 |
|
 |
Dunia
Islam |
|
 |
| |
Iman Dalam Kehidupan
Persoalan iman bukannya perbincangan ilmiah semata-mata tanpa
menampakkan hasilnya dalam kehidupan. Selain daripada kefahaman yang
jelas, penghayatan terhadap aqidah itu sendiri lebih penting dan
seterusnya dapat mendefinisikan kefahaman dan penghayatannya di dalam
kehidupan. Ganerasi sahabat dahulunya, tidak begitu hebat membicarakan
persoalan aqidah secara ilmiah mahupun teori. Namun mereka memiliki
kefahaman yang jelas terhadap aqidah yang dipegang dengan penuh
kesedaran. Lalu, mereka mengaplikasikan nilai keimanan mereka di dalam
kehidupan.
Sesetengah daripada umat tidak nampak kepentingan iman di dalam
kehidupan. Iman bukan sahaja umpama pelita di dalam kehidupan yang
menyuluh jalan hidup, bahkan ianya adalah satu kuasa yang memberi
kekuatan kepada seseorang itu. Malah, jika seseorang yang mempunyai iman
yang teguh bersatu dengan yang lain dapat menjadi kuasa yang terkuat di
dunia. Buktinya amat banyak sejak dahulu lagi.
Sejarah telah mencatatkan satu kebangkitan umat padang pasir
"Sahara". Mereka mendiami bumi Hijjaz yang tidak mempunyai banyak
kelebihan jika dibandingkan dengan tempat-tempat lain. Mereka inilah
yang dikenali sebagai bangsa Arab. Bumi yang didudukinya tersisih jauh
dari dunia sekitarnya. Tanahnya tandus dan suhunya amat panas pada siang
hari manakala malamnya sejuk menusuk tulang. Kehidupan mereka penuh
dengan pergaduhan, peperangan, perzinaan, kekejaman dan sebagainya
sehinggakan mereka digelar orang Arab Jahiliah.
Kemudian, arus kebangkitan mula datang dibawa oleh Islam dan
diteguhkan lagi dengan iman yang kuat. Mereka yang amat lemah dahulunya
menjadi kuat dan maju. Mereka telah berjaya menghancurkan halangan Rom
dan Parsi untuk selama-lamanya. Mereka juga menerajui segala bidang
ilmuan seperti sastera, sains, perubatan, matematik dan lain-lain lagi.
Kebangkitan umat yang beriman ini sangat dikagumi dunia khasnya musuh
Islam. Ketika belum sampai dua kurun dari tempoh kelahiran Islam,
bendera Islam telah berkibar dari daerah Branas hingga ke pergunungan
Himalaya di China dan dari gurun pasir Asia Tengah hingga ke gurun pasir
Afrika Tengah.
Begitulah betapa berkuasanya iman daripada agama Allah, Islam.
Kita juga dapat lihat bagaimana umat Islam hari ini semakin lemah dan
mundur akibat keteguhan iman yang mudah digoyah. Ia lebih parah lagi
apabila umat berpecah belah. Justeru, kita perlulah kembalikan keteguhan
iman di dalam diri kita agar kita tidak semakin lemah dan mundur.
Setelah kuasanya kembali, tidak mustahil kita dapat mengembalikan
keagungan Islam.
Kuantiti yang sedikit bukan menghalang kemenangan. Kekentalan iman
ganerasi awal dapat menewaskan musuh-musuh Islam walaupun dengan tentera
yang sedikit. Malah, bukti kekuatan iman turut berlaku pada zaman ini.
Ketika keganasan orang Kristian di Ambon beberapa tahun yang lalu, umat
Islam hanya mempunyai iman yang teguh dan senjata yang begitu daif jika
dibandingkan orang Kristian yang ramai dan lengkap bersenapang. Dengan
kekuasaan Allah, ribuan tentera kecil berjubah putih telah dihantar oleh
Allah untuk membantu umat Islam menyebabkan orang Kristian itu berundur.
Iman yang diperlukan oleh umat Islam kini ialah iman yang teguh
seperti ganerasi sahabat dahulu. Iman yang teguh tidak dapat digoncang
atau dimusnahkan dengan sebarang senjata. Itulah senjata utama yang akan
menentukan masa depan umat Islam samada cerah dan kembali gemilang atau
menghadapi zaman-zaman yang muram. |
|
 |
|
 |
|