Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Mesej Ditutup  Topik Ditutup
Masukkan Topik Baru  
  Melayu.com: Sembang2
  Sembang-Karya
  Cuba-cuba berpantun LAGI..3..!!

profail | daftar | opsyen | sol | carian
Nama Mesej
sue_marie dimasukkan pada: 31-07-99 16:39 MST   Klik
 di sini untuk profail sue_marie   Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie   Edit Mesej Anda
Salam sayang...sayangg sekalii...

Cuba-cuba berpantun LAGI..2..!! pun kita tinggalkan sudah...... kita teruskan lagi ke bahagian ini..... terima kasih buat semua yang sudi berpantun sama....
sebagai pembuka tirai... izinkan sue mulakan pantun seterusnya...
Dengar ya....

Cuba berpantun LAGI..2..!! rintisan semalam,
Niat melayang bicara karya,
Bicara karya menghulur salam,
Salam sayang berseloka hanya!

Selembar daun gugur di taman,
Ku sisipkan pada juntaian kembang,
Serangkap pantun ku tabur di laman,
Ku sisipkan pada RUANGAN SEMBANG!


invisible dimasukkan pada: 31-07-99 20:19 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
episod baru ke ni Sue..

hanyut perahu arah ke muara
patah kemudi hanyut sendiri
usah jemu meneruskan bicara
riangkan hati di persada ini

merdu sekali suara kecapi
dimainkan orang menyambut dara
ruangan sembang menarik hati
tempat bicara menghibur duka

ok sue ...
takyah pakai mentera sue...

sue_marie dimasukkan pada: 01-08-99 13:19 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Salam inv..ha'ah! episod baru ni...yang lalu tu..dah panjang, so kenalah tutup...kay!..
Pe kahabar..?

Gelora mencengkam bertalu-talu,
Resah menganyam noktah kenangan,
Bicara semalam berlalu baru,
Di dakap dalam nostalgia kenangan!

Bebunga kembang datang merimbun,
Angin di utus menepis seri,
Bukannya sembang sebarang pantun,
Pantun di utus pelapis diri.

Hmm..mentera tuu..simpan aje bebaik ya...

invisible dimasukkan pada: 01-08-99 15:59 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
dalam episode ni apa pula ceritanya Sue..
tentu Sue Pengarang nya ..?

imbas puteri dari kayangan
turun bermalam mencari arjuna
nostalgia semalam mengimbau kenangan
mengimbas kembali hati yang cerna

Anjung Berempat bertiang seri
pulau cendana di imbau jangan
sembang berpantun ceriakan diri
mengubur cerita mengulit kenangan

ok gak .. dikuburan yang tiada bertanda ?
atau dilautan yang tiada bertepi ?
Sue pilih aje ?

sue_marie dimasukkan pada: 02-08-99 04:49 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
invisible: apa-apa cerita pun boleh...sue terima aje..janji ada pantun!

Bila mega datang menggapai,
Air berlinangan gugur membasah,
Episod ketiga telah dicapai,
Pelbagai kenangan diharung sudah.

Purnama meruntun menghelah resah,
Melihat gelita di sisi misteri,
Pelbagai pantun telah disembah,
Memahat cerita mengisi memori.

Belaian mentari cerah membara,
Menyinari hari memberi kemesraan,
Relakan memori berundur sementara,
Ceriakan diri dari seksaan.

hmm..nak pilih ya...bagi sue dijalan yang tiada penghujungnya..

invisible dimasukkan pada: 02-08-99 08:15 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
kalau camtu ok lah Sue...

ke Pulau Bali dengan perahu
singgah bermalam di Istana Negeri
imbas kenangan ke lubuk rindu
datang bertandang menyapa sepi

enak sekali si ikan kelah
jika dicampur wangi selasih
pantun bertandang mengukir madah
membisik rindu pada kekasih

purnama merindu lagu yang syahdu
tamat cerita sebuah al kisah
memori kasih di penghujung rindu
memahat duka kasih terpisah

bole jadi di simpang yang tiada berbumbung ?

