Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Sembang2 >> Sembang-Karya >> Kisah - SeBuah NOSTALGIA..I


Emel topik | topik baru | jawab mesej

<<naik   pergi   turun>>
Dimasukkan oleh Tajuk topik:   Kisah - SeBuah NOSTALGIA..I
sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 10 Mac 2000 09:46     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Salam sayangg buat semua ....

NOSTALGIA ini hanya sekadar rekaan semata: tidak ada kena mengena pada sesiapa baik yang masih hidup atau pun yang telah 'pergi'..

Kisah ini adalah lanjutan dari kisah yang lalu...
Bagi anda yang tidak berpeluang mengikuti kisah lalu, sue sorotkan kembali cebisan dari kisah lalu atau boleh masuk ke laman ini...
https://www.angelfire.com/ns/suemarie/nostalgia.html

Soroton kisah yang lalu...

quote:

Marlina berkenalan dengan eddie sejak di bangku sekolah sehinggalah Eddie melanjutkan pelajarannya ke luar negeri. Cita-cita Marlina untuk melanjutkan pelajaran ke luar negeri mendapat tentangan hebat dari ibunya yang kemudiannya hanya meneruskan kursus kesetiausahaan di sebuah kolej di ibu kota.

Semasa di kolej, Marlina berkawan rapat dengan Anne, sehinggalah tamat pengajian, masing-masing membawa haluan sendiri. Eddie hilang berita dan tidak dapat dihubungi lagi. Akibatnya kecewa merentap diri Marlina sehinggalah ia dipertemukan dengan Suffian secara kebetulan. Ketika itu Suffian menghantar Marlina ke hospital apabila Marlina jatuh pengsan ketika sedang bermain badminton di dewan kolej.

Dari situ, bermulalah bibit-bibit perkenalan yang akhirnya menjalin rasa cinta kasih . Malangnya kasih mereka mendapat halangan keluarga Marlina yang terlalu kuat berpegang kepada agama yang mereka anuti.

Lantaran kasih yang tidak mendapat restu keluarga bergolak dengan kejadian yang menimpa diri Marlina. Dia diserang penyakit serius yang meminta pilihan antara hidup dan mati. Namun semuanya atas ketentuan takdir jua..!


p/s..maaf andai gaya penulisan ini sedikit berbaur pelat sabah..
Selamat membaca...

IP: 202.188.113.97

udika
Ahli
dimasukkan pada 10 Mac 2000 10:36     Lihat biodata udika   Hantar emel kepada udika     Edit/Delete Message
yeay yeay!
sue nak sambung balik!!!!!
udika tunggu nie

IP: 192.169.41.35

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 11 Mac 2000 11:07     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Sambungan dari kisah pertama lalu...

Kepulangan Marlina dari rumah yang hampir meragut nyawanya itu disambut dengan doa kesyukuran oleh seisi keluarga. Marlina semakin sihat. Doktor memberinya cuti panjang lagi agar kesihatannya benar-benar pulih untuk dia memulakan tugas kemudiannya.

" Kadang tuh terasa boring juga. Asyik duduk di rumah..." Marlina mula mengeluh.

Suffian hanya tersenyum melihat Marlina dengan wajah yang semakin cerah dan segar. Dia menganggukkan kepalanya, mengakui kebenaran kata-kata Marlina.
" Kalau dah boring sangat tuh, ian ajak ina bersiar-siar dengan kereta..nak tak..?" balas Suffian spontan.

"Tak nak lah, malas rasanya. Elok lagi duduk kat laman rumah nih. Boleh lihat hijau daun, boleh dengar kicau burung, boleh rasa belaian angin... udara pun segar.. ina rasa lebih tenang dari di luar tuh.."

" Ikut suka inalah.. ian cuma mencadangkan saja.." senyum Marlina mendengar kata-kata Suffian.

"Tak perlah, kalau ina teringin nak bersiar-siar nanti..cakap pada ian..ke mana saja nak pergi.. ke bulan?..ke bintang?.. hehehe... entahlah kalau boleh sampai..."

"alaaa, ke situ pula..." satu cubitan manja dari Marlina singgah di badan Suffian

"Adusssss..heheh.. tak sakit pun ...nak lagi...boleh buat kenangan nanti.." pinta Suffian diiring dengan ketawa.

Kecerian di wajah Marlina jelas menyerlah di petang itu. Kemesraan bertunas kembali. Kelopak bunga mawar yang kuncup, mulai mekar. Wangian bebunga harum semerbak. Dedaun kering gugur oleh hembusan bayu petang menguning di laman rumah... saling bertindih di bumi yang menghijau bak permaidani. Kirmizi langit mula menampakkan seri wajah.
Lagu irama latin berentak ballet berkumandang di udara. Entah dari mana arahnya. Marlina minat betul dengan irama itu. Jiwanya terasa tenang dengan melodi yang berdendang.

" Ina, dah nak masuk waktu maghrib nih. Ian nak minta diri dulu, nak balik..." Suffian mengakhiri pertemuan di senja itu. Tompokkan awan yang terbuka luas terlihat di langit, menumpang kemesraan dua insan tersebut.

Bersambung......

IP: 202.188.113.97

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 12 Mac 2000 18:45     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Lanjutan dari kisah yang lalu...

" Dah lama tunggu..?" Marlina tersentak, segera mengangkat mukanya.

" Oh ...Anne..baru sampai..?" tanya Marlina ringkas.

" Ya.. itu pun mujur jua berkesempatan." Anne kemudiannya mengajak Marlina ke cafe di Lobby Wisma tempat Marlina bekerja.

" Ina nak makan apa..? Tanya N sewaktu hendak ke kaunter memesan makanan.

"Apa-apa pun boleh N.. apa yang N makan , pesan jer untuk ina sama..."

"ok set.." balas Anne terus menuju ke kaunter memesan makanan. Tidak lama kemudian dia kembali bersama makanan yang di pesannya itu.

"Jemputlah makan ina.."
Marlina menganggukkan kepala. Sambil itu tangannya cuba membetul anak-anak rambut yang mencecah dahinya.
" Hai ina, tak payahlah nak betulkan lagi. Ina dah memang nampak lawa... ayu pula tuh.. kalau tidak takkanlah budak Suffian itu jatuh hati kat Ina..."

" Ehhh taklah... Suffian itu hanya kawan biasa N.. bukannya apa..." perubahan ketara di wajah Marlina. Mukanya merah menahan malu.

" Camana hubungan kalian berdua setakat ini, ? alaaa... apa yang nak dimalukan... kitakan dah lama kawan.. takkanlah usik sikit dah nak merah muka... rileklah Ina.." usik N menyakat Marlina.
" Aku puji ikhlas nih.." tambahnya lagi cuba menyakinkan kata-katanya itu.

Mereka ketawa bersama. Orang ramai mula meninggalkan cafe itu. Jam sudah hampir masuk waktu bertugas petang.

"Oklah N..nanti ada masa call ina yer... jangan lupa... oh ya terima kasih belanja makan tuh..lain kali ada lagi kannn... " mereka kemudiannya berpisah haluan.

" Marlina, jam 9 nanti ingatkan saya perjumpaan dengan klien di tempat biasa.. Marlina pun kena ikut sama dan jangan lupa bagi tahu en. Hafiz sama. Saya nak kamu berdua ikut serta, ok!.." perintah Mr.Wong semasa masuk bekerja di pagi itu. Marlina bergegas menyediakan dokumen perlu.

" Hafiz, jam 9 nanti boss kata ada perjumpaan dengan klien di tempat biasa... jangan lupa yer.."

" Ok.. siapa lagi yang akan turut serta?" tanya Hafiz yang masih tercegat di pintu bilik Marlina.

