Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Mesej Ditutup  Topik Ditutup
Masukkan Topik Baru  
  Melayu.com: Sembang2
  Sembang-Karya
  Cuba-cuba berpantun LAGI..6..!!

profail | daftar | opsyen | sol | carian
Nama Mesej
sue_marie dimasukkan pada: 06-09-99 21:55 MST   Klik
 di sini untuk profail sue_marie   Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie   Edit Mesej Anda
Salam SAYANG ..sayang di sayangg...

Cuba berpantun LAGI 5..baru di buka dah kena tutup..takper!..mesej dah panjang, nak masuk pun lambat..so sue buka episod seterusnya dan kita teruskan di ruangan ini...
Berbanyak terima kasih sue ucapkan kepada anda semua yang sudi menceriakan khazanah pantun Melayu.com semoga kekal membara..
Izinkan sue mulakan pantun penyeri yang pertama....

Cuba berpantun LAGI..5..mohon beredar,
Sisipan kata tinggal kenangan,
Kenangan semalam beradu sebentar,
Episod seterusnya mohon di mulakan!

Butiran kata menjadi madah,
Madah dirangkap bernada pantun,
Pantun bersapa peribadi indah,
Tidakkan malap anggun bersantun!!

Terima kasih...
*sue*

6tolak6 dimasukkan pada: 06-09-99 22:41 MST     Klik di sini untuk profail 6tolak6    Edit Mesej Anda
Sue_Marie... macam mana cuaca

Dendangan madah di jiwa meruntun,
Meletak sendu di istana pawana,
Tidakkan lemah dik kerana bersantun,
Meretak batu dik kerana kerasnya.

Hmmmm. kat sini cuacanya molek dan comel..

invisible dimasukkan pada: 06-09-99 23:20 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
Selamat bertemu kembali Sue dan 6tolak6
semoga sehat dan ceria selalu ...
ok teruskan ..

Sue ...

perahu kolek berisi berangan
sarat muatan dengan peria
Episod 5 memaniskan kenangan
Episod baru mengukir nostalgia

bukan senyum sebarang senyum
senyum mengenyek si ekor mata
Pantun terukir mengorak senyum
madah bermadah luahkan rasa

Sue dah berhenti ke jadi DJ kajicuaca?

6tolak6 ...

indah sekali nukilan rasa
bermadah ceria dipersada anjung
bersopan santun budaya bangsa
berbudi bahasa tetap dijunjung

6tolak6 ...kemana cuti sekolah ni ?
dok rumah ke ?

sue_marie dimasukkan pada: 07-09-99 12:58 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
salam sayang buat dua teman berpantun yang setia ini..
sue mohon maaf kerana tak sempat nak balas pantun kalian dalam episod 5 itu..

6tolak6...
selamat malam/siang ehh..baru berkesempatan nak balas pantun..cuaca baik nampaknya..

Salam di damba di celah anjung,
Tapi menghilang di rimba hutan,
Ke laman hamba teman dah kunjung,
Kalau tak bilang hamba tak perasan.

Air di kuala dikibar perahu,
Banyak batu tergolek bergaya,
Sedari mula sekadar nak tahu ,
kat Perak tu apa istimewanya?

hmmm..

Usah melukut si antah beras,
Usah ke tengah kalau terlantun,
Usah takut kepada keras,
Usah lemah kerana bersantun!

Kan molek kalau semua tempat cuacanya elok !!

****************************************

Salam

Inv....

sue balas pantun yang belum berbalas tu dulu ya,.

Niat mengelak bermain cinta,
Berlaung guruh awan tersengih,
Tangis ku tidak berair mata,
Mendak yang keruh terapung yang jernih.

Embun sudah di hujung pagi,
Leka melihat malam gemerlapan,
Pantun bermadah bersambung lagi,
Moga dapat menyulam kenangan!

masih bole jadi DJ cuaca kot..hmm

6tolak6 dimasukkan pada: 07-09-99 12:59 MST     Klik di sini untuk profail 6tolak6    Edit Mesej Anda
salam invisible... selamat pagi

Nyaman suasana berumah di tanjung,
Melihat mentari dipuja semilang,
Budi bahasa indah dijunjung,
Hormat menghormati warga gemilang.

cuti seminggu....
hmmmm... bertapa kat rumah kot...

invisible dimasukkan pada: 07-09-99 02:45 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
Lom tidur lagi ke ? Sue...

beli gula berkati kati
letak mari di atas talam
mungkin tangisan didalam hati
ceria diluar ... luka didalam

tegap berlima si tiang seri
condong ke barat ditongkat alu
menyulam kenangan mengukir memori
sambil mengubat luka yang lalu

Sue...nak jaga suara kena minum air asam jawa

6tolak6 ...selamat pagi ..senyummmm

daun ketupat sudah dibeli
tambah lagi si daun palas
semoga persahabatan kekal abadi
doa dikirim bersulam ikhlas

mungkin dengan sibuah hati ?


6tolak6 dimasukkan pada: 07-09-99 11:13 MST     Klik di sini untuk profail 6tolak6    Edit Mesej Anda
Selamat siang....sue_marie....
Matahari dah meninggi...

Teman ke mari malam dan siang,
sekadar berehat juga mencermin diri,
Ke laman sue_marie hamba bertandang,
Hmmmmmm... firasat berkata, sue_marie berjiwa seni.

Kerian tempat padi dituai,
Ke Padang Besar membeli cindai,
Di Pasir Salak Si Pitung terkulai,
Merobek sejarah kebangkitan pahlawan,
Gunungnya damai lembahnya permai,
Daratan menghijau pulaunya melambai,
Tasiknya luas pantainya landai,
Secubit kisah Perak Darul Ridzuan.

Mengeri rumput pokok semalu,
layu semalu ibarat bernyawa,
Berseri Perak di mata hatiku,
kerana di sini ada ayah bonda jua keluarga.

