Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!


Gambar kat sebelah ni bukannya aper, kelas boring. So, kita orang yang kat belakang ambik peluang berposing la. Alaaa... mata lecturer kat depan bukannya   kat belakang kepala. Stedy beb, tunjuk baiklah dalam gambar ni... menulis konon..... ppiii rraahhh. Tapi ingat, eksyen tetap eksyen ... jangan lupa untuk SENYUM !!!  Catatan : member yg ambik pic ni kena sepuk dgn buku apabila secara tak sengaja TERgesel bontot dia dgn member pompuan semasa sdg khusuk nak ambik gambar. (alaaa... sebenarnya memang sengaja pun gesel, sajer pertahankan member)

Gambar yang ni pulak, biasalaaa... atlit kalo tak berposing bergambar memang tak sah. Lebih-lebih lagi kalo lepas menang piala. Berhajat nak menyumbangkan kudrat bagi melatih atlit-atlit muda tanahair. Jika dipanggil sekali lagi oleh Majlis Sukan Negara. Event diminati : 100 meter pecut & 110 meter lompat pagar. Catatan masa masih di belakang Watson Nyambek & Nurherman Majid. Takpa laa.. bagi peluang kat depa dulu, pastu kita overtake laa. Pengalaman tak manis : Jatuh pagar ke-8 di salah satu kejohanan sukan yang seterusnya memusnahkan harapan mewakili negara. Pengalaman manis : berdiri tepi trek sambil kulum gula-gula.


Tak yah nak tutup hidong / telingga, Pyan pasti anda kenal saper kat dalam gambar di atas. Posing separa maut. Gambar pertama, baru nak gie siap-siap untuk Kejohanan Merempuh Dinding Batu Se-Malaya. Catatan : Dikenakan kad hijau dan diperintahkan keluar gelanggang kerana cubaan mencederakan salah seorang peserta pertandingan dengan melontar 3 biji bola bowling seberat 20 kg ke arah mangsa. Gambar kedua : Sekadar mendapat naib johan dalam Kejohanan Njet-njet Semut Sapa Sakit Makan Cili. Catatan : Mendapat sebuah piala dan sepasang kasut but. Gagal mendapat johan kerana peserta yang menang tu bukan dtg nak bertanding, tapi dtg nak melahap. Dia baham habis cili padi seberat 3 kg. Gambar ketiga diambik pada tahun 2000 apabila buat pertama kalinya di alaf melinnium, berjaya menjadi johan dalam acara 4 Km Lompat Katak sambil mengepit senduk di atas telinga dan bawah ketiak. Catatan : Cantteekkk..........  dan yang last sekali tu, gambar tu diambik pada tahun 2001 sebaik sahaja berjaya mempertahankan kejuaraan dalam acara tersebut. Catatan : pada tahun 2001 syarat kejohanan diperketatkan apabila peserta yg melompat katak turut terpaksa mengimbangi sebiji bola bowling 30 kg di atas kepala sambil mengigit sebuah kerusi plastik.


Buat pe nak balik ?

Seterusnya beb