Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Sembang2 >> Sembang-Karya >> Cuba BerKARYA Terus..!..4 (Page 1)

Topik ditutup  Topik ini telah ditutup. Tiada sebarang mesej jawapan boleh dihantar.


Emel topik | topik baru | jawab mesej Topik ini 2 halaman:   1  2 

<<naik   pergi   turun>>
Dimasukkan oleh Tajuk topik:   Cuba BerKARYA Terus..!..4
sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 16 Feb 2000 09:43     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Salam sayanggg buat teman-teman berkarya semua...

Hmmm.... kita sambung ke episod 4.. sebelum itu sue mengucapkan terima kasih dan syabas buat anda semua yang sudi bersama berkarya di persada ini....
Seperti biasanya izinkan sue mulakan mesej pertama sebagai pembuka cara..
~~~~~~~~~~~~~~~


quote:

** GADIS SERULING SENJA II **

Semalam...
hadir gadis di pantai ini
Pantai Rindu Berpayung Senja
menung pada sinar mentari di ufuk meniti
yang resah merajuk membawa diri

di manakah gadis sebenarnya...?
bersimpuh meratap erti sebuah kerinduan
lambaian nyiur gemelai membelai jiwa
hembusan bayu menggetar atma
terpalu kenangan rindu membara

gema seruling terngiang2 kini
mengetuk2 dinding kamar hati
ingin menggamit bicara sepi
gundah gulana ditagih kasih
lemahlah jiwa ...daya pun hilang...

aduhai Seruling Senja..
bergemalah dikau irama melankoli
agar dapat dipujuk jiwa merindu
izinkan hati ini bersiram
dengan alunan irama mu
teramat seksa kalbu merintih
kembara kasih di rantau sayang..

oh ! irama seruling dambaan hati..
musafir rindu di awang-awang
gadis terbiar usah peduli
namun gadis tetap berkunjung ke sini
Pantai Rindu Berpayung Senja
walau bicara mengintai JENDELA HATI
gugur juga TITISAN RINDU
memujuk kasih membelai sayang
teramat sukar untuk meneguk
setitik alunan irama Seruling Senja

senja melewati malam..
malam menjelang dinihari
terkesima gadis dipinggir malam
hangat terasa di mata bergenang
satu kerdipan melinangkan arus yang jernih
kelopak mawar merah..
walau telah kering dan gersang
tetap dalam genggaman gadis..?


m74: walau pun kebenaran itu sepahit mana... yang pasti akan di telan jua... kerana kejujuran dan keikhlasan mengatasi segalanya.. itu bicara hati yang suci dan murni ..

[This message has been edited by sue_marie (edited 16 Feb 2000).]

IP: 202.188.113.97

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 16 Feb 2000 09:59     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Salam sayangg..

Salam buat temannn seperbicara..
Hmmm... di harap semuanya telah sempurna dan selamat...

Hmmmm...

Lukisan Hati Titisan Rindu,
Lakaran sendu ilham di hati,
Bulan merintih diratap rindu,
Menanti kasih berkunjung diri.

Sesudah bicara hati bersapa,
Batin mendayu rindu bicara,
Berbicaralah kata tanpa suara,
Pecahlah rindu bertunas cinta.

aduhai tuan dambaan kalbu,
Ikatan bersemi mekar menyubur,
Kan ku abadikan selagi hayatku,
Pergi ku nanti dibawa berkubur.

Madah menyentuh jiwa terusik,
Rindu mendera batin menjerit,
Bukan mengeluh duka membisik,
Pilu melara kasih nan perit.

Bukan menggadai satu harapan,
Tidak menyisih impian bersama,
Biar berkecai nyawa di badan,
Bercerai kasih tidak ku rela.

Lukisan Hati Titisan Rindu,
Hati ku resah jiwa ku gundah,
Dini hari menjelma haru,
Qada' dan Qadar kitakan pasrah.

IP: 202.188.113.97

S_ana
Ahli setia
dimasukkan pada 16 Feb 2000 11:01     Lihat biodata S_ana     Edit/Delete Message
sue..
tiba tiba ana teringat kat adik..

(untuk juju)
dahagakan
setitik ilmu di lautan besar
dengan dasar berpasir rata
tingkatmu makin tinggi
lebih baik dariku
berdiam diri di perantaraan langit
sedangkan engkau tanganmu hampir dengan mentari
maluku pada mata mata yang memandang
dalam mulut terkunci hati berbesar bangga
melihatmu tekad untuk jauh ke sana
bukan bawa diri
bukan jauh hati

terlalu berat untuk melepaskan pergi
jauh di bumi Kinabalu
sedangkan aku dalam kota menara tinggi
bimbang tak kan bertemu mata lagi
hati menangis tak nampak air mata
tapi pedihnya sampai bergetar nadi nadi

kiranya berdosalah aku
menghalang daripada bunga berkembang mekar
menghalang tangan pepohon meminta hujan
seolah olah
aku menghalang Pencipta dengan tugasNya
sudah tertulis di sana rezekimu
terbinanya permulaan hidupmu
sesungguhnya Dia tahu apa yang Dia lakukan

pesanku dinda
jangan:
lupa asal usul kita-mak ayah
leka suruhanNya-ibadah
buat perkara larangan-neraka
bawalah diri molek molek
kita sekarang jauh
ucapan terakhir, dinda
tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China
dengan restu ayah bonda

IP: 161.142.78.82

JinAir
Ahli setia
dimasukkan pada 16 Feb 2000 13:04     Lihat biodata JinAir   Hantar emel kepada JinAir     Edit/Delete Message
errrrrr JinAir cuba ngerti kekekekekekeee

rindu gadis pada siapa
atau rindu gadis pada apa
seruling senja terus menyapa
menghiris hati gadis yang remuk hiba

bayu hembus kemari bayu hembus pergi
nada seruling senja bawa erti
irama sedih, ceria mahu pun sepi
gadis senja sendiri yang tafsir erti

wahai gadis senja usah terus rintih
rindu dan kasih membawa sedih
biar datang ia tanpa dipinta
lebih jujur jika ia datang dengan rela

dengar irama seruling senja dengan hati terbuka
alunan irama akan bawa gembira
lalu hati gadis akan bawa ceria
biar itu jadi apa yang dipinta

JinAir ceria jika gadis ceria
JinAir duka jika gadis duka
ceria usah duka JinAir pinta
pada gadis seruling senja

IP: 161.142.78.82

sdrzai
Ahli
dimasukkan pada 16 Feb 2000 20:30     Lihat biodata sdrzai   Hantar emel kepada sdrzai     Edit/Delete Message
CikMekMolek si gadis manis
pantunmu puan beri galakan
membuat aku ingin terus menulis
mengarang pantun buat santapan

Seruling senja membawa kesah
sigadis manis hatinya hiba
didalam hati rasa gelisah
menanti kasih tak kunjung tiba

sigadis ayu tersenyum manis
terpikat bila mata memandang
didalam hati gadis menangis
merindu kasih tak kunjung datang

Datok Panglima ke medan perang
musuh lari lintang pukang
senyumlah gadis senyumlah sayang
jangan diturut hati yang walang

Cinta indah penambat kalbu
Cinta penuh ranjau dan duri
Cinta gadis menanggung rindu
Cinta membuat jiwamu sepi

pantun pusaka penuh irama
pantun penawar hati yang sepi
berpantun kita bersama-sama
memberi hidup jiwa yang sunyi

Cerialah wahai hati yang luka
Senyumlah wahai jiwa yang sayu
JinAir jangan dibiarkan berduka
Buatlah ia senyum selalu

IP: 192.169.41.37

invisible
Ahli setia
dimasukkan pada 16 Feb 2000 21:56     Lihat biodata invisible   Hantar emel kepada invisible     Edit/Delete Message
alahai panjang nya pantun
salam buat sue dan teman2 yang lain yer

tinggi kiranya terbang si helang
junam kebawah masuk ke kali
kemana gerangan kasih menghilang
jampi kan sikit pasti kembali

hanyut kolek ke tengah muara
muara sepi bertiup bayu
bertunas cinta,cinta yang lara
hanya bayangan datang menganggu

iri hati melihat sikunang
terbang tinggi hingga ditangkai
cinta yang lalu usah dikenang
jika dikenang hancur berderai

panas sekali terasa bara
tersentuh jari ngeri sekali
kasih berhiba cinta melara
duka nan sepi menjelma mimpi

enak sekali lagu berdendang
musik nafiri di padang pasir
jangan mengejar cinta yang ilang
semakin dikejar semakin meminggir

salam puisi buat sue/S_ana/jinair dan sdrzai
) salam yer

IP: 202.188.13.200

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 16 Feb 2000 21:57     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
udika : yes my dear.... nanti kita chat lagi ok...

Bicara kita....
masihkah berkesempatan?
untuk meniti dari bibir jemari
lalu tumpah di dada pantai
dilambung ombak debu
mampukah sampai kepada mu..?
dada pantai yang memutih
hanya bertaut di air lalu
deru ombak menghempas
begitu kuat membelai
sekuat itukah nada kita?
segagah itukah kekuatan kita?
setulus itu kah kesetiaan kita..?

salam puisi....

IP: 202.188.106.72

Muhammad74
Ahli setia
dimasukkan pada 16 Feb 2000 23:05     Lihat biodata Muhammad74   Hantar emel kepada Muhammad74     Edit/Delete Message
sebuah catatan...

sebentar melihat tenang di senja ini
sambil berdiri melihat pantai
yang kian surut
perlahan di hembus angin
sedangkan aku cuma merasa
nikmat untuk seketika
kerana aku harus pulang
sebelum kesakitan ini
melarang aku berbait pada
gadis senja bersama seruling senja
... maaf kerana
dalam keterpaksaan
aku harus tinggalkan mu
dengan lamunan mu yang panjang..

#########^^^^##############^^^############

Sue_marie, Udika, Kasturi
sama-sama beriring dengan kata..

IP: 161.142.2.10

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 17 Feb 2000 08:23     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Salam sayangg buat semua..

JinAir : Hai..hai..hai.. hehehe..nih temann yang paling ceria..
hmmm..gini citer cik sue..

Sue_marie mula berkisah suatu alkisah,
Seorang gadis ceria di luar dalam terseksa,
Di tika sepi Seruling Senja mula bergema,
Maka terhiburlah hati yang sepi merana.

Gema seruling datang tepat waktunya,
Sehari dua gadis mendengar akhirnya terpesona,
Tiap senja melewati malam hatinya resah,
Gelisah menanti seruling berirama.

Gadis Seruling Senja tidak ingin berduka,
Rindu kasih bukanlah untuk berhiba,
Ia lahir dari hati yang mulia,
Cuma minta dibelai, dipujuk oleh sukma.

Terima kasih gadis pada JinAir,
Teman yang paling ceria sehingga kini,
Maafkan gadis kiranya membuat JinAir terharu begini,
Sebenarnya kisah ini hanya kiasan di sini.

Hmmmmmmmm...
~~~~~~~~~~~~~