Suara semilir merintih bayu,
mengubat parah setanggi dipuja,
Lembut si air mengakis batu,
Kuat sang gajah ditunggangi jua.

cuaca kat sini molek dan comel...
Hmmmmmmmm air dan api.
&&&&&&&&&88*****88&&&&&&&&&&&

salam pagi invisible
dah nak makan tengah hari...?

Merenung Titiwangsa hatiku hiba,
bilakah kabus hendak berlalu,
Terjalin persahabatan di usia muda,
Terbinalah kenangan sanjak berlagu.

si buah hati?..
mungkin sang paru-paru kot... menjeling

[Mesej ini telah diubah suai oleh 6tolak6 (pada 07-09-99).]

sue_marie dimasukkan pada: 07-09-99 11:29 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Inv...
hehehe.. semalam tu..sue ndak dapat lena..hmmm..so buka balik pc, balas pantun..kang ni siang dah..selamat siang semua...

Hamparan kecewa berpaut ria,
Mengutus rasa menyapa kalbu,
Rintihan jiwa ku balut ceria,
Tertelus juga tangisnya syadu.

Desiran angin membalas gema,
Mengetuk resah mengusir sendu,
Duka bermain di batas sukma,
Memeluk pasrah pesisir rindu....

inv..kalau nak jaga hati..apa pula petuanya ..??

S_ana dimasukkan pada: 07-09-99 12:34 MST     Klik di sini untuk profail S_ana    Edit Mesej Anda
salam ceria untuk semua

bertemu kembali rakan rakan setia..

sue..
banyak keje hari nih?

tergenggam erat kata dan madah
buat bekalan esok hari
hati ceria bukannya gundah
senyuman indah penghias diri

hari ini kita merindu
esok kelak tangis di jiwa
membawa diri bukan niatku
sekadar sedih menahan hiba

***********************************

inv..
aper khabar?

sepoi angin mengusik hati
kenangan lama terbuai rasa
indah budi kubawa mati
kekok bahasa punahkah bangsa?

*************************************

6tolak6..
perak sebelah mana?
ana pon orang perak jugak

indah negeriku kusanjung tinggi
tiada batasan adat dijaga
bersopan santun maruah diri
kelak terjaga budi bahasa

********************************

doakan ana untuk final(13 sept hingga 21 sept)
kemungkinan tak selalu di sini
lepas periksa insyaallah ..kita jumper lagi

invisible dimasukkan pada: 07-09-99 13:26 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
senyum pada 6tolak6.......bukan jeling yer

jika kehutan tunggang lah kuda
biar tak sesat ke ujung taman
pasti teringat sewaktu bercanda
menitik rindu teringat lamunan

kalau paru2 lembu ..enak di goreng bahhhh

invisible dimasukkan pada: 07-09-99 13:39 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
Sue...cepat yer masa berlalu...

pulut durian enak sekali
jika dimakan waktu berbuka
gelisah rindu kala sendiri
dalam ceria terselit duka

hujan ribut akan ku redah
senja beredar ditepi muara
kenangan datang menyapu wajah
waktu rindu membelah duka

kena cari body guard tu....
ada calun dah Sue...??

invisible dimasukkan pada: 07-09-99 13:47 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
Kabar baik S_ana ...
sebuk ke hari ni S_ana ?

buah pala enak rasa nya
dimakan jeruk waktu pagi
budi terukir menyalut rasa
bahasa sekadar pakaian diri

salam dan senyum buat S_ana
byee

sue_marie dimasukkan pada: 07-09-99 14:38 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
6tolak6....
hmm..salam siang buat teman API..
ya..mentari dah condong ke barat..panas dah mulai redup...kejap lagi dah nak balik rumah..

Segugus hujan mainan dini,
Mega berbisik bayu melerai,
Halus menyulam belaian seni,
Terleka asyik hamba dibuai.(jiwa seni??)

Tenanglah hati setenang tasik,
Landailah kata selandai pantai,
Permai dan damai menggamit asyik,
Lambaian pulau hamba terintai.

Persembahan alam merimba hijau,
Kemesraan mengucapkan suasana syadu,
Indah dan tenang tampak menyilau,
Bayu ku pulang menjejak tamu.

Terima kasih gambaran diberikan,
Pasti bersemarak negerimu teman,
Niat di hati menitip lirikan,
Ke negeri Perak Darul Redzuan!!

Tak hujan lagi ya..
Api & AIR sudah mampu berganding?

6tolak6 dimasukkan pada: 07-09-99 16:26 MST     Klik di sini untuk profail 6tolak6    Edit Mesej Anda
S_ana...
Perak belah Batang Padang...

Kilat petir di siang hari,
Kendi kencana mainan bendahara,
Hormat menzahir sopannya diri,
Berbudi bahasa ketinggian akhlaknya.

S_ana...
moga cemerlang dalam peperiksaan...
selamat berjaya dan ceria .

%%%%%%***%%%%%%%

invisible...salam petang...
invisible ni orang mana?

Bibir tersenyum mengimbau memori,
Di pagi hari mandi di telaga,
Didingin telaga air menyirami,
Mengigil kita dimandikan ayahda.

Hmmmmm...
Pernah melapah peparu lembu,
Di masa raya korban dulu,
Tak pernah pula merindu-rindu,
Wahai invisible, apakah itu rindu ?

rindu tu macam cencaluk budu ker?
hmmmm... lama tak makan gulai tempoyak

6tolak6 dimasukkan pada: 07-09-99 17:35 MST     Klik di sini untuk profail 6tolak6    Edit Mesej Anda
Sue_Marie... selamat petang....
Masa panas teman mendekati air,
Masa sejuk teman menghampiri api.
hati-hati jangan dilemaskan air,
hati-hati jangan dihanguskan api.

Hmmmmmmmmm.....

