Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Mesej Ditutup  Topik Ditutup
Masukkan Topik Baru  
  Melayu.com: Sembang2
  Sembang-Karya
  Cuba-cuba Berpantun LAGI..5..!!

profail | daftar | opsyen | sol | carian
Nama Mesej
sue_marie dimasukkan pada: 01-09-99 19:08 MST   Klik
 di sini untuk profail sue_marie   Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie   Edit Mesej Anda
Salam sayang..sayangg sekali....

Cuba-cuba Berpantun LAGI..4..!! kita tinggalkan lagi..banyak kenangan, ramai kenalan..
tak perr..kita teruskan lagi ke episod ini..sebelum itu sue ucapkan terima kasih kepada semua dan syabassss..kepada diri anda...semoga khazanah pantun Melayu..takkan hilang dan tetap berkekalan walau di mana jua...
Pantun penyeri yang pertama dari sue...

Cuba Berpantun LAGI .4..!! mengundur diri,
Memberi laluan episod seterusnya,
Bertambah hebat kalian berperi,
Luahan perasaan berkenal mesra.

Sembang KARYA nama diberi,
Menjadi pilihan segenap lapisan,
Semoga semua terus memahami,
Agar keharmonian dapat berkekalan!

*sue*

*********************************************

Invisible: salam permulaan untuk episod ni..sue balas pantun Inv. kat sini ..bole ya!
Dengarkan...

Ranjang mimpi mula bertandang,
Senja berlari sambil berselisih,
Mengharap mentari bersinar ke petang,
Di tengah hari hujan menyisih.

Putus tali disambung semula,
Ikat kembali simpulkan lagi,
Putus kasih talak tiada,
Rujuk kembali pupuklah lagi!

6tolak6 dimasukkan pada: 02-09-99 12:24 MST     Klik di sini untuk profail 6tolak6    Edit Mesej Anda
salam pada invisible...
terima kasih...

Menjemur kain di pagi Jumaat
mentari menyapa di ufuk barat
Orang tua didustai hidup tak selamat
Dari dunia membawa ke akhirat

Santun si dara hiasan seri
teruna berperi ingin berjasa
Pantun bicara menceriakan diri
moga jumpa lagi di lain masa...

hmmmmmm...
'kata 6-6': mdan/sawit, invisible kirim salam...
'jawab mdan/sawit': waalaikum salam...
6-6:
bye... (^_~) ..

...................******..................

salam... bertamu lagi...
Hmmmm... sue_marie... teman tetamu awal pagi

Memburu di rimba tertusuk duri
Disergah kongkang tambah derita
Ayahbonda didusta merajuk hati
Sesallah si Tanggang anak derhaka

Bukan kerat, rangkap rupanya
cuba mereka tersalah peri
Cuma dua rangkap jenuh juga
lain kesempatan kita jumpa lagi

sama-sama

invisible dimasukkan pada: 02-09-99 04:54 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
OK Sue....up to U ...

ramai orang ke Pekan Rengit
singgah bermalam di Paya Budi
jangan mengharap guruh dilangit
petir berdentum hujan tak jadi

Sudah termasyur Batu Bersurat
di Terangganu mula ditemu
bertemu dan berpisah udah tersurat
jodoh dan ajal sudah di tentu ..

salam buat 6tolak6
dah tidur ke ?

senyum sedikit bila bercanda
pemanis muka waktu ketawa
dengarkan nasehat ayah dan bonda
punca rezeki membawa bahagia

harum bau nya bunga melati
hiasan sanggul Puteri Rawana
pasti ku tunggu tetap ku nanti
Cuti sekolah nak kemana ?

jumpa lagi 6tolak6...
misteri gak nama ni
emmmm

JinAir dimasukkan pada: 02-09-99 09:31 MST     Klik di sini untuk profail JinAir  Klik di sini untuk menghantar email kepada JinAir     Edit Mesej Anda
kekekeke hehehehehe
pagi nan cerah JinAir suka hati
eerrr dah masuk kelima ruangan nie
macam goreng pisang panas, terjual berkati-kati

sembang karya nama diberi
menjadi pilihan segenap lapisan
emangnya JinAir dah banyak memahami
JinAir pun harap keharmonian berkekalan

yek....sue kekekekekkeke

menjemur kain di pagi jumaat
mentari menyapa diufuk barat
betui 6-6 kata kalau selalu dusta tak selamat
balasan didunia berat, diakhirat tak terlarat

pantun bicara menceriakan diri
moga jumpa lagi dilain masa
6-6 jalan baik-baik semasa undur diri
eerrr jalan jahat-jahat macam mana pula

kekekekekekekekee yek 6tolak6

salam dan eloooo kat invi
errrrr JinAir tak tahu nak kata apa
eerrr cuba try test jual invi
eerrr uji try test gak JinAir cuba

kekekekekekek yek invi yek

sue_marie dimasukkan pada: 02-09-99 10:18 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
6tolak6: salam dan selamat siang semua..
Hmmm...teman, apa bicara....awal pagi ya.. orang kata awal2 bawa berkat!...eerr betul kee ni..??

Pergi ke pekan mudek sendiri,
Singgah di Muar gerimis menanti,
Madah berzaman molek berseni,
Kenapa terbiar luputlah nanti..!

Tetamu pagi datang menyapa,
Indah pantunnya cuma serangkap dua,
Apa misteri 'nickname' diguna,
6tolak6 bolehkah cerita..?

Bolehkan...

******************************************

Inv: selamat dan salam sayang semua kenkawan....
inv..sehat kerr..?

Ombak bergulung pantai terhimpit,
Melambung perahu terdampar ke tepi,
Awan mendung guruh menjerit,
Sudahku tahu hujan tak jadi!

Bicara si bonda pada Aduka,
Usah resah memendam pedih,
Bertemu bercanda gembira suka,
Bila berpisah kenapalah sedih.?

*sue*


6tolak6 dimasukkan pada: 02-09-99 10:36 MST     Klik di sini untuk profail 6tolak6    Edit Mesej Anda
salam kembali buat invisible...
dah jaga... selamat bekerja.

