| |
Remaja Sering Hadapi Tekanan Mental
Perubahan fizikal, emosi dan sosial pada zaman remaja boleh memberi
kesan terhadap kesihatan mental. Golongan ini sering menghadapi pelbagai
masalah yang membebankan diri mereka seperti keliru dengan peranan dan
tanggungjawab diri. Malah, mereka juga sering berasa sering
disalahertikan dan dipersalahkan. Selain itu, mereka juga merasa diri
dilayan tidak adil, kesunyian, sukar memahami emosi dan sukar membuat
keputusan. Bagaimanapun, kesemua masalah ini boleh ditangani dengan baik.
Sebaik-baiknya, remaja dinasihatkan supaya menjalinkan hubungan baik
dengan ibu bapa dan hubungan mesra dengan orang lain. Secara tidak
langsung, keadaan ini boleh mengurangkan masalah dan tekanan mental yang
dihadapi.
Sehubungan itu, antara kaedah terbaik untuk menjalinkan hubungan yang
rapat dengan ibu bapa ialah dengan:
a. Menghormati dan sedia menerima tunjuk ajar dan teguran mereka.
b. Membincangkan masalah dengan mereka.
c. Meluahkan perasaan dan pendapat secara terus terang.
d. Tunjukkan kasih sayang melalui kata-kata dan perbuatan.
e. Cuba memahami masalah dan beban ibu bapa.
f. Meraikan hari jadi mereka.
Pada masa yang sama, remaja juga sering mengalami tekanan emosi
lakukanlah beberapa kaedah seperti:
a. Menarik nafas sedalam-dalamnya.
b. Beredar dari suasana tegang (jika perlu).
c. Berfikir sebelum bertindak.
Tanyalah diri sendiri seperti:
a. Mengapa ia berlaku.
b. Puncanya.
c. Perkara yang telah anda lakukan.
SUMBER: Dipetik daripada MINGGUAN MALAYSIA, AHAD 19 Mac 2000, muka surat
26. |
|