Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Masukkan Topik Baru  Jawab Mesej Ini
  Melayu.com: Sembang2
  Sembang-Karya
  Cuba-cuba Berpantun LAGI..4..!!

profail | daftar | opsyen | sol | carian
Nama Mesej
sue_marie dimasukkan pada: 25-08-99 08:55 MST   Klik
 di sini untuk profail sue_marie   Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie   Edit Mesej Anda
Salam sayang...SAYANGG selalu..!!

Cuba-cuba berpantun LAGI..3..!! sue ingat nak rehatkan dulu.... tapi nampaknya kena sambung lagi di bahagian 4 ...
Terima kasih kepada semua yang sudi menyertai samada member baru maupun yang dah biasa bersama....
seperti mana lazimnya, izinkan sue buka pantun pertama sebagai pengiring pantun-pantun seterusnya....
Dengar ya...

Cuba Berpantun LAGI.3.! penuh kenangan,
Sudah ditutup masih diselongkar,
SEMBANG KARYA tambat kenalan,
Tidaklah redup hati yang gusar.

Ruangan SEMBANG melabur karya,
Pantun, sajak, novel dan lukisan,
Jangan dipandang sertailah segera,
Kalau ditolak takut terkilan!

Hmm.. ok..teruskan ya..

sue_marie dimasukkan pada: 25-08-99 18:23 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
sesape nak cuba jawab pantun sue ni..
dengar ya..

Duduk di sisi jeling memikat,
Padi ditabur mana tempatnya,
Nak tanak nasi air disukat,
Menjadi bubur mana silapnya?

rainbow dimasukkan pada: 25-08-99 18:48 MST     Klik di sini untuk profail rainbow  Klik di sini untuk menghantar email kepada rainbow     Edit Mesej Anda
makan bubur aje lah Sue ...

waktu petang ke Kuala Lumpur
beli burger dan spaggheti
mungkin sedang menyanyi didapur
atau bersolek dikamar mandi

jangan mare Sue .... teka aje tu

JinAir dimasukkan pada: 25-08-99 19:41 MST     Klik di sini untuk profail JinAir  Klik di sini untuk menghantar email kepada JinAir     Edit Mesej Anda
menjadi bubur mana silapnya?
menyanyi, mandi mungkin sahaja
telur asin, sayur jeruk sedap rasanya
dimakan dengan nasi bubur sahaja

kekekekee kan kan kan kan

sue_marie dimasukkan pada: 25-08-99 21:45 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
rainbow: he he he..bubur pun bole juga..kan!
pandai pula teka ya..sue tak mare pun...

Mungkin di benak mimpi dah lebur,
Minda belayar angan mencelah,
Nasi ditanak dah menjadi bubur,
Perut dah lapar makan sajalah!

--> betul ya...

*************************************************

JinAir : hah..AIR teman sue selain API..
ya..ya..ya..betul..!

Di tepi kuala merendang subur,
Gugur kelopak sujud di tangan,
Sekali sekala dihidang bubur,
Terasa enak tak cukup sepinggan.

--> Hmmm....

Pantun seterusnya...
dengar ya..

Berkilau padi tercalar merkah,
Di tengah perdu gelisah semalu,
Kalau mimpi bertukar wajah,
Kenapa menghidu kisah berlalu?

[Mesej ini telah diubah suai oleh sue_marie (pada 25-08-99).]

rainbow dimasukkan pada: 26-08-99 11:54 MST     Klik di sini untuk profail rainbow  Klik di sini untuk menghantar email kepada rainbow     Edit Mesej Anda
Sue masih lapar lagi ke?
masak maggi camno ?

putera memburu guna belati
dapat seekor masak cencaru
kisah lalu menyelimuti hati
memori sendu tapi merindu

dah abis ke bubur tu Sue?

jinair...nak bubur ke nak maggi?

senja berlalu undurkan diri
tunai solat di tepi pekan
habis bubur masak maggi
makan dipantai bakar ikan

ok jinair.....