Meluru panah mentera dukun,
dipuja diseru sempak tembaga,
Terkelu lidah membaca pantun,
Hingga tak tahu apanak dikata.

Hmmmm.... aper yer...

Asyik bertanya peri negeri hamba,
hampir terlupa soalan nak ditanya,
Bagaimana pula gerangan negeri sana,
dengar-dengarnya tinggi budi bahasa.

Sekuntum mawar hiasan meja,
Warna kemerahan menceriakan suasana,
Terpegun mendengar keramahan warganya,
Dari teman-teman yang pernah ke sana.

Naiki belon ke daerah Panambang,
Di sini tak hujan dari pagi
sampai petang...
Air & Api kalau bergandingan?
Cuaca ceria... suhunya nyaman.

invisible dimasukkan pada: 07-09-99 18:18 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
ok selamat petang juga buat u 6tolak6
(ada makna ke 6tolak6 ? )

nyaman sekali dipantai Sabtu
hebat sungguh angin bertiup
sejuk terasa menerima restu
buat bekalan sepanjang hidup

melihat wajah hati berdebar
malu terasa sembunyikan diri
rindu menjelma tiada yang sedar
kesan nya ngelamun bila sendiri

dari malaysia bahhhhh.......emmm

sue_marie dimasukkan pada: 07-09-99 18:51 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
S_ana: pe kabar ana..sejak kebelakangan ni, beban keje kat opis dah bertambah ana..dah tu kene keje luar pejabat pula ..hmm..makan gaji , ape nak buat kan!
Begini ana....

Kian terdampar seloka alam,
Mengulum bibir santapan naluri,
Jangan dibiar duka mencengkam,
Senyum diukir serikan diri.

Tertahan-tahan rindu membara,
Bertalu-talu kecewa ditangis,
Perlahan-lahan hiba melara,
Tersendu-sendu jiwa menangis!

***********************************************

Inv...hmm..masa berlalu meninggalkan insan..tidak menunggu walau sedetik. ..
pada sesape yang tidak perasan, kejarlah waktu mengikut detik..

Terbenam mentari dengan paksaan,
Menyahut azam berpadu malam,
Ku siram hati dengan ketaqwaan,
Menghanyut dendam rindu berbekam!

Sejalur petang mencelah perdu,
Dingin meragut sebuah sinopsis
Terhulur kembang bebunga rindu,
Angin ribut datang menepis,

aitt..body guard untuk ape tu..??
calon pilihan raya kerr..??


6tolak6 dimasukkan pada: 07-09-99 21:53 MST     Klik di sini untuk profail 6tolak6    Edit Mesej Anda
invisible... selamat malam...
sekadar bertanya, adat berbahasa,
harap tak marah, dipandang (tak) salah,
nak bagi tahu teman baca,
nak dirahsiakan hmmmmm... terserah...
(cewah... semacam jer...
sekadar berbahasa jer yer hehehi)

Pucuk semalu menyapa mentimun,
minum dikali berbayangan kelam,
Oooo... rindu itu zahirnya mengelamun,
hmmm... senyum sendiri siang dan malam.

Minum kopi serasa Pepsi,
selalu mata menoleh serambi,
Tersenyum sendiri minda berfantasi,
di waktu jaga beroleh mimpi.

gitu-gitu ker?

Tuaian berangan di kelek-kelekan,
mengharapkan haluman sudi bertandang,
Bagaikan bulan mengolek ke ribaan,
berkelipan halaman dipagari bintang.

entahlah... segan meneka menduga,
samalah... teman malaysia juga.

K_Azhar dimasukkan pada: 07-09-99 22:47 MST     Klik di sini untuk profail K_Azhar  Klik di sini untuk menghantar email kepada K_Azhar     Edit Mesej Anda

Aduhai berseri cahaya suria,
Indah ceria mata terkebil,
Wahai dik Sue Marie Johnston Sta Maria,
Sudahkah bersedia nak jadi pengadil?

invisible dimasukkan pada: 08-09-99 08:55 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
Sue ....salam puisi
apa kabar pagi ni ?

merdu sekali suara terkukur
diwaktu pagi menunggu embun
mengejar waktu jangan tersungkur
sambil kerja yang kini bertambun

waktu panas guna lah kipas
sambil minum senangkan hati
jangan dendam menyesak nafas
agar ceria hidup mu nanti

mendung berlalu bergerak mega
hujan turun basah semua
kembang merindu di lubuk jiwa
agar bertemu sasaran yang pasti

jaga keselamatan..
baik iklankan di akhbar ...

invisible dimasukkan pada: 08-09-99 09:02 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
hai 6tolak6
asalamualaikum...apa kabar?

ombak bergulung bisa ku redah
hanyut perahu arah ke Biduk
tempat bernaung diTanah Serendah
mencari rezeki penyambung hidup

laut cina terbantang biru
nampak dari si Pulau Temu
awas awas jika merindu
apa lagi waktu memandu

Gelang Patah nama lagunya
tempat dara tersenyum ria
rindu terukir kecundang cinta
makan tak lalu tidur tak lena

ok 6tolak6
jumpa lagi yer ...by

sue_marie dimasukkan pada: 08-09-99 09:04 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
6tolak6 :
Salam & selamat siang...Pe kabar?
cuaca kat sana hari ni..bagaimana pula?
HuH!..apa ditakut pada API dan AIR..kedua2 nya saling memerlukan..

Bunga malap suara terpaku,
Senja berlalu indah menawan,
Apakah silap bicara pantun ku?
Hingga terkelu lidah mu teman..

Hmm..nak dengar peri bumi ku..?

Di wajah laut tenang menyapa,
Dari pulau-pulau ke pantai melambai,
Hidupan laut banyak bertapa,
Pepohon menghijau terintai-intai.

