tuan juga apa kurang hebatnya.. dah menyerlah minat tuh semula yer..

Berwajah sayu senja nan indah,
Sebentuk pelangi datang meneman,
Di bawah bayu negeriku Sabah,
Senyum menanti kunjungan tuan.

Angin menderu di dalam angan,
Kiasan bayu merintis deruan,
Titian rindu tuan sampaikan,
Titisan rindu gadis alunkan.

salam pantun....
~~~~~~~~~

S-ana:Hmmm... Terima kasih sajak rindu tuh.... bila result kuar ana? saje nak numpang keputusannya nanti ..

Bob:Hai Bob... sekali sekala yer hadirkan diri.. ape citer masa kini..?

Dayung sampan membawa bekal,
Bekalan jatuh dalam lautan,
Semaikan harapan yang telah tertinggal,
Biar berlabuh sejuta impian.

p/s.. waaa.. terima kasih atas titipan lagu tuh lagi yer...
~~~~~~~~~~~~

invisible:Hmmm... salam juga buat inv... uikk ada bunga ker..? waa..untuk siapa yer..

Jangan dirisik hati sidara,
Jiwanya duka tak pernah lari,
Jangan diusik sepi yang ada,
Kerana ia tetamu diri.

Duduk mempelai berseri-seri,
Dijeling wajah bertambah anggun,
Mencari damai di dalam sepi,
Seiring madah di dalam pantun,

Terima kasih buat semua...

[This message has been edited by sue_marie (edited 12 Mac 2000).]

IP: 202.188.14.183

Decinna19
Ahli setia
dimasukkan pada 12 Mac 2000 22:59     Lihat biodata Decinna19     Edit/Delete Message
Assalamualaikum..

emm..

Buat teman-teman sekalian.... yang semakin jauh meninggalkan aku, kerana aku masih di persisiran sedangkan teman-teman semua sedang enak bermain di tengah lautan..

quote:


tanam bunga dalam pasu
bunga teratai jadi idaman
telah surat maksud rindu
namun masih diri terbeban

senja bermukin di pulau sibu
kirmizi mengorak berlayar pergi
hati pilu usah di palu
serahkan takdir pada ilahi
..

tanah merah di kampung ulu
jauh dari kebisingan kota
jangan menanti segengam pilu
bimbang nanti tiada bernada

memancing ikan di kuala buaya
ikan baung jadi harapan
manusia berjanji sering alpa
jangan jadikan sebagai pedoman

ok..
ana , sue dengar pantun nih..

liuk gemalai angin berhembus
pantai mengusir lautan bergelora
mengapa jiwa sering mengeluh
sedangkan hati merajuk hampa




sekian ajer la

IP: 161.142.112.8

invisible
Ahli setia
dimasukkan pada 13 Mac 2000 13:17     Lihat biodata invisible   Hantar emel kepada invisible     Edit/Delete Message
Maaf teman teman
Baru sempat kemari
Salam rindu dari kejauhan

Sue …..
Bunga tu untuk tuan umah dan semua teman2 disini ok

Tebar jala tebar tebaran
Ditepi alur songsong ketepi
Sepi yang ada sekadar lakaran
Datang bertandang mengelak sepi

Sedeh sekali kisah si dara
Tunduk meratap di tepi biara
Sepi tersenyum menyahut bicara
Canda bersua beramah mesra

Decinna19

waktu senja asyik berkereta
kepasar minggu mencari ragi
diri terbeban dilambung derita
kasih menyapa ilangkan sepi

enak sekali gulai keladi
makan bertiga dikuala temu
segengam rindu secangkir budi
buat bekalan mencari rindu

S_ana …kemana nih
Masih bercuti ke?

Bob …tentu masih sebuk nih

Cikmekmolek… sebuk tentu nya?