S_ana dimasukkan pada: 26-08-99 12:20 MST     Klik di sini untuk profail S_ana    Edit Mesej Anda
salam dari ana..

sue..ana cuba kay..

meraut lidi tepi halaman
hari indah cuaca tak mendung
mimpi yang indah jadikan kenangan
yang pahit nanti janganlah selindung

budi teruna kasih dipadu
dara di pantai menjadi saksi
biar pilu pergi berlalu
yang kelak manis menjelma nanti

ok ker nih??

invisible dimasukkan pada: 26-08-99 13:15 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
dah ok tu Ana...
Sue kemana ni? sebok kot ....??

seram sejuk menyeberang titi
takut jatuh tertimpa dahan
kenangan sejenak mengusik hati
pahit terasa bila berjauhan

masak gulai ikan tenggiri
masak pedas enak nya bau
ceria senyum manis sekali
kenangan pahit pasti berlalu

Sue...belum muncul lagi ke?
mungkin mabuk makan bubur tak?

kerat rotan berganda ganda
bawa ke pekan dengan perahu
rindu kenangan menjadi lagenda
mabuk seketika waktu merindu

jangan mare Sue...hehehehe


sue_marie dimasukkan pada: 26-08-99 15:49 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
rainbow: Hmm..lapar lagi nie, sekadar bubur aje..tak bole tahanlah..maggi?sedap gak tuu..

Bulan kelu wajahnya suram,
Rerama tersendu di hujung tasik,
Bukan menghidu kisah semalam,
Cuma rindu kunjung mengusik.

-->rainbow ade stok maggi tak..?

*****************************************

S_ana: Haii ana..salam, ketemu lagi di sini ya..
Cuba-cubalah berpantun ana...

Hati-hati dibelit angan,
Takut terlupa kasih menanti,
Berlari mimpi dibelit kenangan,
Suka dan duka silih berganti.

-->ok tuu ana..best pun!

Pantun seterusnya:

Siulan nuri didengar kenari,
Bergema indah melirik sepi,
Bulan mentari sinar berseri,
Yang mana satu seri di hati?

ok..teruskan deh..!

rainbow dimasukkan pada: 26-08-99 17:30 MST     Klik di sini untuk profail rainbow  Klik di sini untuk menghantar email kepada rainbow     Edit Mesej Anda
banyak Sue ..berapa trailer Sue nak

cari rotan akar cemati
padi huma lebat dikuala
rindu meredah mencuit hati
bayangan menjelma membelai mesra

ranum buah nya dihujung dahan
mari dimakan diwaktu pagi
sukar sekali membuat pilihan
dua dua memikat hati

heheheh

sue_marie dimasukkan pada: 26-08-99 18:17 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Invisible: sue ade nie..bz juga lah..tapi pantun tak lupa deh..
begini....

Didepan pintu melayang memori,
Teramat sukar mengenal keluhan,
Saban waktu berselang hari,
Cerita bertukar tinggal kenangan.

Mekar di taman mengusik minda,
Lalu merajuk buluh perindu,
Biar kenangan menjadi legenda,
Usahlah mabuk jangan merindu.

--> sue tak mare..biasa deh..

sue_marie dimasukkan pada: 26-08-99 19:18 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
rainbow: eehh, banyaknya maggi ..sue nak ambik..tapi jauh ehh..tak perrlah..
hmm..dengar ya..

Berperi rembulan ke dasar lautan,
Badai terseksa bergelut merana,
Diberi pilihan sukar nak tentukan,
Andai terpaksa nak buat camana.

Jauh merpati bersiul merdu,
Gamat ketawa bersenda asmara,
Kalau hati dah dicuit rindu,
Alamat jiwa dilanda gelora...

--> hmmm..

invisible dimasukkan pada: 26-08-99 22:36 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
cerita apa lak Sue ?

ke pakan sari mencari api
singgah membeli sekati gula
kenangan datang sebagai mimpi
bila siang hilang lah dia

nenek kebayan tinggal berdua
bersama cucu tidur diserambi
tabah sekali hati si dara
kenangan lalu kian menyepi

kalau marah kena jual tau ..

sue_marie dimasukkan pada: 27-08-99 09:53 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Invisible: salam..cerita, biasa2 deh...

Jangan dijampi ombak lautan,
Takut resah di depan suria,
Dalam mimpi mengorak kenangan,
Menyimpul kisah sedih dan ceria.

Tumbuh melata bagai pemisah,
Dahan melati didayung perahu,
Orang berkata sidara tabah,
Dalam hati sendiri yang tahu.

sue:..kena jual?hehe..jual pun tak laku deh..!

Kitana dimasukkan pada: 27-08-99 10:06 MST     Klik di sini untuk profail Kitana  Klik di sini untuk menghantar email kepada Kitana     Edit Mesej Anda
Assalamualaikum sue_marie dan kengkawan.... saya nak mencelah boleh??