" Hanya kita bertiga saja... ishkkk.. malas betul nak ikut sama..." Marlina mengeluh panjang.

" Hehehe...boss tuh.. mana boleh tinggalkan sekretarinya yang lawa ... Hafiz cuba mengusik Marlina dan terus beredar dengan senyuman panjangnya..

" Hmmm... kita pergi makan dulu sebelum balik..ok!" Mr. Wong memberitahu Marlina dan Hafiz sebaik saja melangkah keluar dari tempat perjumpaan itu.

" Terima kasihlah Mr.Wong.. saya minta maaf.. saya tidak dapat ikut serta.. saya kena pergi dulu.. nak jemput isteri saya di pejabat..takut pula terlewat nanti... Boss dan Marlina teruskan saja. Hafiz meminta diri lalu beredar meninggalkan Marlina dengan Mr.Wong berdua.

" Tak pelah Marlina... kita teruskan saja, lapar pula rasanya.. bolehkan cik Marlina temankan saya."

Marlina yang sedari tadi tidak bersuara tetiba berubah wajahnya mendengar bicara bossnya itu. Dengan wajah terpinga-pinga dia memendam niat untuk terus pulang. Permintaan Mr.Wong terpaksa dipenuhi walau sebenarnya dia tidak ingin.

" Harap Marlina tidak menolak ajakan ini.. ialah takkanlah nak biarkan saya makan seorang diri.." senyum Mr.Wong memandang Marlina yang masih kebinggungan itu.
" Dah selalu sangat kamu menolak pelawaan saya, saya harap kali ini... saya tidakkan hampa lagi.."

Marlina terpaku seketika. Dia sedar yang Mr.Wong tidak bergurau bila dia mempelawanya makan sama. Dia juga sedar yang dirinya bakal berdepan dengan suatu persoalan. Ajakan itu juga bagaikan mencabar hatinya untuk bersuara tapi dia hilang daya. Pun ajakan itu disambut dengan senyuman sinis.

" Marlina, saya ada sesuatu hal nak tanya dengan kamu dan saya harap akan mendapat jawapan yang tidak menghampakan nanti...."

" Begini, cik Marlina... dah lama saya perhatikan awak... yelah sejak awak mula bekerja dengan syarikat saya... selama itu saya dapati awak seorang gadis yang baik.." Mr.Wong diam seketika. Dia mencuri merenung mata Marlina.

" Sejak kedatangan Marlina bekerja, pejabat kami sentiasa ceria..biarlah saya berterus terang yang saya telah terpikat dengan sikap dan keramahan Marlina.. sekiranya diizinkan saya ingin melamar Marlina untuk menjadi isteri saya.... maaflah , saya tidak pandai menyusun kata untuk menyampaikan hajat saya ini tapi saya kira permohonan ini tidak terlalu mendadak...."

Betapa terpegunnya Marlina ketika itu. Bicara Mr.Wong bagaikan air hangat yang menyirap hatinya, sekali gus memaksa dia untuk merenung lebih jauh dengan kewarasan akal. Sesungguhnya bicaranya itu menilai sesuatu kemungkinan yang masih samar dengan fikiran yang lebih jernih dan matang.

" Perasaan saya yang menghendaki saya untuk berterus terang. Niat saya ini jujur dan ikhlas.. saya harap Marlina tidak akan mengecewakan saya."

bersambung.....

IP: 202.188.106.244

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 13 Mac 2000 19:12     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Lanjutan dari kisah lalu...

" Seperti yang saya katakan tadi, saya tidak mampu menipu diri saya lagi. Saya sedar yang saya telah jatuh hati pada awak marlina..."
Betapa lapangnya hati Mr.Wong setelah berjaya melepaskan segalanya.. sejenak dia terhenti . Cuba mencari reaksi pada wajah Marlina. Wajah itu kosong dan hampa. Gelisah wajah Mr.Wong menanti jawapan semacam memaksa Marlina untuk menyampaikan keputusannya.

'Ahh!.. apa yang harus ku perkatakan ...walau segunung kasihnya dalam hidup ku, namun hati ini sedikit pun tidak terkandung rasa kasih..' hati kecil Marlina berbisik-bisik sendirian. Tidak terluah olehnya walau sepatah jua. Dia hanya mengeluh... mengeluh lagi. Rasanya dah banyak kali keluhan nya itu singgah di telinga Mr.Wong. Keluhan yang mengandungi rasa serba salah yang bukan sedikit.

Entah mengapa tetiba Marlina menjadi berani menentang mata Mr.Wong. Mahu dicarinya sinar kejujuran dari tentangan yang tajam. Rasanya baru beberapa bulan dia mengenali bossnya itu. Belum cukup masak untuk memahami segala gerak tingkah.

'Aku yakin dugaan ku tidak salah. Sebelum ini aku dah agak sesuatu gerak yang lain dari boss aku . Cuma aku tak mahu memikirkan soal itu..' bisik hati kecilnya semakin menjalar.

Selama ini memang Mr.Wong menunjukkan gerak-geri dan reaksi yang lain terhadap nya tapi Marlina selalu mengelak... kali ini terpaksalah dia berdepan dengan kenyataan... bagaimana harus dia jelaskan kedudukan sebenar pada bossnya. Marlina semakin tidak menentu. Terbayang wajah Suffian di matanya. Setakat ini hanya Suffian saja yang berjaya meraih sejambak bunga kasih dalam dirinya walau dia sendiri belum pasti akan cinta kasihnya terhadap Suffian.

" Maafkan saya Marlina... mungkin Marlina tidak menyenangi kata-kata saya tetapi inilah peluang saya untuk berterus terang.. saya tidak akan memaksa cik.. sekurang-kurangnya saya diberi peluang..."kata-katanya trhenti. Dilihatnya Marlina hanya tunduk membisu.

Marlina tetap membisu. Tergaman dengan kata-kata bossnya itu. Tetiba dia tersentak bila terasa yang tangannya di capai dan digenggam . Tersirap darah naik ke mukanya. Dia berpaling ke arah bossnya. Cuba dileraikan tangannya dari genggaman bossnya. Mr.Wong hanya senyum melihat Marlina yang tersipu-sipu malu.

"Hmm.. takperlah Marlina... saya bukannya mengharapkan jawapan saat ini tapi jangan biarkan saya menunggu lama.. sekali pun hasrat saya tidak diterima, sekurang-kurangnya saya berasa lega kerana telah meluahkan niat ini..Saya sedar akan perbezaan usia kita yang jauh dan saya ini bukanlah seorang yang romantis... maksud saya, tidak pandai mengolah ayat-ayat yang indah dan..." tersekat lagi kata-katanya bila melihat Marlina asyik menjeling jam di tangannya.

bersambung .....

IP: 202.188.14.214

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 14 Mac 2000 13:57     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Salam sayangg..
Lanjutan dari kisah lalu..

" Ok lah Marlina, jangan risau... nak balik cepat kan.. baiklah nanti saya hantar.." Marlina senyum menganggukkan kepala. Mr.Wong menghantar Marlina balik ke rumah. Sepanjang perjalanan Marlina hanya diam membisu.. matanya syik memandang ke luar skrin kereta, sedang fikirannya berligar ke soalan tadi. Satu jawapan pun dia tidak ketemu. Tiba di rumahnya dia hanya mengucapkan terima kasih dan terus menghilang di celah daun pintu. Mr.Wong memecut keretanya pulang.