Bertolak ke Ranau tersergam Kinabalu,
Diselubungi kabus puncak mengawan,
Terkenal dirantau mengancam tinggimu,
Banggalah pendakian puncak ditawan!

Kaya dengan rumpun bangsanya,
Pelbagai etnik, budaya dan dialek,
Bajau, kadazan, murut , bisaya,
Terlalu banyak amat simbolik.

Budi bahasa pakaian hidup,
Tetap dipandang sentiasa disanjung,
Senyum si dara mencelah redup,
Menghantar pulang para pengunjung.

'Borneo Paradise' nama jolokan,
Itulah kisah bumi Kinabalu,
Tersingkap rahsia misteri alam,
Segugus cinta negeriku di bawah bayu!!

sue mohon maaf kerana tak sempat balas pantun teman semalam..kejadian yang tidak dapat dielakkan!

[Mesej ini telah diubah suai oleh sue_marie (pada 08-09-99).]

6tolak6 dimasukkan pada: 08-09-99 13:23 MST     Klik di sini untuk profail 6tolak6    Edit Mesej Anda
yer... invisible
waalaikum salam... khabare? waras.. waras..
Tanah Serendah pernah dengar... terima kasih.

Apa dipandang teduh di kuala,
teduhan di sana ada tuannya,
Cinta kecundang dik jodoh tiada,
meranalah jiwa teruna dan dara.

Ayam patuk itik sudu katak nganga,
kerbau ketawa giginya dua,
Makan tak lalu tidur tak lena,
jom semua kita pegi pizza.

Hmmmmm. nak tanya lagi?

Membaja sawit semasa semainya,
membaja kelapa di usia muda,
Dipuja duit kerana nilainya,
Dipuja cinta kerana apa?

Oraitlah invisible
sekadar berbahasa
lain ketika
kita ketemu semula...

6tolak6 dimasukkan pada: 08-09-99 13:28 MST     Klik di sini untuk profail 6tolak6    Edit Mesej Anda
sue_marie
Selamat petang...
di sini khabarnya sihat-sihat sahaja.
di sana bagaimana pula?
pergi pekan beli roti...
Hmmmm... cukup bulan bayar
bil AIR bil API.

Bersinar gemerlap si pari-pari,
terasa gerun remaja melihatnya,
Tiadalah silap pantunmu sue marie,
cuma terpegun membaca susun katanya.

Bersorak kagum maharaja Jepun,
melihat pahlawan bermain api,
Banyaklah kaum duduk serumpun,
Itulah yang paling teman sanjungi.

Gerimis menghiba meruntun jiwa,
mega di tanjung berwarna pelik,
Manis senyumnya bersantun bahasa,
hingga pengunjung lupa nak balik.

Kinabalu gunung tertinggi,
di situ sendunya dua puteri.
Makmur negerimu sudah terperi,
nyaman bayunya sampai ke mari.

nak tanya ?
ni pertuturan kaum mana ni...
Aku ngagih ketua
ulit bertemu mua
lelangau ahti ku
rindukan nuan sulu


Hmmmmm... malam semalam pun teman
tak dapat masuk sembang-sembang ni...
tah ngapa tah.
Baiklah semua... ada masa kita
berbicara lagi. bye...

sue_marie dimasukkan pada: 08-09-99 13:52 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Inv....kabar baik deh..
dah makan..?

Kicau tekukur melangit bunyinya,
Terbang menggoda cinta merpati,
Kalau tersungkur kita bangkit semula,
Luka yang ada kita baluti!

Batu Berendam di kejar kembara,
Di jalan redup lurus laluan,
Rindu dendam biar membara,
Perjalanan hidup harus diteruskan..

eh..eh..nak buat ape iklan kat akhbar??

*****************************************

K_A: elooo bang KA..,
Apa habaq?
Begini bang...

Bertemu bonda dijanjikan bekalan,
Beli pegedil di hulu pekan,
Ilmu tiada ku jadikan sandaran,
Nak jadi pengadil tetap ku usahakan!


invisible dimasukkan pada: 08-09-99 15:13 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
ketemu lagi 6tolak6
tak sebuk yer...sekolah cuti bahhhh

emas sesepuh mutu maa'nikam
cari mencari sambil mengali
berpatah arang berkerat rotan
cinta kecundang berlalu pergi

sayur dijual baba dan nyonya
ditepi pasar diteratak Meranti
order lah pizza big size punya
agar kenyang sampai ke pagi

Pulau Redang jauh sekali
sambil mandi berenang ketepian
cinta dipuja penawar hati
sebagai pendorong kepulau Impian

wokey 6tolak6..
jaga diri yer ..salam puisi.


invisible dimasukkan pada: 08-09-99 15:26 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
Dah Sue....nasi ayam
(Tapi nasi bukan kepunyaan ayam - harap maklum) .... )

waktu petang arah ke Marapuh
hajat nak cari pohon mengkudu
mampu kah bangkit setelah jatuh?
hati berkecai terhempas ke batu

buah pauh si buah kedondong
suka dimakan sidara jelita
sudah ke tekad akan ke hujung?
jika berjalan tanpa arah nya?

akhbar kan media massa yang terbaik ...
tapi kena interview Sue ..dah confirmed tarikh interview tu ....harap2 tak clash dengan tugas pengadil yer ... emm

6tolak6 dimasukkan pada: 08-09-99 18:01 MST     Klik di sini untuk profail 6tolak6    Edit Mesej Anda
Salam bertaut di anjung hari,
Madah dan pantun adat meneman,
Malam disambut merenung diri,
Kata tersusun buat pedoman.
( pantun Noraniza Idris )

Invisible...
Jumpa lagi...
cuti dah nak habis dah...
jadilah

Raja Melaka membawa tasbihnya,
tasbih pusaka amanah Jawa,
Dipuja cinta kerana kasihnya,
kasih berdusta meranalah jiwa.