K_Azhar dimasukkan pada: 02-08-99 11:41 MST     Klik di sini untuk profail K_Azhar  Klik di sini untuk menghantar email kepada K_Azhar     Edit Mesej Anda
Lamanya tak berpantun....

Mendengar lagu Jeniffer Lopez,
Berdansa ceria anak Melaka,
Aduhai adik Sue Marie Fernandez,
Apa cerita masihkah berduka?

sue_marie dimasukkan pada: 02-08-99 18:18 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
invisible: sue teruskan lagi...

Melihat selasih mencelah jambangan,
Perindu bersiar melambai permai,
Akibat kasih telah dijarakkan,
Rindu terkapar di pantai damai.

Kekadang mentari mengembara pilu,
Menitis hujan di wajah daun,
Padang hati membara rindu,
Direnjis dengan dinginnya embun.

Hmm.. mungkin juga di teratak yang tidak tahu di mana letaknya!..

************************************************

Salam buat abang K.A..haii! apa habaq?..
Hmm..lamanya abang tak berpantun ya..?
Begini bang KA...

Adinda ceria tidak terkata,
Kekanda KA sudi menjelma,
Tiada cerita sekadar menyapa,
Dah habis kah kekanda 'bertapa'?..

flyguyz2 dimasukkan pada: 03-08-99 13:49 MST     Klik di sini untuk profail flyguyz2  Klik di sini untuk menghantar email kepada flyguyz2     Edit Mesej Anda
Sungguh harum bunga kemboja
cantik bertempat disanggul gadis jelita
alangkah sedih rasanya jiwa
sekiranya permintaan tidak diterima

burung merpati terbang tinggi
tinggi lagu hasrat hatiku
alangkah baik diri ini diberi
kepercayaan yg utuh serta jitu...

sue_marie dimasukkan pada: 03-08-99 17:52 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Alahaii Fly......

Di bawah bayu negeri ku satu,
Indah lokasi permai nan bersih,
Usahlah dirayu hati nan satu,
Fahamilah situasi janganlah bersedih!

Pekan kepayan desa halaman,
Gadis menawan jadi idaman,
Bukan kepercayaan yang hamba pertikaikan,
Tetapi keadaan yang tidak mengizinkan!

flyguyz2 dimasukkan pada: 04-08-99 13:29 MST     Klik di sini untuk profail flyguyz2  Klik di sini untuk menghantar email kepada flyguyz2     Edit Mesej Anda
seluar hijau bergantung di laman
baju merah digosok licin
sampai hati dikau ucap dan katakan
hatiku dibakar seperti bakarnya lilin

Adik dan kakak berada dilantai
melihat ayam sedang bersabung
tak ku takut jauhnya pemisah pantai
sanggup ku gadai nyawa bergantung..!!

sue_marie dimasukkan pada: 04-08-99 16:00 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Aduhai Fly....,

Tidak di hati hendak melukai,
Kata diucapi moga difahami,
Bagaimana lagi supaya dikau mengerti,
Hati pun pedih tidak terperi!

Suria indah menyentuh hajat,
Di penjuru senja ada tangis tetamu,
Hebatnya madah begitu bersemangat,
Tujukan saja pada gadis idamanmu!!

invisible dimasukkan pada: 04-08-99 21:03 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
Salam buat Sue dan semua nya
maaf ... untuk beberapa waktu invisible
tidak sempat berpantun... tapi invisible
harap Sue dan teman teman yang lain akan meneruskan pantun pantun ...
terlalu indah kan ukiran pantun pantun yang
ada .... maaf buat semua nya
Semoga pantun2 akan terus berakar dan berumbi
jangan biarkan ia nya mati ...

salam sayang buat semua nya
invisible ...
ada tapi tiada

flyguyz2 dimasukkan pada: 05-08-99 17:27 MST     Klik di sini untuk profail flyguyz2  Klik di sini untuk menghantar email kepada flyguyz2     Edit Mesej Anda
?
sue_marie dimasukkan pada: 06-08-99 18:30 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Salam sayangg buat kalian...