Angin petang begitu lembut mengusap mesra.. melambai-lambai dedaun dihujung ranting..pepohon kelapa yang banyak tumbuh disebelah hujung pantai seakan menggamit hati untuk meneroka alam. Sekawan beburung terbang beriring diarak awan senja. Kirmizi langit mulai meniti. Marlina sedang duduk diatas tunggul kayu. Renungannya jauh ke ufuk mentari berlabuh. Perubahan alam yang menakjubkan menyentuh hatinya. Jiwanya terusik rindu... tapi rindu pada siapa..?

'Alangkah indahnya panorama senja...sayu..!" bisik hati kecilnya.
" Ina..ian tengok dari tadi senyap jer.. kenapa?..apa yang menganggu fikiran ina..? atau ian menyinggung perasaan ina ker..?" Suffian cuba memecah kesyaduan senja. Dilihatnya Marlina masih diam. Selalunya gadis itu petah berbual. Marlina menggelangkan kepala.. diperhatikan laut luas terbentang di hadapan.. gelora ombak begitu hebat menghempas pantai.

" Kesian pada pantai.. walau dihempas..di belai dan dihakis ombak..ia tetap setia.. sedikit tidak berganjak.." Marlina mula bersuara.

Petang Ahad itu Marlina dan Suffian menjejakkan kaki di pantai.. pantai yang pernah Marlina dan Eddie jejaki suatu ketika dulu. Mereke sering ke situ bersama rerakan yang lain. Konon untuk mentelaah buku-buku rujukan.. orang kata duduk di pantai, jiwa tenang.. senang menghayati buku.. pesisir pantai itu sudah banyak berubah. Hakisan ombak yang menggulung menyebabkan perubahan mengikut masa yang beredar.

Kini Marlina kembali mengunjungi pantai itu semula.. tapi bukan lagi bersama Eddie.. kali ini dia bersama seorang pemuda dari tanah Semenanjung. Bicaranya di pantai pun bukan lagi berkisar pada topik pembelajaran atau buku-buku. Keindahan alam.. perasaan.. kasih sayang.. itulah bahasa jiwa yang lahir dari bicara hati mereka.

' Entahlah ian.. serba-salah ina dibuatnya.." Suara Marlina tenggelam di antara nyanyian ombak dan deruan angin pantai.

" Maafkan ina kerana tidak memberitahu perkara ini terlebih dulu. Mungkin ina rasa tidak perlu dibagitau.. yerlah ina cuba untuk tidak memikirkan soal itu .. tapi nampaknya perkara itu semakin menganggu fikiran ina. Tak tahulah kenapa.." Bicaranya tersekat.

bersambung....

IP: 202.188.113.97

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 15 Mac 2000 13:33     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Lanjutan dari kisah yang lalu...

Suffian merenung wajah Marlina. Diamatinya anak gadis itu. Tertera wajah Marlina sedang bergolak dengan persoalan berat. Digenggamnya tangan Marlina ...sejuk terasa.

" Mungkin ina nak ceritakan pada ian.. boleh juga ian tumpang kongsi sama... itu pun sekiranya ina tak keberatan..." suara Suffian rendah seolah memahami perasaan Marlina.
marlina kemudian mengangkat mukanya.. tangannya dibiarkan dalam genggaman Suffian. Betapa tenang dan yakinnya dia apabila terasa sentuhan jari-jari Suffian. Terasa sentuhan itu bagaikan mengikat mereka sebagai sepasang kekasih yang bahagia. Suffian juga merasakan ada semacam perasaan halus yang sedang dinikmatinya di saat mereka berpegangan tangan itu.

" Entahlah ian, tak tahu camana nak mulakan..." kata-katanya tersekat. Dilemparkan semula pandangannya jauh ke lautan luas.Angin petang berhembus menguatkan hatinya untuk bersuara.

" Hari tuh boss ina bertanya pada ina..? Dia melamar ina.." Marlina menatap Suffian lembut dan penuh kejujuran.

" Apa dia kata ?.. nak datang melamar ina..? nak kahwin dengan ina..? kesabaran Suffian semakin tercabar. Marlina tidak menjawab. Dia hanya menganggukkan kepala.

" Hmmm.. apa pula kata ina..?" suara Suffian semakin jelas. Ina tak kata apa-apa pun.. tahlah mungkin waktu itu ina rasa terkejut.. yerlah ina tak sangka juga boss akan berkata gitu..." ujar Marlina mengumpul segala ketenangan yang ada dalam dirinya.

" Jadi sekarang ina dah fikirkan keputusan ina..." keresahan Suffian dapat dibayangkan dalam nada suaranya .

" Agaknya ina dah buat keputusan tapi buat sementara ini jangan ditanya dulu ... apa-apa pun ina.. bila tiba masa..ian akan tahu juga... ina harap, ianlah orang pertama yang tahu keputusan ina.
Suffian mengeluh. Jawapan pasti masih belum di temui nya.

IP: 202.188.113.97

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 17 Mac 2000 15:41     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Lanjutan dari kisah yang lalu...

" Ina... sini dulu, ada abah nak tanya ina nih.. ada orang bertanya pasal kau tuh.. nak datang melamar.."
Mata Marlina sedikit terjegil ke arah ayahnya. Terkejut besar kiranya dia dengan apa yang telah ayahnya sampaikan sekejap tadi.
" Ehh.. siapa pula abah.?
" Orang tuh tanya abah.. dia minta izin nak datang ke rumah.. nak merisik anak gadis abah... apa hubungan ina dengan Mr.Wong tuh..?" suara ayahnya sedikit perlahan, hampir tidak kedengaran oleh Marlina.

" Ishkk.. takde ape-apalah abah.. dia kan boss ina.. ina hormatnya sebagai seorang ketua.. tidak lebih dari itu.. percayalah.. abah, tolonglah bagi tau Mr.Wong itu, tak perlu susah-susah nak datang. Ina tak nak lah..!" banyak yang ingin diperkatakan oleh Marlina sebagai menjawab soalan ayahnya. Namun yang kelu terkunci adalah lidahnya. Bagaimana harus dia jelaskan supaya ayahnya dapat mengerti perasaannya.

Ibu menatap Marlina.." Tak boleh buat begitu ina.. nanti apa pula orang kata pada kita, takkanlah nak menghalau pula... pasal risikan itu nanti boleh di bincangkan kemudian.." Ibu segera meningkah.
" Mr.Wong itu baik juga orangnya...walaupun usianya jauh berbeza dengan ina tapi abah rasa dia ikhlas dan jujur.." sampuk ayahnya pula.

Marlina menentang wajah umi dan abahnya.. dikumpulnya segala ketenangan yang ada dalam diri. Dia sedar sikap orang tuanya tidak wajar dihadapi dengan cara yang sama. Bukan itu caranya kalau mahu melembutkan hati mereka.

" Tapi umi, ina belum..."
Dengan pantas umi memotong kata-kata Marlina, " Jangan terlalu banyak mereka alasan. Umi mencemikkan bibir.
" Ada saja yang tak kena.. belum sedialah.. inilah, itulah.. hmmm.. susah bercakap dengan kau nih ina. Tak faham umi dengan perangai kau. Kalau kau kahwin sekali pun dengan Mr.Wong tak payahlah kau teruskan pekerjaan kau.. jadi suri rumah lagi baik.. sekarang ini orang cari suami yang dapat memberi kesenagan pada ister.. dapat menjamin masa depan.."

Oh! Tiba-tiba Marlina berlutut di sisi umi. Dicapainya tangan ibunya lalu dikucup dengan penuh rasa kasih.
" Tolonglah fahami perasaan ina, umi..." suaranya tertahan-tahan.. "Ina tidak tamakkan harta dan kemewahan.. ina tak mahu dipaksa.. bagilah ina kebebasan untuk menentukan masa depan ina sendiri umi, ina dah..."
" Kenapa?.. ina nak tunggu budak Suffian tuh lagi.. ina nak kahwin juga dengan budak yang bukan seagama dengan kita..?" keras betul suara umi menentang penjelasa Marlina. Terasa pedih kata-kata itu.