Bersuka ria si anak angsa
Itik melihat datang mendekat
Kepada ayahbonda kita berjasa
barulah hidup selamat dan berkat

Merah saga si bunga rosa
Kelopak tersusun di alur rapuh
Berserah segala pada Yang Kuasa
restu emak bapak restu yang ampuh

Mari berkelah ke Teluk Bidara
hajat bertambah kemesraan keluarga
Cuti sekolah mungkin ke Melaka
tempat bersejarah Laksamana setia


Hmmmmmmmm... rasa-rasanya...
kumpul klu untuk meneka...

sue_marie dimasukkan pada: 02-09-99 10:37 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
JinAir:Teman si Air..Heh..pekabar?

Di ruangan ini sempat juga bercanda,
Terselit jenaka ketika bertamu,
Sayangnya cik sue goreng pisang takada,
Pantun seloka yang dapat dijamu.

Indahnya nian meneman diri,
Datang melamar di kala sepi,
Hadirnya teman di ruangan ini,
Mencerah sinar menambah seri.

hehehe...JinAir ..emangnya selalu ceria ya..?

6tolak6 dimasukkan pada: 02-09-99 11:22 MST     Klik di sini untuk profail 6tolak6    Edit Mesej Anda
salam pada jinair... ni jin ada tanduk, tak de tanduk ni

Rotan sedepa dikerat-kerat
serik diraut dibelah empat
Balasan di dunia berat, akhirat tak terlarat
menjerit meraung pedih menyengat...

Celoteh berbahasa menghilang sunyi
sambil berehat di pagi hari
Jalan bebaik masa undur diri
jalan jahat-jahat moga dijauhi.

........jinair yup! ......

salam dan selamat tengah hari pada sue_marie... bangun pagi otak cerdas dan jasmani sihat...
kata profesor tulah

Emas suasa hiasan dunia
kaya menyerlah intan permata
Kata berima sopan terpelihara
moga tak goyah dik berubahnya cuaca

Minta seringgit beli gula
puteri manja berperibahasa
Misteri disebalik 'nickname' diguna
diri teman pun tak tahu apa misterinya...

gitu-gitulah

invisible dimasukkan pada: 02-09-99 12:46 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
salam buat semua nya...
apa kabar har ni ...

Sue...

sukar sungguh mengubat barah
belum ketemu air penawarnya
mendung bergerak ke lain arah
mungkin hati nya udah ceria

ramai orang pergi ke huma
bawa bekal sigula batu
sedih terpisah sebentar cuma
bila bertemu hati tak jemu

jinair ....

enak sekali mengikuti cerita
silat gayung dan seni tari
ceria buat mu wahai saudara
salam dikirim penganti diri

6tolak6

merdu bunyi nya suara kecapi
ditiup orang di Inedera pura
ayahnda bunda jangan diketepi
agar selamat sepanjang masa

jika tuan hendak ke melaka
kirim salam pada bang Tuah
semoga selamat perjalanan kesana
kembali semula tiada yang padah

ok salam buat semua nya
nak makan kat mana lunch nanti ?

sue_marie dimasukkan pada: 02-09-99 15:47 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
6tolak6: Hmmm...betullah seperti kata-kata proff. itu..

Masam sekali mangga yang mengkal,
Batang bertunas pokok siantan,
Pantun berseni tetapkan kekal,
Tak lekang dek panas tak lapuk dek hujan!

Pantun seterusnya....

Sayangkan anak tangan2kan,
Sayangkan isteri tinggal2kan,
Sayangkan kekasih rindu2an,
Sayangkan sahabat.... cuba terangkan?

******************************************
Inv: sue baik saje (terima kasih..)

Hati mendetak rindu bertalu,
Diselam impian kasih nan putih,
Mendung berarak berundur lalu,
Membawa hujan yang sudah tersisih.

Masih menyerlah tirai kecewa,
Bertambah hebat pilu menanti,
Sedih terpisah bercerai nyawa,
Bilakan dapat bertemu semula.

sue mohon maaf..terlewat balas pantun kalian..

Baru nak duduk menghadap pc,
Kononnya pantun hendak disapa,
Baru diketuk papan kekunci,
Talian terputus tidak sengaja!

*sue*

invisible dimasukkan pada: 02-09-99 19:10 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
ok......ta cuti ke Sue ?

apa diheran pada salju
salju puteh cantek dan bersih
mendung bergerak membawa rindu
gerimis mengundang dimuara kasih

sutera asli dari Marudu
dipakai orang berpesta di huma
dipuncak impian hati bersatu
diakhirat nanti pasti bersama

alahai...

jalan jalan diwaktu senja
bawa bersama sikain buruk
cuba intai dibawa meja
mana tau tikus menyorok

lain kali hati hati Sue..

6tolak6 dimasukkan pada: 02-09-99 19:50 MST     Klik di sini untuk profail 6tolak6    Edit Mesej Anda
invisible //halimunan kot?

Yup! oh yup kejo bola tu,
esok lusa piala digenggaman,
kita menganas ikut peraturan,
Yup! teman sokong pesanan itu,
kalau tak cukup tinggi dua tangan,
menara petronas teman tambahkan.

Datuk Maharajalela di hukum derhaka,
Perginya beliau memahat sejarah setia,
Rancangan ke Melaka masih tengok cuaca,
cuaca tak mengizinkan kat Perak jelah kita.

..........********.........

Hmmmmmmm... Sue_marie... bangun pagi jangan lupa gosok gigi... jangan marah?

Sayang anak tangan-tangankan,
Sayang isteri tinggal-tinggalkan,
Sayang kekasih rindu-rinduan,
Sayang sahabat ingat-ingatkan.

Kisah Sanggam kisah lama
kisah berkisar sahabat dan cinta
Sahabat ketawa kita gembira
sahabat menangis kita berduka

Menjerat terkukur di pinggir bagan
Terjerat ular sawa, kekeyangan
Sahabat tersungkur kita bangunkan
sahabat ternanar, kita sedarkan.