Umpama ular rindu meniti,
Menjalar-jalar di dalam diri,
Mematuk-matuk sekeping hati,
Dan menyeksanya lalu menyepi!

flyguyz2 dimasukkan pada: 06-08-99 20:57 MST     Klik di sini untuk profail flyguyz2  Klik di sini untuk menghantar email kepada flyguyz2     Edit Mesej Anda
?
sue_marie dimasukkan pada: 08-08-99 14:37 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Tinggi melayang di hujung bayu,
Madu dan santan cuba dihimpun,
Selagi tak hilang gunung Kinabalu,
Tidak ku tinggalkan 'Cuba Berpantun',


invisible dimasukkan pada: 08-08-99 17:22 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
hai ketemu lagi dan salam sayang buat semuanya.. Sue apa kabar?

indah sekali ukiran belati
dijual orang di Kampung Hulu
hamba kemari mengutip sepi
semoga terlerai rindu dikalbu

kapal dagang si ikan tenggiri
sarat muatan di simpang berempat
selamat berjumpa dipersada ini
agar ceria kembali terubat

teruskan mana mana yang sudi dan salam
buat Sue ... )


sue_marie dimasukkan pada: 08-08-99 21:07 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Salam buat invisible yang lama menghilang..kejap menjelma..
sue..khabar baik adanya..
sue teruskan pantun ya....

Terlalu lama sepi melara,
Tidak terlerai riuh meniti,
Terlalu lama rindu membara,
Tidak bercerai hari berganti.

Puteri bunian turun ke bumi,
Berbisik merdu tasik teratai,
Hadirnya tuan di laman ini,
Tapi rindu masih mengintai.

mohon diri ya

invisible dimasukkan pada: 09-08-99 17:33 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
ok Sue...
semoga ceria selalu .. )

jika ku lurut padi ku ini
pasti terlerai dari tangkainya
jangan diturut katanya hati
jika rindu tiada penawarnya

harum sungguh kayu cendana
dipakai puteri sebagai jampi
intai lah rindu dikala menjelma
biar terubat di dalam mimpi

cepat cepat kembali yer..

sue_marie dimasukkan pada: 09-08-99 21:18 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
sue nak ceria lah ni..
tapi....??

Usah diidam rendah selasih,
Baik dilurut padi di perdu,
Ku tatap gurindam bermadah kasih,
Semoga surut hati merindu.

Sungguh merdu bisikan bayu,
Terasa syadu menggamit hati,
Biarlah sendu mengusik kalbu,
Biarlah rindu membelai mimpi.

hmm..cepat apa ya..??

invisible dimasukkan pada: 10-08-99 12:47 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
tapi apa pulak Sue?

menantang minyak sepenuh hatinya
minyak ditantang berhati hati
hati merindu cari penawarnya
berputik kasih di kerinduan hati

tinggi gunung puncak asakan
nampak membayang meniti hati
terlena rindu membelai bisikan
madah terukir menlerai sepi

cepat jawab message ...tu aje..
ok byeeee sue

sue_marie dimasukkan pada: 10-08-99 09:26 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Begini..sue nak ceria..bukannya tak nak..
tapi...tak bisa lagi...hmm!

Jika berhuma sawahnya mana,
Kalau di desa jauh berbatu,
Kata cuma mainan pesona,
Tapi berbisa menyentuh kalbu.

Bulan melihat buana syadu,
Tasik menggenang lautan biru,
Manakan dapat lena beradu,
Asyik terkenang memori dulu!