S-ana : sue suka puisi ana yang ini..sue minat sekali..
nampaknya ana semakin rajin berkarya..pantun, puisi tapi bila nak mula melukis pula..?
oh ya, ana dok mane nih..? nyibuk pula sue nak tahu... sekampung ker ngan JinAir..sebab lihat IP ana ngan JinAir serupa yer..

IP: 202.188.86.85

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 17 Feb 2000 08:32     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Salam dan selamat datang kepada sdrzai...
maafkan sue sebab lewat membalas pantun tuan...
Dengar yer dari sue...

Terpandang bulan di malam hari,
Mendamba awan di siang tadi,
Datang tuan datang ke mari,
Hamba alu2kan kerana sudi.

Senyum di wajah salam disapa,
Buat tuan berbudi tinggi,
Kita berkarya semuanya sama,
Budaya bangsa terpeliharalah seni,

Kalau bukan kerana embun,
Tidaklah permai rumput di pagi,
Kalau tuan sudi berpantun,
Hamba hargai sepenuh hati.

Kayu belian kayu gaharu,
Hujan gerimis di tengah sawah,
Usahlah kalian turut terharu,
Kisah gadis hanyalah alkisah.

Burung merpati terbang ke hulu,
Ingin mencantum tunas di tubir,
Walau hati tak lekang pilu,
Senyum sekuntum tetap terukir.

....salam puisi....

IP: 202.188.86.85

S_ana
Ahli setia
dimasukkan pada 17 Feb 2000 10:38     Lihat biodata S_ana     Edit/Delete Message
kita conteng skit lagi..boleh kan sue??

tiada lagi lagu cinta dari nyanyian si gadis senja
tertutup sudah jendela yang aku lihat di keping hati
sumbang terus bunyi seruling tanpa api cinta
sayu di makin hari usia makin tua
cinta si gadis senja tak berlagu dalam cahaya kasih lagi

tiada lagi selimut kasih untuk membaluti kesejukan dingin hari
yang selalu kau letakkan atas diri yang kesepiannya
pesanku tinggalkanlah cebisan kasih yang hangat
kelak aku tak mati rindu kesejukan
agar sisa hidup kuterus dalam mencari kasihmu gadis senja

tiada lagi memori yang berlagu cinta
kita telah dipisah oleh unak si lagu hiba
layu di sana hai si gadis senja
kerna engkau hari ini telah jadi milik orang

----------------------------------------

sue..thanks sue..sajak tu ana tulis masa adik ana nak ke kinabalu..tapi tak setanding sajak sue..melukis? isk..tak retila sue
ip same yek? hehe..ana kat kajang..masih belajar kat sini..jinair kat mana lak??