Langsat nangka macang pala
dikait dayang di pinggiran bukit
Sahabat suka tunang kita
kita terajang dia terus ke parit...

invisible dimasukkan pada: 02-09-99 23:52 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
hai 6tolak6....terserah aje deh ..

kejayaan digenggaman milik anda
terus berusaha kemercu jaya
milik siapa bangunan petronas?
salam ikhlas membuka ceria
mengiringi teman beruti ke Melaka
bila kesana jangan lah rimas...

jangan lupa bawa rambutan
rambutan perak manis sekali
camno dengan buah durian
kirim kan lah 2/3 biji .... heheheh

ok 6tolak6......
jumpa lagi


6tolak6 dimasukkan pada: 03-09-99 12:23 MST     Klik di sini untuk profail 6tolak6    Edit Mesej Anda
hai hai kumbali hai
invisible... milik siapa bangun petronas? kena tanya kasturi ni... (^_~) ...

Hai sejuknya suhu pagi ni
Rasa nak mandi tak jadi mandi
Ke Melaka tu mungkin tak jadi.
Cuti dihabis di depan PC ni.

Memohon bulan datang ke ribaan
singgah disunting putera cina
Pohon durianku patah berganti dahan
buah yang di ranting dahan gugurnya muda...

cam man nak kirim...

ok jugak invisible dan tuan puan....
jumpa lagi di lain siaran...

invisible dimasukkan pada: 03-09-99 01:20 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
ooo milik Kasturi yer..
dua dua nya sekali ke 6tolak6 ?

nasi digoreng rasa dan basi
kalau lapar tak kira lagi
seminggu cuti didepan pc
tak ajak GF ke jalan2 kaki?

sedap sungguh sajak si Khoja
bersajak berpuisi turun temurun
mungkin tersalah penggunaan baja
durian merajuk tak mau turun

guna pos laju jer
besok antar hari ni sampai (Datuk Samy Velu punya cerita ...... heheheh)

K_Azhar dimasukkan pada: 03-09-99 06:28 MST     Klik di sini untuk profail K_Azhar  Klik di sini untuk menghantar email kepada K_Azhar     Edit Mesej Anda

Terik lesu sinar mentari,
Ceria serata buana nyata,
Adik Sue si biskut Marie,
Apa cerita apa berita?

sue_marie dimasukkan pada: 03-09-99 08:30 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Invi: Salam ketemu lagi kita...

Beradu malu di ranjang madu,
Bangkit menghiris senyuman manis,
Rindu berlalu meninggalkan sendu,
Langit menangis mengundang gerimis.

Berlalu asyik di bumi kecewa,
Di tengah ratapan meraih simpati,
Lalu berbisik hati dan jiwa,
Begitukah ujian kasih sejati.

Hmm..begini..

Perjalanan tercetus di dada kembara,
Bagaikan merisik sebuah derita,
Bukan si tikus punya angkara,
Bekalan letrik empunya cerita!

****************************************

6tolak6: Hmmmm.. bangun pagi mesti mandi,..gosok gigi dan senaman..!! heheh..

Asyik melihat seri rembulan,
Diri terbuai lupalah seksaan,
Sayangkan sahabat ingat2kan,
Adakah berbaloi sekadar ingatan?

Jangan kecewa kesalkan diri,
Impian tragis berulang kembali,
Teman tertawa datang sendiri,
Teman menangis tiada yang sudi.

Sungguhpun jauh di benua selatan,
Namun ingatan menghiris sukma,
Mulia sungguh hatimu teman,
Sanggup berkorban suka dan duka.

Di tapak tangan menatang permata,
Si puteri Ledang hendak diduga,
Sahabat sukakan tunang kita,(itu takpe..)
Jangankan si tunang pun prasan juga.(itu bahaya!!!)

Hmmm..

sue mohon maaf lagi sebab terlewat membalas pantun kalian..bekalan letrik terputus aje!!!..

[Mesej ini telah diubah suai oleh sue_marie (pada 03-09-99).]

sue_marie dimasukkan pada: 03-09-99 08:43 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Bang K.A: Bang K.Aaaaaaa....
amboi ...lamanya menyepi...bole ceria udah, atau masih... ???

Aduhai K_Azhar sue panggil bang K.A,
Cerita lama berita pun sama,
Apa khabar dik sue menyapa,
Gerangan kemana bertempur lagikah..?

Hmm.. apa cerita K.A..?

JinAir dimasukkan pada: 03-09-99 09:03 MST     Klik di sini untuk profail JinAir  Klik di sini untuk menghantar email kepada JinAir     Edit Mesej Anda
assalammualaikum eerrr selamat pagi
dah makan breakfast eerrr lunch belum lagi
harap sihat semuanya nie pagi
eerrr dah gosok gigi eerrr jangan belum lagi
kekekekekkeeee

elooo sue...

takde goreng pisang, pantun seloka pun jadi
kan bagus pokok pisang, berbuah dua kali
eerrr terima kasih kerana JinAir dipuji
tak payah JinAir nak masuk bakul angkat diri kekekekekeekee

pisang emas di bawa belayar
masak sebiji di atas peti
sue marie makan lunch nanti errr JinAir bayar
eerrr pasal takleh nak jumpa eerr sue bayar sendiri yek yek kekekekekeeke

sayang anak tangan2kan
sayang isteri tinggal2kan
sayang kekasih rindu2an
sayang sahabat eerr email atau poskan

eloooo 6tolak6...

jalan bebaik masa undur diri
jalan jahat-jahat moga dijauhi
emangnya tepat 6-6 sebut ini
kalau termula jahat kot susah nak stop nanti
kekekekekekee

main layang-layang tiba-tiba angin lak mati
layang-layang jatuh sambil menari
hendak ke melaka last minit tak jadi
sekadar bertanya, eerrr kenapa lak tak jadi

eloooo invisible ...

two three cat run
where same with stripes one
what invisible do for some fun
where invi go if on leave one

kekekekekeekee sekadar bertanya gitu

6tolak6 dimasukkan pada: 03-09-99 09:55 MST     Klik di sini untuk profail 6tolak6    Edit Mesej Anda
Hmmmmmm... bangunan tu tak pasti...
tapi satu meja satu kerusi kat
dalam bangunan tu memang kasturi punya... hehehe

Tengok GP di tengah hari
mata melihat sambil makan budu
Nak ajak GF jalan kaki
Tapi GF sudah lari dulu..

Sabur limbur hujan di senja
datang kabut menyeramkan cuaca
telah ku tabur baja secukupnya
sayang ribut menumbangkan pohonnya

durian mangkal adalah...
duri jer ada
isinya tiada...


