Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Sembang2 >> Sembang-Karya >> Cuba BerKARYA Terus..!..5 (Page 1)

Topik ditutup  Topik ini telah ditutup. Tiada sebarang mesej jawapan boleh dihantar.


Emel topik | topik baru | jawab mesej Topik ini 2 halaman:   1  2 

<<naik   pergi   turun>>
Dimasukkan oleh Tajuk topik:   Cuba BerKARYA Terus..!..5
sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 21 Feb 2000 18:29     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Salam sayangg teman-teman berkarya semua...

Hmmm... Kita sambung ke episod 5 yer.. Terima kasih pada semuanya...sue mulakan mesej pendahuluan sebagai pembuka ruang..
~~~~~~~~~~~~~


quote:

**GADIS DI PENTAI SENJA**

Musim terus berlalu
mawar senja sekuntum
erat dalam genggaman gadis
kelopaknya kian mengersang
namun kasih gadis tak pernah luntur
walau setitis... walau sedetik...
biar pilu tak lekang mencengkam batin
kasih bertambah utuh!...

menjejakkan kaki di pantai rindu
pantai sepi berpayung senja
kemelut rindu bergolak getar
seruling senja mula menyusun rentak nada
mengelus irama dititip bayu

gadis di pantai senja
berpuputlah bayu penuh sendu
ombak berlari mengucup pantai
sesekali mengganas di dada laut
ganasnya bagaikan amukan rindu
merentap...meronta-ronta..
lalu dada terasa sebak

rindu ... aduhai rindu...
ku pujuk dikau gurindam kasih
ku belai dikau nyanyian sayang
ku damaikan dikau puisi cinta
ku dakapkan dikau bicara hati
usahlah dikau merajuk ...merintih..
kasihnya gadis tetap setia

beralunlah irama mu..oh seruling senja
ku pohon gema mu tagihan rindu
moga gundah ini tidak terus gulana
purnama takkan mengambang
tanpa seri mawar senja
gugur air mata kasih dibias cahaya
di air yang berkocak....


M74: hidup tanpa seni.. terasa suatu kekosongan.. ibarat puisi tanpa kata... tiada yang dapat menghayatinya... tetapi bunga, walau dah layu akan tetap disimpan kerana mata memandang dengan penuh makna..

S_ana: betullah tuh ana... tapi ade masa aper yang di ceritakan dalam puisi tuh hanyalah suatu ilusif semata..

[This message has been edited by sue_marie (edited 21 Feb 2000).]

IP: 202.188.14.245

Bob
Ahli
dimasukkan pada 21 Feb 2000 19:41     Lihat biodata Bob     Edit/Delete Message
hai sue,,
yang pertama ke ni????

cerita gadis seruling senja,
mawar merah kini bergema,
kisah pahit cinta pertama,
namun ianya ada keindahan sentiasa...

biar pahit alam kehidupan,
ibarat roda yang bergerak,
hadapi dugaan hadapi rintangan,
setiap yang pahit ada manis kelak...

sekadar berbahasa,,,,

hai ana...

berkias bukan bermuslihat jauh sekali,
sekadar luahan dari dalam hati,
hidup ini penuh cabaran diri,
ku tempuhi segala mendatang cekal sekali...

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

habis idea dahhhhhhhhhhhh

PENAWAR HATTAN

JANGAN KAU PERGI TERLALU JAUH
MEMBAWA HATI RESAH ITU
KEKASIH DATANG KEKASIH PERGI
HARUSKAH KAU TERUS BEGINI

USAH DIKESALKAN PERPISAHAN
BERSYUKURLAH PADA SATU PERTEMUAN,ITU
BIAR SEDALAM LAUTAN KASIHMU
DIA BUKAN UNTUKMU

DULU KAU SIMPAN TERLALU LAMA
RASA RINDU DENDAM PADANYA
KINI MENGUNDANG RASA KECEWA
KERANA SETIANYA TIADA

TABAHKANLAH HATIMU BIARPUN PAHIT
UNTUK DITELAN SEBAGAI PENAWAR,SAYANG
DUNIA INI TIDAK MUNGKIN BERAKHIR
HANYA KERANA PUTUS CINTA

PUJUKLAH HATI YANG MENANGIS
KERINGKANLAH AIRMATA DIPIPIMU,SAYANG
RASA HATI BAGAI RETAK SERIBU
JANGAN KAU BERSEDIH LAGI

MENGAPA KAU TERUS MENYEPI
SEDANGKAN KAU TAK PERNAH SENDIRI

sekadar nyanyian......


IP: 161.142.1.6

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 21 Feb 2000 21:51     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Salam Invisible : hmmm..

Resah berdebar nuri di sangkar,
Melihat tekukur terbang berdua,
Kasih melamar diri tercabar,
Terpaksa diakur bertahan hiba.

Mega berwarna sangatlah indah,
Di pantai senja cuaca redup,
Walau di mata mengalir darah,
Takkan berubah suratan hidup.

IP: 202.188.65.24

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 21 Feb 2000 22:02     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Hai Bob: Hmmm.. terharu dengar lagu tuh... teringat kat bob selalu tenangkan hati sue dengan lagu2 kat OC...mekasih banyak yer...

Burung helang terbang di udara,
Di puncak gunung ia kembali,
Kisah malang telah ku lupa,
Moga tenang damailah kini.

Dalamnya gaung telus cahaya,
Orang bersampan ke hujung jeti,
Pahit maung ada manisnya,
begitulah harapan tersemat di hati.

p/s.. rajin2lah berlagu ke mari..

IP: 202.188.65.24

invisible
Ahli setia
dimasukkan pada 22 Feb 2000 10:35     Lihat biodata invisible   Hantar emel kepada invisible     Edit/Delete Message
Sue salam ketemu lagi

waktu pagi pergi ke huma
huma terletak jauh ke Bandung
kasih melamar dalam dilema
dendam terlerai ditepi anjung

pupuk bayu arah ke muara
mendung berlalu kian melarat
cinta terkulai dilubuk derita
nasib suratan telah tersurat

sekadar berbahasa

IP: 161.142.2.10

sdrzai
Ahli
dimasukkan pada 22 Feb 2000 14:08     Lihat biodata sdrzai   Hantar emel kepada sdrzai     Edit/Delete Message
TK sue dan M74..salam buat semua..
coretan rasa aku sembahkah..jikalau sumbang
harap maafkan....

Cinta apalah ertinya
Jika hanya membawa derita
Kerna cinta hidup terseksa
Kerna cinta jiwa merana

Mengapa pertemuan berlaku
Mengapa mata bertemu
Mengapa lidah menjadi kelu
Mengapa hati berdebar tak tentu

Cinta keindahannya hanya sementara
Dipenuhi dgn duri-duri yg berbisa
Kerinduan bila berjauhan
Jemu bila sudah berdekatan

Kala perut bergelora minta di sisi
Apakah yang dapat cinta beri
Kala abang pokai tak berwang
Kemana pergi kasih dan sayang

Dikala ribut taufan menyerang
Apakah cinta dapat bertahan
Ramai yang tumbang terus tenggelam
Hanya kerana badai gelombang

Kalau rela bermain api
Jangan takut terbakar diri
Kalau sedia bercinta kasih
Jangan sedih terguris dihati

Kalau kasih tak kesampaian
Tanya diri mengapa gerangan
Mungkin kasih hanya menerima
Memberi kasih anda tak rela

Dua hati menjadi satu
Bila kasih beri - memberi
Dua jiwa akan berpadu
Bila sedia maaf - memaafi


quote:

gadis senja dibawah tanah bayu
berdendang merdu senandung rindu
puisi dan pantun tersusun indah
bicara hati tanpa suara
kekata bisu menyentuh jiwa

mengalir terus tiada hentinya
bak sungai Nil yang bersejarah
susunan kata hiasan bahasa
