Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

4 Jan 2004      11 Jan 2004      18 Jan 2004      25 Jan 2004      1 Feb 2004      8 Feb 2004      15 Feb 2004      22 Feb 2004      29 Feb 2004      7 Mac 2004      14 Mac 2004

 

 

 

 

 

 

Dari Gembala Anda                                                                                                    21 Mac 2004

 

Kasih Yang Radikal

          Ada suatu kisah yang sangat menarik dalam Alkitab yang boleh kita temui dalam Lukas 7:36-50. Tajuknya: "Yesus diurapi oleh perempuan berdosa".

          Yesus: "Ada dua orang yang berhutang kepada pelepas uang.. Yang seorang berhutang lima ratus dinar, yang lain lima puluh. Karena mereka tidak sanggup membayar, maka ia menghapuskan hutang kedua orang itu. Siapakah di antara mereka yang akan terlebih mengasihi dia?"

          Simon: "Aku kira dia yang paling banyak dihapuskan hutangnya."

          Yesus: "Engkau lihat perempuan ini?... Sebab itu Aku berkata kepadamu: Dosanya yang banyak itu telah diampuni...."

          Yesus: (Kepada perempuan itu) "Dosamu telah diampuni... Imanmu telah menyelamatkan engkau, pergilah dengan selamat!"

          Itulah kasih yang radikal. Jika kita mengaku diri kita sebagai anak-anak Kristus, milikilah kasih itu. Saya selalu bertanya kepada diri saya sendiri: Kenapa begitu susah untuk memenangkan jiwa-jiwa baru di Shah Alam untuk kerajaan Sorga? Sekarang saya sudah tahu sebabnya. Kita terlalu sibuk mencari "dosa orang" tanpa menyedari bahawa adanya "dosa sendiri". Malah dosa yang sudah diampuni oleh Tuhan pun kita terus menggosip dan menghakimi dengan begitu dahsyat sekali. Saudaraku, jangan buang masa dan tenaga dengan perbuatan tidak berfaedah ini.

          Beri seluruh tenagamu untuk memenangkan jiwa, bukan merusakkan kawan yang sudah bertobat dan diampuni Tuhan. Saya sudah buat keputusan bahawa saya tidak akan melayani sebarang usaha untuk menyampaikan "dosa" orang kepada saya. Anda dipersilakan jumpa saya jika perlu pertolongan mengenai masalah dan dosa sendiri. Saya akan tolong.

          Terima Kasih. Selamat Beribadah.

 

Pastor Joe Marcose

 

 

 

 

JESUS GENERATION

  • Sebuah Christian Band yang bernaung di bawah Gereja Grace Malaysia
  • Semua ahli kumpulan berasal dari berlainan denominasi tetapi bersatu di dalam Jesus Generation (JG) untuk membentuk satu kumpulan yang dipakai Tuhan dengan luarbiasa
  • Hampir 98% peratus JG berasal dari Borneo (Sabah & Sarawak)
  • Lebih istimewa ialah hampir 70% JG masih menuntut di IPTA & IPTS tetapi masih mempunyai masa untuk menjadi pelayan Tuhan
  • Melayani Tuhan dengan tekun & sukacita tanpa memikirkan soal upah atau hadiah
  • Lebih menumpukan perhatian kepada jiwa˛ yang belum mengenal Tuhan dan yang sudah mengenal Tuhan tetapi dicuri oleh si Iblis

 

 

 

 

 Jesus Generation (JG)

Alamat Pejabat : No 10, Jalan Bunga Kemboja 2/7, Seksyen 2, 40000 Shah Alam, Selangor.

Alamat Gereja : Grace Malaysia Shah Alam, No 6, Persiaran Petaling, Seksyen 28, 40000 Shah Alam, Selangor.

Tel : 03 5519 4508