IP: 202.188.82.224

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 14 Mac 2000 10:54     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Salam sayang...
Hmmmm...maaf yer.. lama juga tak dapat masuk sembang-sembang nih... agaknya masalah server kot... susah sangat nak masuk ... syukurlah kalau dah kembali 'pulih'..
ok.. sue teruskan lagi..
~~~~~~~~~~~

Decinna19: sue tak bermain di tengah lautan... masih menyusuri pantai...
dengar yer..

Buah kelapa berjuntai padi,
Desa permai muara sendu,
Bukannya hampa mengintai hati,
Jiwa mendamai gelora rindu.

Apalah guna selembar benang,
Jika jarumnya patah di tangan,
Kenapa gulana mekar berkembang,
Jika kuntumnya mengindah laman?

Hmmmm...

IP: 202.188.113.97

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 14 Mac 2000 10:57     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Salam invisible: salam pantun/puisi kembali lagi..
begini...

Usah dinanti hati terluka,
Berdarah pilu bawa berkubur,
Kala sendiri menyepi jiwa,
Dengar lagu bawa berhibur.

Mendayu-dayu pohon kemboja,
Diruntun mega gemersik suara,
Merayu-rayu memohon canda,
Menyusun kata memujuk bicara.

Terima kasih..

IP: 202.188.113.97

itayra
Ahli setia
dimasukkan pada 14 Mac 2000 13:04     Lihat biodata itayra   Hantar emel kepada itayra     Edit/Delete Message
hi sue dan sahabat2 yang lain..

sekadar singgah merenung bait2 kata indah yang diluahkan....atie pun masih mencari kata2 nak mulakan berpuisi nih...hemm atie tak berapa terror sangat..nanti bila atie mencuba karang tegur2 lah yer...


-lilau-

ditegur waktu
hidup mu bagai dikejar masa
ditegur haru
hidup mu bagai diterbalikkan

IP: 202.188.124.60

S_ana
Ahli setia
dimasukkan pada 14 Mac 2000 15:15     Lihat biodata S_ana   Hantar emel kepada S_ana     Edit/Delete Message
maaf... lama sudah ana tak jengok di sini..

sue..
kalau rindu lama lama boleh jadik jemu tak?

alangkah gembira
aku jadi di antara
tangisan dan air mata
akulah pengubatnya
menghilangkan hiba
dengan rasa hilai tawa

alangkah ceria
aku jadi di antara
sepi yang tak berkata kata
akulah bicara kata
yang meyambung dua jiwa
mengikat rindu di jauh kala

alangkah meriahnya
aku jadi di antara
amarah yang membinasa
akulah air salju di kolam jiwa
membasuh hati insan
sentiasa bergelora

alangkah itu adalah aku


bob..
lama tak ketemu ye..

menanti kelibat
hai kanda jauh
buah bicara yang terkelu
untuk berbahasa

sepi itu tanda
ada yang mengait jiwa
kita insan biasa
mengukir kata
takut bersulam binasa


IP: 202.188.70.142

S_ana
Ahli setia
dimasukkan pada 14 Mac 2000 15:22     Lihat biodata S_ana   Hantar emel kepada S_ana     Edit/Delete Message
inv..
msih bercuti di rumah
minggu depan pulang semula ke kuliah

lega hati akulah matahari
yang sedang senyum di dada langit
memberi sinar merata
dengan setulus senyumku

gembira bukan kepalang
akulah bintang
yang sedang senyum di muka malam
memberi rahsia bahagia
buat mereka yang memandang
hingga luar dunia

ceria di hati
kerana akulah bulan purnama
yang sedang senyum di merata perjalanan
bekalan untuk musafir musafir
mecari mana arah dipandu
untuk lekas ke destinasi
dengan senyumanku
selamat mereka sampai


muhd74..
jangan terlalu mendasarkan diri jauh di tanah rata sedangkan dirimu bagai pohon untuk menampung cahaya

ikut hati
tak kemana
ikut rasa
binasa

ikut hati budi
beri cahaya
ikut akal bicara
selamat dunia

IP: 202.188.70.142

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 14 Mac 2000 21:51     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Salam sayangg buat teman semua...
Hmmmmmm...

quote:

*Selembar Bicara Di Senja Merah*

Pada senja merah yang melamar
tersusun selembar bicara
secebis bahasa
sekilas tinta

mentari menjerit dan merayu
memanggil hanya nama mu
catatan rindu yang terukir di bibir senja
dengan kelopak mega berarak
dan dinginnya air perdu yang mengalir
mengejar bayangmu

datanglah oh sayang...
kerana titisan rindu
menyeksa tanpa hadirmu di sisi
jangan biarkan embun senja melewati
perbatasan malam yang bakal meniti

petikkan bebunga sepi
taburlah di lambaian lalu
leraikan penantian itu