menjadi khazanah warisan bangsa

mawar merah bermadah rindu
tidak saja pandai berlagu
gambaran hati lukisan kalbu
menambah seri menghiasi ruang mu


cik Meena datang meminta
datang meminta pada Melati
hajat meminta sedikit gula
dari mana datangnya cinta
dari mata turun ke hati
mata yang buta bagaimana pula

batu delima cincin suasa
sarung kejari nampaklah lawa
cinta pertama indah terasa
mengapa diri jadi kecewa

nampaklah lawa cincin suasa
akan diberi kalau diminta
sekali kecewa serik terasa
tak ingin lagi bermain cinta

kepekan kerumah Wati
ingin menjadi penghias muka
datang rakan menyentuh hati
ingin menjadi penawar duka

sekadar susunan kata

IP: 192.169.41.36

JinAir
Ahli setia
dimasukkan pada 22 Feb 2000 14:13     Lihat biodata JinAir   Hantar emel kepada JinAir     Edit/Delete Message
kekekekekkee elooooo sue errrr elooooo kengkawan kekekekekekekekekee

berlalu musim dengan detik waktu
gadis senja setia menunggu
kumtum digenggaman dah lusuh layu
jangan gadis turuti kumtum begitu

seruling senja terus berlagu
irama syahdu lembut bagai bayu
usah bergolak getar kemelut rindu
gadis senja melangkah tari irama syahdu

menari gadis bersama sang bayu
lengkah gadis hampiri empunya lagu
dekatilah empunya seruling nan menyusun lagu
kenal mengenali pasti hilang rasanya rindu

maka akan tenang gelora dilaut
maka akan tenang air nan pasang surut
terserlah purnama dicelah awan ribut
yang perlu tahu adakah kesetiaan gadis disambut

jika empunya seruling terhenti bernada
gadis senja menganti irama
kumtum layu diganti nan mekar
dua hati sudah pastinya tiada bergolak getar

jika seruling tiada sepi
usah gadis sedih dihati
empunya seruling telah lama hatinya mati
eerrr JinAir rela you jadik pengganti

kekekekekekekekeeeeee

bukan aje JinAir ada
kengkawan yang lain pun akan turut setia
pada gadis senja mereka volunteer
agar si gadis senja sentiasa ceria
mengolah pantun, berpuisi, bersajak berbicara
kekekekekekeekekkeke

IP: 161.142.78.82

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 22 Feb 2000 17:35     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Invisible : salam ketemu lagi...

Rendah terkulai sawah di bendang,
Nampak tenang di wajah pagi,
Bukan membelai lara bertandang,
Cuma malang bermanja lagi.

Kalau lebat pohon merimbun,
jangan dibelek buah-buahnya,
Diri ibarat sebiji mentimun,
Digolek menggolek sama terluka.

IP: 202.188.43.85

invisible
Ahli setia
dimasukkan pada 22 Feb 2000 19:28     Lihat biodata invisible   Hantar emel kepada invisible     Edit/Delete Message
Sue .. salam buat sue
apa kabar?

pisang emas masak sebiji
dimakan tupai enak sekali
teruskan berkarya ilangkan sepi
dipersada ini sedia menanti

semak samun di seri menanti
rumputnya tebal di mana mana
nostalgia semalam mengusik hati
dikala merindu pada si dia

sue .. makasih

[This message has been edited by invisible (edited 22 Feb 2000).]

IP: 202.188.82.95

cupin
Ahli setia
dimasukkan pada 22 Feb 2000 22:05     Lihat biodata cupin   Hantar emel kepada cupin     Edit/Delete Message
ASSALAMualaikum...

sue,nie kary aden yang pertama,silo bagi komen..

kala aku duduk sendirian
aku pernah berkata,berkata pada diriku sendiri,
naper sampai sekarang nie aku takde awek???
apa aku nie tak hensem kot?
tak pandai mengayat kot?
tak berduit kot?
takde keta@moto besar kot?
bukannyer apa,nak gak rasa disayangi dan menyayangi kaum yang bernama HAWA nie,

Tapi
AKU LUPA

[This message has been edited by cupin (edited 22 Feb 2000).]

IP: 161.142.2.10

cupin
Ahli setia
dimasukkan pada 22 Feb 2000 22:10     Lihat biodata cupin   Hantar emel kepada cupin     Edit/Delete Message
ASSALAMualaikum...

sue,nie kary aden yang pertama,silo bagi komen..

kala aku duduk sendirian
aku pernah berkata,berkata pada diriku sendiri,
naper sampai sekarang nie aku takde awek???
apa aku nie tak hensem kot?
tak pandai mengayat kot?
tak berduit kot?
takde keta@moto besar kot?
bukannyer apa,nak gak rasa disayangi dan menyayangi kaun yang bernama HAWA nie,

Tapi
AKU LUPA
lupa pada masa silam
lupa pada diriku sendiri
selama nie,siapa yang jaga dan besarkan aku
dengan kasih sayang yang tak terhingga?
dah tentunya IBUBAPA aku,
tanpa diorang
siapala aku di BUMI ALLAH yang indah ini,

DAN AKU BANGGA JADI ANAK KEPADA IBUBAPAKU SENDIRI!!!

AWEK???
aku rasa
baik lupakan seketika
bukan sekarang,

mungkin sampai jodoh tu,AKU KAWIN JER...

BILIK KULIAH,
10:35 LOCAL TIME
SEREMBAN

cupin:sila bagi komen...

IP: 161.142.2.10

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 23 Feb 2000 09:16     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Salam sayangg ...

sdrzai : Terima kasih kerana masih setia berkarya...puisi anda semakin berkualiti... tambah hebat.. gitu kata M74..

quote:

**LANGIT SUTERA UNGU**

Seruling senja
Nun di lembah menghijau
Mengocak perdu...

Langit Sutera Ungu
Hamparan kasih mu
Selimut rindu...

Mawar senja
Harum mu mewangi
Mekar di hati

Pantai Rindu
Perhentian jiwa ku
Damai di muara

Si gadis dusun
Ketenangan dan damai
Dambaan kasih...


.....Salam Puisi....

IP: 202.188.113.97

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 23 Feb 2000 09:31     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Salam sayang bertemu kembali...

JinAir : Hmmmmmm... ini dia temann setia dah mai... dari jauh dah kedengaran kekekeke..nya..hallooo JinAir...

Langit, pantai, mawar dan seruling senja..
Disatukan gadis dalam bicara
Kiranya bukan mendamba simpati semua
Hanya irama rentak lenggok senada

biar kemelut rindu bergolak pilu
Irama syadu terus beriring bayu
Sendunya kasih mendayu-dayu
Setianya rela dilangkaui masa menunggu

Bicara semalam gadis teresak sendu
Sepi senyap waktu terbiar berlalu
Resah mengelus diam nan syadu
Hati ke hati cuba menyapa kalbu

Purnama mengambang cerah di malam
Dalam diam termenung.... termenung diam
Suara hati di perdu kasih bersiram
Memujuk rindu kembali tenteram

Alahai...eerr JinAir rela jadi pengganti..?
Aduhai... siapalah gadis senja, hendak ditemani
Hmmmm...kengkawan yang lain pun volunteer sekali..?
Ishhkk... usahlah risau, gadis masih bisa melukis, berbicara, berpuisi..

hehehe...
~~~~~~~~~~

cupin:hmmmm... mekasih ..dah mula berpuisi yer... sedih gak baca karya tuh... nantilah sue komen kemudian ok..

