Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

 

GELARAN-GELARAN DI RAJA

Semenjak dikuatkuasakan Undang-Undang Bagi Diri Negeri Terengganu 1911, nama gelaran Orang-Orang Besar Negeri telah dikurniakan sebagai suatu kurnia untuk memuliakan seseorang yang didapati berjasa kepada Raja dan negeri ini. Mereka ini dipermuliakan di dalam lingkungan Istana Raja. Bagaimanapun gelaran-gelaran ini tidak bersangkut paut dengan kuasa pemerintahan dan ketenteraan negeri.

Enam gelaran kebesaran yang termaktub dalam Undang-Undang Bagi Diri Negeri Terengganu 1911 yang dikurniakan oleh Duli Yang Maha Mulia Al- Sultan kepada sesiapa sahaja sebagai Orang Besar Negeri. Kekanan mereka mengikut susunan selepas Waris ganti yang dikurniakan gelaran Yang Di-Pertuan Muda. Gelaran-gelaran itu ialah :-

Yang Teramat Mulia Tengku Sri Bendahara Raja.

Yang Amat Mulia Tengku Sri Panglima Raja

Yang Amat Mulia Tengku Sri Temenggung Raja

Yang Amat Mulia Tengku Sri Raja

Yang Amat Mulia Tengku Sri Paduka Raja

Yang Amat Mulia Tengku Sri Laksamana Raja

Gelaran-gelaran ini lazimnya dikurniakan atau batang tubuh seseorang Kerabat Di Raja yang tertentu sahaja yang mempunyai hubungan rapat dengan keluarga Sultan yang memerintah. Pengurniaan ini tidaklah secara turun temurun, walaupun Duli Yang Maha Mulia Sultan mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

Gelaran-gelaran juga dikurniakan kepada orang-orang lain yang berjasa, sama ada Kerabat Di Raja atau bukan Kerabat Di Raja. Gelaran-gelaran ini sudah wujud sejak turun temurun lagi. Walau bagaimanapun Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan mempunyai kuasa untuk mewujudkan nama-nama gelaran yang lain daripada itu sekiranya Baginda perkenan.

Biasanya gelaran-gelaran berikut dikurniakan kepada Kerabat Di Raja :

1. Tengku Seri Indera Raja

2. Tengku Seri Pekerma Raja

3. Tengku Seri Wa Raja

4. Tengku SeriKelana Raja

5. Tengku Seri Setia Raja

6. Tengku Seri Wangsa Raja

7. Tengku Seri Kemala

8. Tengku Seri Aria Raja

9. Tengku Seri Utama Raja

10. Tengku Seri Ismara Raja

11. Tengku Seri Bijaya Raja

12. Tengku Bentara Raja

13. Tengku Kemala Puri

14. Tengku Indera Segera

15. Tengku Bentara Dalam

16. Tengku Bentara Muda

17. Tengku Puan Muda

18. Tengku Bendahari

19. Tengku Bentara Puan

20. Tengku Kesukma Puri

21. Tengku Nila Rakna

22. Tengku Nara Wangsa

23.   Tengku Lela Segara

Gelaran-gelaran kebesaran yang dikurniakan kepada orang-orang yang bukan dari golongan Kerabat Di Raja yang ada sekarang mengikut kekanan adalah seperti berikut :-

1. Dato’ Andika Indera

2. To’ Puan Seri Nela ( Perempuan)

3. Dato’ Bijaya DiRaja

4. Dato’ Wira Jaya

5. Dato’ Bentara Dalam

6. Dato’ Perwira Negara

7. Dato’ Setia Wangsa

8. Dato’ Bentara Luar

9. Dato’ Kaya Pati

10. Dato’ Selia Bakti

11. Dato’ Indera Guru

12. Dato’ Lela Perkasa

13. Dato’ Kaya Jasa

14. Dato’ Seri Amar Di Raja

15. Dato’ Maha Kurnia

16. Dato’ Kelana Sakti

17. Dato’ Setia Bakti

18. Dato’ Senara Muda

19. Dato’ Maha Jasa

20. Dato’ Kaya Setia

21. Dato’ Setia Jaya

22. Dato’ Rakna Bijaya

23. Dato’ Bentara Setia

24. Dato’ Bentara Muda

25. Dato’ Sang Negara

26. Dato’ Kurnia Jasa

27. Dato’ Lela Berida

28. Dato’ Indera Pahlawan

29. Dato’ Aria Pura

30. Dato’ Aria Negara

31. Dato’ Kurnia Bakti

32. Dato’ Dewa Bakti

33. Dato’ Senara Bakti

Walaupun nama-nama gelaran ini diasingkan di antara anak-anak Raja dan bukan anak-anak Raja, tetapi ada kalanya ia dikurniakan kepada seseorang yang berketurunan Tengku atau Syed. Hal ini hanya dilakukan semata-mata atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan sendiri.

Mereka yang menerima pengurniaan Gelaran Kebesaran ini sahajalah yang berhak dikenali sebagai ‘ Orang Besar Negeri ’dan mempunyai fungsi-fungsi yang tertentu dalam Upacara Istiadat Di Raja Negeri ini. Mereka merupakan orang yang hampir kepada lingkungan Istana Raja.

Bagi Tengku-Tengku atau Syed-Syed yang menerima pengurniaan Gelaran Kebesaran ini, mereka akan dikenali dengan Gelaran tertentu yang didahului dengan gelaran Tengku bagi Tengku dan ‘ Engku ’ bagi Syed sebelum nama asal masing-masing. Umpamanya, apabila Tengku A. Rahman bin Muda dikurniakan dengan gelaran ‘ Bijaya Wangsa ’,maka Yang Mulia ini akan dikenali sebagai ‘ Tengku Bijaya Wangsa ’ , manakala bagi Syed pula, Yang Mulia ini akan dikenali sebagai ‘ Engku Bijaya Wangsa ’. Demikianlah seterusnya bagi penerima-penerima pengurniaan gelaran yang lain. Antara gelaran-gelaran yang dikurniakan kepada Syed-Syed yang terdapat sekarang adalah seperti berikut :-

Engku Seri Pengeran Setia

Engku Bijaya Sura

Engku Bijaya Wangsa

Engku Pengeran Arif Di Raja

Engku Kelana Di Raja

Susunan Keutamaan di antara Orang-Orang Besar Negeri yang bergelar ini ialah :-

Gelaran Kebesaran Khusus yang termaktubkan dalam Undang-Undang Bagi Diri Negeri Terengganu 1911.

Kerabat Di Raja yang dikurniakan dengan gelaran ‘ Sri ’.

Kerabat Di Raja yang dikurniakan gelaran lain.

Orang lain yang dikurniakan gelaran Seri.

Orang lain yang dikurniakan gelaran lain.

Susunan kekanan bagi setiap kumpulan adalah mengikut tarikh pengurniaannya.

BACK