Pergi meniti terpijak bara,
Lain kali siap sedia,
Dalam hati rindu gelora,
Bila bersua hilanglah ia.

invisible dimasukkan pada: 27-08-99 10:22 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
ok sue ....dah breakfast ke ?

pulau pandang sayup membiru
awas sedikit pasir nya jerlus
mimpi bertandang dikala rindu
hanyut kenangan dibawa arus

masak lemak sayur keladi
masak gulai siikan aya
merendah diri sifat terpuji
teruskan usaha pasti berjaya

Sue...
dulu kencana kina gaharu
nasib orang sapa yang tahu.

kitana...asalamualaikum apa kabar ?
bole aje kitana..jangan bimbang

petang petang asyik bercanda
bergurau senda di tepi kali
dalam merindu harus waspada
kasih terkulai dimamah sepi

jaga diri...senyum yer

sue_marie dimasukkan pada: 27-08-99 13:50 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Kitana:Salam Kitana...mencelah aja?..bole..bole..!tapi kan molek lagi kalau teruskan berpantun..

Melerai sayang di ambang gua,
Berlagu gurindam puteri bunian,
Bercerai pandang antara benua,
Rindu mencengkam terpaksa ditahan!

terima kasih ..

*******************************************

Invisible :.sue makan dah nie...jom, makan...

Berdarah parut mengalir pilu,
Terkena pancing menyambar luka,
Arus menghanyut kenangan lalu,
Ketemu tebing terdampar seketika.

Cahaya terang asyik menuba,
Sambil menunggu di rumpun buluh,
Budi pun kurang masih teraba,
Tak cukup ilmu buat penyuluh.

terima kasih..

invisible dimasukkan pada: 27-08-99 14:26 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
Sue makan apa lunch tadi...
makan dengan big bro ke ?

jangan kangen sebarang kangen
kangen bertaut dipulau sendu
termenung ditebing terjerut kenangan
buat bekalan mencari rindu ....

waktu senja memandu kereta
silap langkah disaman polisi
budi lebur kerana harta
mata tersilau samar kembali

kembali...malam ni nak apa lak Sue ?

Kitana dimasukkan pada: 27-08-99 16:12 MST     Klik di sini untuk profail Kitana  Klik di sini untuk menghantar email kepada Kitana     Edit Mesej Anda
Betul ke boleh sue_marie? Yaahhoo......tak payahlah mencelah lagii..

Err..apa tu kangen??

sue_marie dimasukkan pada: 27-08-99 20:58 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Inv; Hai..lunch tadi makan sandwich jer..makan seorang kat opis..

Nyiur merajuk digoyang angin,
Di lereng gunung jeram berbisa,
Usah dipujuk rindu yang dingin,
Kelak termenung memendam rasa.

hmm..mane rainbow ni Inv....?

Pantun sue seterusnya.....

Menyerlah pelangi guruh berdendang,
Suria terlelap kerana risau,
Tinggilah tinggi si bangau terbang,
Kenapa hinggap di belakang kerbau?

**********************************************

Kitana:betul lah ni Kitana...tak yah celah2 lagi..masuk aje terus..ok!
kangen? tuu kena tanya tuan punya pantun ok...jawab Inv...

invisible dimasukkan pada: 27-08-99 22:53 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
Sue......sandwich buat sendiri ke atau beli?

angsa sejoli berjalan ke kota
mungkin lapar mencari roti
rasa terpendam melamun derita
menanti sidia hilang menyepi

entah kemana rainbow...mungkin bercuti kot.

perahu luncur belayar ke Rokan
sarat muatan biji selasih
bangau lapar nak cari makan
atau rindu menuggu kasih ....

nak suruh Rainbow ...jawab ke Sue?

JinAir dimasukkan pada: 28-08-99 08:29 MST     Klik di sini untuk profail JinAir  Klik di sini untuk menghantar email kepada JinAir     Edit Mesej Anda
kekekekekekek eerrr buat sue...

berkilau padi tercalar merkah
dicelah perdu gelisah semalu
jika mimpi, mimpilah yang indah
kini dan esok penting, yang lepas biar berlalu

kekekekekekeke buat rainbow...

senja berlalu undurkan diri
tunai solat di tepi pekan
bubur, ikan bakar mahu pun maggi
yang penting makan, jangan tidak makan

kan kan kan kan kekekekekeek

renung jauh ditengah lautan
sabut hanyut tenggelam timbul
maafkan JinAir lambat beri jawapan
pc kat pejabat, berjumpa kalau JinAir timbul

eerrrrrr mc semalam 27.8.99

rainbow dimasukkan pada: 28-08-99 09:11 MST     Klik di sini untuk profail rainbow  Klik di sini untuk menghantar email kepada rainbow     Edit Mesej Anda
Salam di angin lalu....
Sue keje ke hari ni?