IP: 202.188.113.97

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 23 Feb 2000 13:08     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Invisible: hmmmm.... tahniah.. dah pandai buat tuh... oklah...tapi takkanlah asyik gambar pendekar nsr jer(si jebat99 pun gitu).. ... inv. lukislah dan masukkan bersama karya... ok yer..sue nak lihat hasil karya sendiri lak..

Terserlah indahnya halus tenunan,
Batik berbunga hasil tercipta,
Alangkah indahnya seni sezaman,
Tinggi nilainya karya budaya.

Jangan bulan terbit pagi.
Meratap mentari di balik gemawan,
Cubalah tuan melukis lagi,
Bakat sendiri belumlah terbukti.

IP: 202.188.113.97

Muhammad74
Ahli setia
dimasukkan pada 23 Feb 2000 14:39     Lihat biodata Muhammad74   Hantar emel kepada Muhammad74     Edit/Delete Message
emm..

Gadis senja bermain sendu
meruntun kisah hati merawan
sudah ku tilik bait puisi mu
mengapa sepi menjadi permainan

tikar mengkuang dianyam indah
tempat menjual di pekan rabu
kian hari mengundang resah
apakah seruling tidak berlagu

pada mereka yang masih berkarya teruskan
saya mungkin akan jadi permerhati ajer..
mungkin segalanya mungkin..

IP: 202.186.123.141

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 23 Feb 2000 17:28     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Salam sayang semua...
Hmmmm..M74 nak jadi pemerhati aje yer..???

Gadis senja bukanlah sunyi,
Hanya bersenda temann seperbicaraa,
Waktu bersama kata bersembunyi,
Sepi beraja hati berbicara.

hmmmmm...

Mawar senja sebagai tanda,
Ikatan tebina rindu bergetar,
Seruling senja masih bergema,
Walau irama tidak didengar.
~~~~~~~~~~~~~

cupin : Pantun untuk tuan hamba..

Hati tak damai jangan tangisi,
Waktu senja mentari terpinggir,
Ku cuba ungkai sisipan puisi,
Berserah saja kepada takdir.

* Tahlah cupin... jangan lagi risau yer...

IP: 202.188.106.36

invisible
Ahli setia
dimasukkan pada 23 Feb 2000 18:40     Lihat biodata invisible   Hantar emel kepada invisible     Edit/Delete Message
Sue ..yang lelain soryy
lom belajar lagi

dupa cendana berupa rupa
tempat orang menjual obat
seni sezaman warisan kita
jaga lah ia sepanjang hayat

indah sekali pulau buana
waktu senja duduk diberanda
bakat melukis entah kemana
hanya meniru yang urang aja

IP: 202.188.42.98

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 24 Feb 2000 18:54     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Salam buat Invisible...
maaf..terlewat balas karyanya yer..
uikk... dah semakin banyak ilmu yang dipelajari tue... eloklah ...
hmmm...kita berpuisi pula...

~~~~~~~~

quote:

Setahun kini sudah berlalu
terkuak jendela semalam
menghimpun semula kisah
Februari lalu telah ku tinggalkan
dalam kehangatan semusim

kesan kasih semalam
yang terpendam di pusara
memperlihatkan mendungnya mega
berarak meliputi langit

tak kesedaran
tertitis air mata
di kelopak mawar merah

Februari ini ..
sekuntum mawar senja
manghiasi pantai hati
tapi apakah langkah itu
akan dibatasi juga..?


...Sekadar berbicara..

IP: 202.188.106.21

polong
Ahli setia
dimasukkan pada 25 Feb 2000 12:47     Lihat biodata polong   Hantar emel kepada polong     Edit/Delete Message
malam ini,
didini bicara ,
ada hati telah ku luka,
lukamu luka ku jua,

sayang..
percikan bicara,
bukan kehendak hati,
namun,
apalah dapat ku kata,
kehadapan terluka, kebelakang meluka,
sayang,
titis dimata ini bukannya merintih sedih diri,
dirimu jua yang ku tangisi,
menghadapi hari-hari,
yang tiada pasti,

maafkan daku teman,
bicara guhdah bicara resah,
daku pasrah,
dan dihati luka nan parah,

apakah daku mampu,
meniduri malamku dengan selimut sendu,

ingin sekali terus melukut ditepi gantang mu..

IP: 202.188.106.156

S_ana
Ahli setia
dimasukkan pada 25 Feb 2000 10:14     Lihat biodata S_ana   Hantar emel kepada S_ana     Edit/Delete Message
maaf ..lama ana tak jengok kawan kawan kat sini..apa khabar suma??

sue..

langit terbentang luas
terbuka apa yang di lubuk jiwa
pandang dengan mata hati
kalam suci menyebut keindahanNya

berlagu sepi hai si camar pulang
rezeki bukan untuk hari ini
tanpa apa apa untuk di bawa berita
si anak sedih merajuk hiba

senja dalam pelabuhan siang
esok ketemu dalam suasana berbeza
hari ini kita hari menangis kerananya
esok mentari akan bantu cerah hidup anak anak kita

sekadar berbicara..

bob..
amacam hari nih..sibuk??

di sini bertanam tebu
esok kelak subur di taman
di sini kita bertemu
saling kenal bertukar pandangan

tak gitu?

IP: 161.142.2.10

S_ana
Ahli setia
dimasukkan pada 25 Feb 2000 10:20     Lihat biodata S_ana   Hantar emel kepada S_ana     Edit/Delete Message
polong..
ni bicara ana

jangan dirintih malam yang sudah pergi
bukan akan datang lagi seperti ini
sedih hiba
jangan diikut kata jiwa
kelak diri merana
bulan bintang kata dunia

jangan dirindu selimut kasih
jika menikam dari dalam
simpan sahaja bunga bunga cinta
untuk hari lain mungkin berbaja

polong...sekadar berbahasa

IP: 161.142.2.10

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 25 Feb 2000 19:27     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Salam sayang..
izinkan gadis berbicara..

quote:

**SIAPALAH GADIS....??**

Menyegar udara dingin di dinihari
rupanya tidak sesegar kuntuman mawar senja
kelopak-kelopak kian disimbahi
titis-titis air pilu
ingin juga gugur mencecah bumi

entahlah....
terlalu sendu tutur bicara semalam
dalam jujur kata bertemu
hati juga yang berduka..