" Umi! bukan gitu, ina sayangkan Suffian.. kalau pun bukan kerana Suffian, ina tak nak kahwin dengan Mr.Wong itu..." Marlina memang tidak menafikan tentang keakraban hubungannya dengan Suffian. Air mata mula bergenang di kelopak. Dengan satu kerdipan, mengalir air jernih laksana sungai kasih yang tiada hentinya.

Umi menunduk tiba-tiba. Semacam kegelisahan yang membuatkan umi tidak sanggup menentang mata anak gadisnya. Sebagai anak gadis tunggal dalam keluarga, Marlina terpaksa hadapi segala kemungkinan yang bakal terjadi.

bersambung.....

IP: 202.188.14.44

invisible
Ahli setia
dimasukkan pada 17 Mac 2000 16:58     Lihat biodata invisible   Hantar emel kepada invisible     Edit/Delete Message
Sebuah cerpen paling pendek
sue dan ika bagi komen sikit bole?

monolog
senja mula melabuhkan tirainya, terdengar sayup sayup seruling yang sue tiup dianjung jendela, merdu sekali tiupan seruling gadis dusun ni,
hebat keluh hati kecil ku. Mungkin kah kenangan nostalgia begitu mencengkan rasa sebuah keinsafan cinta yang kecundang, terseliuh pada batu batu karang?.

Kesian ….tapi begitu lah kehendak ilahi, manusia hanya mampu merancang,mampu mengukir tetapi tuhan jua yang menentukan, diseberang tambak johor aku teringat pada seorang gadis yang dulunya belajar di Australia, sekarang telah kembali ke kota singa, mungkin sedang memburu kerja, keluh ku dan aku doa'kan agar dia segera menemui apa yang dicari²nya selama ini, insyallah.

Gadis dusun terus meniupkan seruling nya, seruling anak gembala ..mungkin, sayup tetapi jelas kendengaran, bersama sama aliran arus yang mengalir ditepian anak sungai,meredah batu batu yang pejal tanpa jemu,mengimbau pada suatu kehancuran yang sering mengigit benak kerdil ingatan yang begitu dalam.

Dan pada gadis kota singa yang datang dengan sajak dan cerpen²nya begitu sayu bila dibaca ….ah kenapa lah dunia ini begitu kejam pada insannya,cinta yang ditemui tetapi terhumban pada cinta yang tragis …kejam sekali keluh ku, tapi apakan daya, itu sudah tersirat bahawa sesuatu yang kita harap2kan tidak semestinya kita akan temui ….

Tiba tiba aku dikejutkan oleh kereta teman ku yang baru pulang, dia menegur ku ….heyyyy melamun lagi ?
Aku tersenyum …rupa2nya waktu solat magrib dah nak abis ….
Aku cuma senyum pada nya …heheheheheeheh

IP: 202.188.81.75

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 18 Mac 2000 19:11     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Lanjutan dari kisah yang lalu....

Umi bingkas dari duduknya. Sambil berlalu dari ruang tamu, suaranya masih dapat didengar.
" Kita nak lihat kau tuh bahagia, bukannya nak melepaskan kau pergi jauh.. banyak masalah akan timbul nanti."

Tak perlulah Marlina beratkan fikiran untuk memikirkan siapa yang umi maksudkan. Dia tahu ibunya sedang bercakap tentang Suffian..Teman dan juga kekasih yang senang didampingi. Suffian baik, mesra, ramah dan mudah diajak berbincang. Walaupun sifat-sifat cemburu mula ketara dalam diri Suffian tapi Marlina faham, cemburu Suffian kerana rasa kasih sayangnya yang luhur. Bukan cemburu buta. Marlina mula memasang niat di hati... esok hari dia akan berterus terang dengan Mr.Wong.. dia tidak mahu membiarkan perkara itu berlanjutan dan bakal terjadi.

" Maafkan ina Mr.Wong. Ina nak berterus terang sebelum perkara ini berlarutan lagi. Ina nak bagi tahu jawapan terhadap soalan Mr.Wong itu. Ina hargai perasaan Mr.Wong dan ina hormati Mr.Wong sebagai seorang ketua. Tidak lebih dari itu. Ina harap Mr.wong faham dengan penjelasan ini, dan satu lagi ina mohon agar Mr.Wong batalkanlah niat nak merisik itu."

Spontan wajah Mr.Wong bertukar masam. terasa satu kekecewaan di hatinya. Marlina tidak senang dengan reaksi itu tapi dia berhak berterus terang. Mr.Wong terus bermasam muka. Membiarkan Marlina mengemukakan alasan seterusnya.
"Ina terpaksa berlaku adil. Sebenarnya ina dah ada pilihan dan sedang menunggu. Janganlah paksa ina lagi..."
Mr.Wong tidak menjawab. Hanya matanya menyorot tajam ke wajah Marlina. Dia bisu begitu juga dengan Marlina. Marlina tidak tahu apa lagi yang nak disampaikan.

" Tak perlah Marlina...itu keputusan kamu tapi saya tetap dengan keputusan saya ini.'AAahh! apa lagi nih...' Marlina menduga di dalam hati. Dia tunduk . Tidak terluah satu pun perkataan dibibirnya.
" Saya akan tetap menunggu kamu... perasaan kasih sayang ini sukar nak dilunturkan..saya tak akan berganjak dari permohonan saya... selagi Marlina belum berumah tangga, saya tetap akan menagih kasih.."

Huh! Hati lelaki itu memang keras. Tapi akan lembut juga bila berdepan dengan seorang perempuan yang dicintainya. Terasa hati perempuan Marlina kian tersentuh. Ada bayang gelisah sedang menari-nari di wajah Marlina. Berkali-kali dia mengeluh. Marlina seolah-olah kehilangan bahasa untuk berbicara seterusnya. Pun akhirnya, kata maaf itu juga yang diucapkan olehnya. Ternyata dia perlu bertindak sebagai manusia dewasa. Persoalan itu tidaklah mudah dileraikan.

"Sudahlah Marlina... serahkan saja pada takdir. Kalau ada jodoh, kita pasti bersama... saya akan tetap menunggu..." Suara Mr.Wong penuh berisi keyakinan. Sarat juga dengan harapan.