Hmm..ok lah inv...
cepat dah ni..tapi server selalu down..!

invisible dimasukkan pada: 10-08-99 15:04 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
mungkin luka nya dah hilang tapi parutnya masih ada kan ?

tampak berbalang lakaran syahdu
warna nya cantek menarik sekali
jambatan kasih titian rindu
mengukir lamunan di muara hati

kayu gahana ke inderapura
untuk jualan di pekan sari
pesona kata memaut mesra
bercanda kasih memaut hati

Kota Melaka teguh sekali
penuh sejarah sultan bertakhta
memori sendu menggamit hati
lamunan terlerai berdarah semula

berapa speed yang sue guna tu ..
tambah ram atau tambah space hardisk.
bisa laju tu ....

K_Azhar dimasukkan pada: 11-08-99 02:51 MST     Klik di sini untuk profail K_Azhar  Klik di sini untuk menghantar email kepada K_Azhar     Edit Mesej Anda
Dengarkan dik sue....

Terangnya dian meliuk indah,
Sangkar cinta berlabuh sepi,
Suburnya nian sukar dimadah,
Mekar jiwa dilamar mimpi.

--> Belilah CD terbaru CT Nurhaliza..."Pancawarna"

sue_marie dimasukkan pada: 11-08-99 08:48 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Invisible: sue jawab begini ya...

Ku fikir melati disingkir suria,
Rupanya bertaut di daun serai,
Terpinggir hati di bibir ceria,
Duka memaut belum terlerai.

Merkah delima hanyut ke hulu,
Dari kali memerah seri,
Luka lama berparut baru,
Terusik kembali berdarahlah lagi!

... Bukannya pc kat rumahlah...yang kat opis tuu...

sue_marie dimasukkan pada: 11-08-99 08:52 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
K_A: Haii bang K.a... apa habaq..?

Sawah melebar damar di tepi,
Tidak bergoyang disapa bayu,
Jiwa mekar dilamar mimpi,
Tapi sayang mimpinya pilu!

... CD "Pancawarna" tuu dah abih kat sini ...!! cetak rompak, adalah...!

invisible dimasukkan pada: 11-08-99 12:45 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
parah nampak nya Sue ni ..
tak jumpa penawar ke ?

kelip kelip ku sangka api
nampak nya jauh diatas bumbung
duka hati di mamah sepi
melebur rindu tiada berhujung

putik pauh berbunga lagi
asam gelugur diatas para
parut lama berdarah kembali
ceria dibibir penghibur duka

pc yang baru dah order ke belum ?
senyum ceria .... )

sue_marie dimasukkan pada: 11-08-99 15:37 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
inv...sue parah??
hmm..ntahlah...

Kelip api namanya pelita,
Bersinar terang itulah cahaya,
Ku bawa hati tinggalkan derita,
Akan diharung hingga ke dasarnya!

Gunung berjeram di sebelah hutan,
Cahaya rimba meneman padi,
Orang karam di tengah lautan,
Karamnya hamba termakan budi!

hmm..tak lagi sampai2..tak naklah tunggu..biarkan aje..

Hamba_Allah dimasukkan pada: 11-08-99 15:44 MST     Klik di sini untuk profail Hamba_Allah  Klik di sini untuk menghantar email kepada Hamba_Allah     Edit Mesej Anda
mentera di sepah cinta dicipta
hati yang patah kini membeku
hanya sembang sembang penawar duka
teman sentiasa sepanjang hayatku

berbudi bahasa pengatur ayat
beramah mesra tanda setuju
kesetiaan ku perlu sepanjang hayat
agar mesa depanku ceria selalu

BanoS dimasukkan pada: 11-08-99 18:38 MST     Klik di sini untuk profail BanoS  Klik di sini untuk menghantar email kepada BanoS     Edit Mesej Anda

dengar ye...