apa lagi yang harus ku perkatakan
terhenti bicara ku seketika
tidak mampu menyusun irama
tangis syadu meratap ke subuh

aduhai gadis....!
di mana pergi kekuatan serta ketabahan mu..??
telah kau pasti..
bermain di pantai
sambil mengutip rindu di pasir memutih
ada kalanya dihempas badai gelombang
gelora di laut..ada pasang surutnya

deru angin melanda
bagaikan meratap keluhan batin
menerbangkan butir-butir kasih sayang
terhimpit antara timbunan pepasir pantai
dan seketika terhumban jauh ke laut dalam
gugur dedaun kering
mencelakan pantai nan sepi

walau ditenggelami arus deras
diragut ribut taufan
kesetiaan, sedikit pun tidak tergugat
tetap mengunjungi pantai di larut senja
kerana perhentian itu
telah menganugerahkan satu kebahagian buatnya
kebahagian di hati... kedamaian di jiwa

biar di pinggir sekali pun
namun kasih tetap berputik..
sayang kekal bersemi..
tak mungkin akan luput kembali
titis air mata darah sekali pun
tidak bisa membasuh kasih sayang yang telah bersemi

andai bicara gadis
mengusik resah diri
gadis ingin...terlalu ingin sekali
menyusun jari memohon maaf

kerana gadis hanyalah musafir di dunia
yang tidak sempurna dan sering alpa

sisihlah gadis di mana-mana
tetapi jangan dipaksa gadis menyisih
kasih sayang yang luhur
maafkan gadis...
tidak terdaya melontar kasih sayang ini

dalam penantian yang tiada penghujung
gadis rela dipalu duka
oohh!...air mata..
hanya dikau teman sejati
bukan mengundang kehadiran mu
terlalu pantas kemunculanmu

dan dari kemaafan ini
memohon izin membelai kasih sayang
di sudut hati walau dalam diam
ingin ku sebut nama mu
untuk meniti di bibir mimpi
kerana ku tahu pada realitinya
tidak mungkin dapat ku sentuh

kerdipan bintang di langit
tinggalkan satu bintang itu
untuk ku renung di segenap malam
yang bakal ku tempohi
moga rindu ini akan dapat ku pujuk
dengan gema alunan seruling yang lalu...


S-ana : yerlah..lama ana tak kunjung ke mari... agaknya sibuklah tue yer..ana ape khabar?

IP: 202.188.14.84

invisible
Ahli setia
dimasukkan pada 26 Feb 2000 08:21     Lihat biodata invisible   Hantar emel kepada invisible     Edit/Delete Message
salam sue:

terkuak jendela dunia
dalam nostalgia
menyapu wajah
dan kening lentik
memikat

pada lembayung senja
mengetuk pintu hati
dalam gema suara
dan ..
azam magrib bergema

hanyut bersama
buih buih yang sepi
dan arus yang mengalir
dan siualan gadis
diseruling senja
yang syahdu

)

[This message has been edited by invisible (edited 26 Feb 2000).]

IP: 202.188.81.151

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 27 Feb 2000 16:57     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Salam Invisible....
apa khabar sekarang nih..?
banyak sudah yang dipelajari yer...

quote:

Buat Yang Mengerti

Ketika musim melewati hening malam
meninggalkan kasih senja ke dini hari
mentari.....
masih lena dibuai mimpi sufi

saat bicara kata bertemu
membelah dinginnya malam
adalah kerana desakan rindu
yang terhimpun di kalimat-kalimat sepi

selepas kasih berputik
lalu dianyam dek rindu
di separuh musim berganti
tercalar oleh resah gelisah
kerana fikir disalut keraguan
dan mencambah kerisauan

pada musim suburnya
kita sering menggalas rindu
mengukur perjalanan kasih
tetapi masih tetap menjejak di sini
Pantai Rindu....
yang telah merantai diri kita..


Salam Sayang.....

[This message has been edited by sue_marie (edited 27 Feb 2000).]

IP: 202.188.65.147

invisible
Ahli setia
dimasukkan pada 27 Feb 2000 17:48     Lihat biodata invisible   Hantar emel kepada invisible     Edit/Delete Message
mana bole lawan sue
banyak lagi yang perlu dipelajari
tadi singgah gak kat KBCC nak cari program zing tapi tak jumpa

*******************************************

Ditepian danau rindu
Bergerak ke ujung waktu waktu
Bersama lena dan bebayang
Dan sepoi angin yang berhembus
Membelai dedaun nior
Melambai …
Seolah olah terpukau
Dikebisuan jemari yang rancak
Mengetuk keyboard

Tersandung
Pada bunyi bunyi bising jentera
Yang kedengaran
Mengusik gegendang telinga
Tak karuan

Terseliuh…
Dari kamar ke kamar
Mengikut rentak dan irama
Serta ulitan renyai gerimis
Membasahi

Satu fenomena
Menjejaki kebuntuan yang terpinggir
Dicelah kerinduan yang terdampar
Mengayut pada keusangan wajah
Dan kerut kening ….hairan

Meluncur….
Dari fantasi ke realiti
Membara seribu erti
Dalam pengertian
Yang tiada pernah ada ujung nya

5.50 ptg
salam ketemu lagi )
******************************************

IP: 202.188.42.133

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 27 Feb 2000 23:05     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Salam Invisible....

Hmmm... tak per...bersyukurlah dengan ilmu yang ada tuh walau pun tak seberapa ...rasanya perisian zing tuh ada kat internet dan percuma lagi tuh...tapi tak pasti sangat aa..bolehlah cuba carik ok..

~~~~~~~~~~~~~

quote:

Mawar Senja Berduri

Senja itu ...
ku lewati dengan curahan air hujan
dan gema guruh di lanjit

ku lihat pada sinar mentari
tidak menyerlah di ufuk barat
kirmizi langit ...
bersembunyi dengan pudarnya warna
alam seakan faham
pada sebuah kisah

tenungku pada kelopak mawar senja
sekuntum masih di tangkai
dengan hijau daunnya
setitis air gugur menyentuhi kelopak
ingin memberi kelembapan yang abadi

kiranya mawar senja mengerti
mengapa mendung alam senja
pastinya kuntuman mekar kembali

setangkai mawar itu
digenggam dengan nafas menghela
sarat dengan kepiluan

mawar senja...
tercalar genggaman ku
dengan duri mu
resapan kasih mu
biarkan terus mengalir di nadi ini
menjalar ke pelusuk diri..


Salam puisi......

[This message has been edited by sue_marie (edited 27 Feb 2000).]

IP: 202.188.83.236

turtle
Ahli setia
dimasukkan pada 28 Feb 2000 01:08     Lihat biodata turtle   Hantar emel kepada turtle     Edit/Delete Message
hi semua...
korang semua memang best!! sue, boleh ajar sket camana u boleh olah ayat2 tu semua?
kat mana u belajar haa???



IP: 202.188.209.47

sdrzai
Ahli
dimasukkan pada 28 Feb 2000 01:15     Lihat biodata sdrzai   Hantar emel kepada sdrzai     Edit/Delete Message
salam buat semua teman-teman pencinta seni
penyair, penyajak, pemantu, pelukis.....
sudi menerima sumbanganku ini

quote:

****Cinta tetap Bersemi****

Dikamar sepi……sekeping hati menanti
jawapan yang pasti………kasih yang pergi
rindu diubati…………
Menanti ………dan terus menanti

Bilakah penantian ini berakhir
Tabahkah hati ini…………

Semalam telah berlalu
meninggalkan kenangan rindu
bersama senandung syahdu
sekeping hati yang telah hancur

Hari ini jiwa merintih
mendengar tangisan gadis
mengalir mutiara kasih
menitis membasahi bumi

Setia gadis menanti
biar musim berganti
kasih masih bersemi
Teguh…………tertanam dihati

Kira cinta masih suci
dalam gelombang kekecewaan
kira cinta abadi tetap bersemi
dalam samudra lautan kehampaan

cinta gadis menjadi bukti
cinta masih suci dan murni
rindu gadis tetap menanti
kasih tiada berbelah bagi
biar darah menitis ke bumi
alam maya menjadi saksi
cinta tetap kekal,suci dan abadi……………..


__sekadar coretan bicara rasa_____

[This message has been edited by sdrzai (edited 28 Feb 2000).]

IP: 203.124.2.70

S_ana
Ahli setia
dimasukkan pada 28 Feb 2000 11:29     Lihat biodata S_ana   Hantar emel kepada S_ana     Edit/Delete Message
salam untuk semua sahabat sahabat pemuisi..
kabare??

sue..
maaf sebab lama tak jengok kat sini..sekarang exam week..tengah studi perabih..tapi jangan risau..ana takkan lupakan kawan kawan kat sini..
wish me luck!

mawar layu di sudut hati
tak tahu milik siapa yang berduri
sejak kelmarin tumbuh di jiwa
mengharap kasih abadi yang takkan hadir
walau dibaja kasih seabad zaman
disiram air suci dari telaga kasih
tetap layu seperti itu

mawar merah kini bukan itu warnanya
sinar mentari panas membakar kelopak kelopak dingin di taman
hilang warna hilang ketawa
di mekar mawar berduri

luka hatinya tak sembuh dek hari
mentari tak lagi menyinar untuknya
kerana telah layu
tak serupa dulu
parasmu bukan lagi seghairah itu
yang membuat aku jatuh hati
dengan kemerahan kelopak cinta

IP: 192.228.143.252

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 28 Feb 2000 18:51     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Salam sayang semua..

Hmmmm...

Burung tekukur siburung nuri,
Terbang berturut mencari ilmu,
Diri tersungkur dari berlari,
Rela berparut kerana kasihmu.

Rebah mentari disenja hari,
Bulan bertamu memaku serinya,
Biarlah diri lemas di sini,
Di kelopak kasihmu telah ku rela.

Purnama berkunjung bagai permata,
Terik suria terbit di muka,
Lena berbumbung siair mata,
Mimpi setia berlantaikan duka.

Duduk perhati di pantai senja,
Mendengar irama gema seruling,
Ku pujuk hati ku damai jiwa,
Resah dan gundah tidaklah seiring.