waktu pagi memakan laksa
laksa dimakan sambil berlagu
kenapa hati berdebar rasa
menunggu pantun/merisek rindu?

jinair...kita buat pesta Maggi ...nak?

siang malam rindu membayang
asyik teringat yang udah pergi
kalau makan biar lah kenyang
agar tidak kepunan nanti

ok teruskan ...... )

sue_marie dimasukkan pada: 28-08-99 10:42 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Invisible: Hmm..sandwich..kawan tolong belikan kat kedai bawah..

Madah bercinta cuba dihimpun,
Buat penyeri di halaman senja,
Jangan derita hendak dilamun,
Dara menyepi bebanan kerja.

Datang mengimbau kenangan lama,
Lalu berdarah parut di hati,
Belakang kerbau makanan apa?
Atau memang telah berpadu-janji.

--> rainbow bercuti? hehe..tak perrlah..

********************************************

JinAir : Hmmm...selamat siang JinAir..
ni JA asyik gelak..suka deh...

Di kala senja memetik kecapi,
Gemanya elok berlagu puisi,
Bukan sengaja mereka mimpi,
Hari ini dan esok belum pasti lagi...

Berkocak air diusik resah,
Jatuh menghempap sidahan meranti,
Wahai JinAir usahlah gundah,
Terlambat jawab kami setia menanti.

-->nape mc JA...?tak sehatker..?Dah ok..i hope!

*****************************************

rainbow: Salam kembali..hari ni keje menimbun lah..camana pun pantun masih bole ni..

Rimbun melati di tengah kelapa,
Kenapa dilurut tepian tasik,
Pantun dinanti datang menyapa,
Bolehkah surut rindu yang merisik!

sue: mohon maaf andai pantun sue buat teman tertunggu2 ya...pagi ni keadaan tak mengizinkan..

invisible dimasukkan pada: 28-08-99 11:37 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
Sue..tolong belikan I RM10.00 bole tak?
sandwich tu ... lapar ni

enak sekali silimau tambun
dari Ipoh dibawa kesini
sudah kan dulu keje bertimbun
bila abis kunjung lah kemari

ramai orang di pasar raya
asyik berbual sedari tadi
masa berlalu tidak dihirau
makanan menunggu setiap masa
kutu dan pirah telah tersaji
janji berpadu di tanduk kerbau

sue...pirah/kutu ( ticks )

rainbow dimasukkan pada: 28-08-99 14:24 MST     Klik di sini untuk profail rainbow  Klik di sini untuk menghantar email kepada rainbow     Edit Mesej Anda
Sue dah siap ke kerja tu ...?

aduh tinggi nya si pohon kelapa
dipanjat orang waktu pagi
rindu terlerai sewaktu menyapa
dan rindu kembali setelah pergi

esok hari minggu..kemana Sue ?

sue_marie dimasukkan pada: 28-08-99 17:32 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Inv:ciannyer inv...dari siang tadi minta belikan sandwich..sue terlelap lak..keletihan ni..

Tragedi siJebat bakal terjadi,
Dahulu kala digelar derhaka,
Di hujung keris bergelumang darah,
Kerja di pejabat emangnya begini,
Sekali sekala perlukan segera,
Tak siap di opis sambung di rumah!.

Langit memerah hari pun risau,
Pesan diutus berbisik merdu,
Kutu dan pirah makanan si bangau?
Patutlah kurus asyik merindu...

*******************************************

rainbow: keje tak bole habis punya... yang segera terpaksa di dulukan...

Sarat muatan pedagang di kuala,
Buah berangan dibawa berniaga,
Ibarat air ada pasang surutnya,
Begitukah gerangan rindu yang melanda?

sue: hari minggu ..mungkin dok rumah siapkan keje lagi..

invisible dimasukkan pada: 28-08-99 18:49 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
takpe Sue dah makan nasi briyani dah
emmm kenyang ni ..

rajin sungguh sidara pinggitan
dari Pejabat ke rumah pula
sampai tak sempat nak tengok wayang
begitu lah hidup perlu kan makan
rajin dan usaha pasti berjaya
buat abah dan mak sayang

bunga ditaman berwarna warna
mekar sekuntum ditepi kolam
kurus sibangau ada hikmat nya
mencari makan di air dalam

tentu sebuk esok tu ...nak masak dan basuh pakaian kan ?

sue_marie dimasukkan pada: 28-08-99 21:02 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Inv: hmm..makan nasi briyani ya..maafkan sue tak sempat nak beli...

