 |
|
 |
Dunia
Islam |
|
 |
| |
Musuh Islam Akui Islam
Dan Iman
Islam mempunyai satu kekuatan yang amat dahsyat. Kekuatan itu
sukar dimusnahkan tanpa mendalami hakikat Islam dan iman. Hakikat ini
pernah diakui oleh musuh-musuh Islam sejak dahulu lagi. Mereka mengakui
Islam dan iman tetapi mereka tidak mempunyai hidayah untuk memeluk
Islam, bahkan mereka telah menemui senjata terbaik untuk menghadapi
keteguhan dan kekuatan umat Islam iaitu dengan serangan yang amat halus
dan panjang.
Seorang pemikir dan pendakwah
Islam, Syed Abul Hasan Ali An-Nadawi berkata:
"Sarjana-sarjana Eropah
telah mempelajari rahsia kekuatan yang tersembunyi di sebalik jiwa umat
Islam. Mereka mendapati bahawa rahsia kekuatan itu ialah iman. Mereka
telah melihat apa yang telah dilakukan oleh keimanan umat di zaman lampau,
keimanan yang melahirkan mukjizat yang luar biasa. Kerana itulah mereka
(orang Barat) menjajah umat Islam dengan suatu cara yang lebih berbahaya
dari penjajahan yang dilakukan oleh Monggol dan Tartar."
Musuh-musuh Islam mengetahui bahawa kekuatan umat Islam
adalah terletak sejauh mana mereka berpegang kepada ajaran Islam dan
berpandukan al-Quran. Bekas Perdana Menteri Britain, William Ewart
Gladstone pernah berkata;
"Selama mana al-Quran ini berada di tangan orang-orang
Islam, Eropah selama-lamanya tidak akan dapat menjajah Timur."
Begitu juga yang pernah disuarakan oleh seorang pemimpin
Perancis di Algeria. Katanya:
"Kita tidak akan menang terhadap Algeria selama mana
meraka membaca al-Quran dan bertutur dalam bahasa Arab(baku), maka kita
wajib menyingkirkan al-Quran tulisan Arab ini daripada wujud dan
menghapuskan bahasa Arab(baku) dari pertuturan mereka."
Para pengkaji Eropah meletakkan Islam sebagai penghalang
utama cita-cita mereka. Lawrence Brown pernah berkata;
"Sesungguhnya Islam adalah satu-satunya benteng yang
menghalang penjajahan Eropah."
Islam bukan sahaja dimusuhi oleh tentera Salib bahkan
Komunis juga. Bagi mereka, selama Islam tidak dihapuskan, selama itulah
ia menjadi ancaman kepada mereka. Pernah disiarkan dalam sebuah akhbar
harian Parti Komunis Uzbekistan pada tahun 1952 di mana pengarangnya
menulis, "Adalah mustahil untuk mengukuhkan komunis sebelum
menghapuskan Islam ke akar umbinya."
Di samping itu juga, mereka amat takut sekiranya bangun di
kalangan umat Islam seorang pemimpin yang akan menyedarkan kembali umat
Islam supaya kembali kepada pegangan iman yang sebenar-benarnya. Bekas
Perdana Menteri pertama Israel, David Gurion pernah menyatakan
kebimbangannya itu:
"Sesungguhnya apa yang paling aku takut ialah akan
lahirnya Muhammad yang baru di negara Arab."
Musuh Islam amat menyedari kekuatan iman. Ianya tidak
pernah padam dari hati umat Islam. Cuma hari ini iman itu telah malap
sehingga tidak terasa kepanasannya. Namun bara yang tersimpan boleh
marak dan membakar dunia suatu masa nanti. Sesungguhnya tiada kuasa yang
dapat memadamkan terus api iman umat Islam.
Anthony dalam bukunya "al-Arab menulis:
"Sejak Muhammad mengumpulkan pengikut-pengikutnya pada
kurun ketujuh masihi, maka bermulalah langkah pertama menyebarkan Islam.
Sesungguhnya negara Barat meletakkan Islam sebagai satu kekuatan yang
berkekalan dan padu..."
Umat Islam perlu sedar tentang kekuatan mereka. Sedangkan
musuh Islam menyedari dan mengakuinya sejak zaman Salib lagi. Oleh itu,
umat Islam mesti kembali mengukuhkan keimanan mereka supaya tidak
dibelenggu lagi. Manakala dunia Islam akan kembali gemilang dan
dihormati. |
|
 |
|
 |
|