~~~~~~~~~~~~~~

turtle: hmmm.....aper yer nak cakap... sebenarnya sue nih baru jer mencuba2 menulis ... bukannya pandai sangat.. tah betul ker tak... anyway mekasih tapi kalau nak ajar, tak reti plak camana... turtle cubalah tulis..belum cuba belum tahu... tak gitu..?sesama kita belajar..

sdrzai: Hmmm... nih seorang yang semakin hebat berkarya...puisinya bagus sekali... sekali sdrzai sudi menyumbang karya, kita seribu kali sudi menatap bersama..
bila nak melukis pula...?

S_ana : oohhh ana tengah berabih studi lah nih yer... oklah ana..pelajaran didulukan.. exam tuh dekat dah... best of luck to u ana... masa jawab periksa tuh..jangan plak terjawab puisi...

IP: 202.188.14.59

invisible
Ahli setia
dimasukkan pada 28 Feb 2000 18:59     Lihat biodata invisible   Hantar emel kepada invisible     Edit/Delete Message
Sue...salam ketemu lagi
cantek bunga ros kuning tu sue..
bole pinjam tak?

dan mawar ...
lambang sebuah nostalgia
dalam dakapan
menyusur mimpi mimpi
dalam belaian
antara detik

mawar ..
harum semerbak dikamar
mencecah nostalgia
memaut rasa
dalam debar
di penantian

salam buat sue dan teman2 yang lain

IP: 202.188.81.33

sdrzai
Ahli
dimasukkan pada 29 Feb 2000 09:00     Lihat biodata sdrzai   Hantar emel kepada sdrzai     Edit/Delete Message
salam buat semua.....
Terimalah coretanku ini.......


Dikumpul diikat buahnya manggis
buah zaitun dimakan habis
dari dusun dibawa kekota
dibawa orang kepasar-raya

Sungguh berbakat sigadis manis
pandai berpantun pandai melukis
kata disusun madah tercipta
menghias ruang di Sembang Karya

Aaaaaaaa

sue...........

Terimakasih atas kesudianmu
Menghayati hasil gubahanku
Siapalah aku dibandingimu
Tidak ke kuliah tiada berguru

Hanya berbekal minat dihati
Rangkaian kata ku susun kembali
Bicara rasa bicara hati
Bisikan pada mereka yang sudi

Bakatku hanya setitis nila
Terletak ia dihujung pena
Hendak melukis tiada berdaya
Hanya coretan gambaran jiwa

aaaaaaaaaaaaaa...........

ana............

Detik berlalu minit berganti
Kertas jawapan perlu diisi
Jangan fikiran kelain lagi
Tumpukan saja keujian ini

Kami disini bersama doakan
Semoga tercapai akan kejayaan
Kejayaanmu kebanggaan kami
Maju seorang lagi anak bumi

Semoga ijazah dalam genggaman
Harapan orang tua jangan dihampakan
Demi mereka dan hari depan
Tumpukan perhatian pada pelajaran

Semoga Ana & mereka yang dalam ujian akan mencapai kejayaan.....

****salam...hingga bertemu kembali ****

IP: 165.21.83.151

S_ana
Ahli setia
dimasukkan pada 29 Feb 2000 14:23     Lihat biodata S_ana   Hantar emel kepada S_ana     Edit/Delete Message
salam petang untuk teman seperjuangan..

sue..insyallah..ana akan dulukan pelajaran..but that doesn't mean kena lupakan berkarya..
sue..tiba tiba hati ana terdetik..

silapku hari ini mengajar aku tentang erti kesakitan
saat ibu melahirkan
dan sakitnya takkan sama
sakit hari ini ketika aku melukakan

ku tak tahu mana ranting yang patah
mana dahan yang tak kukuh
mana rendangan pohon yang tak boleh berteduh
tapi kuyakin ibu
usahamu mendidikku
telah sampai ke tahapnya
cuma aku lupa kadang kala
diri perlu makanan jiwa
untuk hati menyuburkan iman

silapku hari ini ibu
sampai ke tahap kurasa dirimu tak berdaya memandangku
tapi kutahu
dalam isi hatimu
aku tetap anakmu

biarlah aku belajar dengan kesilapanku
kali ini
kerana setiap kali aku terjatuh
aku akan teringat akan luka darahnya
tiap dulu
ku ingat apa yang aku lakukan
dirimu ibu ada di sisiku
tapi kini
aku perlu hadapi
walau sepahit hempedu sekalipun
walau aku perlu tahan dengan amarah ayah
ku sedar
itu memang silap ku!

sdrzai..
thanks..ana akan cuba lakukan terbaik

kulupa apa yang berlaku
untuk hadapi peperiksaan esok
walau hati sakit kecewa dendam dan segala
ku perlu tolak tepi dulu
takkan ku lakukan kesilapan sekali lagi
kerana ayah ibu
adalah di mana permulaanku

IP: 161.142.78.82

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 29 Feb 2000 19:25     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Salam sayangg teman-teman sekarya semua...
Hmmmm...nak berpuisi jap...

quote:

Sekelumit RINDUUuu...