bersambung.....

~~~~~~~~~~~~~~~~

invisible: Hmmmm... dah mula menulis berpen yer... eloklah camtuh... rerajinlah menulis dan teruskan berkarya..
pasal komen.. Huh! oklah tuh.. sue bukannya arif dalam soal nih ...rasanya takde ape yang nak di komen...ok!

IP: 202.188.14.191

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 20 Mac 2000 18:20     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Lanjutan dari kisah yang lalu...

Malam itu Marlina diserang kegelisahan. Entah keresahan yang keberapa kali agaknya. Dia bergerak dari ambang jendela. Sudut kamarnya berselerakkan dengan kaset dan cd. Semua lagu telah diputarkan sejak senja tadi. Tidak satu pun lagu dan liriknya yang menyelinap masuk ke kamar hatinya. Hatinya semakin kalut. Dia kembali binggung. Rona yang berdiri tega terasa amat sunyi. Bagai tak terbungkus.
Dia mendengus kasar. Segalanya memang akan dan sudah terjadi. Dia terpaksa menghadapi semua ini. Marlina hanya mampu pasrah menerima segala dugaan.

" Kenapa ini, muram jer zie tengok.. selalunya tak macam nih..." Suzie, sepupu Marlina datang menjenguknya... Masih cuba mencari punca kemurungan Marlina. Mereka memang sering bersama sejak dari kecil lagi. Suzie dikira sebagai kakak kepada Marlina sebab usianya lebih setahun dari Marlina. Marlina yang memang dikenalinya adalah seorang yang peramah, mudah bergaul dan periang. Wajahnya sering dihiasi senyuman mesra.

..Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi..
Suzie terkejut melihat air mata gadis disebelahnya itu mengalir. Dia bertambah hairan dengan gelagat Marlina. Selama mereka berkawan, tak pernah sekali pun dia menitiskan air mata..

" Ini mesti ada yang tak kena nih.." bisiknya dalam hati..
" Ada apa-apa dengan lagu ini ina..?" tetiba Suzie bertanya ... suaranya penuh kehairanan..Jawapan Marlina jugalah yang dinantikan olehnya..
" Hmmm.. entahlah zie... kau kenal tak Suffian tuh..?.. ha'ah..dialah yang telah memberikan cd lagu itu... bersama lagu itu ada juga surat yang dia utuskan...masa itu ian menyuarakan rasa kasih dan sayang dia pada ina, zie.." Marlina cuba mengingati saat-saat indah itu...

Kenangan lalu terimbas kembali...
Rumah Marlina di lereng bukit itulah yang sering menyaksikan pertemuan dua hati itu. Marlina terbayang akan renungan Suffian. Renungan yang bisa mencairkan ketulan salju di kutub utara. Bila mata mereka bertembung Marlina segera melarikan pandangan matanya. Dia memang selalu kalah. Hanya renungan itu saja yang mampu mengalahkan hatinya.

" Ian nih kenapa..? Tenung ina macam tuh, apasal..?" Dia cuba bergurau untuk menutup kegugupannya. Suffian masih memerhatikan wajah Marlina.
" Ina, ian nak balik ke semenanjung tak lama lagi... ian nak ina berjanji... ina, ian nak ina tunggu kedatangan ian nanti..." Suffian terhenti di situ. Wajahnya kembali serius.. maksud ian, ian amat cintakan ina... ian nak ina tunggu sehingga ian balik. Jangan terima lelaki lain selain Suffian.." Jelas sungguh kata-kata Suffian masuk ke telinga Marlina.

Marlina terlopong. Dia terharu dengan kata-kata yang keluar dari mulut Suffian.
" Ian serius nih, ina.." Suffian menyakinkan lagi kenyataannya..

" Habis tuh, kau setujulah..?pantas Suzie bertanya. Marlina menyeka air matanya sambil tersenyum. Dalam senyumannya bermain resah yang bermukim.
Lirik lagu itu bermain-main di fikiannya. Banyak yang harus difikirkan olehnya... bagaimana dia harus mengemukakan niat sucinya kepada keluarganya yang memang menentangnya untuk menerima Suffian.... Dia tak sanggup menrima dugaan yang perit begitu... sesekali wajah Mr.Wong bermain di matanya...ahh!.. satu lagi masalah muncul....
fikir hatinya... Malam semakin larut. Suzie dah pun balik ke rumah... Marlina tinggal keseorangan dalam serba salah.

IP: 202.188.65.208

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 21 Mac 2000 21:29     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Lanjutan dari kisah semalam...

Hari tuh hari Sabtu. Suffian telah pun meminta izin dari ibu bapa Marlina untuk mengajak Marlina makan di restoran terkenal di ibukota. Makanan di situ memang boleh tahan. Harganya pun hebat juga.
" Tak perlah ina,.. sekali sekala kita keluar yer..lepas nih nak ajak ina pergi suatu tempat .. kita pergi tengok wayang ok.."

Marlina yang tidak putus-putus menyuap makanan sambil tunduk tetiba mendongak ke arah Suffian. Dia terhenti seketika kemudian berkata," ok lah, tapi jangan lama..umi dah pesan tuh..."

Entah wayang apa yang mereka tengok. Mulanya nak tengok cerita lain tapi semua tiket dah habis. Tidak sangka malam ini ramai sungguh yang keluar tengok wayang. Kalau ikutkan hati, Marlina tidak mahu tengok wayang lagi. Perut dah kenyang, mata pun layu. Nih! ada yang tidur dalam panggung nanti. Sah! Marlina sendiri tidak tahu macam mana dia boleh tertidur. Sedar-sedar dia terdengar bisikan di telinga memanggil namanya. Alamak! Aku tertidur rupanya..Sebaik saja wayang bermula, Marlina terus tertidur.. agaknya dia keletihan siang tadi. Sedar-sedar dia sudah terlentok ke bahu Suffian. 'Ishk! Ishk!..Nasib baik suasana tak cerah. Kalau tidak mesti nampak muka aku yang merah malu.' Marlina berbisik sendirian. Suffian mengajak Marlina keluar panggung walau pun cerita belum tamat.

" Kesian kat ina.. ina letih yer.. kenapa tak cakap ngantuk? Boleh juga kita jalan-jalan..tak payah pergi tengok wayang.. tak perlah jom kita balik.." tanya Suffian.
Marlina cuba kawal malunya. Suffian asyik tersengih.

" Habis tuh, ian nak tengok wayang. Tak sampai hati ina nak bantah.." jawab Marlina ramah. Sebenarnya dia nak cover malunya.
" Ian bukannya nak tengok wayang sangat, saja nak habiskan masa bersama ina. Kalau ina tak terlentok kat bahu ian tadi, mesti ian tak tahu..." Ujar Suffian lagi.
Segan Marlina mendengar kata-kata Suffian.
" Sorrylah, ina tak sengaja.." jawabnya pendek.
" Its ok ina.. ian lagi suka.."
" Alahai!! Bisanya jawapan itu.

Tiba-tiba saja Suffian memberhentikan keretanya bila melihat kedai bunga. Marlina tidak pun perasan. Dia malas nak turun sama. Marlina asyik perhatikan gelagat pasangan-pasangan yang nampak gembira di luar sana.
Tiba-tiba saja Marlina terkejut bila dihulurkan sejambak mawar merah yang cukup cantik dari belakang. Suffian rupanya! Besarnya jambangan bunga itu. Marlina menyambut bunga itu.
" Cantiknya bunga ini, untung siapa yang dapat..." Katanya.
" Bunga itu untuk sayang ku Marlina.. " ujar Suffian dengan perlahan penuh romantis.. Bila Marlina pandang muka Suffian, Suffian sedang merenungnya dengan pandangan yang lembut... perlahan-lahan tangan Marlina di capainya dan di genggam lembut.

bersambung....

IP: 202.188.43.44

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 22 Mac 2000 19:08     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Lanjutan dari kisah semalam....