.............*******............

Sue_marie.. Hmmmmm... gigi kuat macam
...keluarga colgate...

Tilikkan sunbulat melihat kehidupan
bintang mayang sembunyi balik awan
Sayangkan sahabat ingat-ingatkan
tak makan ingatan, beri amaran...

Bintang mayang sembunyi di balik awan
bintang rasi keenam, tengok masa depan
tak makan ingatan, kita beri amaran
tak makan amaran, kita beri saman...

Bintang rasi keenam, tengok masa depan
Tilik masa depan, mencadai sahaja
tak makan amaran, kita beri saman
tak makan saman, balai cerita...

Sangka senja menguris suasana
pasrah berserah meniti masa
Rasa suka, duka, tangis dan ria
hanyalah rencah hidup manusia

Apa dikenang banjaran sana
bukit di sini tanah kita
Si tunang pun perasan sama
kita nikahkan sajalah mereka...(uwaaaaA)

hehehehe...

6tolak6 dimasukkan pada: 03-09-99 10:15 MST     Klik di sini untuk profail 6tolak6    Edit Mesej Anda
ello jinair... selamat siang...


Taman peluru padang sasar
peluru sesat kena hantu
Teman memang setuju benar
kata nasihat Jinair itu

Hendak berjaga sampai ke pagi
sayang mata terasa sakit
Hendak ke Melaka last minit tak jadi
sebab poket tak berduit...

.... hmmmmm...

S_ana dimasukkan pada: 03-09-99 11:48 MST     Klik di sini untuk profail S_ana    Edit Mesej Anda
assalamaulaikum kengkawan suma
maaflah yek ... tak sehat seminggu..tak leh nak antar pantun berbanyak ..

buah bidara dikutip teruna
si dara sibuk menampi padi
dilupa teman esok dan lusa
ke mana diri nak bawa pergi?

hati lara kupujuk sendiri
tiada siapa sudi berkasih
makin hari dilupakan diri
kelak kemudian hamba menyisih

salam untuk semua

6tolak6 dimasukkan pada: 03-09-99 13:15 MST     Klik di sini untuk profail 6tolak6    Edit Mesej Anda
boleh teman jawab salam...
waalaikumusalam S_ana...
boleh menyapa..... moga sihat dan ceria

Maulana sufi leka mengaji
berkumandang suara di subuh hari
Kemana diri nak dibawa pergi?
datanglah ke mari, membuang sepi

Jangan suka mendustai hati
ucapan bermakna pendita berperi
Bertandang ke mari membuang sepi
buangkan juga hasrat menyisih diri

Hari ini hari Jumaat
esok pula hari Sabtu
Pantunmu puan terasa menyayat
pedihnya di hati siapa tahu?

salam untuk semua...?
Hmmmm tak salahlah teman
jawab salam tadi...

kasturi dimasukkan pada: 03-09-99 14:03 MST     Klik di sini untuk profail kasturi    Edit Mesej Anda
Assalamualaikum semua..
Dengarkan invi, 6tolak6 serta yang lain :

Menabur dedak di pangkal keladi
Makan berebut merpati sejoli
Patutlah tersedak sedari tadi
Nama ku disebut berulang kali

Berdiri megah oh negara ku
Tidakkan tumbang diasak pendengki
Bangunan gagah bukan milikku
Sekadar menumpang mencari rezeki

Pohon beringin pohon bidara
Dibubuh baja beli di pekan
Jika teringin nak ke jambatan udara
Hubungi saja boleh kast uruskan

Jomlah.. sementara masih ada peluang.. bila dah siap security access system susahlah pulak nak naik nanti...

invisible dimasukkan pada: 03-09-99 14:51 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
salam buat semuanya...
baru seronok kan dah ramai yang muncul tu ..
ok teruskan ....bercanda...heheheheh

Kasturi..

merdu lagu nya sri siantan
dinyanyi orang waktu pagi
hati hati sewaktu makan
agar tidak berulang lagi

puteh bersih warnaya kapas
dibeli orang buat menuras
tempatnya tinggi Kasturi bertugas
tak rasa gayat kah dudok diatas?

memori sendi jadi kenangan
bermalam semalam di Pulau Kapas
terima kasih atas undangan
peluang baik jangan dilepas

ok tetapkan tarikhnya..camno 6tolak6 dan yang
lain2 ...sue,jinair,KA,S_ana.....peluang baik ni yee.....

********************************************

Sue_Marie....terima kasih .....

tanam lagi si serai wangi
baru sedap makan ketupat
pujuk pujuk rindu kembali
atau guna jampi Mak Ripat

enak sekali pisang restali
jika dimakan diwaktu pagi
kasih sejati kekal abadi
semai lah ia pulih kembali

riang bermain si anak kera
menyusu ibu di tepi pasu
jika letrik punya angkara
tukar talian ambil yang baru

****************************************

hai jinair ....... ada ni..

lemak sekali nira kelapa
dipetik orang dibawa ke muara
sewaktu cuti pergi bertapa
mendalami ilmu menentang angkara

****************************************

S_Ana.... ceriakan diri...senyum yer

dua tiga angsa bermesra
ditepi kolam diwaktu senja
teman tak lupa sepanjang masa
bercanda berpantun menurut rasa

****************************************

selamat siang semua nya ...jumpa lagi ..bye


sue_marie dimasukkan pada: 03-09-99 15:00 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
JinAir: Selamat..eehh, dah petang ya...breakfast dah,..lunch..taklagi..Hmmmm..

Datang JinAir terdengarlah kekekkeek nya...
Bila dah masuk diselit pula eerrr,
Sue_marie mendengar turut tertawa,
Ceria dan lawak itulah JinAir..!!

Bersiar-siar di petang senja,
Sambil meniti tepi perigi,
Gembira mendengar JinAir nak belanja,
Tetiba tak jadi lunch pun tak pergi..

Sahabat sejati itu yang pasti,
Sahabat setia hatinya mulia,
Sahabat jujur selalu dihormati,
Sahabat tersayang nak email/pos apa..??

Hmmmm...

*****************************************

6tolak6: Gigi sehat penyeri senyum..!!

Dahan siantan patah di taman,
Patah di taman menutup jalan,
Tak makan ingatan di beri amaran,
Bagaimanakah amaran yang boleh bagi kesedaran!