Apakah aku akan tabah...?
atau kalahkah aku nanti...?
di pentas seribu satu dugaan hidup
yang hampir melangkau batas kemampuan ku

apakah hadir kita
umpama mega di angkasa
yang akan menghiasai senja seketika
lalu terbenam bersama mentari siang

detik kenangan ini...
bakal mengundang selaut kerinduan
dimana terlindung
kepiluan yang menghiris hati
panahkan gemilang di hadapan ku
umpama seri bulan purnama..

masih adakah bebunga rindu
yang kau tabur di sepanjangan perjalanan
untuk ku kutip dan satukan semula
agar jiwaku dapat
menyentuh setiap bisikan romantis mu

atau kelukah bahasa yang tidak terucap
pabila rindu terus layu bersama
mimpi-mimpi setia berlantaikan duka
dalam lena beratapkan deraian air mata
di mana pergi tetap ku junjung
dan langkah tetap ku jejaki

antara kita bukan niat
meluka dan dilukai
tidak pada aku, juga pada mu
bicara mu....
setiap kali berkunjung di hati
aku terus dijejaki oleh
Sekelumit RINDUUUuuu....


Invisible :Hmmm..pinjam bunga yer...kalau pinjam tuh kene pulang balik tau... mawar tuh...Mawar Senja Berduri......

sdrzai :Alaaaa... janganlah merendah diri pula... sue pun bukannya pandai.. sekadar mencuba minat yang ada..kalau bilang berguru, berkuliah tuh ..takdelah...
Hmmmmm...teruskan saje berkarya..sue dengan teman-teman yang lainnya setia menanti kunjungan karya anda...hebat gitu...