Kalau bekerja tak kira waktu,
Tempat bekerja di mana pun sama.
Bukan hiburan yang hendak diutamakan,
Kasih umi abah kasih berpadu,
Perlu didamba selagi ada,
Buat bekalan di masa depan.

Indah bersulam nian mentari,
Merkah laluan dicelah tasik,
Di air dalam makanan dicari,
Tiadakah makanan di air cetek?

sue: Tak lah sibuk sangat..biasa aje deh..selalu2 pun kena basuh dan masak juga..

invisible dimasukkan pada: 29-08-99 13:07 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
takpe Sue dah kenyang ni..lain kali aje ok

dari muara angin bertiup
kencang sungguh diwaktu senja
mendung berlalu arah ketepi
buat lah jasa semasa hidup
ayah dan bonda biar lah ceria
agar senang hidup mu nanti

hamba tidak pandai menyurat
hanya menyurat diwaktu malam
kakinya panjang sudah kudrat
kan lebeh senang diair dalam..

pakai washing machine kan senang ...
tak lah penat sangat yer..

sue_marie dimasukkan pada: 29-08-99 21:13 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Inv:..sue mohon meneruskan pantun ya...

Cahaya dibenam menatang restu,
Bertandang bulan menerpa mentari,
Lumrahnya alam memang begitu,
Senang2 disisihkan, susah pula dicari.

Indah purnama kerana serinya,
Indah mentari kerana surianya,
Indah bunga kerana apa?
Kumbang menyeri manisnya saja..

pakaian kerja, sue basuh dengan tangan ...hmm..biasa dah!

invisible dimasukkan pada: 29-08-99 23:25 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
iya Sue teruskan yer .... no problem

kumbang kelapa tanduknya dua
patah satu dilanggar kunang
jangan lupa budi dan jasa
tidak terbalas tetap dikenang

kilau cahaya di seri suria
nampak dipuncak di Pulau Kundur
warna dan madu seri nya bunga
elok berjaga sebelum terlanjur

emmm tentu kain sutera tu .... )

sue_marie dimasukkan pada: 30-08-99 09:23 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Salam dan selamat siang semuanya...
bicara sue seterusnya..begini....

Orang tua selalu berpesan,
Jagalah diri waspada sentiasa,
Pada si dara dibekal harapan,
Insyaallah dijauhi segala bencana!

ini suara hati sue....

Hembusan bayu mencengkam pilu,
Mengikis sunyi pada daki laut,
Walaupun melayu bukan bangsaku,
Di Melayu.com ini hati terpaut.

--> inv..bukan kain sutera pun basuh ngan tangan juga...

CikAnn dimasukkan pada: 30-08-99 11:00 MST     Klik di sini untuk profail CikAnn  Klik di sini untuk menghantar email kepada CikAnn     Edit Mesej Anda
Hai Sue_marie,

Maaf ! Cik Ann bukan nak berpantun tetapi....nak confirm-kan ada terima e-mail tak ? Tolong semak !

invisible dimasukkan pada: 30-08-99 12:32 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
Sue check email tu ... kalau ada jawab pada Cik Ann ...... ok

Sue ... dengar kan ..

senandung malam riang ceria
lagu merdu menghibur hati
bahagia sentiasa restu orang tua
agar selamat di perjalanan nanti

teratai kiambang wangi sekali
tumbuh di air di gigi muara
persada sembang menarik hati
tempat berkenal bercanda mesra

Sue...guna sabun apa ...
jaga jaga warna nya jangan luntur yer ...

sue_marie dimasukkan pada: 30-08-99 14:25 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Cik Ann : Hai Cik Ann...

sue dah terima email tuu..dah jawab pun... check email, dapat ker tak...
kalau belum..inform sue semula ya..

Bertemu bukit membelah persada,
Di hutan terjalur berbayang cahaya,
Ilmu sedikit apalah yang ada,
Bantuan dihulur setakat yang terdaya.

Jika tuan menebang jati,
Batang diikat condong ke barat,
Jika kalian setuju sehati,
Panjangkan maklumat nyatakan syarat2.

ok..!

*********************************************

Inv : sue dah balas email Cik Ann tuu.. don't worry..
Hari ni, sue tak keje..mohon CUTI!