Masuk ke hutan nak kerat rotan,
Rotan yang patah dibentuk bulat,
Tak makan amaran sahabat di saman,
Saman apakah untuk seorang sahabat?

Ramai kenalan berlainan cerita,
Ada cerita boleh menjadi lalai,
Tak makan saman ke balai cerita,
So apa cerita kalau dah ke balai?

Apa petua penawar duka,
Bermuram durja sepanjang masa,
Kalau dah dua2 pun sesama suka,
Relakan saja usah memaksa!

HuH...!!!

****************************************** S_ana: Hmmmm... dah sehat kee ana?..kalau tak lagi..rehatkan segala2 nya ok..!Tapi kenkawan rindukan ana ni..
Begini ana...

Janganlah cik ana bernada pilu,
Siapalah kami di sisi ana,
Sedangkan dah lama kami merindu,
Usahlah pergi tinggalkan semua.

Kasih nak pergi relakan saja,
Usah terseksa kasih tak sudi,
Kalau nak cari tempat bermanja,
Tak perlu paksa hatinya lagi!

sue dan teman2 yang lain sentiasa mengharapkan keceriaan ana..ok!


sue_marie dimasukkan pada: 03-09-99 21:23 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Kasturi.......
Salam pertemuan buat mu...dan salam kemesraan buat semua.....

Semalam misteri sujud bertapa,
Di peraduan cinta beralunan sunyi,
Salam Kasturi cik sue menyapa,
di pertemukan kita di ruangan ini..

Rakan taulan tergelak-gelak,
Rerama hutan berebut-rebut,
Makan puan tersedak-sedak,
nama puan di sebut-sebut.

Irama masih melintas awan,
Menyapa ruang membawa dendang,
Terima kasih atas pelawaan,
Siapa berpeluang bolehlah datang!

Terima kasih Kast...

sue_marie dimasukkan pada: 03-09-99 21:31 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Invisible.....
Dah makan..?

Duduk di perdu memagar tali,
Melayang pandang impian manis,
Dipujuk rindu agar kembali,
Ribut yang datang meneman gerimis!

Meraih simpati di hujung tangis,
Sudah terkunci mendak di dada,
Kasih sejati walaupun tragis,
Sungguh suci tidak ternoda.

6tolak6 dimasukkan pada: 03-09-99 22:04 MST     Klik di sini untuk profail 6tolak6    Edit Mesej Anda
salam senyum kak kasturi

Di mana budi hendak disemai
di mana bukti hendak dituai
Di pesada ini berbahasa santun permai
di pesada ini kita berpantun ramai-ramai

Si Daik tambatan raja
pasrah menurut segala kata
Naik jambatan udara
insyaallah teman nak ikut sama.


tengok cuaca juga....

..... ****888**** .....

Yap... p/s suka lihat senyum bayi, walau takde gigi... manis sekali.

Masak belebat berinti manisan
muncung di depan perlu dilipatkan
Pada sahabat diberi amaran
hujung bulan belanja makan

Senja berehat cuaca kesuraman
bersinar biasan indahnya bulan
Pada sahabat diberi saman
cukup bulan sewa rumah dia bayarkan

Mega berarak di waktu senja
Langit kirmizi langit kemerahan
Bawa sahabat ke balairaya
minta dibaca sajak kemerdekaan

Sorrylah Sue_marie pemudi bijaksana
di ruang ini kita berbahasa
Persahabatan itu difahami bersama
barulah terungkap sahabat sebenarnya.

Pergi kenduri jadi bentara
makan diberi dengan percuma
bergotong-royong sambil bersenda
Kalau keduanya sudah suka
apa ditunggu nikah sahaja
mereka gembira kita bahagia

Habis cerita... hmmmmmm

sue_marie dimasukkan pada: 04-09-99 10:16 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
6tolak6 : Hmmm..pekhabar pagi ni..?

Berkunjung taulan di rumah teman,
Datang bertandang membawa buah,
Hujung bulan sahabat kena belanja makan,
Kalau nak tumpang boleh juga kah?

Merdu siulan beburung sawah,
Bebunga tunduk tidak bermaya,
Cukup bulan disuruh bayar sewa rumah,
Hmm, teman duduk dengan member ya..!

Cuba berkarya bukan berlagak,
Pantun tertitis di hujung pena,
Ke balai-raya membaca sajak,
Teman puitis sahabat pun puitis juga..?

Patah layu buah bidara,
Terbiar satu di celah batu,
Pepatah Melayu ada berbicara,
Berkawan biar seribu; Berkasih biarlah satu!

---> Yang dah habis cerita tuu..ok lah!
Salam keceriaan...


6tolak6 dimasukkan pada: 04-09-99 14:10 MST     Klik di sini untuk profail 6tolak6    Edit Mesej Anda
Sue_marie..... cuaca kat Perak ni cerah dengan sedikit angin macam nak hujan... bagaimana di sana...?

Seloka peri mainan menteri,
tegar beringin menhadapi taufan,
Jika ingin tumpang sekaki,
besar hasrat teman bayarkan.

Duduk bersenai di sawah huma,
Di situ sewah terbang lalu,
Duduk beramai di rumah sewa,
itu kisah muda-muda dulu.

Terbang ke barat mencari api,
terluka betis pedihnya kaki,
Seorang sahabat sukar diganti,
teman berpuitis sahabat bersilat seni.

Cawan terletak di dulang tembaga,
bersih bercahaya senyum si dara,
Berkawan tidak pandang harta,
berkasih pula pada yang setia.

===> Kisah yang sudah habis tu <===
===> jumpa lagi lain waktu..

invisible dimasukkan pada: 04-09-99 15:06 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
Dah Sue......baru sat ...
salam puisi dan ceria

gerimis mengundang dipagi hari
tiupan bayu arah ke selatan
jika rindu enggan kembali
apa ikhtiar yang Sue lakukan?

Tok Pawang sedang bertapa
di Gunung Daik ramai peminat
kasih sejati sukar di lupa
meski pun berlalu tetap diingat

ok jumpa lagi........

sue_marie dimasukkan pada: 04-09-99 16:48 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
6tolak6: Hmmm..cuaca kat sini..mendung dan berangin gak.. semendung hati sesetengah penghuninya...!