IP: 161.142.78.82

Muhammad74
Ahli setia
dimasukkan pada 17 Feb 2000 15:03     Lihat biodata Muhammad74   Hantar emel kepada Muhammad74     Edit/Delete Message

***Seruling di Pantai Senja***

Di tengah mega berarak sudah
tirai mula menutupi
awan beralas lembut
bergerak perlahan
dalam sayap ke petang
berkunjung tabir hari
sambil nyiur pantai tunduk
seolah faham akan sifat alam
juga sifat manusia yang terus
menjamah kerinduan pada senja
yang kian kekusaman

Dari tirai jendela ini
ku perhatikan gambaran senja
begitu takjub akan kebesaran ilahi
tanpa rona cair
terbentuk keindahan senja
bagaikan arca di planet asing
mungkin inilah kosmik terbentuk
dengan mitos-mitos dahulu
atau inilah suratan alam
membuat naluri terpaut sebentar
inilah senja yang mengawan
setiap hati manusia yang kenal
Maha penciptanya...

Aduhai senja...
telah bangun daerah ini
dengan titisan airmata
dengan kesyukuran dialirkan pada semangat
dengan kegusaran diserahkan pada kekuatan
dengan kecintaan ditujukan pada kerinduan
di tambah puitis bait terbaca
dari luahan gadis senja
disambung seruling bergema
di pantai kecil
pulau sepi
.. di situ sejumlah kekucahan tersimpul
dalam hati
dan aku di jendela ini
hanya terus memerhati
tanpa ku sentuh secuit rasa
beriak di sudut sensitifnya,

Barangkali prasangka ini benar
boleh jadi kesalahan
atau juga kekeliruan mengancam
laut fikir seorang gadis
namun aku cuma menelah
di sudut gerak hati ini
dengan rasa kekerasan akal
mentafsir segala berselindung
di balik kabus senja

Mungkin akan hadir kuntum tulip
di pantai ini?
siapa tahu kebenarannya.

######^#######^^########^^^#########

Sue_Marie : Seandai jujur dan ikhlas itu berupa manusia.. tidaklah sesukar untuk mencarinya.. kerana kejujuran dan keikhlasan adalah satu .. hanya terlihat bila bayang ajal datang menjemput

IP: 161.142.78.82

Muhammad74
Ahli setia
dimasukkan pada 17 Feb 2000 15:56     Lihat biodata Muhammad74   Hantar emel kepada Muhammad74     Edit/Delete Message

Apa khabar teman2 semua..

S_ana : seronok tenguk awak berpuisi.. makin hebat yer..

Sue_Marie : tak kurang juga sue yer... makin terus berlayar dengan bait2 puitis..

pada teman teman lain terus kan
perjuangan kamu semua
..


kayu cengal kayu meranti
buat pasak tiang seri
kian lama senja diperhati
belum bertemu teman sejati

kuala deli keruh di muara
perahu bocor di tengah sempadan
apalah nasib seruling senja
masih tercari misteri lipatan

burung nuri disangkar emas
merajuk panjang dalam hiba
janganlah gadis berhati cemas
esok seruling kembali bergema

berdiri sebentar di jeti usang
menunggu terbenam ufuk mentari
makin direnung makin berdendang
apalah daya bicara di hati

musim panas berkujung lagi
senja masih dipulau sibu
telah kusimpan jelaga hati
mengapa terdengar sisipan rindu

..../
pantun melayu warisan bangsa
khazanah ternilai milik nusantara
berpantun sebentar mengusik minda
bertemu lagi mengasah bicara..

jumpa lagi.

IP: 161.142.78.82

CikMekMolek
Ahli setia
dimasukkan pada 17 Feb 2000 21:09     Lihat biodata CikMekMolek     Edit/Delete Message
salam sue
a/kum semua
baru berkesempatan masuk rumah sue yang baru

tebang penak tebang meranti
tebang pulai condong kejalan
dimana semak disitu menanti
bagai punai rindu sekawan.

sungai genuk sungai tualang
banyak perdu pohon keladi
badan gemuk tinggal tulang
menanggung rindu didalam hati.

buluh perindu berdahan tidak
ke tepi perigi rumpunnya sengit
hatiku rindu bertahan tidak
seperti bumi menanggung langit.

burung bayan terbangnya tinggi
terbang melayang berpangkat-pangkat
jikalau malam termimpi-mimpi
bila siang terlihat-lihat.


....rindu bertandang semula...

IP: 202.188.81.220

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 17 Feb 2000 21:22     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Salam buat Invisible :

Muara Damai namanya kuala,
Jadi singgahan bicara hati,
Biar berkecai jasad dan nyawa,
Cerita kenangan tetap bersemadi.

Bukan menyisih rindu di muara,
Gelora hati kian melayang,
Bukannya kasih membawa lara,
Bicara hati menjalin sayang.

Resah berlari gundah beredar,
Teman dinanti berkunjung diri,
Usah dicari tak perlu dikejar,
Cinta sejati bertunas sendiri.