dengan kicauan sang merpati
di hujung samudera..


Itayra:salam puisi atie... hmmm...kata tak terror... tuh boleh dah tuh...

S_ana: Salam ana... hmmm... kalau rindu selalu naik jemu yer... hehehe... tahlah ana...

IP: 202.188.86.203

sdrzai
Ahli
dimasukkan pada 15 Mac 2000 12:52     Lihat biodata sdrzai   Hantar emel kepada sdrzai     Edit/Delete Message
salam muhibbah salam puisi
buat teteman diruang ini
sumbangan anda amat disenangi
kekata indah menghiburkan hati

puisi dan madah mengalir terus
pantun selokah tak pernah putus
kerana minat hati yang tulus
warisan bangsa berjalan terus

pd yang baru ingin mencuba
seperti hamba yang belum lama
kirimkan saja sumbangan anda
silap dan salah tidak mengapa..
(betul tak sue...inv...ana)

ingin bermadah selokah sikitlah boleh ya..tuan rumah...

kalau tak tahu kata tak tahu
janganlah kita merasa malu
ramai yang memberitahu

kalau tak tahu berlagak pandai
mulalah nanti memandai-mandai
barang yang tiada diada-adakan
yang salah ingin ditegakkan

janganlah malu untuk mencuba
biarpun salah tidak mengapa
namanya saja baru bermula

kalaulah malu untuk mencuba
bakat terpendam tidak terselah
didalam hati tertanam rasa
gelisah jiwa sepanjang masa

***sekian selokah hamba hingga bertemu dilain ketika...salam aidil adha buat semua..dgn pertanyaan ada buat korban tahun ini???***

IP: 192.169.41.40

S_ana
Ahli setia
dimasukkan pada 15 Mac 2000 10:16     Lihat biodata S_ana   Hantar emel kepada S_ana     Edit/Delete Message
salam pagi penuh ceria..
heheh

sue..
percayalah sue..rindu ana pada sue tak kan jadi jemu..percayalah..
(terasa macam tengah shooting la pulak)

pandangan di dada langit
merah senja mengundang seribu bahasa cinta
dalam tak mengukur kata
aku kelu dengan bicara
entah bagaimana
nak menganyam seloka bahasa
aku haus dengan kata kata
entah bagaimana
nak aku mengait bintang cahaya
tangan tak sampai ke sinarnya

senja merah di hujung desa
teringat kenangan hidup bahagia
pepohon kemboja
di dasar tanah rata
bersimpuhku di papan para
melihat indah yang berbunga cinta
bersama jejaka

senja yang mengundang bahagia
rindu kuidam kanda
rinduku senja di desa

sdrzai..
kita sama sama belajar.. masih banyak yang kita kena belajar

minat bicara melayu berzaman
kita anyam bahasa pusaka
bersama kita jaga warisan
untuk generasi ditelan masa

kita sama sama memandu arah
jangan risau tersalah langkah
masih ada tangan membantu
kita sama sama tidak membatu

IP: 202.188.70.41

invisible
Ahli setia
dimasukkan pada 15 Mac 2000 14:42     Lihat biodata invisible   Hantar emel kepada invisible     Edit/Delete Message

Sue maaf tak perasan hehehehe

Berdarah pilu bawa berkubur,
Kubur puaka dimuara sepi
Dengar lagu bawa berhibur.
Agar sepi berlalu pergi

Diruntun mega gemersik suara,
Syahdu nyanyian dikamar sendiri
Menyusun kata memujuk bicara
Agar nostalgia membara lagi

S_ana

bintang timur
bercahaya di gemilang
membisik kalimat kalimat sendu
meratah lamunan sepi
dititian syahdu
pada suara suara
gemersik dimalam tak berbintang
dan bergema dalam sepi tak berhujung
mengait renda renda kerinduan
dan camar yang terbang
kejalan pulang nya

sdrzai

buat teteman diruang ini
canda bercanda hiburkan hati
kekata indah menghiburkan hati
luahan rasa dipersada ini

pantun selokah tak pernah putus
madah bermadah sepi kan lara
warisan bangsa berjalan terus
kekal abadi sepanjang masa

seperti hamba yang belum lama
datang kemari untuk bercanda
silap dan salah tidak mengapa..
maaf bermaafan di aidil adha

salam buat semuaya

IP: 161.142.2.10

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 16 Mac 2000 20:43     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Salam Aidil Adha Buat semua..
semoga ceria..

sdrzai: Salam ceria ..pe khabar yer..

Kalau dituba siakap kuala,
Muara Andalas berpetak gundah,
Baru dicuba serangkap kata,
Bicara seulas berentak madah.

Jika bulan ditutup bintang,
Cahaya purnama tiada berseri,
Jika tuan sanggup bergendang,
Hamba pula cuba menari.

Cuba menari di pentas damai,
Agar malam tidaklah resah,
Bukan menari di atas lantai,
Mengembara ilham menarilah tinta.