S_ana : ana.. doa kami untuk kejayaan ana... kejayaan ana akan lebih membanggakan dan lebih bererti buat orang-orang tersayang...
yerlah ana... karya jangan pula dilupa... kene rileks jugak minda tuh...

~~~~ Salam Puisi~~~~ (~_^)~~~~

[This message has been edited by sue_marie (edited 29 Feb 2000).]

IP: 202.188.14.185

invisible
Ahli setia
dimasukkan pada 29 Feb 2000 23:05     Lihat biodata invisible   Hantar emel kepada invisible     Edit/Delete Message
Buat Sue dan semua teman teman yang "RINDU"

Kimpal kimpal rindu:
(buat sue dan teman teman yang diselubungi rindu)

teman ……
kepulan bayu dari penjuru
membawa gumpalan rindu
dari segenap arah
terdampar dipinggir hati
yang "samar bayangan"
di kemelut …….
Suara suara rindu
Dan hati yang terlerai

Teman …..
Angin rindu …
Datang tanpa di pinta
Dan pergi tanpa pamitan
Namun ….. rindu
Akan terus berlabuh
Dimuara hati yang kelam

Rindu …..
Persis busana mimpi
Menghantui diruang hati
Pasrah dalam minda
Yang tiada pernah ada perhentian

Teman …….
Ku guriskan gurisan rindu
Tertumpu dicelah keributan
Antara riang dan sendu
Yang terus berlagu
Disimpang detik dalam mimpi
Dan lamunan yang tersentak

Teman …..
Jika rindu …..
Pesan lah pada bayu
Bayu akan terus berhembus
Jika sunyi
Pesan lah pada malam
Senja pasti datang
Mengetuk kamar
Dan rindu
Terus berlalu
Ke pusara berpuaka
Rindu …..disini


IP: 202.188.102.193

S_ana
Ahli setia
dimasukkan pada 01 Mac 2000 12:20     Lihat biodata S_ana   Hantar emel kepada S_ana     Edit/Delete Message
hmm..
sue..thanks..

rindu yek???
kat sapa sue?

rindu berdetik
dalam hati selubungi kasih
orang jauh segera pulang
ubat rindu yang dah lama pendam
itu kisah orang jauh
perantauan orang

rindu makin kuat
dalam jiwa berdetar tiap nyawa
hai orang dekat fahamlah mainan jiwa
rindu takkan hadir jika dipaksa
ke sisilahmu agar terubat
rindu hai orang dekat

rindu tak tahu
pada siapa antara kita
lahir alam maya
tapi aku pasti
itu juga rindu..

IP: 192.228.143.252

polong
Ahli setia
dimasukkan pada 01 Mac 2000 21:34     Lihat biodata polong   Hantar emel kepada polong     Edit/Delete Message
assalamualaikum temannn..
lama juga tak msg kat sini..
nak pantun puisi takde idealah..
hmm...

citer pasal rindu lagi yer..
hmm..
yerlah S_ana, Sue rindu kat saperlah tu agaknye yer...

S_ana sendiri rindu kat saper...

Inv...mendayu-dayu.....alahaii...

hmmmm...

bisik bisik hati terusik,
senyum senyum kasihnya ranum,
asyik asyik hati teracik,
belum belum cinta menguntum,


IP: 202.188.106.80

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 01 Mac 2000 21:35     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Salam buat teman-teman sekarya...
Hmmm...sajak rinduu juga yer...

quote:

Gadis..Seruling dan Mawar SENJA...

Tika kirmizi langit meniti
gadis senja merenung jauh
ke laut rindu yang mula bergelora
bayu berhembus sama seiring

Tika kirmizi langit meniti
seruling senja tetap dinanti
alunan irama pujaan hati
melerai mimpi di anjung kasih

Tika kirmizi langit meniti
mawar senja digenggam jemari
setitis air gugur ke bumi
membasahi kelopak sentuhan abadi..


ana : sue rindu kat ana lah...hehe..

inv: mekasih yer...


IP: 202.188.106.211

invisible
Ahli setia
dimasukkan pada 02 Mac 2000 09:54     Lihat biodata invisible   Hantar emel kepada invisible     Edit/Delete Message
Sue ….Gadis seruling.

meniti dari kamar ke kamar
membayangi kisah kisah masa lampau
mengimbau pada rindu semalam
yang bertapak dan mencengkam
pada bebayang dalam pelukan
pada rindu memburai
ditepian hati
yang kian lara

antara sedu sedan dan tangis
antara buaian hati kesandung
pada rasa dan naluri
mengimbas pada sepi
dan lara waktu sendiri

tiup lah seruling itu
jika irama nya …
bisa ilangkan sepi
tiup lah seruling itu
waktu mimpi menjelma
dan tiupkan seruling
jika rindu bisa menguntum


S_ana …. Apa kabar ?

rindu juga ke ?

rindu bayangan
mengapai mimpi
tika senyum ….
Menguak jendela
Dipintu hati…
Waktu mekar berbunga
Menyapa dalam jelingan
Persis kuntum kuntum mawar
Mekar dilaman
Selepas turun nya hujan

Polong ….lama tak kemari? Kemana yer?

dengarkan pantun nya:

karat karat paku Belanda
dijual orang selepas menampi
cinta menguntum waktu bercanda
waktu tidur terbawa ke mimpi

hehehhehehe …..salam

IP: 161.142.2.10

S_ana
Ahli setia
dimasukkan pada 02 Mac 2000 11:42     Lihat biodata S_ana   Hantar emel kepada S_ana     Edit/Delete Message
salam puisi..

sue..
rindu kat ana..hehhe..bestnya ada orang rindu kat ana nih..

dalam sepi hidup seorang gadis
ibarat duri mawar berselindung kelibatmu
mainan hati seorang gadis yang menunggu
bagai kelopak takkan menguntum
tunggu pulangnya cinta seorang gadis
macam wangian mawar yang harum sepanjang zaman
kekal dalam diri
cinta gadis
sekuntum mawar berduri

polong..
rindu kat mak ayah..kawan kawan kat sini..

senyum kasih malam menjelang
cahaya cinta menyinar hati
rindu si dia takkan datang
telah pergi selamanya abadi

inv..
rindu tu kan mainan perasaan..

rindu
pada pemilik hati yang berpunya
tak panjang niat hati
untuk miliki dia

rindu
pada nyawa yang dah tiada
tak kesampaian bisik angin cinta
dia pergi selamanya..

IP: 192.228.143.252

invisible
Ahli setia
dimasukkan pada 02 Mac 2000 15:21     Lihat biodata invisible   Hantar emel kepada invisible     Edit/Delete Message
S-ana:

rindu sekadar mainan perasaan apabila lamunan diwaktu sendiri
datang menyapa namun kerinduan jika tiada berarah pasti ianya akan membantut kearah pencapaian, bak kata pepatah - kuntum yang menanti siraman embun diwaktu pagi

rindu …..
dalam senyum dalam duka
berlarian ketepian tasik
meredah semak belukar
dan menjangkau awan yang tinggi
tapi rindu …
hanya terhenti dikala lena
pada jarak waktu yang tiada bertepi

salam buat S_ana dan Sue Marie …..

IP: 161.142.2.10

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 02 Mac 2000 21:59     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Salam sayangg ....
Hmmmmm... pekhabar teman sekarya semuanya?
ceria selalu hendaknya...

quote:

Satu Malam Di Pantai SriTujuh...

Satu malam bersama mu
beriring ke alam mimpi
lembut pepasir mu ku pijak lalu berbekas
selembut sesuci hamparan kasih mu

jiwa yang gundah kembali damai
setenang panorama pantai di senja hari
ku telusuri pesisir mu dengan langkah kerdil
dingin air laut nyaman terasa
berlari melonjak2 mencecah kaki

ombak datang bergulung ganas
menghempas rakus pantai nan setia
sedang pantai hanya mampu tersenyum sipu
rela bertahan diri menemani ombak

oh pantai nan permai....
indah seri di wajah mu
terhakis ke laut dalam
masa demi masa yang berlalu
kenangan bersama mu tetap abadi

SriTujuh...
pantai sepi terus mengusik hati
pepohon Ru berdiri megah bagaikan tembok
gemersik suara deru angin
menghembus dedaun dan reranting
nyaman dan menyegar udara pantai

di penghujung pesisir pantai
merenung jauh ke laut biru
seorang pemuda berhati sayu
cuba menyatukan kenangan lama
bersama ombak, pantai, laut dan kasih
yang terlerai oleh waktu yang berlalu

ingin sekali ku dampingi kasihnya
namun musafir ku hanya seketika cuma
terbit mentari subuh...
pulanglah semuanya ke destinasi asal

Pantai SriTujuh..
semalam bersama mu
nama mu seindah suasana mu
hati kecil ku tersentuh sayu
gemelai bayu menderu syadu
mata memandang tak jemu-jemu...

...cetusan rasa dari gambar Pantai SriTujuh..


polong : uikkk... hati teracik yer... kat saper tuh...

Senyum-senyum bunga sekuntum,
Buah bidara di atas peti,
Belum-belum cinta menguntum,
Kenapa bicara kelu di hati..?

invisible : Hmmm..nih saper pula gadis seruling tuh...?

S_ana : heheh... kita jer yang merindu kot ana.. takkanlah tak leh, kan ana kann..

...salam puisi buat teman-teman..

[This message has been edited by sue_marie (edited 03 Mac 2000).]

IP: 202.188.83.26

S_ana
Ahli setia
dimasukkan pada 03 Mac 2000 14:48     Lihat biodata S_ana   Hantar emel kepada S_ana     Edit/Delete Message
hmm..
inv...
rindu tu datang saat kita melamun..saat kita teringat akan memori bersama seseorang..tapi adakan orang yang merindu tanpa tahu pada siapa??

pipi basah linangan air mata
teringat akan rindu yang tak pasti kubuka untuk siapa
orang yang dirindu tak kunjung kunjung tiba
adakah aku sendiri yang leka
dengan ilusi yang aku cipta
untuk bayangan orang yang aku impi
esok tak pasti dia akan hadir lagi
dalam rindu ini

sue..
hmm..baru la ana tahu ada orang yang merindu kat ana nih.. heheh..kita balas balas rindu la sue..

kuberi
satu hamparan rindu
penuh cukup untuk sepurnama
bekal esok lusa

ku usaha
segunung harapan kasih
untuk kenangan orang jauh

sudikah berbalas rindu
orang jauh
di sini pohon setuju
esok lusa kita bertemu

IP: 161.142.2.10

sdrzai
Ahli
dimasukkan pada 03 Mac 2000 15:09     Lihat biodata sdrzai   Hantar emel kepada sdrzai     Edit/Delete Message
Salam puisi buat semua...
TK sue...hebat tak sehebat Sue & kekawan yg lain...puisinya megalir terus....
terimalah sumbanganku ini.....

quote:

***Bersama Di Kamar Sepi***

Terdengar suara tangisan
terdengar suara rintihan
terdengar bisikan keluhan
Hati… hati yang dilukakan
Hati... hati yang ditinggalkan
Hati… hati yang dikecewakan
Hati… hati yang di dalam kerinduan

Mengapa nada irama sayu ………
Mengapa bersenandung syahdu ………
Mengapa hati terasa pilu………?
Mengapa…………… mengapa ?

Di mana hilang sinar cahaya
Dimana pergi wajah ceria
Di mana lenyapnya senyuman
Di mana…………… di mana ?

Kemuraman menghias rupa
Kepedihan membakar dada
Keresahan menyelimuti rasa
Hati yang terpadam pelita

Yang patah tiada tumbuh
Yang hilang tiada berganti
Sekeping hati yang hancur
Berderai jatuh ke bumi

Masih adakah esok
Pada jiwa yang luka
Masih adakah sinaran
Pada malam yang gulita
Masih adakah………… masihkah ……?

Di kamar yang sepi ini
Hati berbicara dalam kekata bisu
Bersama senada seirama dalam bisikan rindu
Bersama menjalani kekecewaan …… kehampaan
Bersama menghayati erti cinta, kasih dan sayang
Bersama menghulur sekuntum mawar yang layu buat hiasan
Bersama mengukir senyuman dalam tangisan
Bersama menyala sebatang lilin
memberi cahaya dalam gulita
bersama dalam ruang dan masa yang berbeza
bersama ……… selagi jiwa masih bisa berkata


Naik perahu keInderagiri
Membawa keris Panglima Jati
Bukan mahu merendah diri
Memang melukis aku tak reti

Naik kuda naik pedati
Datang bertamu ke rumah Nyonya
Kalau ada sudi di hati
Mahukah kamu menjadi gurunya

<<<<sampai disini bisikan hati.salam buat semua, hingga bertemu, bersama lagi>>>>

IP: 192.169.41.34

invisible
Ahli setia
dimasukkan pada 03 Mac 2000 15:42     Lihat biodata invisible   Hantar emel kepada invisible     Edit/Delete Message
Salam puisi dan ketemu lagi:

Sue Marie Gadis Seruling

Dalam bebayang
Dan irama seruling
Mendayu dalam lamunan
Buat nostalgia masa lalu MU
Kecudang dirasuk derita
Tanpa sedar

Nostalgia dalam bayangan
Mengimbau pada rentak dan irama
Gadis seruling yang sendu
Meniti waktu waktu berlari
Di kamar sepi

Sue ….cuma tengok gambar aje ke Pantai Sri Tujuh?

S_ana

terlalu indah
kuntum kuntum kasih
yang pernah mekar dikamar hati

terlalu syahdu
bait bait puisi
menerjah dikala sunyi
dan pergi waktu lena

apa kah itu suratan hidup
nostalgia diukir dan ditinggalkan?
Apa kah itu hakikatnya?
Bermesra dan berpisah?
Dan nostalgia ….
Tinggal nostalgia
Tanpa titik titik akhir ?

Hehehhheheh

dan salam puisi juga buat sdrzai
apa kabar ?

IP: 202.188.82.157

invisible
Ahli setia
dimasukkan pada 03 Mac 2000 15:43     Lihat biodata invisible   Hantar emel kepada invisible     Edit/Delete Message
sorrry

[This message has been edited by invisible (edited 03 Mac 2000).]

IP: 202.188.82.25

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 04 Mac 2000 15:12     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Salam sayangg teman-teman sekarya semua...
Harap sehat-sehat belaka...

S-ana :Masih exam yer..
begini pantun sue..

Hamparan rindu gadis sediakan,
Buat menjemput satu pertemuan,
Walaupun malu diri ku segan,
Tuan tak luput dalam ingatan.

Makan sireh kala berkunjung,
Angkat sauh orang berenang,
Harapan kasih tinggi menggunung,
Orang jauh tetap dikenang.

Jangan dialas air yang tumpah,
Biar tumpahnya kembali surut,
Rindu berbalas sayang bercambah,
Tiba masanya pasti bertaut.

..balas-balas rindu yer ana...