Indah berseri mahligai puncak,
Tempat bersemayam raja perkasa,
Hidup ini jangan berpihak,
Kelak badan rosak binasa.

Bertandang suria gemawan dibaluti,
Menyuluh rimba jalanan kembara,
Sembang KARYA pilihan hati,
Ilmu ditimba kenalan bermesra.

apa2 sabun pun boleh inv..sue tak kisah..yang penting sesuai dan tidak merosakkan tangan..

S_ana dimasukkan pada: 30-08-99 14:34 MST     Klik di sini untuk profail S_ana    Edit Mesej Anda
lame betul ana tak munculkan diri..
maaf yer kengkawan..
susah kalau surf kat lab nih...
ape kabar suma ...sue,inv,jinair,rainbow??


merisik kabus di balik awan
mentari merah galak ketawa
kusanjung kupuja rindumu tuan
hingga diri keluarga dilupa

sirih junjungan adat nan lama
tinggi kusanjung pusaka berzaman
restu bonda kupohon sentiasa
ayahanda kunanti doa perjalanan

mawar berseri di taman hati
namum kupetik si bunga balung
rindu haluan tidak berhenti
ibarat lautan tiada penghujung

ana tanya satu boleh..?

cahaya rembulan menyuluh kelam
tempua terbang pulang ke sarang
sudah kubaja kasih semalam
mengapa layu di buang orang?

invisible dimasukkan pada: 30-08-99 19:03 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
Sue cuti ?
nak sambut Hari Merdeka ke ?

mudah2an cik ann akan terima email u tu ..

hiruk pikuk bunyi nya angsa
makan jeruk bersama tauhu
jujur ikhlas biar sekata
merendah diri tidak terlalu

waktu petang mengail gelama
gelama dikail diatas perahu
ruangan lain jangan di lupa
memberi idea sekadar termampu

kalau camtu pakai glove atau guna Handy lotion aje Sue.... senang kan?

****************************************
S_ana ....
Inv baik baik aje ....
asalkan muncul ok S_ana ....

hujan lebat disana sini
mungkin banjir di Pulau Kapas
rindu bercanda dipersada ini
ilangkan boring penat bertugas

hanyut sampan arah ketepi
meredah ombak hala ke tepian
rindu berpantun ceriakan diri
pengubat rindu dikala kesepian

yang ni agak susah ni S_ana ...
emmm di cuba yer ..

cantek sekali parasnya puteri
bertakhta dinobat dinegeri Kebayat
kasih sejati pasti abadi
tidak terlerai sepanjang hayat

mungkin salah guna baja tu S_ana
cuba guna baja yang lain pulak..mungkin berkesan kot ...

sue_marie dimasukkan pada: 30-08-99 21:22 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
S_ana : Salam ana...hmm..lamanya tak pantun ya ana..
sue baik aje ..cuma rindu pada pantun korang ni ...

Geseran perindu bernada semangat,
Hati terbuai di pintu senja,
Haluan rindu tiada penamat,
Selagi dibelai selagi itu bermanja.

Beralih senja suria menyisih,
Si bujang senang mengganas pula,
Terlebih baja layulah kasih,
Dibuang orang risiklah semula.

macam ana..cari lain aje ...boleh kot?.

sue_marie dimasukkan pada: 31-08-99 07:07 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Salam kemaafan buat Invisible......
maaf Inv..terlewat balas pantun ni..tak sempat pula semalam..ade hal , so pagi ni baru dapat...selamat siang semua dan Selamat Hari Merdeka.....

Gundah kenari di luar persada,
Kembang kelopak dipupuk kumbang,
Merendah diri biar berpada,
Asalkan tidak dipijak orang.

Deruan angin dingin nan nyaman,
Ibarat kupu-kupu terbang ke ufuk,
Sembang yang lain juga berkenan,
Setakat yang mampu boleh juga nyampuk.

Pantun sue seterusnya.....

Lamanya hidup tambah pengalaman,
Lama belajar ilmu berganda,
Lama berjalan luas pandangan,
Lama menanti apa pula akibatnya?

Hmmm..ok ya...

invisible dimasukkan pada: 31-08-99 18:47 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
No problem Sue ...
selamat menyambut merdeka buat Sue dan teman teman yang lain .....

hati terpikat kerana budi
budi tersemai haluan biduk
ikut saja rasmi padi
kian berisi kian menunduk

cantik warnya nya si kucing tampuk
hitam dan puteh lebat berseri
berhati hati waktu menyampuk
agar tidak terguris nanti ...

ok teruskan ...

enak sekali kuahnya laksa
mari dimakan sebelah pagi
lama menanti gelisah terasa
berdebar debar didalam hati

Sue tak terlibat ke dengan perarakan merdeka?

sue_marie dimasukkan pada: 31-08-99 21:15 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Salam Inv....
Merdeka ya...ok!

