Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
 

KENALI SAYA

KONGSI ILMU

ARKIB PERIBADI

PETA WEB

 |  Dunia IT  |  Pengurusan Diri  |  Motivasi  |  Dunia Islam  |

                     Pilihan Artikel:                    
Menangani Masalah Perkakasan Dan Virus
Membangunkan Laman Web Yang Baik
Panduan Memilih Dan Membeli Komputer

 

Dunia IT

  Panduan Memilih Dan Membeli Komputer Peribadi

     Dunia kini sedang berada di dalam era teknologi komunikasi dan maklumat. Justeru, kerajaan telah menggalakkan rakyat Malaysia memiliki komputer serta mempelajari ICT agar kita tidak ketinggalan dengan teknologinya malah dapat sama-sama bersaing dengan semua negara maju. Bagi memenuhi hasrat kerajaan, kita telah diberi kemudahan pengeluaran simpanan KWSP untuk memiliki komputer peribadi (PC). Malah ia dimudahkan lagi apabila Pos Malaysia Berhad juga memberikan perkhidmatan membeli komputer melaluinya. Bagi memastikan kebaikan dan kemudahan sendiri, kita harus bijak memilihnya kerana ianya mempunyai pelbagai perkara yang perlu diteliti sebelum memilikinya.
     Perkara pertama yang perlu diteliti ialah keperluan PC itu dibeli. Biasanya, PC dibeli untuk tujuan kerja-kerja ringan dan berat. Bagi pelajar kursus-kursus pengurusan, perakaunan, ekonomi, pendidikan, kerja sosial dan lain-lain lagi serta bagi pekerja di pejabat, memadai jika mereka memilih spesifikasi PC yang sederhana sahaja kerana keupayaan yang diperlukan hanyalah untuk menaip tugasan dan sebagainya di samping mendengar lagu MP3, menonton VCD dan bermain game. Tetapi bagi mereka yang berada di dalam bidang IT, Multimedia, pengkomputeran dan kejuruteraan, mereka perlu memiliki PC yang berkeupayaan tinggi untuk tugas-tugas berat seperti pengaturcaraan, mengedit grafik, membuat animasi, mengedit video dan sebagainya.
     Perkara ke dua yang perlu difikirkan ialah kemampuan kewangan kita. Bagi mereka yang hanya memerlukan spesifikasi PC yang sederhana tetapi berkemampuan untuk mebeli PC berkeupayaan tinggi, maka memilih PC berkeupayaan tinggi adalah lebih baik untuk kepuasan dan kepantasan. Tetapi bagi mereka yang tidak berapa berkemampuan adalah lebih baik mereka membeli PC berkeupayaan rendah atau sederhana yang mana ianya boleh ditingkatupaya apabila berkemampuan kelak.
     Seterusnya, kita perlu menentukan PC yang terbaik bagi keperluan kita. Terdapat pelbagai jenis PC daripada yang termurah kira-kira RM2500 hinggalah yang termahal bernilai RM9500 di pasaran. PC yang boleh dipilih dibahagikan kepada tiga iaitu PC serasi IBM atau popular dengan gelaran PC klon, PC jenama seperti Mac daripada Apple, Compac, Intellitech dan banyak lagi serta PC pasang sendiri, di mana komponen-komponen komputer dibeli berasingan dan dipasang sendiri oleh pembeli.
     Bagi saya, PC yang terbaik untuk dipilih adalah PC klon, kerana ianya lebih murah, mudah ditingkatupaya serta mempunyai keupayaan yang sama seperti komputer-komputer jenama. PC jenama pula mahal, sukar ditingkatupaya dan terdapat yang tidak mempunyai kebolehan menambah perkakasan yang daripada lain seperti kad grafik, kad bunyi, pencetak, pengimbas dan kamera web. Ianya hanya membenarkan perkakasan dan komponen daripada jenama yang sama seperti komputer keluaran Apple iaitu Apple G4. Walaubagaimana pun, PC jenama mempunyai kemudahan jaminan, baikpulih, mudah dihubingi serta tidak mudah rosak. Pemasangan sendiri PC pula amat sukar bagi mereka yang tidak mempunyai pengetahuan yang tinggi di dalam dunia pengkomputeran kerana ianya memerlukan kemahiran bukan sahaja di dalam memasang tetapi mengkaji keserasian komponen serta mendapatkan komponen-komponen daripada pembekal.
     Untuk memilih PC, kita perlu mengumpulkan seberapa banyak maklumat daripada peniaga-peniaga PC. Bandingkan harga yang ditawarkan, keupayaannya serta kemudahan yang ditawarkan seperti jaminan, baikpulih dan kemudahan hubungan. Terdapat peniaga yang menawarkan pelbagai perkara seperti perkakasan percuma, akaun internet, bayaran ansuran. Namun, kita perlu berhati-hati dengan mereka kerana kemungkinan penipuan boleh berlaku, lebih-lebih lagi jika memilih PC klon. Oleh itu, kita perlu memberikan seberapa banyak pertanyaan kepada peniaga terbabit sebelum membeli PCnya. Mintalah bantuan daripada rakan-rakan yang pernah membeli PC. Semoga pilihan anda menepati keperluan dan kehendak anda.