Awal pagi lagi Marlina dah pun bangun. Walau pun hari itu hari Ahad, subuh yang dingin bagai mengigit seluruh tubuhnya.. Marlina berada di ambang jendela ..memerhatikan pesona subuh. Ada sesuatu yang mengamit hatinya. Dia merasakan ada hidayah yang sedang mengalir ke arahnya. Hidup selama ini di sebuah rumah banglo di atas bukit milik ibu/ayahnya belum dapat memberi ketenteraman jiwanya. Fikirannya terus menjalar. Marlina tersenyum pada subuh yang semakin disisih mentari pagi. Marlina kemudiannya berlalu dari jendela menuju ke katilnya. Dicapai nya pena dan buku catatan yang terletak di atas meja bersebelahan dengan katilnya.

Sememangnya itulah hobinya yang baru terlahir kini..... mencoret sesuatu yang terlintas di hatinya dan melakar sesuatu mengikut apa yang cuba diceritakan dalam ilusi mindanya.
Agaknya jiwanya yang sentimental membuatkan dia mula berjinak dengan alam seni karya. Entah apalah yang dicoretkan dalam buku-buku itu. Sekali sekala dia tersenyum sendirian.. menompang dagunya di atas tilam lenanya.
Tidak lama kemudian, selesai membasuh muka, Marlina mula mengemas rumah. Sempat juga dia menyediakan sarapan pagi buat santapan keluarga nanti. Umi abah dan abang masih belum muncul-muncul lagi. 'Masih mimpi kot..' bisik hatinya. Pagi itu Marlina hanya sempat menyediakan nasi lemak bersama sambal ikan bilis dan sedikit ulam dengan roti bakar. Selepas selesai semuanya, dia mula membasuh kain dan mandi.

Pagi itu mereka sarapan seisi keluarga, Abah asyik memuji2 sarapan yang Marlina sediakan itu... abang pula tersengih-sengih macam kerang..

' Hari ini Mr.Wong ada janji nak datang ke rumah..semalam dia telefon abah kat opis ..saja nak 'confirm'...tapi dia tak jelaskan sebab kedatangannya, lagi pun abah tak bertanya..." suara si ayah mengejutkan kesemua ahli keluarga yang sedang menghadapi sarapan di meja. Marlina tersentak memandang ayahnya. Hatinya ingin menyuarakan sesuatu tetapi kelu lidahnya tidak terkata... dia cuma tertanya-tanya di dalam hatinya.. apa maksud gerangannya nak datang lagi...aku sudah pun terangkan semuanya...ishkk!!.."

Ibu Marlina diam seketika.. abang juga tidak bersuara. Semuanya bermain dengan persoalan di benak masing-masing. Tiba masa yang dijanjikan muncullah kereta Mr.Wong masuk ke dalam halaman rumah ibu ayah Marlina. Tiga orang lelaki keluar dari perut kereta disambut oleh ayah Marlina. Masa itu Marlina berada di biliknya di atas. Fikirannya sedang kusut dengan persoalan. Tak lama kemudian dia turun menemui bossnya. Tak elok juga kalau tak ketemu boss..nanti apa pula kata orang itu.'
Mr.Wong tersenyum melihat Marlina lalu memperkenalkan teman-temannya kepada Marlina. Marlina kemudiannya meminta izin untuk ke dalam. Terus menuju ke dapur. Seketika dia keluar dengan menatang hidangan. Hanya sekadar nescafe panas dengan beberapa potong kek pisang dan pandan. Hidangan itu disusun di atas meja dengan teratur lalu menjemput semuanya untuk menjamah.Dia terus beredar ke dalam.

bersambung.....

IP: 202.188.43.194

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 23 Mac 2000 21:53     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Lanjutan dari kisah semalam...

Selepas selesai pertemuan itu, Mr.Wong dan rakan-rakannya pun beredar pulang... Marlina tidak tahu apa yang telah dibincangkan pada pertemuan itu tadi. Sekurang-kurangnya dia berasa lega kerana dia tidak pun dipanggil.

' Ah! mungkin bincang soal perniagaanlah tuh...' bisik nya ketika mengemas gelas dan hidangan di meja.

" Ina nape nih..? gugup jer nampak.. apa yang ina fikirkan itu?" umi menegur dari belakang. Ketika itu Marlina sedang membasuh bekas-bekas minuman tadi.

" Ehh, takdelah umi.. ina basuh gelas nih.... mii.. tanya sket bleh..?" pujuk Marlina cuba mengungkai perbincangan tadi. Hatinya tidak sabar untuk mengetahui topik perbincangan sebenar.

"Ina tanyalah abah tuh.. kan abah yang berbincang, bukannya umi..." si ibu menjawab pertanyaan anak manjanya itu..

" Alaa umi nih... yerlah tuh.." jawab Marlina sempat lagi mengucup pipi ibunya sebelum berlalu pergi. Marlina segera keluar mencari ayahnya.
Di luar si ayah sedang duduk sambil menulis di meja tulis, Marlina cuba menghampiri ayahnya. Diberanikan dirinya untuk bertanya. Maunya dia melegakan kerisauan tentang persoalaannya.

" Hmmmm..ina apa hal nih..? ayah ina mula bersuara pabila menyedari anaknya sedang berdiri di tepinya.

" Maafkan ina abah, abah sibuk yer..kalau sibuk, takperlah..ina minta diri dulu... belum pun sempat Marlina berpusing, ayahnya kemudian menjawab.
"Takperlah ina, abah pun ada nak bagi tahu nih... meh aa duk kat abah..." cepat-cepat ditariknya kerusi di rapatkan dekat ayahnya. Marlina duduk memandang ayahnya penuh penantian..

" Hah! apa yang ina nak tahu..?"
Marlina senyum... tak keluar pun suara dari mulutnya.. segan agaknya nak bertanya..

" Ina nak tahu apa hajat boss ina tuh kemari yer..?" soal siayah.. Marlina mengangguk2kan kepalanya.

" Sebenarnya abah dah setuju menerima risikan Mr.Wong."

bersambung....

IP: 202.188.106.47

sdrzai
Ahli
dimasukkan pada 25 Mac 2000 12:48     Lihat biodata sdrzai   Hantar emel kepada sdrzai     Edit/Delete Message
Syabas...sebuah cerita yang menarik..teruskan
hamba akan setia mengikuti lanjutan cerpenmu ini.

IP: 165.21.83.161

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 25 Mac 2000 21:42     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Lanjutan dari kisah yang lalu...

Hah! abah.. ina tak nakkkk..." bagaikan terpacul kata-kata itu dari mulut Marlina.. wajah cerianya bertukar suasana. Awan mendung dengan laungan guruh dan petir.. cuba ditahan perasaannya sebelum perubahan itu disedari oleh ayahnya. Marlina tunduk. Airmata sulung mengalir lesu di pipinya. Air mata yang mahu membasuh luka katinya.

Tetiba tangannya dicapai ayah. Marlina masih juga tunduk. Tidak berani menentang wajah ayahnya lagi. Fikirannya bercelaru. Bagaimana dia harus berdepan dengan kenyataan ini semua.

" Ina nih kan, belum pun abis abah citer, ina dah fikir ke lain.. risikan yang abah maksudkan itu mengenai tawaran perniagaan dengan rakan-rakan Mr.Wong tuh.,.. yang ina muram sampai menangis nih, nape?.." tanya si ayah.
' Pergi basuh muka tuh.. nampak comot macam bebudak kecik jer.." Abah cuba menenangkan jiwa anak kesayangannya itu.

" Yer ker nih abah?.. abah nih kan, sengaja nak buat suspen..." suasana ceria menudungi wajah Marlina. Dikucupnya tangan abahnya lalu beredar ke luar... sempat juga dia menoleh ke ayahnya semula..." Mekasih abah..!"

Orang tua itu hanya tersenyum mengeleng-gelengkan kepalanya melihat telatah anak gadisnya.. Marlina!..Marlina..! bisik hatinya.