Jangan melukut tepian gantang,
Nanti si antah melaung padi,
Jangan diikut rasminya lalang,
Bermegah diri menyombong diri.

Bagai menangis langit nan bersih,
Kasih sejati dirundung derita,
Hati terguris memanglah pedih,
Tabahkan hati elakkan sengketa.

Hmmm....begini ..

Dalam hati ada rasa,
Sedang menanti suka dan duka,
Lama menanti jiwa terseksa,
Debaran hati gundah senada.

sue tak terlibat pun dalam apa2 perarakan merdeka itu...

6tolak6 dimasukkan pada: 31-08-99 22:15 MST     Klik di sini untuk profail 6tolak6    Edit Mesej Anda
salam kemerdekaan pada Sue_marie dan semua
boleh tompang...

Mentari merah di waktu senja
Beburung di sarang melelapkan mata
Pada tuan rumah dan semua warga
Bolehkah menumpang barang seketika

Pergi ke dusun memetik manggis
sayang bunganya gugur muda
Didusta kasih hati menangis
mendustai ayahbonda apa bicara.?

Jula juli si bintang tiga
itulah tajuk cerita malam ini
Jenuh gak pantun nak direka
Oklah semua cukuplah 3 kerat ni

invisible dimasukkan pada: 31-08-99 22:25 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
Merdekaaaaaaaaa !!!!
adar merdeka akan kekal buat selama2nya...

lain padang lain belalang
belalang besar boleh dimakan
jangan di runsing pada si lalang
cari RACUN spray dan tinggalkan

duduk termenung ditepian dermaga
waktu senja merenung sendiri
sengketa datang tanpa diduga
berlalu sudah secebis memori

emmmm .....

dari jauh ku sangka api
jika api mana bara nya
senada seirama bagaikan mimpi
tergaris rindu memehat nostalgia

Sue......esok cuti lagi ke?

invisible dimasukkan pada: 31-08-99 22:32 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
salam buat 6 - 6
anda tetap di hurmati ... ok teruskan

burung dara panggang di api
buat santapan Panglima Garang
datang lah bertandang mengelak sepi
semoga terlerai rindu yang walang

waktu petang menjemur kain
kain dijemur di hari Jumaat
kasih berdusta, cari yang lain
dustai rangtua hidup tak selamat

ramai orang berhijrah ke kelantan
hajat nak beli gelang suasa
hingga ketemu dilain kesempatan
ceriakan diri teruskan bercanda?

6-6 .... kirim salam kat Mdam/Sawit yer ..
byee

JinAir dimasukkan pada: 01-09-99 09:06 MST     Klik di sini untuk profail JinAir  Klik di sini untuk menghantar email kepada JinAir     Edit Mesej Anda
assalammualaikum kengkawan semua
pagi yang cerah tidaklah sunyi
amacam sekarang kengkawan semua
diharap sihat invi, s_ana, sue dan lainnya kini

kemerdekaan di sambut meriah sekali
dah beratur berarak malamnya bunga api lagi
hala tuju negara jelas sekali
apa pula hala tuju kengkawan dialaf baru ini?

merdeka negara tidak dijajah lagi
merdeka rakyat boleh perjuang nasib sendiri
merdeka minda boleh berfikir bebas sekali
merdeka pada kengkawan, eerrr apa erti?

kekekekekee...iyer deh sue...emangnya happy

sue_marie dimasukkan pada: 01-09-99 10:36 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
6_6: Hmm..salam merdeka juga buat mu...
tompang lagi?..tak payah tompang2...masuk aje deh!

Mengapa suram lembayung meniti,
Digelak awan menyusun gumpalan,
Wahai 6-6 yang sue segani,
Kecil tapak tangan 'Cuba Berpantun' sue tadahkan.

Berdusta itu keji perbuatannya,
Orang berdusta ada sebabnya,
Kasih berdusta menangis jadinya,
Mendustai ayahandabonda samalah dehakanya!

Indah meruntun pelangi desa,
Angin berderuan pula menjelma,
Tuan berpantun terasa jenuhnya,
Tak kesedaran tiga rangkap jadinya!

Terima kasih ya

*******************************************

Invisible: Selamat siang Inv dan semua..