Senyuman lebar sedang terukir,
Bulan meniti di malam hari,
Kenapa gentar kepada takdir,
Tabahkan hati tawakal diri.

~~~~~~~~~~~~~~

S_ana: Oh adik kat Kinabalu yek..?
Kinabalu kat ner tuh? ihskk... lagi2 menyibuk sue nih yer..hehe...tak perkan ana..
ntah mane dah si bob tuh ana...hmmm...
Sue lom ada idea nak hantar 'first love' tuhlah ana... tapi puisi ana kat situ memang cukup hebat!... syabas... ana nak rujuk kembali ? hmm... tepuk dada tanya selera, ana..

IP: 202.188.65.193

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 17 Feb 2000 21:34     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
M74 : Salam ketemu lagi yer saudara...

Hmmmmmm...

Tika senja melabuh diri,
Kirmizi langit indah sekali,
Ingin bermanja teman sejati,
Bagaikan langit dan juga bumi.

Seruling senja empunya misteri,
Masih kemas di lipatan hari,
Bukan sengaja memalu memori,
Cuma pengalas ingatan di hati.

Risau mentari dijeling purnama,
Gerimis senja dilepak mega,
Walau terhenti seruling bergema,
Gadiskan setia menapak senja.

Senja berlabuh beralun irama,
Seruling berhembus mengusik jiwa,
Atma tersentuh disusun gema,
Bicara mengelus membisik suara.

Angin malam disish jangan,
Sayu dihilir berdayung sendiri,
Ingin mengenggam kasih di tangan,
Rindu mengalir di hujung jari.


>>>> salam puisi <<<<

IP: 202.188.65.193

invisible
Ahli setia
dimasukkan pada 17 Feb 2000 22:41     Lihat biodata invisible   Hantar emel kepada invisible     Edit/Delete Message
Salam buat sue

kunang kunang di pohon jati
kilauan cahaya indah terperi
nostalgia mengamit kerinduan hati
luka yang parah bawa lah berlari

waktu petang menanam ubi
ubi ditanam ditepi desa
rindu mengetuk gegarkan mimpi
hayalan beredar mencuit rasa

buah mempelam dipekan rabu
dijual orang dari seberang
cinta sejati memekar kalbu
senyum diukir tercipta sayang

*****************************************

salam juga buat cikmekmolek
dah makan?

punai merah duduk di dahan
dahan nya tinggi dipohon jati
rindu rinduan tika berjauhan
kirimkan salam antara mimpi

waktu senja jalan ke huma
bawa kemeyan dan segengam bara
jangan biarkan diri merana
hilang kabus tampak lah dia

anak Daik menjual tauhu
tauhu dijual sampai keseberang
jangan diikut hati nan rindu
gerimis datang bukan penghalang

niat kepekan mencari gula
gula di campur bersama kopi
sebelum tidur baca lah doa
bertemu lagi diambang mimpi

) jangan lupa dengar manis FM


IP: 202.188.13.237

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 18 Feb 2000 12:04     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Salam sayangg semuanya...
Hmmmmmmm..

quote:

**SERULING OH SERULING... MANA GEMA MU?**

Seruling oh seruling...
..di mana gema mu..?
irama mu nan merdu
nada mu nan mesra
haruskah kau hentikan
haruskah kau pisahkan dari rindu
seorang gadis di senja hari..?

apakah seruling sudah jemu
untuk mengelus bisik-bisik gema
ke jiwa gadis..
atau ingin melenyapkan
alunan irama di pantai hati..

gadis terkedu sejuta kerinduan
senja yang merah direnung jauh
bagaikan merah Titisan Rindu yang terkumpul
lalu berkucah di dada laut
bergelora bak ombak yang saling mengejar
menyinggahi pantai hati
menghempas segenap dinding rindu

kembara kasih di rantau sayang
diheret angin sembilu malam
dilepas lalu terumbang-ambing
izinkanlah gadis terus begini
kerana bukan salah sesiapa jua
tiada memaksa - bukan terpaksa
hati penuh ikhlas dan merela

biarlah esakan ini
mengelus bicara sepi yang berlalu
dan penantian itu
mendamba suatu irama...
kerana sesungguhnya...
hanya Seruling Senja
yang mengerti sebak di dada
sekuntum mawar merah
masih dalam genggaman gadis
tak ingin dilepaskan
meskipun kelopak akan layu..


~~~~~~~~~

M74 : Sendainya jujur dan ikhlas tuh berupa manusia... maka tidak akan ada kejujuran serta keikhlasan kerana manusia itu.. tak pernah berpuas hati dengan apa yang ada padanya... sehinggalah ditimpa kesusahan barulah sedar akan dirinya..

IP: 202.188.65.193

sdrzai
Ahli
dimasukkan pada 18 Feb 2000 01:50     Lihat biodata sdrzai   Hantar emel kepada sdrzai     Edit/Delete Message
salam buat semua...sue..terimakasih atas sambutanmu....setelah berpantun ingin berpuisi pulak...boleh tak???cuba2 saja...
kalu tak sedap jgn mare ye....

"Alunan Seruling Penawar Rindu"

Seruling senja ……..
memecah kesunyian malam …mengalun irama rindu
membisik pada purnama yang menghiasi ruang angkasa raya yang sepi…..

oh…..alangkan indahnya jika kau disisi..
menatap seri malam yang di pagari bintang-bintang yg berkelipan

Gadisku yang jauh dimata namun tetap dekat dihati
Kau tiada di sini…..

Dalam kedinginan malam….aku terkenang…...
Senyummu, tawamu dan jelingan manjamu...
semasa bersama bercanda ditepian pantai

Tetiba rinduku membara…...ingin mendengar alunan suara…ritihan manjamu………
inginku belai rambutmu…...
merasai hangatnya kasihmu….tapi…........
hanya kedinginan malam….....menyelimutiku…

Disini aku…masih mengingatimu…setiap detik dan waktu.........kaulah inspirasi..... yg memberi kekuatan untukku teruskan........
perjuangan… dirantauan ini

Keletehan, kepenatan tiada lagi dalam ingatan…........
Demi cinta dan hari muka aku rela berkorban…
Kalau wang ringit jadi kiraan…
Darjat dan pangkat menjadi ukuran…
Akan ku penuhi setiap tuntutan

Mawar berduri akan ku miliki…pagar besinya akan kerempuhi
Akan ku hiasi mawarku….ditaman mahligai yang ku bina.......dengan keringat dan airmata…..

Bersabarlah mawarku…bersamalah kita menanggung rindu…
Bila senja berlalu mentari pasti akan bersinar kembali…..
Pada angin yang berlalu….bawakanlah alunan serulingku
Pada gadisku…agar terlena ia dengan dendanganku….....
Semoga berjumpa dalam mimpi yang syahdu

……….salam... buat gadis yang merindu………...
amcam boleh tak.....

IP: 192.169.41.34

S_ana
Ahli setia
dimasukkan pada 18 Feb 2000 14:08     Lihat biodata S_ana     Edit/Delete Message
salam puisi suma..harap suma sihat..

sue: adik belajaq kat satu skolah kat situ..tak tauah name skolah dia..sebab dia baru je pi sana..tak sempat nak tanya..
hmm..bob? dia malu kot..
first love.. rujuk? takkan kot..sebab dah ada orang lain dalam hati nih..

m74:thanks.. but tak leh lawan sifu sifu sajak kat sini..macam sue..macam awak..

sdrzai: teruskan berkarya..


kepayahan bersuara getar dari menjemput hiba
tak terluah dek kata dalam peluh peluh jantan mengalir di sisi muka
duduk di depan tak kena
di sisi tak pandang mata
tak mengalir kasih sayang dan cerita ingin kusampaikan
dari hati ke hati

haruman campuran bunga bunga halus menyapa dalam menungku
sampai kau di sisi tak kusedari dari tadi
senyum manja hai luluh jantungku
matamu ayu hai bergetar nadi nadiku

takutku tak diterima kata kata
takutku hilang terus bicara dari hati
takutku engkau berpaling dari sisi
takutku bayangan saja yang menjelma

izinkanku berbicara
dari hati ke hati
biar mulut terkunci
hati pandai berkata kata sepi

IP: 161.142.78.82

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 18 Feb 2000 15:09     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
CMM : Salam sayang untuk anda...
kak.. tak balik sana lagi ker?
terima kasih ... seronok sue baca pantun CMM nih...