~~~~~~

Pintu pejabat diselak. Marlina terpaku di tengah pintu. Bossnya sedang berdiri di hadapannya. Badannya yang tegap sasa begitu kemas sekali dibaluti 'bush jacket' kelabu asp. Marlina hanya sempat mengucapkan selamat pagi. Dia terus ke mejanya, menarik kerusinya. Diambilnya kertas lalu dimasukkan ke mesin taip. Jemarinya lincah menari di atas mesin tersebut. Kebetulan waktu itu Sally dan Erni pun ada sama. Mereka berpandangan melihat gelagat Marlina.

" Awal sangat mula menaip... belum pun masuk waktu bekerja lagi...selalu tak macam nih..." bisik Sally.
" Hah lah.. selalu ikut borak dulu... baca paper ker... nih mesti ada yang tak kena nih..." Erni pula menyampuk.

Mr.Wong terus masuk ke biliknya, meninggalkan pekerja-pekerjanya.

" Hai ina.. selamat pagi... macam ada yang tak kena pagi nih..." kedua rakan sekerja Marlina menghampirinya, cuba menyelam persoalannya. Marlina tidak menjawab. Dia semakin rancak dengan tugasnya. Dia tahu Sally dan Erni itu suka benar menyakatnya. Menyindirnya nombor satu.

Sally mengenyitkan matanya pada Erni lalu berjalan keluar ke bilik sebelah di ikuti oleh Erni. Kedengaran suara mereka ketawa. Biarlah mereka ketawa. Marlina dah biasa dengan sindiran dan sikap mereka.
Siapa yang tak kenal Sally. Gadis seksi dan lincah yang sering bertukar-tukar pasangan. Setiap hari ada saja panggilan telefon untuknya. Naik lenguh tangan Marlina mengangkat gagang telefon. Dah berbuih mulut nya menjawab panggilan itu.
Erni ? Dua kali lima macam Sally. Berlumba-lumba. Siapa yang terror. Marlina tak kuasa bertegang leher dengan Sally. Cakapnya main lepas saja. Cakap yang tak pernah beralas. Cakap yang tak pernah berlapik. Ikut sedap mulut dia menyebut saja. Kadangkala Marlina 'tabik' juga dengan sikap Sally yang lepas cakap itu. Dia tak pernah memikirkan perasaan orang lain. Bukan macam dirinya. Dia sendiri tidak berani buat seperti Sally. Segalanya dipendam di lubuk hatinya. Bukan dia tak berani sebenarnya tetapi dia tak sampai hati mengeluarkan kata-kata yang boleh menyinggung perasaan orang lain.

