 |
|
 |
Kata-kata Khidmah |
|
 |
| |
Usaha Dan Cita-cita:
Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan
balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri,
semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar
atau tidak.
Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan
seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati.
Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan
semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang
terus-menerus.
Orang yang sebenarnya berani ialah mereka yang tak lekas patah hati,
tetapi bertahan dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran.
Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang
belum kamu selesaikan.
Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana
setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu
boleh menjadi pandai.
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai
keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak
dibajai dengan keberanian.
Benarlah usaha itu tangga kejayaan. Tetapi jika tiada kesungguhan dan
niat bukan kerana Allah, samalah seperti anda menggunakan tangga untuk
turun ke bawah. -el
Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk
mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap
halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya.
Tidak semua yang kita ingin mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua
yang kita perolehi adalah yang kita inginkan.
Kejayaan adalah tangga yang tidak dapat anda panjat dengan tangan di
dalam poket.
Orang yang selalu bersedih akan sukar mencapai apa yang dicita-citakan -
Mahatma Ghandi
Merasakan diri lemah adalah titik untuk memajukan diri.
Silaturrahim:
Janganlah kamu berkawan dengan orang yang suka melakukan maksiat, nanti
hilang kebencian kamu terhadap maksiat.
Tiada sesuatu yang lebih bahaya kepada seseorang selain daripada kawan
yang elok percakapannya tetapi buruk perbuatannya.
Orang yang sangat dibenci oleh Allah ialah orang yang suka
bermusuh-musuhan.
Masa:
Jangan dilupa pada yang putih. Ianya suci, bersih sudi juga mengingatkan
kita pada usia. -el
Hidup yang berguna adalah hidup yang ketika petang membawa suluh untuk
menghadapi malam yang akan sampai.
Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang
sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu
diangan-angankan.
Suatu hari nanti kita pasti berhenti bekerja dengan manusia, tetapi
tiada istilah berhenti bekerja dengan Allah melainkan perjuangan
berakhir bersama nafas terakhir.
Kekayaan yang hilang dapat dikejar kembali dengan kerajinan dan jimat
cermat. Kesihatan yang hilang boleh direbut kembali dengan ubat-ubatan.
Akan tetapi waktu yang hilang pasti tidak akan kembali.
Bila anda dapat bangun dari tidur pada suatu pagi, bermakna anda harus
menjadikan hidupmu bermakna sebagai tanda kesyukuranmu kepada Ilahi. -el
Budi Pekerti:
Bersedekah dengan senyuman lebih baik daripada bersedekah dengan harta
kerana bersedekah dengan senyum, manusia tidak terasa terhutang apa-apa
dan tidak pula terasa dihina.
Janganlah engkau pandang ringan perbuatan baik, sekalipun hanya dengan
menunjukkan muka manis ketika engkau bertemu dengan saudaramu.
Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan.
Dilempar orang dengan batu tetapi dibalas dengan buah.
Manusia tidak dapat mengubah rupa bentuk mukanya, tetapi jika dia mahu,
dia boleh mempercantikkan budinya.
Perkataan yang baik tidak akan muncul dalam jiwa yang kotor seperti biji
benih yang tidak akan tumbuh pada tanah yang gersang.
Kekayaan yang paling kaya ialah akal, kemiskinan yang paling besar ialah
bodoh, keburukan yang paling buruk ialah terpesona pada diri sendiri,
dan semulia-mulia kelakuan ialah akhlak yang baik - Saidina Ali Abi
Talib
Yang menentukan masa depan anda bukan kekayaan, kedudukan dan
kebahagiaan yang anda capai, tetapi ke arah mana akan anda bawa semua
itu.
Orang yang sibuk mengejar kepentingan dirinya sendiri akan mencipta
banyak lawan - Confucius
Jika kita bukan pelita yang menerangi malam, memadailah kita menjadi
kunang-kunang yang akan menemani malam.
Akal Dan Nafsu:
Hidup adalah komedi bagi sesiapa yang hidupnya dengan akal. Dan
merupakan tragedi bagi sesiapa yang hidup dengan emosi.
Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas
berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa berfikir adalah seribu
kebodohan. -el
Sesiapa yang dapat menahan marahnya, padahal dia berkuasa untuk
melepaskan marahnya itu maka Allah memenuhi hatinya dengan iman dan rasa
aman ketenangan.
Yang bernama perwira bukanlah yang banyak menjatuhkan lawan, tetapi
perwira sejati ialah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika marah.
Lain-lain:
Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai
kepada penghabisan umur.
Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka
berfikir - Abdullah Abbas
Kita menilai diri sendiri berdasarkan apa yang kita mampu buat, orang
lain menilai berdasarkan apa yang telah kita buat.
Seorang guru yang jujur harus berniat agar muridnya lebih pintar
daripadanya, manakala seorangmurid yang jujur harus pula mengakui
kepintaran gurunya.
Cintailah yang memberi nikmat dan jangan engkau cintai nikmat yang
diberikan. |
|
 |
|
 |
|