Pantai berubah ombak menyapu,
Cahaya mentari dibisik bayu,
Terasa dada menyebak pilu,
Rupanya diri dirisik rindu.

Sudahlah lekat bicara hati,
Menjelma cinta tangis mendayu,
Asyik teringat teman sejati,
Air mata menitis sayu.

Seruling senja arah ke bukit,
Merdu sekali terdengar bunyi,
Daya ku tiada kasih tersepit,
Rindu sendiri terdampar sepi.

Mengharap mimpi jiwa gementar,
Merajuk hati tanda kecewa,
Sepi terasa terpisah sebentar,
Dipujuk hati membelai jiwa.

Hmmmm... rindu yer kak...

IP: 202.188.43.180

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 18 Feb 2000 15:15     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Invisible : Dengar pantun sue yer.. TQ..

Menutur madah di senja hari,
Sebentuk pelangi rasa tersisih,
Mengatur langkah membawa diri,
Ketabahan hati dicabar kasih.

Malam meruntun diseri purnama,
Bayu dini dingin sekali,
Berpantun seloka bersama-sama,
Yang pergi nanti usah dicari.

Pohon meranti dilingkar duri,
Tersangkut kain robek di tepi,
Yang pergi nanti usah dicari,
Banyak yang lain buat pengganti.

Sekadar berbicara....

IP: 202.188.43.180

CikMekMolek
Ahli setia
dimasukkan pada 18 Feb 2000 20:50     Lihat biodata CikMekMolek     Edit/Delete Message
salam semua
belum pergi lagi ler sue...kena tunggu hingga PR siap dulu..baru boleh pergi..bila nak siap tak tau ler..kalu lama lagi siap,jawabnya siksa lerrr..tak tahan menanggung rindu!!

sayang mak inang asyik menampi
puteri membaca kitab ramalan
siang terkenang malam termimpi
wajahnya berkaca dalam kayalan.

petik kecapi dianjung istana
Puteri Babsah sedang beradu
ketika sepi mencengkam suasana
jiwaku resah diserang rindu.

buluh perindu dari kayangan
warna kelabu arahnya hulu
bila rindu melanda kenangan
merintihlah kalbu diserap pilu.

di Tanjung Pinang turunkan sauh
singgah di kota Raja Bedurai
bila terkenang orang nan jauh
air mata gugur berderai.

emmm..nasib badan terpaksa berjauhan dengan orang tersayang.

IP: 202.188.42.73

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 18 Feb 2000 22:51     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Salam buat sdrzai : Hmmm... pandai pun berpuisi... dah boleh kembali berkaryalah tuh... teruskan saja...

**LENA DIBUAI SERULING SENJA**

Seruling senja....
irama misteri titipan bayu
suara alam membisik manja
meresap dan menusuk ke jiwa


di lewat senja
seruling kembali beralun gema
dengan rintihan rindu seorang gadis
menyelami peradaban malam
seolah-olah sudi berbicara
bersama pantai.. ombak.. dan bayu..

rindu yang dibawa ke hening malam
beriring resah dalam penantian
terharu seketika
deru angin menghela desir
menggetarkan atma yang sedang diamuk rindu

gadis menjeling purnama di langit
menguntum senyum diteduh awan
sang pungguk berdendang syadu
cuba bermanja dengan malam yang indah
gadis ingin lena
di buai seruling senja...

salam puisi...

IP: 202.188.65.109

Bob
Ahli
dimasukkan pada 18 Feb 2000 23:01     Lihat biodata Bob     Edit/Delete Message
hai sue,,
hai ana
hai cekMM
hai muhd74
hai sdrzai
hai jin........
hai semua.......

ooooooooooo padanlah...
dalam hati ku berdetik,
ingatkan tersalah usik,
patutlah tersedak pakcik,
teman dok tanya pasal patik....
jangan marah aaaaaa

Nyanyian lagu tiada irama,
buat hiburan sekadar termampu,
Kalau rindu gadis tak terkata,
disini jua boleh ku berlagu...

Rindukan lagu nyanyian hati,
pemgubat jiwa walau seketika,
Sekadar puitis tenteramkan diri,
teman menumpang mengubat lara...

dengar ye ana,,,,

Sapaan dara dijawab sudah,
Tersenyum manis beserta gundah,
bicara dibuka disambut indah,
Tanda perkenalan sudi sudikanlah...

Berdegup jantung hatinya resah,
di panggil adik si manis jelita,
adat perpatih lahirnya kisah,
kehidupan bertahun di petaling jaya..

Adat melayu berpantun seloka,
Dimana jua tak kira masa,
Pantun hamba tidak seberapa,
keindahan bahasa tetap di pelihara..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

salam long..

Apa khabar mu tuan seorang diri,
terpanggil tugas tanggunggjawab diri,
maaf teman pertanyaan ku ini,
Sudahkah beroleh cahayamata yang dinanti..

semoga beroleh kedamaian hati,
azab dan sengsara menimpa diri,
harapan dan cita cita termakbulkah nanti,
tawakkal berserahlah pada Illahi..

============================================
Alam kehidupan penuh misteri,
lumrahnya menempuh satu perjalanan,
malang dan nasib usah di tangisi,
Jadikan sempadan jua tauladan..

Walau manis di pandang insan,
Yang buruk tetap jadi bualan,
Berbudi sekadar kewajipan kehidupan,
Terpulang insan tentukan balasan..

Puisi ku luahan diri,
Sekadar berbahasa penyeri koleksi,
maafkan diri tersinggung perasaan di hati,
tidak terniat pada yang hidup atau yang mati.

sekadar berbahasa,,,,,,,,,,,,,,

IP: 161.142.1.6

polong
Ahli setia
dimasukkan pada 19 Feb 2000 04:05     Lihat biodata polong   Hantar emel kepada polong     Edit/Delete Message
Assalamualaikum...


bob...waalaikum salam....pekabar.......

Ainul Husna nama diberi,
Kupanjat syukur Allah yang esa,
Pengikat kasih antara kami,
Jadi permata didalam keluarga,


Allhamdulillah lafaz di ucap,
Tanda bersyukur kehadrat Ilahi,
Saban malam tidur tak lelap
Rindu kerna dikurniakan puteri,

raya korban ni balik kg...tak sabar nak belai puteri ku...alahaiii....

