Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
GUGUSAN SYAIR ALIF MOKHTER
IMNOGMAN

Bismillah
Tajuk asal Koleksi ini ialah MERAMU DI DALAM SUASANA oleh Alif Mokhter Alhaj. Imnogman memberikan tajuk baru bagi lebih menjelaskan maksudnya. Prakata Koleksi ini adalah petikan lengkap dari Koleksi Allahyarham dengan perubahan kepada ejaan untuk menyesuaikan dengan keperluan semasa.

Himpunan syair-syair ini mula di cipta oleh Allahyarham pada bulan April 1992 berdasarkan pengalaman hidup yang dilalui oleh beliau menggunakan tulisan jawi (gabungan 4 jenis khat: Thulus, Nasakh, Rakaah, Dewani dan Parisi). Kemudian dari itu ia mula ditaip menggunakan huruf rumi yang lebih mudah difahami pada masa ini mulai bulan Mei 1993 dan siap ditaip pada bulan Jun 1993. Imnogman akan mula menyiarkannya secara berdikit-dikit petikan dari Koleksi ini. Disamping itu masih terdapat satu lagi Koleksi Syair Allahyarham yang bertajuk SEJAMBAK SYAIR yang didedikasikan kepada anak-anak beliau, yang akan di siarkan kemudian. InsyaAllah.

Dari Dia Dalam Kenangan, Kepada Semua Buat Pedoman.

15 Ogos 2001 - Kemaskini Muka Hadapan .... 1 Disember 2000 - Gugusan Syair(+5) .... 29 November 2000 - Gugusan Syair(+10) .... 6 November 2000 - Gugusan Syair(+13) .... 1 November 2000 - Gugusan Syair(+16) .... 16 Jun 2000 - Gugusan Syair(+6) .... 25 Mei 2000 - Ubahsuai sedikit rekabentuk .... 30 Disember 1999 - Gugusan Syair(+6) .... 27 Oktober 1999 - Gugusan Syair(+5) .... 23 Oktober 1999 - Gugusan Syair(+5) - Gugusan Syair ini mula disiarkan kepada umum.... 30 September 1999 - Konsep Koleksi ini berjaya disiapkan.... 29 September 1999 - Koleksi Syair diberi nama Gugusan Syair Alif Mokhter.... 26 September 1999 - Kajian bukan ilmiah dibuat ke atas himpunan syair-syair Allahyarham Alif Mokhter Alhaj....
[ Dapatkan Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 5 dan Resolusi 800x600 ]

Meramu Dalam Suasana

Bersinar sama intan dan kaca
Dapat dibezakan dek banyak membaca
Berharga tidaknya sesebuah benda
Manikam dikenal dek Jauhari sahaja
Sepatah Kata....

BISMILLAH HIRRAHMAA NIRRAHIM

Alhamdulillaa hirabbil aalamin wassalaa tuwassalaa mualaa rasul lillah Muhammad sallallaah hualaihissalaam wa alaa aalihii wa shaabihii ajmain, Assalaa mualaikum warahmatulla hiwabarakatuh Amma bakdu.

Buku ini sengaja aku khaskan semata-mata untuk dituliskan sebanyak mana yang boleh sebuah puisi berbentuk syair seperti mana buku pertamanya dua tahun lalu (telah bertaip) dan telah pun berjilid bertajuk SEJAMBAK SYAIR. Tetapi buku kedua ini diubah pula tajuknya MERAMU DALAM SUASANA buat tatapan atau buat kajian mahupun buat panduan, pun kiranya dapat membacanya (tulisan tangan huruf jawi). Aku percaya satu masa nanti akan berguna untuk generasi akan datang. Aku sebagai yang berusaha menulis hanya berharap akan tidak dibiarkan bersepah tanpa penjagaan sekalipun tidak dapat membacanya.

Aku tidak ada luang untuk menaipnya. Mungkin satu masa nanti Insyaallah, kiranya mata aku yang kini tidak mampu memandang dengan jelas, pulih oleh adanya ikhtiar membaik pulih dengan membuat pembedahan. Atau mengganti satu cermin mata yang baru. Apalagi ketikanya dek umur panjang, ditambah wang di saku ada lebih.

Kini, sepanjang tahun ini (1992), syair ini ditulis, kemampuan melakukan menaipnya tidak ada. Wang yang ada ditangan pada atas ala kadarnya. Selain dari belanja harian, digunakan untuk belanja Iman anakku dalam menghabiskan masa belajarnya hingga berakhirnya tahun 1993.

Tulisan aku pun ditulis atas semahunya saja. Banyak perkara aku sedang lakukan. Selain kerja-kerja di ladang, sebuah buku pantun, sebuah buku berbentuk rencana (Surat-surat Dari Desa), sebuah buku adat, sebuah buku perubatan melayu (setakat kemampuan aku) dan Dialek Negeri Sembilan bertajuk KATA-KATA BASAHAN MELAYU NEGERI SEMBILAN.

Semua buku-buku ini aku tulis mengikut suka, mengikut rasa, mengikut apa yang hati yang sekeping ini mahu. Olehnya aku sentiasa saja menulis sekalipun sedikit teraba-raba. Alhamdulillah, semasa menaip ini ada antaranya dah pun siap dan dahpun dijilid. Apalagi anakku Imnogman sudi menghadiahkan sebuah cermin mata, membolehkan aku kini kembali menaip. Ya Allah, berilah aku kemampuan untuk menjayakan apa yang aku hajati iaitu semua buku yang dah bertulis sudah aku taip.