~~~~~~~~~~~~~~

sdrzai : Terima kasih sdrzai...Sumbangan anda tetap dinanti...
Teruskan berkarya..
Dengar yer pantun sue...

Ilmu ku tiada hendak diturun,
Hanya pesanan ingin ku sembah,
Perlu diasah rajin dan tekun,
Kehebatan tuan tetap terserlah.

Hendak melukis ilmunya latihan,
Di samping sebekal minat di kalbu,
Minat melukis beriring kesungguhan,
Siaplah sebuah 'Titisan Rindu'.

>>>Salam puisi<<<

~~~~~~~~~~~~~~

invisible : HMmm... Gadis Seruling lagi yer...

Gadis Dusun gadis kampungan,
Hanya seruling merdu di hati,
Bukan memohon secebis keluhan,
Bicara beriring syadu meniti.

p/s.. hah... Pantai Sri Tujuh tuh nampak dari gambar jer..tapi keindahannya menyerlah ke hati...

IP: 202.188.83.235

invisible
Ahli setia
dimasukkan pada 04 Mac 2000 23:17     Lihat biodata invisible   Hantar emel kepada invisible     Edit/Delete Message
sue

dengarkan pantun nya:

nyior gading bawa ke persada
meniti seri irama nya merdu
gadis seruling berirama hiba
lamunan dilamun dititian syahdu

tarik pedati arah ke Pekan
warna merah renda bertepi
terhibur hati dalam bisikan
senyum diukir didalam mimpi

S_ana
tak nak berpantun ke ?

hanyut sampan ke Pulau Sepi
sampat melencung arah ke Bidur
bayangan meraba didalam mimpi
bisikan syahdu melena tidur

semut merah gemarkan madu
madu dibawa ke tanah hulu
tawa canda masa ketemu
bila tiada asyik merindu


sdrzai

rentak irama waktu menari
tarian lagu inai di jari
jangan suka merendah diri
cuba sedaya pasti berjaya

banyak sungguh buah berangan
ditanam orang disana sini
bakat terpendam di simpan jangan
sebarkan ia dipersada ini

ketemu lagi dilain kesempatan …

IP: 202.188.82.3

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 05 Mac 2000 18:50     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Salam sayang semua...

invisible: Terima kasih atas pantun tuh...
nak berpuisi jap...

quote:

Perasaan Aku Kah Itu...

Kelmarin....
satu keterharuan datang merobek hidup
hadir bagai ombak ganas menghempas tubuhku
nyaris ku hanyut dipukul gelombang
hampir ku lemas ke laut dalam

tatkala mentari siang sedang terpancar
satu alunan gembira...
bertukar menjadi lembaran duka
seorang ayah, seorang ibu, dan seorang abang
melemparkan amarah jauh ke lubuk hati

aku memikirkan....
apakan bisa anak mu
mengelus beban mu ayah
apakah anak mu jua
bisa menemani senyum mu ibu
apakah adik
bisa melemaskan risau abang
apakah aku akan kembali
terpesona dalam gurauan keluarga

sejuk perut ibu mengandungkan aku
darah ibu yang pernah tumpah
ketika bertarung nyawa melahirkan aku
titik peluh ayah membesarkan aku
kasih sayang abang terhadap adik
wajarkah aku ketepikan
tewas ku jua oleh perasaan
air mata merembes hebat

Temannnn nan satu pemujuk damai
ku alih kasih pencetus yakin
ku alih sayang pemantap semangat
bercambah cinta di dalam diam
lenyap celaru mengintailah rindu
bergemalah seruling idaman kalbu
seruling senja pemujuk bicara..


[This message has been edited by sue_marie (edited 05 Mac 2000).]

IP: 202.188.106.38

Bob
Ahli
dimasukkan pada 05 Mac 2000 20:51     Lihat biodata Bob     Edit/Delete Message
salam sue...
jua salam buat semua

kala sendiri lamunan terhenti,
hati sepi teman sendiri,
rindu di hati terubatkah pasti,
andai bertemu insan yang di cari...

salam rindu dari kejauhan,
bila sendu kenapa menangis,
hati merindu salam kulemparkan,
namun kenapa hilang sahutan prejudis...

betulke bahasa nya ni????????

ish ish ish..

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

SEKUNTUM MAWAR MERAH SEBUAH PUISI (ALLEYCATS)

Sekuntum mawar merah..sebuah puisi
Untuk gadis pilihan oh!!!!! di bulan Februari
Mulanya cinta bersemi..dan kehadiran
Ribuan mimpi mimpi dibulan februari

Kemesraan mu dan cintaku
Berlagu dalam irama nan syahdu
Tapi mengapa... Hanya sementara
cinta yang menyala padam tiba tiba

Terkenang kembali lagu cinta lama
Kisah mawar berduri
Menusuk di hatiiiii..haruskah ku ulangi.

Sekuntum mawar merah sebuah puisi
di bulan Februari
Apakah dosaku dan apakah salahku
sering gagal dalam bercinta
mengapa cinta hanya sementara
Api yang menyala padam tiba tiba..oh oh oh


Sekadar lagu untuk hiburan...

IP: 161.142.1.6

Pengendali sahaja: Buka topik | Padam topik
*Sekiranya anda ingin mesej ini ditutup, sila hubungi pengendali.
Jalan pintas masuk ke:

Melayu.com dan Melayu.net diasaskan oleh hulks dan selemann.
© Melayu.com 1998-2000.