.....................................

hmmmm...

dinihari ini,
terasa sunyi,
sambil,
merenung,
Gadis di Pantai Senja,
Terasa debar didada,
Mencari-cari,
Cuba memahami,
Hatibudi,
Gadis diPantai Senja,
Yang manja menyapa,
Yang petah berbicara,
Yang selalu,
Berlagu sayu
Selalu,
Berpuisi rindu,

IP: 202.188.14.165

CikMekMolek
Ahli setia
dimasukkan pada 19 Feb 2000 09:50     Lihat biodata CikMekMolek     Edit/Delete Message
salam semua

*********catatan buat suami********

aku berterimakasih
atas kerelaanmu mengahwinanku
sesungguhnya kerelaan itu satu keberanian
dan ada orang tidak beruntung
kerana terlalu berani.

aku telah menemui mu
bagai sebuah kolam yang terlalu jernih
kejernihan itu membuat aku malu
kerana ia jelas membayangkan
kekeruhan ditubuhku.

aku bersyukur pada penemuan ini
dan meminta maaf padamu
kerana sesekali seruling jauh
mencuriku dari pelukanmu.

*** salam sayang dari kejauhan****

IP: 202.188.81.86

invisible
Ahli setia
dimasukkan pada 19 Feb 2000 10:43     Lihat biodata invisible   Hantar emel kepada invisible     Edit/Delete Message
salam kembali sue
dan semuanya .. apa kabar?

mengail ikan di Inderagiri
dapat saekor dibawa ke kedah
sudah tekad kah membawa diri?
kerana kasih tercabar sudah

ramai orang ke kampung tini
membawa juadah untuk khenduri
begitu juga hamba disini
riakan hati tenangkan naluri

waktu petang naik pedati
ditarik kuda hebat sekali
yang patah kan tumbuh lagi
dan yang ilang pasti berganti

salam yer

IP: 161.142.2.10

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 19 Feb 2000 11:09     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
CMM : Hmmm... sabarlah kak... Insya Allah semuanya akan berjalan dengan lancar dan sempurna...sue doakan kebahgian akak..

Burung merpati terbang berdua,
Mencari makan di awan melepasi,
Tabahkan hati tenangkan jiwa,
Pasti dugaan dapat diatasi.

Pohon meranti pohon perindu,
Tengah-tengah dahan mengunci,
Dalam hati sentiasa rindu,
Kerana kasihnya ikhlas dan suci.

Sungguh merdu si burung pungguk,
Mendayu suara mengeluh rasa,
Kalau rindu datang mengamuk,
pujuklah jiwa damailah rasa.

Pucuk pauh orang jualkan,
Berpeti-peti sudah didagang,
Orang jauh kenang-kenangkan,
Rindu di hati sampai terbayang.
~~~~~~~~~~~~~

S_ana :
hehe ana.. 'first love' tuh dah berganti orang yer...hmmm... kata orang 'yang pertama selalunya hanya untuk dikenang saja...' tahlah..
hah! tuh bob dah mai... jawab ana..

IP: 202.188.14.242

S_ana
Ahli setia
dimasukkan pada 19 Feb 2000 11:30     Lihat biodata S_ana     Edit/Delete Message
salam suma..

bob..
lama tak nampak kat sini..sibuk??

kutunggu tunggu si gagah jejaka
sekian lama ku buka kalam
kutenung tenung akhirnya ada
sekian lama baru di salam

jejaka tak jauh di petaling jaya
puteri perak asalnya dinda
moga persahabatan kan kekal jua
walau tak pernah kusua muka

di sini teman menabur kata
di sana kuharap berbalas
adik di sini nak hibur jiwa
jejaka di sana mengapa berkias

IP: 161.142.2.10

S_ana
Ahli setia
dimasukkan pada 19 Feb 2000 11:34     Lihat biodata S_ana     Edit/Delete Message
sue..
cinta pertama walau sepahit mana..itu yang pertama sue.. tak kan ada yang lebih manis dari tu..


kalau sudi katakanlah
tidak kuternanti nanti
kalau tak mahu sebutkanlah
tidak ku menabur janji

kalau cinta buktikanlah
tidak ku berbalas hiba
kalau rindu layangkanlah
agar ku boleh bawa mimpi

yer ker sue??

IP: 161.142.2.10

UlamRaja
Ahli setia
dimasukkan pada 19 Feb 2000 13:16     Lihat biodata UlamRaja   Hantar emel kepada UlamRaja     Edit/Delete Message
hehehehehe
nostalgia cinta pertama nih

sejuk sekali air diperigi
waktu senja mandi berkawan
cinta pertama berlalu pergi
menyapu wajah dalam biasan

salam buat sue dan s_ana )

IP: 202.188.42.60

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 19 Feb 2000 17:00     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Salam sayangg...

Bob : heheheh...
mohon maaf yer 'pakcik...'
dah lama tak kunjung kemari.
itu sebab dah rindu sangat ni,
sampai tersebut2 gerangannya 'pakcik'
tak marah aaaaaaaaaaaa...

Melihat bulan ceria di wajah,
Pungguk bersuara mendayu-dayu,
Lirik tuan mendamaikan jiwa,
Gadis gembira tumpang berlagu.

Kalau sudi tuan berlagu,
Dari jauh gadis melihat,
Tuan berbudi gadis terharu,
Walau pun jauh tetap diingat.

Terima kasih bob...

IP: 202.188.14.149

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 19 Feb 2000 17:28     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Invisible : Begini pantun sue ..

Indah cahaya mencelah padi,
Ditiup angin rebah sendiri,
Kalau ditanya kepada hati,
Hati tak ingin jadi begini.

Orang diseberang jangan dipinggir,
Sama bercanda dalam puisi,
Bukan menentang kepada takdir,
Akur kepada kuasa Ilahi.

~~~~~~~~~~~~~

Terima kasih kepada temannn dan CMM atas puisi kalian... nanti akan menyusul lagi..

IP: 202.188.43.233

invisible
Ahli setia
dimasukkan pada 19 Feb 2000 17:37     Lihat biodata invisible   Hantar emel kepada invisible     Edit/Delete Message
Sue kembali lagi nih
dengarkan ...

bersuka ria dihari lebaran
pakaian baru umi jahitkan
pasrah menanti dalam kesabaran
terluka hati cepat disembuhkan

buah duku sayur petola
ditanam orang di Kg Budi
luka lama berdarah semula
jika dikenang apa yg terjadi

salam buat sue dan teman² puisi
cikmek : masih lena beradu nih

IP: 202.188.42.71

Muhammad74
Ahli setia
dimasukkan pada 19 Feb 2000 23:17     Lihat biodata Muhammad74   Hantar emel kepada Muhammad74     Edit/Delete Message

Meniti malam dengan dingin membalut
menguis atma luluh diperdu redang ini
segalanya bagaikan satu mimpi
dari kenyataan benar yang aku lihat
yang ki seddari dari lewat
puisi-puisi teman-teman ku
penuh dengan bicara dan lontaran
bahasa makna di hadapan sekelian
yang ingin sama merasa
sentuhan hati terpatri dengan
balutan sementara

ketahuilah teman
bukan sekali aku merasa denyutan-denyutan
kepedihan dan tidak kurang
memendam dalam sangkar yang dibina sendiri
padahal aku melihat sejumlah keresahan
dalam kuisan air mata terlindung
dengan renda menjadi hiasan
apakah ini pentas hidup mu teman?
padahal tidak sedikit terlihat
oleh mereka-mereka akan rasa sepi di benak mu
cuma aku terdengar dengan cebikan
tentang diri kita
terisi dengan kelembutan, kepasrahan, kerusuhan..
itulah kita yang begitu menghitung
makna mudah di akal mereka
tanpa mengenali bait-bait bernafas setiap
urat dan darah..