Tasbih ayahda teragung kisahnya,
serata negeri dunia terjauh,
Kasih berdusta tercanggung setianya,
ke mana diri nak bawa meneduh.

Serata negeri selayang pauh,
berwarna putih tanah Etiopia
Ke mana diri nak tumpang teduh,
jika kasih pernah didusta.

salam puisi invisible...
moga berjumpa lagi. bye...

sue_marie dimasukkan pada: 08-09-99 21:18 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
6tolak6....

hmm..selamat malam temann API..
ehh..ehh..dah malam dah ya..tak boleh nak bayar bil lagi...

Silau meniti cahaya senja,
Berliku kencang meredah terumbu,
Risau hati tertanya-tanya,
Fikir ku pincang nada pantun ku..

Datuk berpantun suara mendayu,
Berbekal simfoni kasih berlalu,
Duduk serumpun di bawah bayu,
Kekal harmoni bumi Kinabalu.

Nyamanlah bayu berhembus sepoi,
Menyegar buana ke alam damai,
Makmur negeri ku sudah berbaloi,
Semekar suasana nian permai!

nak tanya tentang pertuturan itu ya...
rasanya bukan pertuturan kaum di Sabah..
kalau tak silap sue..itu adalah bahasa Iban dari Sarawak kot! betul kerr??

sue_marie dimasukkan pada: 08-09-99 21:26 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Inv....
oo makan nasi ayam ya..malam ni apa pulak?

Leka si bulan memuja cerahnya,
Datang pelangi memancar kilauan,
Jika berjalan tiada arahnya,
Terangi hati terpancar laluan.

Bukit berapi berbelah runtuh,
Berderai batu melayang bisu,
Bangkitlah kembali setelah jatuh,
Yang berkecai itu adalah hati yang palsu!

hmm..nak interview?..kalau tarikhnya clash pun..nampaknya dua2 pun melepaslah!

invisible dimasukkan pada: 09-09-99 12:08 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
senyum 6tolak6
masih kemari ni ......

belati cerna mudik ke hulu
hirup wangi lambang setia
Hati umpama si daun kayu
ditiup angin terbang lah ia

selasih huma dihujung lukut
pantang rimas terus ke perigi
kasih umpama embun di rumput
datang panas berlalu pergi

hujan panas tetap ku redah
layar terpacak dihujung sampan
jangan diharap kasih berubah
sudah nasib untung nya badan

salam kembali buat anda ....

invisible dimasukkan pada: 09-09-99 12:17 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
Sue_Marie...
emmmm nasi goreng ala Amerika kot ...
Sue nak makan sama?

Paya Gelama memuja pacar
pacar hilang jatuh di kali
cahaya purnama cerah memancar
tak kan tersesat berjalan nanti

kelah berenang mengikut bayu
pantas kembung terbias ke tepi
telah ku tanam semua nya rindu
lantas ke anjung mengubat hati

kalau camtu kena tetapkan tarikh baru le Sue
**** senyum ****

6tolak6 dimasukkan pada: 09-09-99 12:44 MST     Klik di sini untuk profail 6tolak6    Edit Mesej Anda
sue_marie...
salam pantun
di awal pagi...
siang nanti boleh bayar bil...
dan selamat bekerja.....

Duduk embun di hujung daunan,
sebelum hilang disapa suria,
Duduk serumpun di payung perpaduan
Seharum kembang bunga cempaka.


Hmmm... pertuturan Iban rupanya...
betullah kot..
pertuturan kadazan macam mana yer?

sue_marie dimasukkan pada: 09-09-99 09:13 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Inv....
Salam manis dan selamat bertugas...
Terima kasih Inv..hari ni sue nak makan bersama, bole..??

Ada muslihat di wajah sesalan,
Membujur hala menyapa resah,
Andai tersesat di tengah jalan,
Ku undur semula bertanya arah.

Lembah hati memaksa sendu,
Nafas membenam pilu di dada,
Takutkah diri terseksa rindu,
Lantas menanam rindu yang ada.

mana satu tarikh yang nak ditetapkan ni..sape pula yang nak tetapkan?

sue_marie dimasukkan pada: 09-09-99 09:31 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
6tolak6....
hmm..Salam pantun di siang hari..
tak bayar bil pulak..bil takde ..bro. dah settlekan semua..

Salam di beri beruntai-untai,
Sapa mu tuan kekal sempurna,
Dalam diri terintai-intai,
Apa makanan terkenal di sana?

hmm..nak tahu bagaimana pertuturan Kadazan ya..??
bole juga..tapi sue tak pandai nak gunakan dalam pantun..any way untuk tidak menghampakan, sue letak juga..teman kena baca ya, jangan tak baca!
Begini...

Doid pitonkizadaan,
Onuai zou do pason,
Pason anau numpaasan,
Montok dogo om diau,

Doino ko oi otu,
Pamanau doid koposizon,
Suvai toun kopisomo,
Maganu do kovosian.

Hmm..ertinya lebih kurang begini...

Sebagai tanda perpisahan,
Berilah hamba suatu pesanan,
Semoga dilanjutkan persahabatan,
Demi kebaikan berkekalan.

Engkau di sana teman,
Perjalanan menghala kehidupan,
Semoga bertemu di lain tahun,
Demi mencari suatu kedamaian!

cewaahhh..entah betul ker tak..maknanya tuu..
ok..maaf kalau tersilap..

6tolak6 dimasukkan pada: 09-09-99 09:46 MST     Klik di sini untuk profail 6tolak6    Edit Mesej Anda
invisible...
salam siang..
sedang kerja yer...?

Bunga kemboja menemani pusara,
teratai melata indah tepian,
Bersumpah setia bersaksi dusta,
diintai harta berubah haluan.

Tampak cemara bersih di pohon,
seikal rambut puputan karang,
Alamak rapuhnya kasih si embun,
meninggalkan rumput kepanasan seorang.

