Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
SEJAMBAK SYAIR ALIF MOKHTER
IMNOGMAN

Bismillah
Tajuk asal Koleksi ini ialah SEJAMBAK SYAIR oleh Alif Mokhter Alhaj. Syair-syair ini didedikasikan khas oleh Allahyarham kepada anak-anak beliau sempena ulangtahun ke 64 beliau pada 18 Disember 1989. Syair-syair ini merupakan catatan sejarah sebenar kehidupan Allahyarham yang ditulis dalam bentuk syair sehingga tahun 1989. Semoga dengan tersiarnya syair-syair ini akan dapat memberi sedikit pengajaran atau sekadar pengisi masa lapang kepada semua seperti yang beliau harapkan. InsyaAllah.

Buat Anakku Tersayang, Sempena 64 Tahun Umurku.

22 Oktober 2001 - Dikemaskini .... 15 Ogos 2001 - Kemaskini Muka Hadapan .... 15 Disember 2000 - Sejambak Syair(+7).... 7 Disember 2000 - Sejambak Syair(+13).... 1 Disember 2000 - Sejambak Syair(+4).... 30 November 2000 - Sejambak Syair(+10).... 25 Oktober 2000 - Mula dikemaskini.... 19 Jun 2000 - *** Under Construction ***
[ Dapatkan Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 5 dan Resolusi 800x600 ]

Sejambak Syair

Kepada anak dan cucu semua
Aku berpesan supaya memelihara
Syair ku ini bila membaca
Biarlah bercermat keasliannya terjaga
Sepatah Kata....

64 tahun umurku sudah
Di anak kampung bersekolah rendah
Di Gunung Pasir desa bertuah
Dan belajar Jepun ketikanya memerintah

Tiga tahun di Singapura lamanya
Jepun kalah belajar ugama pula
Kemudian ke Kelantan Jamek Merbau namanya
Pengajaran Ugama di timba lima tahun di sana

Tegal semangat membakar dada
Politik tanahair berkehendakkan pemuda
Berjiwa radikal paling utama
Agar kemerdekaan segera terlaksana

Awal limapuluhan aku memasuki ???(politik?)
Menulis sajak, cerpen, rencana
Bekerja sendiri, memborong, membina
Untuk rumah kampung tugas istimewa

31/12/1958 memasuki rancangan
125 kelamin membuat perpindahan
Tempatnya jauh terperusuk di perbatasan
Di pinggir Pahang dan Negeri Sembilan

SLB namanya amat istimewa
Hati ku lapang setiap masa
Bekerja, menulis tanpa galangannya
Baru sekarang menaipnya pula

Wassalam.
Alif Mokhter AlHaj
SLB, NS
4 March 1990


Semua pandangan amat dihargai dan sila hantarkan kepada IMNOGMAN atau Nyatakan Pandangan Anda dalam Guestbook Imnogman.

25 Oktober 2000

Sejambak Syair Alif Mokhter


01. Ini Perlu Diingati
02. Kiranya Ilham Datang Bertandang
03. Berpindah Ke Alam Bertuah

04. Bertemu Dan Berpisah
05. Kumpulan Nasyid AL MIZAN SLB (i)
06. Kumpulan Nasyid AL MIZAN SLB (ii)
07. Kumpulan Nasyid AL MIZAN SLB (iii)
08. Kumpulan Nasyid AL MIZAN SLB (iv)
09. Kumpulan Nasyid AL MIZAN SLB (v)
10. Kumpulan Nasyid AL MIZAN SLB (vi)
11. Tiga Zaman Dah Ku Rempuh
12. Alam Remaja Yang Tinggal Kenangan
13. Berharga Keturunan
14. Berjuang Tak Ada Ujungnya
15. Alam Ku Hitam Pekat
16. Empat Anasir - Air, Api, Angin & ...
17. Empat Anasir - Air
18. Empat Anasir - Api
19. Empat Anasir - Angin
20. Empat Anasir - Tanah
21. Mati
22. Dunia Hanya Persinggahan
23. Dulu Lain Sekarang lain
24. Pasar Minggu Yang Ku Kunjungi
25. Apakah Pantainya Masih Jauh
26. Adam Dan Hawa Nenek Manusia
27. Adam Penghulu Dunia
28. Rukun Islam
29. Mengucap Dua Kalimah Syahadah
30. Mendirikan Sembahyang
31. Puasa Di Bulan Ramadan
32. Mengeluarkan Zakat Bila Cukup...
33. Menunaikan Haji ke Tanah Suci
34. Rupa-rupanya Keluarga Ku Meninggal
35. Rukun Iman Enam Perkara

35. hingga 84. ==>Dalam Proses<==

84. Untuk Mereka Yang Ragu
85. Penutup

Main / Halaman Utama / Home

Terimakasih kerana mengunjungi halaman web ini di Yahoo-Geocities.
Sila hantarkan karya anda. Halaman ini untuk anda !

Jumlah pengunjung semenjak 19 Jun 2000

Sila email imnogman@hotmail.com
Nyatakan Pandangan Anda ? Get your own FREE Guestbook from htmlGEAR Pandangan Pengunjung Lain !
Banner Koleksi Lirik Lagu Melayu IMNOGMAN This pages hosted by geocities TheCounter.com Add Me! Koleksi IMNOGMAN - Koleksi Maya Sastera Melayu
Copyrigth © 2000,2001 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)
[ liriklagu.com | Statistik Dan Maklumat Am | imnogman.com ]