| |
Usaha Yang Jitu
Orang yang berusaha
akan melakukan apa sahaja untuk mencapai apa yang dihajati. Jangan
biarkan diri anda dikuasai rasa bosan, malas dan jemu.
Untuk melawan perasaan negatif ini, anda perlu:
1. Biasakan diri melakukan sesuatu sehingga selesai, sebelum berhenti.
Contohnya, jika anda perlu menyiapkan kerja rumah dengan menjawab 20
soalan matematik, cuba habiskan kesemua soalan itu dalam satu masa dan
elakkan membuat latihan tersebut secara berperingkat-peringkat. Ini akan
menyebabkan kerja anda tertangguh dan tumpuan juga terjejas. Anda akan
dihinggapi penyakit malas.
2. Hadkan masa yang cukup untuk menyiapkan sesuatu kerja.
Ini bermaksud, anda perlu memberikan ruang masa yang sesuai dan
berpadanan dengan bebanan kerja yang dilakukan. Seperti contoh di atas,
jika anda dikehendaki menjawab 20 soalan matematik, cuba tetapkan masa
yang bersesuaian dengan usaha yang perlu diberikan bagi menyelesaikan
latihan tersebut. Ikutlah arahan soalan dan minta nasihat daripada guru/pensyarah
anda.
3. Adakan satu matlamat yang mesti dicapai pada setiap hari.
Anda perlu menetapkan satu matlamat yang jelas untuk dicapai setiap hari.
Jika menggunakan contoh tadi, anda boleh tetapkan bahawa untuk hari ini,
anda ingin menjawab 20 soalan matematik. Itu matlamat yang anda ingin
capai hari ini. Berusahalah dengan mengikuti dua langkah di atas, anda
akan berjaya mengatasi masalah tadi. |
|