Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
PENGENALAN

JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK

Jabatan Kejuruteraan Elektrik POLIMAS ini bertujuan untuk melahirkan penuntut yang berkemahiran tinggi dan berkebolehan dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.

Ia juga bertujuan untuk melahirkan juruteknik-juruteknik separa profesional dan bersesuaian dengan matlamat negara ke arah negara perindustrian dan teknologi maklumat. Disamping itu, latihan amali yang diberikan kepada para penuntut juga diambil kira sebagai markah untuk penilaian berterusan. Ini secara tidak langsung dapat membolehkan penuntut dapat memahirkan diri dan dapat menggunakannya semasa pekerjaan nanti.

Penilaian berterusan ini merupakan sebahagian daripada penilaian peperiksaan bagi sistem semester. Mata bagi penilaian berterusan untuk kursus Diploma Kejuruteraan Elektrik ialah 40% dan peperiksaan akhir 60%. Manakala bagi kursus Sijil Kejuruteraan Elektrik pula 50%. Markah - markah terkumpul ini adalah daripada laporan, projek, kerja amali dan bengkel. Selain daripada itu, markah juga di nilai daripada tugasan, tutorial, kuiz, ujian dan persembahan projek.

Balik Ke Halaman Utama....


All Rights Reserved