|
Mengatasi Tekanan Mental
Di
dalam dunia yang serba pantas dan mencabar ini, manusia secara tidak
langsung telah didorong untuk bekerja dengan lebih kuat agar lebih
produktif, kompetitif, dan sentiasa maju ke hadapan. Begitu juga dunia
pendidikan di mana remaja semakin ditekan oleh ibu bapa, guru, rakan
sebaya dan kelompok masyarakat yang menaruh pengharapan yang amat tinggi
agar mereka meraih kecemerlangan di dalam akademik. Ini membawa kepada
masalah tekanan mental di kalangan remaja. Antara kesan negatif masalah
ini ialah mereka akan merasa rendah diri, tidak bersemangat, mudah
dirundung gelisah, kesedihan dan mengalami kelesuan.
1.
Bersikap realistik terhadap pekerjaan/tanggungjawab anda:
- Akui kekuatan
dan kelemahan diri.
- Sentiasa
berfikiran positif.
- Cuba melakukan
yang terbaik di dalam pekerjaan.
- Memupuk sikap
seronok bekerja/belajar.
2.
Merancang kerja anda:
- Kendali masa
anda dengan bijak.
- Beri keutamaan
pada kerja yang penting. Jangan bertangguh.
- Elakkan
daripada membawa kerja pulang ke rumah. Jika anda seorang pelajar, kerja
rumah adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Namun begitu, cuba
habiskan kerja rumah anda pada masa lapang di sekolah.
- Mengagihkan
kerja dengan baik.
3.
Meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah:
- Lihat masalah
dengan rasional dan rancang penyelesaian secara sistematik.
- Senaraikan
semua masalah mengikut keutamaan dan langkah-langkah mengatasinya.
- Nilaikan
kesesuaian pada setiap langkah penyelesaian.
- Ambil tindakan
secara wajar.
4.
Menerima sebarang perubahan dengan sikap yang wajar:
- Sentiasa
bersikap terbuka terhadap apa jua perubahan yang berlaku.
- Bersikap
realistik terhadap segala perubahan dan mampu menerima keadaan yang di
luar kawalan anda.
- Bersikap
positif dalam persekitaran yang mencabar.
5.
Amalkan komunikasi yang berkesan:
- Biarlah
bersikap lembut tetapi tegas daripada bersikap agresif.
- Luahkan
pendapat anda dengan penuh sopan, tegas dan jelas.
- Hormatilah
pandangan rakan anda.
6.
Semaikan semangat bermasyarakat:
- Jalankan
persahabatan dengan rakan-rakan anda.
- Senaraikan
individu dan organisasi yang mampu membantu anda menangani sebarang
masalah.
- Berkongsi
masalah anda dengan mereka yang sedia mendengar dan boleh mempercayai.
- Luangkan masa
anda untuk membantu rakan yang bermasalah.
7.
Amalkan cara hidup sihat:
- Luangkan masa
untuk berehat dan bertenang.
- Amalkan
bersenam, pemakanan yang sihat, tidur yang mencukupi.
- Jangan
merokok, jauhi diri dari arak dan dadah.
- Amalkan
nilai-nilai murni dan berpegang teguh pada ajaran agama.
SUMBER: Kementerian
Kesihatan Malaysia sempena Bulan Kesihatan Mental Kebangsaan pada bulan
September 2000. |