Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
 

KENALI SAYA

KONGSI ILMU

ARKIB PERIBADI

PETA WEB

 |  Biodata Saya  |  Gambar Saya  |  Seulas Bicara  |  Aktiviti Kini  |
 

Seulas Bicara

  Assalamualaikum dan salam sejahtera.

     Alhamdulillah, halaman web peribadi saya dapat juga disiapkan setelah beberapa lama saya bekerja keras untuk menyudahkannya. Setakat ini, saya berpuashati dengan apa yang telah saya muatkan untuk tatapan para pelayar internet di serata dunia. Halaman ini diwujudkan bagi menyahut cabaran rakan-rakan saya di dunia siber yang begitu taksub terhadap halaman web peribadi mereka. Kini, ketahuilah, bahawa saya juga telah mempunyai halaman web peribadi yang setanding dengan halaman web kepunyaan mereka.
    Tujuan utama saya membangunkan laman web ini adalah untuk memuatkan segala koleksi peribadi saya seperti artikel-artikel di dalam beberapa topik menarik, kata-kata khidmah, sajak, wallpaper, nota kuliah dan juga  projek multimedia. Dengan ini, saya telah menjadikan laman web ini sebagai stor simpanan maya saya. Ia juga bertujuan untuk berkongsi apa yang saya ada kepada para pelayar web sekalian. Selain itu, ia juga diwujudkan dengan tujuan menyimpan alamat-alamat laman web di dalam bahagian penyedia hos, emel, berita, pendidikan, gaya hidup, komputer dan internet serta banyak lagi yang telah saya kumpulkan. Di samping itu juga, saya ingin membantu rakan-rakan yang mempunyai sebarang masalah mengenai dunia pengkomputeran ataupun masalah hidup.
    Untuk kemudahan pengguna, saya telah menerapkan aspek-aspek penting seperti pemilihan warna yang meredupkan mata, susunan menu yang teratur, paparan bantuan, kepantasan mengakses dengan mengurangkan saiz imej dan fail html, serta memilih konsep seperti Windows kerana majoriti pengguna komputer di dunia menggunakan sistem pengoperasian ini.
    Harapan saya agar para pengunjung halaman web saya akan dapat memberikan respon yang positif terhadap halaman web ini. Saya juga berharap agar rakan-rakan sekalian dapat belajar daripada halaman ini untuk memajukan diri serta melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan.
    Akhir sekali, saya ingin mengatakan bahawa teknologi kini terus berkembang. Jadi janganlah anda semua ketinggalan dan cubalah pelajari teknologi-teknologi baru agar kita dapat menyaingi kuasa barat seterusnya dapat mengembalikan dunia Melayu khasnya dunia Islam yang pernah gah suatu masa dahulu. Insya-Allah.. :)