Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
 

KENALI SAYA

KONGSI ILMU

ARKIB PERIBADI

PETA WEB

 |  Dunia IT  |  Pengurusan Diri  |  Motivasi  |  Dunia Islam  |

                     Pilihan Artikel:                    
Iman Dalam Kehidupan
Orang Islam Ditindas
Musuh Islam Akui Islam Dan Iman
Strategi Terbaik Musuh Islam

 

Dunia Islam

  Orang Islam Ditandas

       Kita bagai tidak percaya, namun itulah hakikatnya. Di mana-mana sahaja kita sering diberitakan mengenai kekejaman yang dilakukan kepada umat Islam. Bumi Islam di Palestin, Bosnia, Albania, Chechnya, Kosovo, Kashmir, Lubnan, Ambon, Maluku dan banyak lagi telah basah disirami darah umat Islam. Manakala negara-negara Islam yang lain juga tidak lepas daripada ditindas seperti Indonesia, Iraq, Arab Saudi serta banyak lagi. Jelas kesatuan Islam masih lemah untuk bangkit memartabatkan kembali Islam di mata dunia. Walaupun abad-21 digembar-gemburkan sebagai abad kebangkitan Islam, namun ianya belum nampak akan menjadi kenyataan.
       Keadaan lebih buruk apabila umat Islam turut mengalami masalah dalaman samada krisis sesama Islam di dalam negara sendiri ataupun antara negara Islam. Perpaduan umat boleh dikatakan amat lemah. Akibatnya, Palestin dan Lubnan terus terpinggir dari tanahair sendiri. Percakaran sering berlaku antara golongan yang ingin berdamai dan yang ingin terus berkeras dengan Yahudi. Syria, Jordan, Morocco dan Indonesia masih tercari-cari haluan baru setelah bertukar pemimpin. Di Malaysia pemimpin sibuk bercakap tentang perpaduan Melayu. Brunei masih demam oleh penyelewengan kewangan adik sultan. Singapura pula terus tunduk dengan pemerintah bukan Islam.
       Kini umat Islam bukan sahaja tidak mampu menaungi orang lain seperti zaman keagungannya dahulu, bahkan nasib sendiripun masih terumbang-ambing. Semuanya berpunca daripada serangan musuh Islam mahupun kelemahan umat Islam sendiri. Musuh Islam terlalu kuat dan ramai sebenarnya bukanlah penghalang sebenar kebangkitan Islam kerana pada zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat, musuh yang ramai dan kuat bukan tandingan tentera Islam ketika itu. Sebenarnya, kelemahan umat Islamlah yang menjadi punca kekejaman dan penindasan terhadap umat Islam.
       Sebenarnya menjadi umat Islam bukanlah jaminan untuk mendapat pembelaan Allah. Allah pernah berfirman di dalam Al-Quran bahawa Allah menjadi pembela orang-orang yang bertakwa. Maksudnya hanya orang yang bertakwa sahaja layak mendapat bantuan Allah. Tanpanya, kekuatan barisan umat Islam bagi menghadapi musuh sangat terbatas. Kerana itulah, tentera Islam yang dipilih Rasulullah s.a.w hanya daripada mereka yang bangun malam mengerjakan solat sunat. Buktinya, walaupun tentera Islam sedikit, musuh yang berlipat ganda dapat ditewaskan. Dengan ketakwaan dan keimanan yang teguh, Allah akan menurunkan angkatan tentera-Nya untuk membantu seperti yang berlaku di Ambon tidak berapa lama dahulu.
       Dunia Islam masih diselubungi kemurungan sejak kejatuhan Empayar Turki Uthmaniah pada awal kurun ke-20. Sehingga kini, kesatuan dan kekuatan umat Islam tidak pernah pulih. Negara-negara Islam terus dikuasai Barat di dalam ekonomi, politik, budaya serta ketenteraan secara langsung atau tidak. PBB pula bukan landasan untuk menuntut keadilan dan hak-hak kerana PBB sendiri adalah kenderaan musuh Islam untuk memusnahkan Islam. Hanya  Pertubuhan Persidangan Negara Islam (OIC) dan pertubuhan Liga Arab yang boleh disandarkan.
       Selain itu, negara-negara Islam mesti membina semula kekuatan ekonomi, kestabilan politik, ketinggian teknologi dan kemantapan sosial untuk menjadi negara yang kuat. Kini, belum ada sebuah negara Islam pun yang mampu muncul sebagai sebuah negara maju di dunia. Walaupun, ada negara-negara Islam yang menunjukkan potensi ke arah itu, tetapi masih banyak perkara yang perlu ditangani secara berkesan dan cepat. Malaysia, contohnya merupakan sebuah daripada negara-negara tersebut.
       Malaysia berpotensi muncul sebagai kuasa Islam yang disegani bukan sahaja di kalangan negara-negara Melayu, bahkan seluruh dunia. Ianya tidak mustahil justeru baru-baru ini pun, Malaysia telah mula disegani apabila berjaya menangani kegawatan ekonomi akibat serangan Barat secara unik dan berani. Lalu, Malaysia perlu terus berusaha untuk mencapai wawasannya di samping menepis serangan-serangan daripada musuh Islam terutamanya Barat.
       Langkah mesti dimulakan sekarang oleh semua negara-negara Islam agar abad ke-21 menyaksikan kembalinya kegemilangan Islam. Walaupun perjalanannya masih jauh, langkah perlu diatur awal supaya matlamat semakin hampir. Sekurang-kurangnya pertengahan abad ke-21 iaitu 2050, perpaduan dan kekuatan umat Islam akan kembali terselah. Visi besar inilah yang perlu didokong oleh kita semua. Insya-Allah, Islam akan kembali terjulang suatu masa nanti.