Tumbuh selasih merimbun jalan,
Buah kuini pahit rasanya,
Terima kasih cik sue ucapkan,
Tak dapat kali ni lain kali boleh ya!

Teluk Permai jauh ke hulu,
Di sana sini terdengar madah,
Duduk beramai masa muda dulu,
Sekarang ni masa tua kah? (ngan mare)

Merempat jauh malam yang pekat,
Memohon ampun membawa mimpi,
Hebat sungguh teman bersahabat,
Dua-dua pun orangnya seni.

Sudah terasa baru di lihat,
Apakah dia berhati bersih,
Budi bahasa harta sahabat,
Ikhlas setia hidup berkasih!

Hmm...dah habis?..ok..ketemu lagi ya...

********************************************

Inv: Kemana hari ni....?

Bergeser merdu tali temali,
Di petang senja bermain kecapi,
Dipujuk rindu enggan kembali,
Berserah saja apa nak jadi..

Hati-hati tali di titi,
Selendang kain jatuh ke tasik,
Kasih sejati sudah sebati,
Kasih yang lain datang merisik..

Terima kasih

invisible dimasukkan pada: 04-09-99 18:47 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
Maaf Sue...ada urusan diluar
tak sempat masuk ....

kelam cahaya purnama merindu
dapat dilihat di anjung pagar
mampu kah hati melawan rindu ?
berpisah sebentar rasa gementar

porak peranda di istana kebayat
panglima menteri turun istana
kasih sejati sepanjang hayat
kasih dirisek entah kemana ?

terima kasih kembali...
tak hujan ke..negeri dibawah bayu Sue ?

6tolak6 dimasukkan pada: 05-09-99 01:12 MST     Klik di sini untuk profail 6tolak6    Edit Mesej Anda
salam pagi di hari minggu...

Suara semboyan meneriak bahaya,
perwira gagah memaut senjata,
Tiada kesampaian teman nak belanja,
kerana dipisah si Laut China

Raut ceria mengindahkan suasana,
lalu berbayang keikhlasan jiwa,
Laut China memisahkan kita,
bayu yang lalu dikirimkan juadahnya...
(...sekadar berbahasa sahaja...)
( mungkin bau je yang sampai )

Dubuk mencadai memakan budu,
helang di sumur berkaca mata,
Duduk beramai masa muda dulu,
Sekarang ni umur, menjangkau tua.

Helang di sumur berkaca mata,
leka mencukur si tangan kera,
Sekarang umur menyapa tua,
jika diukur dengan yang muda.
(tak mengapa, dah sememangnya begitu )

Menyukat petak gelegar sehesta,
kelarai tenunan bunga cempaka,
Sahabat sudah tak dengar berita,
terlerai ikatan dik larian masa.

salam ceria untuk semua...
bye...

sue_marie dimasukkan pada: 05-09-99 08:09 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Invisible.......
Salam kemesraan & selamat siang....

Rasa nak lurut buluh perindu,
Tumbuh meliar di celah semak,
Tampak merana membawa diri,
Tidakkan surut rasa merindu,
Semakin dibiar semakinlah sebak,
Gundah gulana tidak terperi!

Setangkai melati muncul di Jati,
Di hutan punai menghadir hajat,
Lalu bermain di hujung tasik,
Kasih sejati tersimpul di hati,
Takkan terlerai ke akhir hayat,
Walau yang lain kunjung merisik.

Hmmm.. Kat sini ni cuaca tak menentu..terkadang tu panas juga tapi lewat ini asyik mendung/berangin dengan sedikit hujan....

sue_marie dimasukkan pada: 05-09-99 10:44 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
6tolak6: hmmm..temann terawal lagi di pagi minggu ni..selamat siang!

Terlerai ikatan jangan gelisah,
Himpunlah ia bersama niat,
Andai lautan jadi pemisah,
Pantun ceria menyampaikan hajat. (makasih teman)

Madah tersisip pantun melayu,
Bergema hiba menyahut kembara,
Juadah di titip ke angin lalu,
Aroma tiba ku sambut gembira.

Masa muda duduk beramai,
Itu ertinya bujang sendiri,
Menjangkau usia lagilah permai,
Hidup berkeluarga sudah terdiri.

Apa rahsia di celah bulan,
Dara dan uda merenung sinaran,
Menjangkau usia bertambah pengalaman,
Masa muda tinggal kenangan.

Suara bertalu menahan resah,
Di dahan tempat menyapa hala,
Masa berlalu keadaan di robah,
Ikatan sahabat susullah semula!

Hari ni , cuaca kat sana bagaiman pula?

6tolak6 dimasukkan pada: 05-09-99 15:10 MST     Klik di sini untuk profail 6tolak6    Edit Mesej Anda
Hmmmmm... Sue_marie.... salam ceria di waktu petang..... dah petang dah...

Memetik buah di waktu senja,
menjelang malam mengigau pula,
Jasmani dipisah dik Laut China,
di ruang cyber kita semua berjumpa.

Terasa pedih terpijak paku,
terjengkit-jengkit menahan pedihnya,
Terima kasih pada bayu-bayu,
membawa kirimanku jauh ke sana.

Hari ini cuti pekerja,
ambil O.T untung juga,
Mengutip usia tiada bersisa,
terubat melihat bayi ketawa

Jom kita pergi Kedah,
mari melihat bendang sawah,
Berlalu masa mengukir sejarah,
memori sahabat dijulang indah.

Hari ni... macam siang semalam, redup berangin tetapi hujan tidak juga. smile

invisible dimasukkan pada: 05-09-99 16:02 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
iya selamat siang Sue ...
buat apa kat umah hari minggu ni ?

melirik senyum diujung bibir
rekah delima pemanis kata
selasih layu di tepi laman
mengintai rindu dibalik tabir
senyum ceria pemanis muka
kasih yang hilang ditangis jangan

harum sungguh bunga melati
petik sekuntum ditepi semak
buat hiasan disukan rakyat
kasih sejati mencengkam hati
meski badai datang mengamuk
agar ceria sepanjang hayat

eh Sue ni nak jadi DJ penyampai kaji cuaca ke
dah lama ke jadi DJ tu ....heheheh

sue_marie dimasukkan pada: 05-09-99 19:16 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
6tolak6....