.....
selamat bekerja buat semua...

S_ana dimasukkan pada: 09-09-99 11:03 MST     Klik di sini untuk profail S_ana    Edit Mesej Anda
salam puisi buat semua..
...ana alhamdulillah di sini

sue..
mesti penat kan keje..
tak tau la nanti bila ana plak yang keje nanti..

di bawa petang si bunga layu
dicarik tangkai kelopak berderai
hatiku sedih hiba dan sayu
melihat rindu dicarik lerai

hati gurindam di malam syahdu
tangisan sendu di angin lalu
kasih di mata tuan menipu
secubit rindu siapa yang tahu

***********************************

inv..
hari nih revision day
sibuk la skit..inv macam mane?

bunga kemboja silih kutabur
buat haruman di makam sakti
budi disemai semalam dah kubur
hibalah diri membawa hati

*****************************************

salam buatmu 6tolak6..
ana dulu sekolah kat slim river
asal kat kuala kangsar

nyanyian hati di taman salju
dibelai sehari indah dijaga
bahasamu molek bak menyusun lagu
tinggi sanjunganku tak ternilai harga

JinAir dimasukkan pada: 09-09-99 12:15 MST     Klik di sini untuk profail JinAir  Klik di sini untuk menghantar email kepada JinAir     Edit Mesej Anda
hello there eerrr how are you
i am in the well eerrr thank you
best of health i wishes for all of you
sue marie, invi, s_ana, 6-6 and to me too

sorong papan, tarik papan
kenapa pula sorong papan,lepas tu tarik papan
buah keranji, atas peti
kenapa atas peti, tidak dimakan
(pantun sekadar bertanya)

hello sue marie
hari tu tanya kat JinAir nie
nama JinAir camnie
pasal ingati pertolongan diberi

bingung dimasukkan pada: 09-09-99 13:01 MST     Klik di sini untuk profail bingung    Edit Mesej Anda
boleh tumpang meluahkan perasaan ke kat sini?

Segak berdiri bertubuh sasa
Panglima Melayu kota Melaka
Berundur diri kerana terpaksa
Tiadalah mahu menjadi derhaka

Pengantin baru cantik berseri
Duduk dipelamin tersipu malu
Haruskah aku meminggirkan diri
Untuk mencermin kesilapan lalu?

Pengantin diiring wajah berseri
Senyum bersulam di mahligai syahdu
Doa diiring tahniah diberi
Sendu bersulam di dalam pilu

Salam sejahtera penutup bicara
Pantun disusun berbalas kata
Kalau ada salah bicara
Jari disusun maaf dipinta

........ sebuah memori luka.....

sue_marie dimasukkan pada: 09-09-99 13:21 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
S_ana....
keje kat opis ni ..tak terasa penatnya ana..cuma minda yang agak terseksa..

Tersentak aduh bayu di dera,
Bila bercerai di larik bisa,
Tidakkah teguh rindu mu dara,
Sehingga terlerai di carik masa.

Beralih masa hari tersipu,
Senyum selamba menunggu tandang,
Sekali terasa kasih tertipu,
Jangan di damba rindu yang datang!

6tolak6 dimasukkan pada: 09-09-99 13:48 MST     Klik di sini untuk profail 6tolak6    Edit Mesej Anda
sue_marie...
salam pantun di petang hari...
bagaimana cuaca di sana hari ni.

Sambal tempoyak enak sekali,
gulai juga tumis tempoyak jangan dilupa,
Makanan popular di kawasan sini,
Hmmmm... rasanya masakan tempoyak milik bonda.

Selamat tinggal diucap jangan,
gantikan dengan berjumpa lagi,
mulanya janggal bercakap kadazan,
kusebatikan bacaan berulang kali.

Dua cincin di jarimu teman,
Beri satu sebagai kenangan,
Rasa teringin anau numpaasan,
Seri maganu do kovosian.
(sekadar berbahasa)
betul ker tu....
maaf yer kalau salah....

Doid = ? , Pitonkizadaan = tanda persisahan ?
Onuai = berilah ?, pason = Pesan ?, anau numpaasan = dilanjutkan persahabatan ?
Montok = ?, dogo = ?, diau=?,
pamanau = perjalanan ? Kopisomo=?, maganu =?, kovosian =?,

hmmmm... sorry yer... banyak sangat tanya...

.................%%%%%%%%.................


salam kembali kpd S_ana...
teman dulu pernah bersekolah di
Sek.Men. Dato' Zulkifli Muhammad.


Binasa sepohon disumbu cemburu,
cemburu sutera bertanjak kain,
Bahasaku susun meniru guruku,
maju dan mara tidak berlain.

Seikat pulasan serahan jiwa,
bacakan wirid di serambi hatinya,
Ibarat pesan bidalan lama,
manakan murid melebihi gurunya.

moga ceria...

sue_marie dimasukkan pada: 09-09-99 18:41 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
JinAir....

Hello JinAir,
I'm fine, thank you,
Still on the air,
To wish all the best for you!

sue cuba jawab pantun JinAir ya..

Buah keranji di atas peti,
Di atas peti berhari-hari,
Berhari-hari rosaklah isi,
Rosaklah isi menjadi basi!!
(eehh..camna nak makan lagi..?)

Terima kasih teman si AIR..
mana kekekkekkekek..nya ??

*********************************************

bingung....
Selamat datang dan salam pantun dari sue..
Luahkanlah perasaan semahumu..
Tiada yang menghalang dan terhalang,
yang pasti anda akan beroleh ceria selalu,
di samping teman2 tersayang.
Dengar ya ....

Pantun bernada merajuk hati,
Siapa membaca pasti mengerti,
Beralah diri derhaka tidak,
Mengundur diri menyisih hati.