~~~~~~~~~~~~~

invisible: Salam Raya dan salam ceria..
Dengar yer..

Dari kota dia kembali,
Mendaki bukir menempa lurah,
Mentari lena disenja hari,
Kenapa langit luka berdarah?

Lidah tergigit manakan berdarah,
Asyik termenung berhati rawan,
Sudahlah langit luka berdarah,
Purnama selindung di balik awan.

IP: 202.188.83.57

S_ana
Ahli setia
dimasukkan pada 17 Mac 2000 09:45     Lihat biodata S_ana   Hantar emel kepada S_ana     Edit/Delete Message
salam pagi untuk semua..

inv..
sibuk ke hari ni?

camar dengan sayap putih suci
terbang cari makna yang berselindung balik cahaya senja
sore yang telah berlalu
menjanjikan kepayahan dalam berbahasa seribu
sukar menjalin
hubungan dengan makhluk lain
kerana ku bersayap putih
sedangkan mereka tinggi darjatnya
bersayap emas
kepayahan yang telah diperkatakan
sukar dijelaskan dalam sepi
hilang kesenangan hidup berbudi

IP: 202.188.71.3

invisible
Ahli setia
dimasukkan pada 17 Mac 2000 11:04     Lihat biodata invisible   Hantar emel kepada invisible     Edit/Delete Message
Sue

Ramai menunggu ditepi dermaga
Dermaga bisu tempat menurun
Mentari lena sering berjaga
Langit berduka hujan nak turun


Asyik sekali berada di anjung
Anjung sepi di kelam buana
Langit berduka menunggu kunjung
Purnama rembang udah waktunya

menurun = tempat orang meminta hajat/tempat keramat

S_ana
tak s_ana masih bercuti ni

camar ..
dalam redup senja
bersama gerimis yang turun
tersendu dalam biasan
mengimbau pada nostalgia
yang pergi tanpa hala
dan dalam lirikan senja
tersenyum menehan sendu
bertali arus
pada sebuah pengertian
yang tiada pernah terhurai

dan bersama kabus kabus yang bergerak
meniti waktu waktu terluang
pergi tanpa pamit
dan tinggalkan luka terhiris
terjerut dalam senyuman
dan lena yang panjang

salam S_ana

IP: 202.188.13.140

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 17 Mac 2000 18:22     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Salam sayang dan salam ceria..

Sue mohon maaf kerana terpaksa menutup topik ini walaupun belum mencapai tahap yang ditetapkan..
sue hadapi masalah semasa nak masuk dalam topik ini... lama sangat nak tunggu download kalau dapat pun sekerat saja..
Kita sambung ke episod seterusnya yer...Jumpa lagi...

TUTUP

[This message has been edited by sue_marie (edited 17 Mac 2000).]

IP: 202.188.43.2

Pengendali sahaja: Buka topik | Padam topik
*Sekiranya anda ingin mesej ini ditutup, sila hubungi pengendali.
Jalan pintas masuk ke:

Melayu.com dan Melayu.net diasaskan oleh hulks dan selemann.
© Melayu.com 1998-2000.