Luang aku membaca pada dengan mengulang TAFSIR AL AZHAR saja dan dalam pada itu, kalau ada yang bersanggupan untuk membantu, OK silakan. Terutama sebuah buku baru DIALEK NEGERI SEMBILAN yang di tulis rumi. Kiranya taip tak ada, kat rumah aku ada. Menggunakannya pun tak boleh bawa ke mana-mana.

Lagi, buku KATA-KATA ADAT YANG AKU DENGAR DAN DAPAT DARI BACAAN, dah ada dua buah bukunya bertulisan jawi, tulis tangan, nak jua ditaip.

Buku ini dah aku fikirkan untuk mengadakannya kerana dah banyak terakam pada sebuah buku kosong tanpa nama. Pada tiap muka ada sebuah tajuk, akan diletak kat sana bila sebuah syair siap dan sesuai dengan tajuknya. Kini dah setahun baru sempurna sebuah buku. Serta-merta aku taip dengan bersusah-payah kerana memikirkan isinya agak baik, sesuai di baca pada masa lapang.

Di hujung buku terakam sebuah syair berbunyi (seperti diatas).... Demikian juga sebagai pengingat:-

Pembaca, anak dan cucu-cucu
Tulisan ini bacalah selalu
Menunggu lapang taklah perlu
Semuka sehari padalah tu

Sebanyak itu betul-betul difahami
Bertambah lagi hari demi hari
Tujuan rang tua nak berbakti
Ibarat padi dah nyata berisi

Usah dibiarkan tulisan tok
Kekal tersimpan didalam gobok
(Takut nanti) Penat lelah yang tok pupuk
Taklah berfaedah sebesar habuk

Wassalam.
Alif Mokhter AlHaj
SLB, NS - April 1992
Gugusan Syair Alif Mokhter


01. Dua Kembar Sejalin
02. Dibiar Jangan
03. Usah Tergoda

04. Tak Ada Hentinya
05. Saham
06. Masih Bernilai
07. Perjumpaan Hari Lebaran
08. Tuhan Dilupa Jangan
09. Berdamar Dan Bermanau
10. Pertemuan
11. Apa Ada Pada Nama (i)
12. Apa Ada Pada Nama (ii)
13. Pengaruh Wang
14. Godaan Iblis
15. Menerawang Alam
16. Musafir
17. Ingatkan Mati
18. Perlulah Bersabar
19. Berita Oh Berita
20. Mara Terus
21. Kian Petang Kian Cerah
22. Erti Banyak Seni
23. Usaha Terus Menuju Wawasan
24. Ciptaan Tersimpan Baik
25. Perkampungan Peneroka
26. Mata Kelabu
27. Marah
28. Menulis Tanpa Ilham
29. Pejabat Pos
30. Tulislah Seindah Mungkin
31. Macam Macam Kerja
32. Dulu Dan Sekarang
33. Pilihan Sendiri
34. Harta Hanya Rebutan
35. Merambu Sebatang Kara
36. Malaysia Oh Malaysia
37. Aku Akan Jadi Juara
38. Tiap-tiap Makhluk Ada Haknya
39. Jauhi Bala Akan Menerpa
40. Menunaikan Jemputan (i)
41. Menunaikan Jemputan (ii)
42. Ilham Tak Kunjung Tiba
43. Melangkahi Tiga Zaman
44. Muda-Mudi Kini
45. Hanya Inilah Derma Baktiku
46. Perubatan Tradisi
47. Wawasan 2020
48. Quran Dan Hadis Itu Panduan
49. Sembahyang Jumaat
50. Takdir Tuhan
51. Imam Tahlil
52. Imam Khariah
53. Di Kampung Berguna Belum
54. Sembahyang Tiang Ugama
55. Kepada Allah Tempat Meminta
56. Sebuah Nasihat
57. Gara Gara Gadis Sekarang
58. Wang Ada Di Mana Mana
59. Nabi Adam Siti Hawa M...
60. Sheikh Abdul Kadir Al Jailani
61. Dakwah, Rock, Dadah D...
62. Dunia Titian Akhirat
63. Menunaikan Haji
64. Doa
65. Sajak: Aku
66. Penutup



Semua pandangan amat dihargai dan sila hantarkan kepada IMNOGMAN atau Nyatakan Pandangan Anda dalam Guestbook Imnogman.

30 September 1999
1/6 November 2000

Main / Halaman Utama / Home

Terimakasih kerana mengunjungi halaman web ini di Yahoo-Geocities.
Sila hantarkan karya anda. Halaman ini untuk anda !

Jumlah pengunjung semenjak 23 Oktober 1999

Sila email imnogman@hotmail.com
Nyatakan Pandangan Anda ? Get your own FREE Guestbook from htmlGEAR Pandangan Pengunjung Lain !
Banner Koleksi Lirik Lagu Melayu IMNOGMAN This pages hosted by geocities TheCounter.com Add Me! Koleksi IMNOGMAN - Koleksi Maya Sastera Melayu
Copyrigth © 1999,2000,2001 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)
[ liriklagu.com | Statistik Dan Maklumat Am | imnogman.com ]