Di lereng gua menitip rindu,
Berdendang sayu suara kiambang,
Beriring doa bersisip rindu,
Hiba dan pilu mula berkembang.

Tiadalah lelap lena rembulan,
Di jarakkan cinta merana ihsan,
Tiadalah silap pantun mu tuan,
Bermaafanlah kita sesama insan.

Jangan biarkan terluka dan melukai..
ceriakan diri anda ya..

sue_marie dimasukkan pada: 09-09-99 18:41 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
JinAir....

Hello JinAir,
I'm fine, thank you,
Still on the air,
To wish all the best for you!

sue cuba jawab pantun JinAir ya..

Buah keranji di atas peti,
Di atas peti berhari-hari,
Berhari-hari rosaklah isi,
Rosaklah isi menjadi basi!!
(eehh..camna nak makan lagi..?)

Terima kasih teman si AIR..
mana kekekkekkekek..nya ??

*********************************************

bingung....
Selamat datang dan salam pantun dari sue..
Luahkanlah perasaan semahumu..
Tiada yang menghalang dan terhalang,
yang pasti anda akan beroleh ceria selalu,
di samping teman2 tersayang.
Dengar ya ....

Pantun bernada merajuk hati,
Siapa membaca pasti mengerti,
Beralah diri derhaka tidak,
Mengundur diri menyisih hati.

Di lereng gua menitip rindu,
Berdendang sayu suara kiambang,
Beriring doa bersisip rindu,
Hiba dan pilu mula berkembang.

Tiadalah lelap lena rembulan,
Di jarakkan cinta merana ihsan,
Tiadalah silap pantun mu tuan,
Bermaafanlah kita sesama insan.

Jangan biarkan terluka dan melukai..
ceriakan diri anda ya..

sue_marie dimasukkan pada: 09-09-99 18:42 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
JinAir....

Hello JinAir,
I'm fine, thank you,
Still on the air,
To wish all the best for you!

sue cuba jawab pantun JinAir ya..

Buah keranji di atas peti,
Di atas peti berhari-hari,
Berhari-hari rosaklah isi,
Rosaklah isi menjadi basi!!
(eehh..camna nak makan lagi..?)

Terima kasih teman si AIR..
mana kekekkekkekek..nya ??

*********************************************

bingung....
Selamat datang dan salam pantun dari sue..
Luahkanlah perasaan semahumu..
Tiada yang menghalang dan terhalang,
yang pasti anda akan beroleh ceria selalu,
di samping teman2 tersayang.
Dengar ya ....

Pantun bernada merajuk hati,
Siapa membaca pasti mengerti,
Beralah diri derhaka tidak,
Mengundur diri menyisih hati.

Di lereng gua menitip rindu,
Berdendang sayu suara kiambang,
Beriring doa bersisip rindu,
Hiba dan pilu mula berkembang.

Tiadalah lelap lena rembulan,
Di jarakkan cinta merana ihsan,
Tiadalah silap pantun mu tuan,
Bermaafanlah kita sesama insan.

Jangan biarkan terluka dan melukai..
ceriakan diri anda ya..

sue_marie dimasukkan pada: 09-09-99 19:10 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
6tolak6...
Salam pantun di senja hari..
cuaca kat sini ..panas dari pagi hingga ke petang...malam nanti..tak tahu lagi..kat situ, bagaimana pula?

Sekali rasa pasti nak lagi,
Itulah HINAVA asasnya ikan,
Asam di perah tak perlu api,
Makanan popular kaum Kadazan.

'Kopivosian dongosodop,'
Selamat malam di ucapkan,

Dua cincin tersarung di jari,
Di lucut satu sebagai hadiah,
'Anau numpaasan' teman berperi,
Montok dogo om nogi diau.

hmm..betullah bicara temann tu..
takde yang salah pun..

Doid = Di/Pada, Pitonkizadaan = Perpisahan,
Montok = Untuk, Dogo = Saya, Diau = Awak
Kopisomo = Berjumpa, Maganu = Mengambil, Kovosian = Kebaikan..

Hmm..itu direct translation..
kalau dah di gunakan dalam ayat kenalah pandai susun..
banyak tanya, takpee..nak belajar, bole deh..

polong dimasukkan pada: 09-09-99 20:26 MST     Klik di sini untuk profail polong  Klik di sini untuk menghantar email kepada polong     Edit Mesej Anda
temannnn....
numpang kejap....
tertarik dengan amenda tu "HINAVA"....
kat kampung polong, dipanggil "LAWA"...ikan dipotong mentah diperah asam campur daun kesom, lada dll..... menda yang sama ke tu......best memang best.....kecur air liur.....hmmmmmmmmm......
tak sabar nak balik kampung nih...

sambil-sambil melawat kesini terpaksale berpantun ye...

batu geliga jemala hikmat,
batu permata dari lautan,
ayu bicara rahsia tersemat,
tersusun segala semi kiasan,

invisible dimasukkan pada: 09-09-99 20:42 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
salam puisi buat semua..
maaf baru sempat menjenguk lagi ... sorry yer
nak makam sama sama ke? bisa aje nih ..

Sue_Marie ....

burung helang terbang melayang
singgah di jati memakan perah
mampu kah menjejak langkah yang hilang?
terdengar kah suara bertanya arah ?

ramai orang ke pekan tambun
pergi menjaja arah ke Lukut
bukan rapuh kasih si embun
memberi luang pada si rumput

tentu nya Sue dah makan ni ?

