Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
 

KENALI SAYA

KONGSI ILMU

ARKIB PERIBADI

PETA WEB

 |  Kata-kata Khidmah  |  Sajak  |  Wallpaper  |  Nota Kuliah  |  Projek Multimedia  |

                     Pilihan Sajak:                    
Semoga Tuanmu Tersenyum
Masanya Telah Tiba
Betapa Dia Mengharap
Busana Perjuangan

 

Sajak

  Busana Perjuangan

Tanpa diiringi tekad waja
lagak armada melangkah deras
di hati mula membegar
kesungguhannya entah di mana
Menongkah kepalsuan tekad
hanya menadah ihsan dari-Nya

Bara dalam sekam terus dibiar
dari asap kepul
membakar angan-angan segala
musnah

Dipangku wajah gamang
tergelepai ia akhirnya
dalam astaka sia
menghampar bencah

Tiada apa dapat merubah
begar yang menjadi dermaga
malain setitis air
dapat melembut hati
agar kesungguhan
menjadi busana perjuangan

Yang titis air itu
hanya hadir bila diilham diri sendiri
kerana kau pencetusnya
biarpun Tuhan yang menentukan.

Cetusan rasa: 30 Oktober 1997