Itulah malam yang telah menceritakan
tentang kesunyian teman-teman ku...

###########***########******##############

sekadar melihat beberapa puisi-puisi teman2
yang kian mengisi persada ini..
buat semua teruskan..
selagi luahan itu satu kehendak meterial..
benarkah?

IP: 161.142.112.8

sdrzai
Ahli
dimasukkan pada 20 Feb 2000 02:09     Lihat biodata sdrzai   Hantar emel kepada sdrzai     Edit/Delete Message
salam buat Bob,invisible,M74,CMM,ana..kan kuteruskan selagi otak tak beku...sue..waduh
puisimu mengalir terus, hebat sekali...tak jemu ku tatapinya.sebuah lagi coretan dariku harap rerakan menyenanginya...

quote:

** "Seruling - Tidak Bergema Lagi" **

Dimana aku….apa yang telah berlaku ??
Mengapa lain rasanya diriku??
Oh! Tuhan, kemana lenganku menghilang
TIDAK !!!!! ini hanya impian….

"Tidak, tuan ini satu kenyataan, bersabarlah..memang sudah suratan."

Lama ku termenung..cuba mengingati kembali
Tragedi yang menimpa diri
Untuk menyelamatkan seorang teman
Lenganku menjadi korban

Dikamar sepi aku sendiri
Mengenang malang menimpa diri
Ketika impian hampir tercapai
Segalanya kini hancur berderai

Adakah ini ujian Tuhan ??, mungkin jua satu balasan
Kerna leka dengan urusan, perintah Tuhan aku abaikan
Mungkin belum terlewet lagi, memohon ampun pada Ilahi
Semoga diberi kekuatan dihati, untuk ku tempuh kehidupan ini

Terkenang kembali pada mawarku
Sigadis manis ditanah bayu…..dapatkah ia menerimaku
Pungguk mu tidak seperti dahulu
Patah sayap dapat diobati, sayap yang hilang dimana ganti
Punggukmu tidak 'kan terbang lagi

Cinta diucap kini teruji
Rindu sejati dikenal pasti
Sedalam mana lautan kasih
Sekembaliku pasti diketahui…
Tapi……….apakah aku akan kembali????

Si gadis manis berhati mulia
Tak sanggup aku membawa hiba
Biar derita ini ku bawa
Diperantauan seorang sahaja

Di angin lalu ku kirimkan pesan
Pada gadis yang kerinduan
Kiranya kasih tak kesampaian
Diriku ini diingat jangan

Lupakan saja segala janji, bukan aku ingin mungkiri
Keadaan diri menjadi pasti, hari depan gelap sekali
Biarlah aku hadapi sendiri, mencari sinar diufuk pagi

Oh Tuhan yang Maha Esa, temukanlah gadisku dengan jejaka
Seorang insan berhati mulia, membahawa ia ke ambang bahagia

Serulingku dalam genggaman, sebelah tangan jadi harapan
Seruling senyap tak kedengaran, alunan semalam jadi kenangan.



sekadar coretan buat tatapan.........

IP: 192.169.41.35

S_ana
Ahli setia
dimasukkan pada 20 Feb 2000 09:40     Lihat biodata S_ana     Edit/Delete Message
ulam raja..
cinta pertama..susah nak lupa..

panah beracun jauh tersasar
berdarah lengan dibalut kain
cinta pertama takkan pudar
walau bertaut kasih yang lain

IP: 161.142.78.82

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 20 Feb 2000 10:58     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
salam buat rerakan semua...

S_ana : Pada sue cinta yang dapat bertahan lama dan kekal ..itulah yang lebih indah dan manis..tak semestinya cinta pertama..pendapat masing2 kan..

Bukan menyesal tidak merintih,
Kenangan terbayang di senjakala,
Cinta yang kekal cinta sejati,
Kasih sayang melebihi segala.

Disua sireh bertandang diri,
Dari rimba melata tumbuhnya,
Pabila kasih beraja di hati,
Rindu mendamba cinta setia.

IP: 202.188.83.37

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 20 Feb 2000 11:12     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Invisible : Pantun dari sue gini kiranya..

Indah purnama seri tak luput,
Tingginya arah direnung jua,
Luka lama biar berparut,
Sesekali berdarah merah jua warnanya.

Gugur satu kelopak mekar,
Menimpa bumi berkubur di tanah,
Kenapa waktu cepat beredar,
Sedang diri mahu terlena.

IP: 202.188.83.37

S_ana
Ahli setia
dimasukkan pada 20 Feb 2000 14:55     Lihat biodata S_ana     Edit/Delete Message
sue..cinta nih banyak manisnya,tak kurang juga pahit maungnya..

kelibat malam yang kian berlabuh
aku sendiri menghitung bintang
berkelip di persada kelam gelita
gundah ditutup cahaya
terang walau hati tak suka mana

siang kian nampakkan muka
gundahku masih di takuk lama
sehingga mana ku berasa sepi
sehingga itu kau masih di sisi

IP: 161.142.2.10

Muhammad74
Ahli setia
dimasukkan pada 20 Feb 2000 15:30     Lihat biodata Muhammad74   Hantar emel kepada Muhammad74     Edit/Delete Message
emm..

Apa khabar semua...
nampaknya sdrzai mencari sesuatu
dengan makna... bagus begitu'
biarpun sekadar satu puisi
namun puisi itulah gambaran yang sukar
dihilangkan oleh mereka yang memahami...

Sue_Marie : dah ada pengganti menemani puisi2 Sue..

S_ana : jangan hilang semangat.. puisi bagaikan satu intipan pada penulisnya..