Jackie Chan berlakon filem ACTION,
Yusuf Haslam pengarah MARIA MARIANA,
Turun mengundi utk coming ELECTION,
Itulah dia penawarnya.

invisible dimasukkan pada: 11-08-99 21:13 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
terima kasih Sue
dan semuanya ...ayuh teruskan

riang sekali orang tertawa
mendengar cerita kisah perindu
kemana hati hendak dibawa ?
cari lah penawar pengubat rindu

indah sekali corak nya kendi
milik mak minah dari Melaka
awas awas termakan budi
kelak derita menambah luka

kat mana Sue order PC tu ?

Hamba Allah ... apa kabar?

bukan mambang sebarang mambang
mambang genit lagi sakti
selamat datang ke persada sembang
agar luka berlalu pergi

ramai ke pekan di hari minggu
hajat nak beli gula Melaka
doa dikirim memberi restu
agar hati kembali ceria

Buat Bano S ..

hujan ribut angin menderu
patah layar hanyut sendiri
September nanti election menunggu
sudah disemak ke tempat mengundi?

OK ...adiossss

sue_marie dimasukkan pada: 12-08-99 10:36 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Hamba_Allah : salam perkenalan...
terima kasih ya...

Petang hari tergelak laut,
Melihat awan mencipta cinta,
Bersembang sendiri tidak bersahut,
Tanpa kekawan siapalah kita.

Melambai bayang diraih nostalgia,
Sambil berseloka mengelak resah,
Ramai orang menagih ceria,
Tapi duka kekal bermegah.

*******************************************

BanoS: Haii ape khabar DJ..sembang-sembang..??

'Sekuntum mawar merah sebuah puisi',
Bergema lagu asyik mendayu,
Menguntum segar mengusik memori,
Sayup berlalu berbisik merdu.

sue tak gi election lah!

sue_marie dimasukkan pada: 12-08-99 10:44 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
inv: sue teruskan pantun ya..

Tertawa mentari menyuluh purnama,
Menghadir diri mentafsir pilu,
Membawa hati jauh berkelana,
Mengusir erti musafir rindu.

Rumpun keladi di lindung redup,
Burung jelatik sedang berembang,
Termakan budi seumur hidup,
Setiap detik terasa bimbang!

PC.tu bukan sue yang order.. orang bagi.. tapi ade skit nak upgrade..

invisible dimasukkan pada: 12-08-99 15:17 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
Sue dengar yer...

asyik sekali tari nya rambung
puteri jelita si Mayang Sari
terbias rindu tanpa penghujung
menjerut rasa di kesayuan hati

merdu sekali Sri Siantan
di nyanyi oleh si Puteri Banang
Budi setitik se gunung intan
tetap membara pasti terkenang

emm senang aje..
cuma tukar Mother Board
tambah Ram dan cari hardisk yang besar sikit
ok ler tu ....

BanoS dimasukkan pada: 13-08-99 09:53 MST     Klik di sini untuk profail BanoS  Klik di sini untuk menghantar email kepada BanoS     Edit Mesej Anda
--
invisible:
SLEEPLESS IN SEATLE,
LOT OF SLEEP IN MALAYSIA,
semua itu sudah SETTLE,
cuma nak tunggu PANGKAH sahaja.
--
sue_marie:
Tunggu bas di stesyen,
sambil baca majalah humor,
kenapa tak turun ELECTION,
adakah krn bawah umur?
--
sue_marie dimasukkan pada: 13-08-99 10:27 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Invisible: sue teruskan pantun lagi...

Burung hinggap mengersik mimpi,
Di bibir ada seulas janji,
Bakal melesap segenap sepi,
Membuktikan kata melunas realiti.

Sendu mendesah di dalam pilu,
Mendung telah meniduri waktu,
Sayang sudah dibuang layu,
Budi telah dibiar beku!

sue: takperlah inv. sue tunggu aje..orang dah janjikan nak bagi..kalau takde pun tak perlah!ini pun masih ok juga..