**************************************
6tolak6 maaf...agak sebuk hari ni ..

burung ketitir si burung merbah
makan merayap diwaktu senja
kerana harta kasih berubah
biar lah budi menanggung seksa

jumpa lagi 6tolak 6 ...byee

***************************************
S_ana ....apa kabar?
bagus lah ana ...semoga berjaya ...

mudik ke hulu mendayung sampan
sampan kecil hitam warnya
sayang nya budi menjadi taruhan
terkulai patah ilang nilai nya

jaga lah dan ubatkan hati yang retak..
agar segera pulih...salam puisi..bye

6tolak6 dimasukkan pada: 09-09-99 21:26 MST     Klik di sini untuk profail 6tolak6    Edit Mesej Anda
sue marie...
Kopivosian dongosodop
salam pantun...
Kata disusun mengikut rima,
Di arena pantun kita berbicara,

Semawa puan hidangan setalam,
Relalah titah setuju juga,
Hinava dimakan dengan asam,
Adakah diratah begitu sahaja.

tempoyak itu durian peram...

Montok dogo om nogi diau.
montok=untuk
dogo=saya
om=?
nogi=?
diau=awak.
kopivosian=?
dongosodop=?

Seikat pulasan sesangkar kelicap,
Mengadap huma sepetak sawah,
Ibarat Tarzan belajar bercakap,
Harap ianya tidak menyusah.

montok diau terima kasih
kalau salah cakap
jangan ketawa yer

6tolak6 dimasukkan pada: 09-09-99 22:22 MST     Klik di sini untuk profail 6tolak6    Edit Mesej Anda
invisible...
selamat malam...
Kopivosian dongosodop

Senario pandai berjenaka,
Atuk melihat terus ketawa,
biarlah orang berdusta,
asal kita masih setia.

ada masa senggang
berbicara lagi. bye

sue_marie dimasukkan pada: 10-09-99 08:42 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
polong....
nak numpang aje ..?
hmm..bole bahh..
HINAVA tu , samalah dengan ape yang teman nyatakan itu...ok, bila nak balik kampung niii..?

Salam ditadah menitip ceria,
Dusun sepi berhias rumpun,
Tersulam madah menyisip rahsia,
Disusun rapi menghias pantun,

****************************************

Inv....
salam & selamat siang...
kebelakangan ni, nampaknya semua sibuk ya...

Embun meraung merayu rumput,
Awan menyapa membelah lautan,
Malu berdayung perahu hanyut,
Segan bertanya sesat lah jalan!
(pepatah ada berkata...)

Sekejap ada..lama tak de..?

Selasih merimbun dipagar padi,
Puyuh melayang turun ke kali,
Kasih si embun sekadar menguji,
Subuh menjelang embun kembali.

makan untuk hari ni, blum lagi..minum dahhh!

JinAir dimasukkan pada: 10-09-99 08:53 MST     Klik di sini untuk profail JinAir  Klik di sini untuk menghantar email kepada JinAir     Edit Mesej Anda
eerrr assalammualaikum semua disini
eerrr harap semua dah makan pagi
lunch time belum sampai lagi
dah tentu dinner lambat lagi kekekekekekee

kepada sue_marie yang ceria lagi bistari
setelah sue cerita tahulah JinAir kini
kenapa buah keranji biar diatas peti
eerrr napa lak papan disorong tarik lagi?

kepada bingung yang tumpang perasaan kat sini
cuba cerita apa yang terjadi
tak mahu derhaka, berundur diri lagi
kat putera mana atau kat puteri?

pengantin baru cantik berseri
kerana mak andam ada kualiti
kenapa pulak harus pinggirkan diri
yang telah belalu takkan datang lagi

pengantin diiring wajah berseri
kerana pengantin tengah happy
doa, tahniah wajar diberi
tak perlu pilu, banyak pilihan lagi

memang mudah kalau berkata
yang teruk juga bahu yang memikulnya
sedih, happy terpulang pada kita
karana kita sendiri yang menentukannya

kapal berlayar dah tentu haluannya
ribut melanda banyak cabarannya
tanya diri (bingung) lepas nie nak kemana
masa depan kita yang tentu dan usahakannya

elooooooooo juga kat kengkawan lain
kat 6-6 errrr terer gak kau berbahasa lain
banyak batu polong eerrr ada lagik yang lain
invisible ilang napa yek, kau sidai kain?

kekekekekekeekeee (khas buat sue_marie)

JinAir dimasukkan pada: 10-09-99 09:05 MST     Klik di sini untuk profail JinAir  Klik di sini untuk menghantar email kepada JinAir     Edit Mesej Anda
eerrrr eloooo semula...just passing thought

terang purnama di malam sepi
terbang kesana terbang kemari
takut kita kerana tidak mengerti
bila amati takut hilang sendiri

hhmmmmmm

sue_marie dimasukkan pada: 10-09-99 09:24 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
6tolak6....
kopivosian dongosuvab..
(selamat pagi)

Isi ikan dipotong se ada,
Diperah asam, bawang dan halia,
Sedikit 'badu' jangan dilupa,
Tambahkan garam secukup rasa.
(pastu, cubalah..huh!)

hmmm..tempoyak tu, sue tau, dah pernah cuba..

Kopivosian om kopisanangan..
montok diozu ngaavi..
(selamat sejahtera kepada anda semua..)

om = dan,
nogi = lagi,
kopivosian = selamat/salam
dongosodop = malam hari
p/s..yang lain tu ..betul lah tu..
heheh..

Mendamba rindu pada siapa,
Menabur budi jangan dikira,
Menimba ilmu tiada salahnya,
Asalkan sudi hamba pun gembira.

Terima kasih yang tidak terhingga..
(kotohuadan au gigina)


sue_marie dimasukkan pada: 10-09-99 10:19 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Salam sayang kepada semua...

Ruangan ini terpaksa sue tutup balik sebab mesej dah panjang..
nak download pun lambat..ok, kita sambung di episod ke 7..
nampaknya ade sedikit kesilapan masa nak posting tadi..so ruangan yang ke 6 satu itu..ndak usah disambung..ok..maaf atas kesilapan tersebut..

terima kasih..jumpa lagi..
*sue*

Masukkan Topik Baru   
Masuk ke:


HangTuah | Melayu.com