Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

  p e p e r i k s a a n

bermula pada 21 Oktober, kesemua pelajar tingkatan 1 dan 4 telah menjalani peperiksaan akhir semester II . Minggu peperiksaan berjalan dengan lancar dan diharapkan prestasi akademik pelajar akan meningkat dalam peperiksaan ini.

    b a l i k k a m p u n g
6 November 2002 merupakan tarikh yang ditunggu - tunggu pelajar. Pada hari ini, pelajar telah pulang bercuti ke kampung halaman masing- masing. Sebelum pulang, pelajar telah meluangkan masa untuk bermaafan sesama pelajar dan guru di Dewan Besar. Pelajar akan pulang semula ke maktab pada 5 Januari 2003.

    k a m p u s c e r i a
Blok Seraya telah menjadi juara kampus terbersih dan paling ceria, mengalahkan Blok Cempaka di Kampus Puteri yang dahulunya merupakan juara pertandingan ini. Tahniah kepada penghuni blok Seraya yang merupakan pelajar putera tingkatan empat. Semoga tradisi  ini dapat diteruskan.



    j a m u a n r a y a
Sempena aidilfitri yang bakal menjelang, pihak MUAFAKAT akan menganjurkan satu jamuan hari raya antara pelajar, guru dan ibubapa. Mengikut perancangan, jamuan ini akan diadakan pada 5 Januari 2003 apabila pelajar mula kembali ke maktab. Diharap ibubapa tidak keberatan untuk menyertai jamuan ini.

www.mara.gov.my

 Mulai tahun hadapan, MRSM Kuala Lipis akan kehilangan seorang ahli keluarganya. Bagi Cik Nurul Huda bt Mohamad, pemergiannya merupakan satu pengorbanan yang terpaksa dibuat dalam keadaan yang tidak diduga. Beliau yang merupakan seorang guru Pendidikan Seni di sini akan berpindah ke MRSM Kuala Krai mulai tahun hadapan. Warga MRSM Kuala Lipis akan sentiasa mengenangkan cikgu Nurul sebagai seorang guru yang berwibawa, tegas, dan suka mengambil berat. Segala jasa baik cikgu Nurul didahulukan dengan ucapan terima kasih yang tidak terhingga.
Kami akan sentiasa mendoakan kejayaan cikgu walau di mana jua cikgu berada.
Apakah langkah yang boleh diambil oleh pihak maktab untuk persediaan SPM 2003?
program tutor
program mentor - mantee
kursus pembelajaran di luar maktab
ceramah akademik
waktu 'prep' dipanjangkan
kuota aktiviti bukan akademik



this web page is currently UNDER CONSTRUCTION
© Biro Sebaran Am dan Komunikasi
Badan Wakil Pelajar
MRSM Kuala Lipis 2002 - 2003