JinAir dimasukkan pada: 13-08-99 10:57 MST     Klik di sini untuk profail JinAir  Klik di sini untuk menghantar email kepada JinAir     Edit Mesej Anda
assalammualaikum pembuka kata
jinair selongkar pc dimeja
jumpa ruangan pantun belaka
tumpang sekaki, ekor dan mata

lalu tunduk hormat semua
tersentuh ketenangan maafkan saya
eerrr eerrr hendak warm-up seketika
boleh share ruangan? errrr maafkan bahasa

invisible dimasukkan pada: 13-08-99 15:45 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
OK Sue ...teruskan ..

asyik sekali belajar tarekat
di rumah Tok Guru di Sri Menanti
kata janji sudah terikat
melepasi rindu dikejauhan hati

tanam peria bersama selasih
selasih ditanam di tepi paya
tidak kah menyesal menyisih kasih?
membeku budi di rangkaian jiwa

terima aje Sue ..
orang berbudi kita berbahasa
orang memberi kita merasa

Bano S ..

cantik nya bahasa dianjung persada
mengukir pantun sambil berperi
sudah tetap kah iman didada?
sebelum melangkah ke peti Undi?

JinAir ..

jika tuan pergi ke Daik
belikan saya sepasang guni
datang tuan disambut baik
ceriakan diri dipersada ini

indah nian pandangan buana
diufuk timur tempat menanti
ruangan terbuka untuk semua
teruskan aje jangan berhenti

ok jangan hiraukan pasal bahasa yer
teruskan jinair ..

sue_marie dimasukkan pada: 13-08-99 16:15 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
BanoS: dengar ya..

Lautan luas pantai terdampar,
Mengheret janji ke lembah lemas,
Bulan lepas baru mendaftar,
Tapi kat sini; election negeri dah lepas!

sue: Parlimen tak rancak!..

*****************************************

Jin air:silakan...

Jangan didaki puncak si Ledang,
Nanti ditelan sitali reput,
Jangankan sekaki hendak ditumpang,
Hati dan badan sekali dijemput!

Sungguh cekap arus membanjir,
Sekangkang huma sedang dihimpun,
Tak perlu warm-up wahai JinAir,
Silakan bersama teruskan berpantun!

sue_marie dimasukkan pada: 14-08-99 08:21 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Invisible;..dan jemari sue teruskan lagi..

Mimpi haru dibelit tabir,
Madah berhelah mengumpul bayang,
Janji baru meniti bibir,
Belum rela menyimpul sayang.

Silau mentari datang menerjah,
Menyuluh perdu di dada kembara,
Walau mimpi bertukar wajah,
Bau rindu kekal membara!

sue:..hmm mana2 ajelah..
pada sue terserah!

invisible dimasukkan pada: 14-08-99 09:47 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
Sue ...nak menari Sumazau ke ?

enak di minum perahan selasih
selasih belimbing dijual orang
berhati hati menyimpul kasih
biarlah mampu hingga keseberang

kilau cahaya ku sangka api
asap nya tebal di Rantau Abang
rindu menjelma dikala sepi
mengukit lamunan yang udah terbang

emmm...betul gak kata Su tu ..

sue_marie dimasukkan pada: 14-08-99 21:06 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
sue tak nak menari lagi lah..
dengar ya..

Bulan tersenyum megah di langit,
Tanpa dipagari bintang bertaburan,
Kasih sekuntum disimpul sedikit,
Ikatan terlerai sayang berguguran.

Pungguk mengilai di hujung perdu,
Pastinya dirayu sang rembulan,
Dalam diri membara rindu,
Mengusik sayu di hujung jalan.

invisible dimasukkan pada: 15-08-99 12:34 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
tarian tradisi kan patut ditonjolkan Sue..

jika menari tarian sepakat
perlu latihan irama merdu
janji termetri kasih di ikat
mengapa dilerai berguguran lalu?

awan beredar cuaca redup
titis gerimis di Kg.Hulu
rindu sedikit penyeri hidup
jika dibiarkan terkulai layu

awas Sue jika dilamun cinta
)

sue_marie dimasukkan pada: 15-08-99 17:57 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Inv. betul tuu..tapi sue tak nak menari lagi..
nanti lah...