Terbang melayang burung kenari,
Helang berbisik menyelak pintu,
Biarkan silalang bermegah diri,
Jangan diusik kalau tidak menganggu.

Cerita berkisah di tengah bendang,
Puteri Bunian turut menduga,
Sengketa singgah tanpa diundang,
Usah dilayan berlalulah juga.

Menyusur muara memetik kemboja,
Tiada resah si Bujang kelana,
Senada seirama sehati sejiwa,
Jika terpisah pincanglah ia.

sue keje dah ni..hmm, banyak keje terbengkalai masa cuti tu..!

[Mesej ini telah diubah suai oleh sue_marie (pada 01-09-99).]

sue_marie dimasukkan pada: 01-09-99 11:13 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Salam buat teman, JinAir...
sue..sehat gak (terima kasih)... pagi ni cerah juga ya..

Menimba ilmu ada penentu,
Berkelim mimpi di dalam diri,
Ke alaf baru tujuan nan satu,
Berdisplin berharmoni tingkatkan produktiviti.

Sudah merdeka 42 tahun lamanya,
Tetap dikenang setiap waktu,
Bebas merdeka luas maknanya,
Pepandailah kengkawan menjaga prilaku!

JinAir..hehehe..Happy Selalu deh!!

invisible dimasukkan pada: 01-09-99 11:25 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
hai Sue dan teman2 semua.....
S_ana, 6 - 6 , jinair, kitana dan rainbow..
semua nya sehat sehat yer ...
ceria selalu buat kalian ....

Sue.....

gagah sekali terbang si helang
makan memilih berbagai benih
Bunga padi berdaun lalang
Bukan kah itu perkara yang aneh

mendung gerimis ditepian kota
bergerak perlahan arah ke pantai
tenangkan hati selesaikan sengketa
benang yang kusut pasti terlerai

Gunung Daik Gunung Siantan
tempat orang mengail gelama
irama dan lagu mustahil dipisahkan
cacat lah tari tanpa gendangnya

hati hati Sue buat keje..
jangan silap dah le ... naya tau

jinair .....

senangkan hati dengan bercanda
menjual pantun ceriakan diri
alaf baru mengubah minda
berwawasan tega mengetuk hati

putera mahkota di Inderaloka
pergi memburu berseluar ketat
hati teman/sahabat jangan diluka
ceriakan mereka sepanjang hayat

ceriakan diri anda ...salam sayang

sue_marie dimasukkan pada: 01-09-99 13:18 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Invisible: hmm..teman yang rajin berpantun ya..terima kasih banyak deh..

Padi berbunga daunnya lalang,
Tidak ditanam terbiar layu,
Pada manusia keanehan yang datang,
Kuasa Tuhan tiada yang tahu!

Usah dikirai kemboja kembang,
Tangis tercetus di hujung kelopak,
Sudah dilerai kusutnya benang,
Terputus-putus bersambunglah tidak.

Apa diragu kasihku tuan,
Umpama suria membahang cahayanya,
Irama dan lagu telah di pisahkan,
Berdendanglah irama berehatlah lagunya.

sue: sentiasa berwaspada dalam hidup ini..

invisible dimasukkan pada: 01-09-99 15:42 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
Sue pun apa kurang nya semakin mengancam pantun ni yee...... heheheh

yang lain lain kemana? masih cuti merdeka ?

kembang setangkai si bunga cina
dipetik orang memungut rotan
kudrat iradat sudah lumrah nya
ketentuan ilahi sudah ditentukan

layang layang jatuh dibumbung
dikait budak putus ekor nya
putus tali kan bisa disambung
putus kasih jiwa menderita

bertentang mata lidah yang kelu
bibir bersuara tiada kaitan
jika TERPISAH irama dan lagu
bagai mendung tiada berhujan

mudah2an ada kedamaian di hati ...

sue_marie dimasukkan pada: 01-09-99 18:49 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Salam sayanggg buat semua....

Ruangan ni terpaksa sue TUTUP lagi, sebab mesej dah sampai ke tahapnya..
Ketemu kita ke episod seterusnya..

Untuk itu ribuan terima kasih sue ucapkan kepada semua yang sama2 telah menjayakan Cuba Berpantun LAGI ..4 ni..

*sue*


[Mesej ini telah diubah suai oleh sue_marie (pada 01-09-99).]

Topik Ditutup Untuk menutup topik ini, klik di sini.

Masukkan Topik Baru   Jawab Mesej Ini
Masuk ke:

HangTuah | Melayu.com