Ya..sue balas ni..dah senja pun...salam manis..

Pergi berjaja sambil beramal,
Pada si bonda senyum melebar,
Nickname saja yang kita kenal,
Bergurau senda di alam siber.

Jeritan guruh mendayu-dayu,
Di celah siulan unggas yang parah,
Terlalu jauh perjalanan bayu,
Di tengah jalan terbias arah.

Berkirim email mendekatkan hati,
Bertukar cerita khabar dilayang,
Senyum sicomel penambat hati,
Menjadikan kita keluarga penyayang.

Ku kais-kais malam yang pekat,
Perjalanan kembara jauh di depan,
Pahit manis memori sahabat,
Kekal membara dalam kenangan!

so ..cuaca malam ni pun masih tak hujan lagi ya..

sue_marie dimasukkan pada: 05-09-99 21:05 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Invisible.....

hmm..salam, sue tak kemana ..seperti biasa deh..buat mana yang perlu..tau ajelah...

Biar keringat turun membasah,
Hendak ku duga laluan sepi,
Sudahku ingat rindu pun sudah,
tak hadir juga di dalam mimpi!

Padi ditampi tidak menjadi,
Di dalam sangkar punai bersenda,
Kasih sejati kasih abadi,
Segar mekar sebagai lagenda.

hehe... kalau jadi DJ kajicuaca pun bole juga ya...bukannya susah sangat...
malam ni, hujan pula kat sini ..tapi taklah lebat sangat...siang tadi, cuaca panas bole tahan juga..ok!

invisible dimasukkan pada: 05-09-99 22:24 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
Sue...
tak tolong mak masak ke ?

hujan ribut angin menderu
basah abis perca nya kain
sukar sungguh merisek rindu
rindu terbias ketempat lain

sejarah bermula di Sri Menanti
pupuk semangat arah ke pantai
lagenda bertakhta ditepian hati
meregut kasih patah terkulai

ait nampaknya kena bagi markah penuh ni ..
berapa markah Sue nak sebagai DJ ni ..

sue_marie dimasukkan pada: 06-09-99 08:54 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Invisible....

Salam & selamat siang...
dah minum?

Berlari masa tersilu gerimis,
Mengilai mentari di puncak gunung,
Sebak terasa pilu menghiris,
Hari ke hari rindu tak tertanggung.

Patah selasih di hinggap merpati,
Tertitis darah berwarna putih,
Lagenda kasih bukti sejati,
Tercipta sejarah hidup berkasih!

hmm..markah penuh...!! ..hari ni cuaca pagi ..panas mula terasa..entahlah kalau bisa bertahan hingga ke petang..!

JinAir dimasukkan pada: 06-09-99 09:21 MST     Klik di sini untuk profail JinAir  Klik di sini untuk menghantar email kepada JinAir     Edit Mesej Anda
assalammualaikum JinAir ucapkan
kepada kawan-kawan yang rancak perbualan
masuk JinAir tidak ketentuan
maafkan JinAir yang kurang isi perbualan


to kasturi kekekeke i am very happy
the offer you make is very interesting
one thing for sure make me very happy
if i can swing from sky bridge it be interesting

(another alternative way of using the sky bridge like in entrapment kekekekekekekee)

eerrr at the moment JinAir out of idea
to put forward a pantun and eerrr eeeerr
just to say hello to all, that i am clear
sue, 6-6, invi, s_ana and kasturi happy and ceria err errr

suddenly idea come across mind
before terforget and out of my mind
to friend email/post a note be remind
debt they owes will not be left behind

kekekekeke yek sue

Penjejak_Badai dimasukkan pada: 06-09-99 11:34 MST     Klik di sini untuk profail Penjejak_Badai  Klik di sini untuk menghantar email kepada Penjejak_Badai     Edit Mesej Anda
A'kum...
SAlam perkenalan kpd semua yg pandai berpantun...


Penjejak_Badai dimasukkan pada: 06-09-99 12:01 MST     Klik di sini untuk profail Penjejak_Badai  Klik di sini untuk menghantar email kepada Penjejak_Badai     Edit Mesej Anda
A'kum...

Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya nie budak baru belar,
Kalau salah tolong ajarkan.

Anak kecil bersopan santun,
LAgaknya bagai Puteri Bunian
Buat yang arif lagi bijaksana berpantun,
SAlam diberi, tanda perkenalan.
_________
Saya jual pada Sue_marie ye

Pulau Sentosa dikelilingi buih,
Pulau Bakam nampak melintang,
Apakah tak takut mentulam kasih,
NAnti ditikam jarum panghalang?
______
Ni pula utk 6 - 6 OK

PAkai baju koyak rabak,
Tepi sungai memetik cempedak,
KAlau tak dengar cakap mak bapak,
Tepi jalan engkau tercampak.

______________
Buat invisible,

Buah manggis jangan dihiris,
Pohon jambu ditengah taman,
Hendakku tangis tidak tertangis,
Tinggallah sedu sepanjang zaman

TAnjong KAtong airnya biru,
Tempat mandi nak dara jelita,
SAma sekampung lagikan rindu,
Inikan pula jauh dimata

Ikan sepat dimakan haruan,
HAruan dimakan sedap terasa,
WAlaupun kita sama berjauhan,
Dengan lembaran boleh bermesra


6tolak6 dimasukkan pada: 06-09-99 12:10 MST     Klik di sini untuk profail 6tolak6    Edit Mesej Anda
sue_marie...
salam tengah hari... awal hari ni yer ?

Lemang kuaci hidangan bonda,
ayahda memakan mendendang seloka,
diselangi nenekda, atukda berdua.
Memang di sini bersapa nickname sahaja,
berusaha teman ke HP yang dibina,
di HP indahnya bersua ceria pemiliknya.

Bertandang E-mel misteri pengirimnya,
susah downloadnya berjela masa,
rupanya sahabat empunya seloka,
Riang si comel penyeri rumahtangga,
terserlah surga keluarga bahagia,
moga-moga berkekalan buat selamanya.