Mari menyisih beras di tunggul,
Melayang bertih hingga ke hulu,
Janji dan kasih belum disimpul,
Sayang masih dipagar kelu.

Indah kuntuman di taman larangan,
Penyeri suasana aroma segar,
Rindu tertekan belaian perasaan,
Dalam dilema berbekam mekar.

---> soal cinta belum lagi lah...

invisible dimasukkan pada: 16-08-99 18:15 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
Sue...irama nya kan OK tu ..

ribut dinanti hujan di tubir
kembang ditaman di Jeram Perdah
kasih meniti dihujung bibir
bimbang kecundang membawa padah

ciku dikerat di anjung karma
selasih perdu bertaut dikalbu
rindu terjerat di simpangan delima
kasih menunggu menyahut seru

emmm kesian orang yang menunggu
)

sue_marie dimasukkan pada: 16-08-99 21:23 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Inv: hmm..irama nya memanglah ok..rancak juga!
sue teruskan ya...

Gerhana cahaya di suatu batasan,
Berkilau sinaran mengancam suram,
Apa ertinya suatu ikatan,
Kalau keikhlasan tidak tersulam.

Rindu mengepung sakit tertekan,
Datanglah arus menyisih pautan,
Kasih terapung di langit impian,
Dibungkus kabus misteri harapan!

---> kalau setakat kesian jer..nak buat camne ya? itu tak ikhlas namanya..

invisible dimasukkan pada: 17-08-99 11:10 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
Sue pandai ke menggunakan alat alat permainan nya ??

bukan alasan dipinggir ketepi
hanya kenangan menyelit pilu
keikhlasan terukir di kamar hati
memupuk kasih membelai rindu

lamunan sepi mendekat kian
mimpi semalam dianjung kota
melerai misteri kepuncak impian
bertaut ceria memecah duka

kalau simpati camno ?
)

invisible dimasukkan pada: 17-08-99 11:10 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
Sue pandai ke menggunakan alat alat permainan nya ??

bukan alasan dipinggir ketepi
hanya kenangan menyelit pilu
keikhlasan terukir di kamar hati
memupuk kasih membelai rindu

lamunan sepi mendekat kian
mimpi semalam dianjung kota
melerai misteri kepuncak impian
bertaut ceria memecah duka

kalau simpati camno ?
)

sue_marie dimasukkan pada: 17-08-99 17:29 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Inv: sue hanya pandai mainkan sebahagian dari alat tersebut..tidak semua!
dan sue teruskan lagi...

Khayalan dibuai berlepas sayu,
Meraih limpahan kunjung kembara,
Ku alurkan sungai mengipas rindu,
Buih impian dibendung gelora.

Ingin mengenal lakaran silu,
Lalu berdiri di baris karma,
Yang hanya tinggal misteri syadu,
Hari ke hari menghiris sukma!

simpati tu se erti lah dengan kesian!..Hmm..

invisible dimasukkan pada: 17-08-99 20:23 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
kalau camtu tak yah menyusahkan orang lain
tapi elok gak kalau Sue arif menggunkan semua alat2 musik nya .... )

gelora cinta diatas rakit
mencecah lamunan diwaktu rindu
lautan luas terasa sempit
ribut lanina umpama bayu ..

rentung kayu ditiup bayu
genta terlerai selasih melata
meruntun rindu dimamah sayu
cinta terkulai ditasik derita

ada lagi kot perkataan yang seerti dengan nya? .... mungkin ada tu ..

[Mesej ini telah diubah suai oleh invisible (pada 18-08-99).]

sue_marie dimasukkan pada: 18-08-99 08:44 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Inv: Pantun terakhir untuk masa ni ya..dan kalau diizinkan kita sambung dalam sajak/puisi pula...