IP: 161.142.1.6

invisible
Ahli setia
dimasukkan pada 20 Feb 2000 16:28     Lihat biodata invisible   Hantar emel kepada invisible     Edit/Delete Message
Sue dengarkan
dan teman teman yang lain apa kabar?

indah sekali sigunung ganang
nampak dari si Pulau Bali
luka yang lama jangan dikenang
biarkan berlalu dimamah sepi

kris diyanti membilang mentari
renung sejenak di Layar Lara
lena di pangku menghitung hari
masa beredar luputkan duka

******************************************
S_ana

gundah hati menghitung hari
masa berlalu membuat lara
hati nan rindu semakin sepi
luka lama berdarah semula

sepi berlalu memburu rasa
dalam renungan dikamar sepi
bila kah hati terasa gembira
burung disangkar tiada pegganti

) salam buat ana dan en.muhamad

IP: 161.142.2.10

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 20 Feb 2000 18:16     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Salam sayangg buat anda semua...
Hmmmmmmm......

quote:

**MAWAR SENJA**

Telah kau hadiahkan
sekuntum mawar merah di senja itu
buat seorang gadis di dusun sepi

mawar senja...
segar mengharum wangian mu
merah kuncup kini berkembang
di peraduan malam ia semerbak
kelopak yang kembang akan layu
seri warna merah mu
akan pudar lalu gersang
gugur satu persatu kelopak
ku sambut dan satukan
seperti menyatukan kasih yang terhalang

mawar senja ....
gadis tidak rela kelopak mu menyentuh tanah
selagi gadis belum berkubur bumi
mawar senja kekal seperti dulu
tidak ada detik
yang akan mengubah ketrampilanmu

aduhai mawar senja ...
ku genggam duri mu dengan seraut kerinduan
calar di jari akan resapkan kasih mu
alirkan sayang ke segenap nadiku
serikan merah darah cintaku
biar abadi walau setitik kemanisanmu...


M74: hmmmmmmmmm....berpuisi dan berkarya adalah sesuatu seni yang indah intaiannya... memasing miliki satu rentak yang berbeza, tak kira puisi mana sekali pun akan tetap di rindui...

sdrzai : hmmm...terima kasih... puisi anda pun dah semakin leka 'bercerita'... jangan berhenti berkarya... teruskan perjuangan anda...

S_ana: hmmmm... sue semakin tertarik puisi2 ana ... yakinlah ana ... kebenaran tuh tetap ada..sentiasa ada..

....salam puisi .....

IP: 202.188.83.48

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 20 Feb 2000 18:34     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Invisible : hmmm... pantun sue lagi yer..

Bukan duka berhati rawan,
Hamba berperi kiasan cerita,
Pantun seloka hamba pantunkan,
Wajah berseri bertambah ceria.

Buluh Betung nama penghulu,
Dari seberang cekap bermadah,,
Jangan dihitung hari berlalu,
Hari mendatang pastikan indah.

IP: 202.188.83.48

invisible
Ahli setia
dimasukkan pada 20 Feb 2000 20:29     Lihat biodata invisible   Hantar emel kepada invisible     Edit/Delete Message
salam ketemu sue ...

cantik sekali ukiran nafiri
dimain putera sampai ke pagi
pantun seloka mengamit memori
rindu melanda dibebayang sepi

ramai orang ditepi muara
duduk bercerita sambil ketawa
hari mendatang penuh ceria
terhibur hati bergema suara

salam sue )

IP: 202.188.82.241

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 21 Feb 2000 13:42     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Inv : pantun dari hamba...

Tenang-tenang kapal berlabuh,
Kapal dagang berlabuh pagi,
Jangan di pandang bintang nan jauh,
Purnama mengambang indahlah lagi.

Biasan cahaya indah di laut,
Hati nan rawan lupa seketika,
Hati yang gundah tidakkan surut,
Hati tertawan seruling senja.

IP: 202.188.113.97

Muhammad74
Ahli setia
dimasukkan pada 21 Feb 2000 13:54     Lihat biodata Muhammad74   Hantar emel kepada Muhammad74     Edit/Delete Message

**Sekuntum Mawar Merah*

Ku hadiah di lahirmu
sekuntum mawar
yang masih berkuncup
masih lagi harum
ku berikan hanya kerana
engkau pernah ku raih
meski itu hanyalah igauan
semalam

Gadis..
kuntum itu usah kau buang
biarlah layu di tangkai
kerana di situ engkau akan
melihat setianya
tidak gugur kelopaknya
cuma hitungan masa
adalah satu maksud
tanda kenangan
sukar dibuang
biarpun cincin telah
kulihat jari mu

Sekuntum mawar merah
akan terpamer di ruang kamar ku
bila tiba hari lahir mu
dan aku hanya
melihat hari-hari
dari mekar menuju senja,
dan kutitipkan
puisi
walaupun hanya aku
mengisi isi hatinya..

Sekuntum mawar merah
bagaikan bara di dada
belum reda dari kerinduan..

#############****##########***###########

Sue_Marie : sukar menghilangkan kerinduan andai puisi itu terhalang.. seakan kosong dalam hidup.. ibarat cinta yang kian layu.. seperti bunga yang terus layu

S_ana : betul kata sue... puisi2 ana kian menarik... selagi berusaha.. hasilnya tidak akanmengecewakan..


IP: 161.142.78.82

S_ana
Ahli setia
dimasukkan pada 21 Feb 2000 15:03     Lihat biodata S_ana     Edit/Delete Message
sue..
puisi adalah sesuatu yang ada pada diri pemuisi..diri dia..hidup dia..semua dilahirkan dalam puisi..kan??

m74..
terima kasih..insyallah ana akan berusaha ke arah lebih baik..hmm.. sajak awak apa kurangnya..makin hebat..

mawar yang kau kirim dari bayu senja
kuterima dengan tangkai patah berdarah
layu terus kelopaknya
mengalir cerita cinta yang kau poya poya
tak perlu pohon maaf sebegini
maklum benar gelagat dirimu
untuk pujuk hatiku
mawar entah sebarangan yang selitkan
untuk tatapan hiba aku
sudah cukup penuh dalam balang kaca
mawar mawar layu untuk hiasan hati cuma
bukan pengikat kasih

katakan aku jemu sebegini
bukan mawar layu yang kupinta untuk kusemat dalam jiwa
mekar sebentar wangian tak kekal lama
duri tajam terkena jari
ini yang kau kirim semasa di sana
bersama janji janji untuk kembali
membawa cerita gembira
pulang esok bawa bunga
bunga menemani hidupmu
pastinya bukan aku

layu sudah hai kasih
kutenung mawarmu patah hati

IP: 161.142.78.82

S_ana
Ahli setia
dimasukkan pada 21 Feb 2000 15:11     Lihat biodata S_ana     Edit/Delete Message
inv..
lama tak nampak..

gundah gulana dalam hati
memori lama mengusik bisikan
hai kasih pulangkan kembali
cinta pudar yang kau simpan

rindu bersua kekasih hati
sekian lama kupendam rasa
walau diri ada pengganti
takkan sama dengan yang lama


IP: 161.142.78.82

Pengendali sahaja: Buka topik | Padam topik
*Sekiranya anda ingin mesej ini ditutup, sila hubungi pengendali.
Jalan pintas masuk ke:

Melayu.com dan Melayu.net diasaskan oleh hulks dan selemann.
© Melayu.com 1998-2000.