Di ruang ini kita berbicara,
disusun kata sekadar berbahasa,
bahasa berima... dirangkap tiga.
Hmmmmmm... nampaknya teman dah kering idea,
oklah sekian dulu teman berpantun kata...
salam sihat dan ceria untuk semua warga.

sue_marie...
malam tadi tak hujan... siang ni panas... petang nanti.....

6tolak6 dimasukkan pada: 06-09-99 12:30 MST     Klik di sini untuk profail 6tolak6    Edit Mesej Anda
Hmmmm.... penjejak badai...
penjejak 6tolak6 nak membeli...
terimalah jurus seribu pedang pulang berkubang ini...

Kalau ada lumpur di bendang,
boleh kerbau menumpang berkubang,
Asyik berkubang sampai ke petang,
Ke tepi jalan hamba dibuang,
ku pergi tunggu di tepi longkang,
moga nenek datang membawaku pulang.

salam ceria...

[Mesej ini telah diubah suai oleh 6tolak6 (pada 06-09-99).]

kasturi dimasukkan pada: 06-09-99 14:30 MST     Klik di sini untuk profail kasturi    Edit Mesej Anda
Maaf baru dapat join... sangkut tadi...

Salam kengkawan,
Di pagi hari naik perahu
Sarat kuini di dalam peti
Tetapkan hari tandanya mahu
Kast di sini sedia menanti..

jugak buat 6-6...
Daun meranti siat-siatkan
Anak angsa berkejar-kejaran
Dapat dilihat di ujung pekan
Ilmu IT kita lengkapkan
Pusaka bangsa kita kekalkan
Bekalan akhirat kita siapkan

p/s - akak balik JB ujung minggu hari tu.. nenek akak admitted... tak sempat singgah melaka... kalau tak boleh belikan cencaluk buat 6-6....

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

Assalamualaikum JinAir..
Cutting down trees to make a bridge
Crossing the bridge to go to Prai
Don't swinglah from the Skybridge
If you fall everbody's gonna cry...

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

Invisible..
Pagi Selasa mencari duku
Senapang dilaras menembak tupai
Belum ku rasa tinggi dudukku
Langit di atas tak sampai ku gapai

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

Sue_Marie..
Bersopan santun anak pak Ghani
Di pinggir kali memakan keropok
Ceria berpantun di ruangan ini
Sayang sesekali dapatku nyampuk...

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%
s_ana..

Diatas peti seikat padi
Dialas kain tersusun rapi
Apa dinanti orang tak sudi
Carilah lain ramai menanti...

Senyum ana... bukankah ramai kawan-kawan di sini...

.. sambung nanti kalau ada kesempatan.. Insya Allah....


sue_marie dimasukkan pada: 06-09-99 15:42 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
JinAir: Salam untuk teman Air..hehe
tak tentu masuk..takpe JinAir..pantun aje deh!

Pohon kelapa melihat bulan,
Hendak di sapa terasa segan,
Sebelum terlupa hutang sahabat diingatkan,
Andai terlupa bolehkah dihalalkan?(bole?)

Seteguk air penghilang dahaga,
Dibekal bonda masa berkelana,
Pada JinAir, cik sue mohon bertanya,
Nickname anda dapat dari mana..?

suka lihat JinAir ketawa aje deh!..heheh

********************************************

Penjejak_Badai:Terima kasih sudi menyertai..
sue cuba balas ya...

Derita meruntun membawa gulana,
Malang dikenang senada gayanya,
Kita berpantun senuanya sama,
Bijaksana atau pun kurang, tiada bezanya.

Malam mencengkam senja dilontar,
Ayam di reban menagih mentari,
Jarum menikam apa digentar,
Rela berkorban demi kasih sejati!

Ketemu lagi kita ya..

6tolak6 dimasukkan pada: 06-09-99 15:52 MST     Klik di sini untuk profail 6tolak6    Edit Mesej Anda
terimalah beliannya
yang kering idea... (~_~)

Tilik meneka hari nak hujan,
tempayan berisi habis dibuang,
tunggu ditunggu cuaca cerah semula,
Celik IT kita jadikan kenyataan,
bekalan mengharungi alaf mendatang,
ilmu akhirat ampuh sebagai paksinya.

Berdikir barat mencadai seloka,
seloka gembira sepanjang hari,
Ilmu akhirat sebagai paksinya,
dengan nurhidayahNya terang menyuluh diri.

kak kasturi... moga diberkati perjalanan pergi dan pulang.
cencaluk tu... terima kasih

invisible dimasukkan pada: 06-09-99 16:42 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
Senyum ceria buat kalian yang menyertai pantun di persada ini, terharu sekali kerana kehadhiran kalian ... dan doa dikirim agar kalian berada dalam sehat walafiat ...
Buat Kasturi,Sue,6tolak6,JinAir,S_ana dan kehadhiran Penjejak_Badai dan semua nya ..

masak ranum buah di peti
ambil sebiji sibuah pala
senyum ceria pegganti diri
bercanda bermesra bergurau senda

lada hitam dari Kimanis
banyak ditanam gunakan benih
jangan menangis SUE yang manis
buang yang keruh ambil yang jernih

jejak bertapak tiada karuan
mampir kepersada seorang diri
penjejak..jangan diikut hati yg rawan
ceriakan diri bersenda disini

Kasturi..

buah belimbing buah peria
ditanam orang berkerat kerat
nama mu harum dipersada ceria
jaga lah ia sepanjang hayat

paparan hidup dilitup senja
gerimis mengundang kepuncak syahdu
madah bermadah pengubat duka
agar sepi tiada membelenggu

Buat semuanya ..salam ceria
dan ketemu lagi di lain kesempatan
byeeeee


[Mesej ini telah diubah suai oleh invisible (pada 06-09-99).]

sue_marie dimasukkan pada: 06-09-99 21:31 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Salam kenkawan semua....

Sue memohon maaf, ruangan ini terpaksa ditutup kerana mesej dah sampai ke tahapnya....

Mana2 pantun yang belum dibalas akan dimasukkan dalam episod seterusnya..sekali lagi maaf sue pohon andai:...

Berpantun berbicara bergurau senda,
Alpa sedikit jangan terasa,
Pantun bersambung di lain persada,
Maaf di pinta menutup cerita.

Terima kasih

Masukkan Topik Baru   
Masuk ke:


HangTuah | Melayu.com