Bila irama semakin menggila,
Terlerai akidah di lantai dansa,
Ribut lanina tidak merela,
Kenapa gundah berputus asa?

Mentari masih terbit di timur,
Dipuput bayu tidak terkata,
Memori kasih mohon berundur,
Usahlah sayu di tasik derita!

********************************************

Sue: Kepada semua, sue ucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi mengambil bahagian dalam 'Cuba Berpantun' ini. Mesej ini dah menjangkau 50 mesej dan terpaksa ditutup... Kita sambung ke bahagian seterusnya tapi bertukar selera pula ..ok!!

Terima kasih

invisible dimasukkan pada: 18-08-99 10:08 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
Sue...nak tutup dah ..
tapi Sue belum kunci lagi bilik ni ??

tok janggut sedang bertapa
menuntut ilmu hapus petualang
ribut taufan tidak seberapa
lautan api bukan penghalang

terasa panas hangat nya bara
menikam sukma melirik lagu
menyapu derita dalam kembara
mengubat hati dilembah berdebu

adiossssss .......bye

K_Azhar dimasukkan pada: 24-08-99 03:30 MST     Klik di sini untuk profail K_Azhar  Klik di sini untuk menghantar email kepada K_Azhar     Edit Mesej Anda
Sue apa cerita ya? Lama tak nampak?

Bersela tembusu dahan berduri,
Dedap muda pinggir persada,
Mengapa adik Sue si biskut Marie,
Sekejap ada sekejap tiada?

sue_marie dimasukkan pada: 24-08-99 08:26 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Bang K.A :Haii...cerita?..biasa aje deh..
Hmm..memang lama tak nampak..abang tu yang masih b.zzz..kan..kan..kan..
Begini bang KA....

Melihat helang terbang menyapa,
Senja meruntun bersalut duka,
Kekanda menghilang gerangan bertapa,
Dinda berpantun bersahut tiada.

Degup di dada dilamar berita,
Jiwa melihat turut bergelora,
Sekejap ada sekejap tiada,
Pantun berehat beralih selera!..

--> pantun seterusnya..sue akan sambung lagi selepas mesej kat atas tu ditutup ..so nanti join ya ..

Kitana dimasukkan pada: 24-08-99 09:20 MST     Klik di sini untuk profail Kitana  Klik di sini untuk menghantar email kepada Kitana     Edit Mesej Anda
Sue_marie dan rerakan....saya nak tumpang 2 kaki, boleh??

Anak dara mengadu domba,
Sambil memakan buah kuini,
Sempat lagikah saya mencuba,
Menulis pantun di ruangan ini ??

Buah rambutan disuruh makan,
Hasil tanaman orang petani,
Salam perkenalan saya ucapkan,
Kepada semua yang ada disini.

Jahat sungguh si anak kaya,
Dalam makanan dibubuh tuba,
Harap terimalah pantun saya,
Kerana saya baru mencuba.

sue_marie dimasukkan pada: 24-08-99 14:29 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Salam buat Kitana....
nak tumpang ?..bole..tapi ruangan nie sebenarnya sue dah tutup..sebab mesej dah panjang..(nanti tuan Presiden Pojie..marah lak..)
nanti sue buka yang baru ..kita join kat sana ya..makasih !

Duduknya santun di tepi kali,
Nampak kelibat ikan yang resah,
Kita berpantun baik sekali,
Sempat tak sempat itu tak kisah.

Cahaya bulan mulai menyerlah,
Menjeling mentari beradu lena,
Salam kenalan bersambut sudah,
Hadirkan diri di mana jua.

Bila ku pandang jauh renungan,
Baru ku tahu hati terluka,
Pantun didendang memang dialu2kan,
Ruangan baru nanti sue buka..

:0

Masukkan Topik Baru   
Masuk ke:


HangTuah | Melayu.com