bersambung....

~~~~~~~~~~~~

sdrzai: terima kasih kerana sudi mengikuti kisah ini.... kalau terlambat post citer nih..sabar-sabarlah yer...


IP: 202.188.14.234

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 26 Mac 2000 19:35     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Lanjutan dari kisah semalam...

Marlina juga kenal benar dengan Erni. Gadis andartu yng entah berapa kali putus cinta. Gadis kampung yang telah dipengaruhi arus kemelut kotaraya ini tak pernah lekang dari alat solek. Marlina tak pernah nak ambil tahu umur Erni, tapi dari kedut kedut di bawah matanya dia dapat mengagak umurnya. Mungkin sudah mengangkau ke angka 40. sebaya dengan umur ibu Marlina cuma kedut-kedut di pipi Erni tidak kelihatan kerana ditutupi bedak seinci tebalnya. Rambutnya di 'blondekan' ala 'Mat Salleh" .

" Taip yang ini dulu Marlina..urgent!.." suara Mr.Wong mematikan lamunan Marlina. Segera diambilnya kertas laporan yang di hulurkan oleh bossnya itu. Dia tidak berani memandang muka bossnya. Dalam hatinya berdoa.. Mr.Wong tidak akan bertanya apa-apa padanya lagi. Sambil memasukkan kertas putih ke mesin taipnya, Marlina menunggu soalan seterusnya dari mulut bossnya jika ada. Hatinya lega. Mr.Wong langsung tidak bersuara. Dia terus masuk ke bilik..
Sally terus masuk mendapatkan Marlina..

"Ina..apa yang urgent sangat tuh? ..Heh..smartlah boss kita ari nih... ensem abiss ..." Sally cuba buka cerita... Sally dan Erni dah memang lama pasang jerat nak dapatkan Mr.Wong tuh.. agaknya sebelum kedatangan Marlina lagi..

" Nanti bila dah siap taip, biar saya yang bawakan ke dalam bilik boss ye ina.." Sally cuba memujuk Marlina setelah dilihatnya Marlina tidak berkata apa-apa... Marlina senyum menganggukkan kepalanya. Erni menjeling tajam ke arah Sally. Dia tahu taktik Sally . Sally sengaja buat begitu untuk mendampingi Mr.Wong. Mulanya Erni juga berniat begitu malangnya Sally lebih dulu potong jalan. Sally tersenyum bangga. Dia menang kali ini. Dia akan menggunakan peluang ini untuk menggoda bossnya.

Sally mengeluarkan cermin dari lacinya dan membetul2kan anak rambutnya. Kertas laporan yang di suruh taip telah pun siap ditaip oleh Marlina... Sally cepat mengambil kertas tersebut dan menuju ke bilik boss. Gaya jalannya sengaja dilenggang-lenggangkan untuk menyakiti hati Erni dan menarik perhatian boss nanti.

Bunyi hentakkan kasut tumit tingginya mengejutkan lamunan Marlina. Sally mengambil tempat duduknya semula dengan senyuman meleret. Senyuman yang sengaja dibuat-buat untuk menyakiti hati kawan-kawannya. Sebenarnya dia kecewa.. tidak puas hati. Perangkap tidak juga mengena. Skirt singkat yang sengaja ditarik ke atas sewaktu duduk di dalam bilik boss itu tidak sedikit pun mendatangkan apa-apa kesan. Mr.Wong dingin sahaja. malah tidak pun memandang ke arah pehanya yang gebu itu. Tak mengapa masih banyak peluang untuk aku menggodanya. Fikir Sally. Dia tersenyum lagi sambil menyanyi-nyanyi.. Meluat juga Erni melihat senyuman Sally. Sakit hati melihat perangai mengada-ngada itu. Marlina hanya senyum menggeleng-gelengkan kepala.

"Boss panggil ina..?"
Mr.Wong terkejut. Disangkanya tentu si Sally lagi yang akan masuk. Bukan Sally atau erni yang berdiri di depannya. Tetapi Marlina, gadis yang telah membuatkan dia jatuh hati. Ditatapnya wajah gadis yang berdiri tenang itu lama-lama. Kecantikan semula jadinya tanpa alat solek itu menawan hatinya. Bertambah manis dengan baju kurung merah hati. Hatinya tertarik betul.

" Boss panggil ina..?" Marlina mengulangi pertanyaannya tadi..dilihat soalannya yang pertama tadi tidak berjawab.
" Ya..ya.. ini.. Marlina tolong betulkan sikit...ada sedikit perubahan.. " dihulurkan kertas laporan di tangannya pada Marlina. Marlina mencapainya lalu mahu beredar. Belum sempat dia melangkah, Mr.Wong pun bersuara.

" Marlina duduklah dulu.. ada yang saya nak cakapkan nih.."
Marlina akur. Dia duduk berhadapan dengan bossnya.
" Saya nak minta maaf pasal semalam tuh... saya tak sempat nak bagi tau Marlina.. agaknya Marlina terkejut juga dengan kedatangan saya .. "
"Tak mengapa ... abah dah bagi tau pun .. " Marlina cuba menamatkan cerita..
" Tak perlah boss.. ina nak siapkan kerja nih segera. boleh ina pergi..?"
"eehh... silakan..?

bersambung....

IP: 202.188.14.174

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 27 Mac 2000 21:24     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Lanjutan dari kisah semalam...

Petang itu Marlina bercadang untuk ke pasar Raya. Lagi pun sudah lama dia tidak keluar membeli belah. Sekurang-kurangnya dia boleh menjamu mata, kalau pun tidak membeli.
Marlina keluar bersama Aida. Aida adalah seorang balu yang bekerja sebagai seorang kerani di tempat Marlina bekerja. Sudah lebih lima tahun dia menjadi balu setelah ditinggalkan suami yang meninggal semasa bertugas sebagai seorang askar. Anak-anaknya yang seramai 4 orang itu semuanya dah bujang.
Marlina lebih suka keluar dengan Aida daripada mengikuti Sally dan Erni. Sepasang kasut bewarna hitam dicubanya. cantik. Harganya pun boleh tahan juga. Kasut buatan Itali, tentulah mahal. Dia melihat-lihat juga yang lain. Semua menawan. Tapi diletakkan juga. Ah! ada lagi tiga pasang kasut yang belum pernah dipakai.
Aida pula mengajak ke kedai pakaian. Beberapa helai baju kurung dibelek-belek. Semuanya cantik dan menawan.
Marlina melihat sepasang baju kurung warna biru laut lalu dicapai. Fesyennya menarik dan warnanya pun kegemarannya.

" Hmm.. tak lama lagi dah nak raya.,.. belilah.." Aida cuba bersuara.

"Alaa orang lain yang nak raya, ina pula yang turut sibuk.." Marlina senyum. Padahal dia berkenan sungguh dengan baju itu.

Tetiba pandangan Marlina tertusuk ke arah satu lembaga manusia, lelaki yang berpakaian kemas berdiri tidak jauh dari tempat Marlina dan Aida berada. Marlina seakan kenal tapi dia bimbang dia mungkin salah orang.
Melihat cara dia berjalan dan raut wajahnya, memang tidak salah dialah orangnya! walaupun cara dia berpakaian sudah berubah tetapi wajahnya tetap sama. Marlina amat pasti itulah dia!
Marlina sangka orang itu sendirian tetapi sangkaannya meleset. Dia sedang menanti seseorang. Seorang wanita keluar dari bilik persalinan. Wanita itu tidak dikenalinya. Marlina tidak jadi untuk menegurnya walau pun pada mulanya dia sudah berniat untuk berbuat demikian. Segera ditinggalkan tempat itu.

Selepas solat Isyak, Marlina duduk di depan jendela kaca. Matanya melihat awan yang pekat kehitaman gelap gelita. Bintang-bintang berkerlipan sungguh indah sekali.
Detik pertemuan siang tadi menjelma semula dalam kotak fikirannya. Eddie! Nama lelaki yang pernah singgah dihidupnya suatu ketika dulu. walau pun waktu itu dia masih di alam persekolahan, tapi dia tidak pasti akan hubungannya dengan Eddie. Pertemuan tadi benar-benar memberi tamparan baru baginya . Marlina tersenyum mengenangkan semuanya.

bersambung....

IP: 202.188.86.230

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 29 Mac 2000 21:44     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Lanjutan dari kisah lalu...

Bunyi deru enjin kereta masuk ke perkarangan rumah diikuti dengan sinaran lampu yang terang benderang menyuluh ke arah pintu.

" Aa.. abah dan umi baru balik agaknya.." Marlina menegakkan badan, membetulkan rambut. Dia segera turun ke bawah.

" Hah...ina belum tidur lagi? abang mana?" Ayah menyapa Marlina .
" Ina lom ngantuk lagi abah... tengah baca buku tadi... abang ada kat biliknya... dah tidur agaknya..." Marlina memberitahu ayahnya.
" Ina pergilah tidur ... biar umi jer yang tengok2kan kat bawah nih.."
Marlina mengucup pipi ibunya sambil mengucapkan selamat malam pada kedua orang tuanya dan berlalu pergi..

Angin malam yang dingin menghembus nyaman menerusi tingkap yang terbuka di dalam bilik Marlina. Dia sedang menikmati udara segar dengan haruman bintang malam yang sedang berkerdipan di langit menemani seri rembulan.

" Ah ...Eddie kau telah kembali ke sini rupanya.. ingatkan kau dah menetap kat sana.." Hati Marlina berbisik kembali.. Tak henti-henti dia mengenang kejadian siang tadi. Sesekali wajah Eddie menjelma dalam bayangan.. Dalam pada itu wajah Suffian silih berganti di bayangan mata Marlina.
" Terasa rindu pula hati ini... dah dua hari Suffian tak menghubungi Marlina... Marlina pun senyap jer..
" Ah..agaknya dia sibuklah tuh... esok2 pasti dia akan hubungi .." Hatinya yang rindu cuba dipujuk sendiri.

"Ombak sering menghempas pantai tanpa jemu. Tapi sayang pantai tak sekukuh benteng yang didirikan. Pantai sering berubah menjadi pantai yang baru dan ombak tetap angkuh menghempas pantai tanpa belas kasihan..." bisik Suffian ke telinga Marlina.
" Kasihankan pantai..?" sambungnya lagi..
" Ombak tidak angkuh tapi pantai memerlukannya untuk menemani. Tanpa ombak, pantai akan sepi.." Marlina bersuara.
" Iya..mereka saling memerlukan. Hanya kadang-kadang angin ingin menguji kesetian pantai dan ombak.."

" Kau semakin hebat berkata-kata...Marlina...
" Hidup mengajar aku menilai sesuatu yang dianugerahkan oleh Tuhan..."
" Aku berharap agar dapat mengubat segala kerinduanmu agar lenyaplah bayangan kenangan lalu yang menganggu ilusimu.." Marlina memandang wajah Suffian dengan penuh simpati . Apakah hati ini telah berbunga cinta terhadapnya?
Marlina bungkam..Suffian semakin menunjukkan cinta kasih nya kepada Marlina. Kemanakah hendak di letakkan hati ini. Pada Suffian?

Tetiba air mata mengalir hangat di pipinya. Cepat-cepat diusap dengan telapak tangan. Rupanya terlalu jauh dia mengenang memori itu. Malam sudah semakin larut. Marlina bingkas dan menutup tingkap yang dari tadi terbuka luas.

Bersambung....

IP: 202.188.83.236

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 01 Apr 2000 21:26     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Lanjutan dari kisah yang lalu....

Langit masih gelap. Marlina bangun melihat jam tangan yang diletakkan di hujung kepalanya. Dipetiknya suis lampu. Keadaan di sekitar kepala katil menjadi terang. Pandangan dialihkan ke setiap sudut kamar tidurnya.

" Ehh... dah pukul berapa..? Kenapa aku tidak boleh tidur..?" Marlina menyeka mata.
" Bukan aku tidak mahu tidur... tetapi tidak boleh..."

Ketenangan kemabli berbunga. Marlina tidak mahu melayan keadaannya. Dia memadamkan lampu untuk terus lena. Aku tidak semestinya mengikut rentak dan tari minda ku..." Fikir Marlina..
" Beruntungnya orang yang boleh tidur.." bisik suaranya perlahan..

Menjelang pagi, saat remmbang mula menjemput beburung menikmati sarapan, Marlina bangun dari katil. Dia ingin sekali menikmati suasana pagi yang segar dan ceria.
Dia berdiri di ambang tingkap.. Kedua belah tangannya menguak rambut yang mencecah belikat itu ke atas, seolah-olah memberikan laluan kesegaran pagi mencecah kulit tengkuknya.

" Sungguh tenang suasana pagi.. perubahan waktu merubah perasaan.."

~~~~~~~~~~~

" Ina..sekarang ian dalam perjalanan ke rumah mu.. Hari ini ian mahu dengar keputusan dari mu sendiri, sayang..!Jangan ina main entah-entah.. ian serius nih.. Ian hendak menunaikan janji abang sebelum balik bercuti raya di kampung.
Marlina..adakah perasaan mu itu sama seperti apa yang ian rasakan ini... adakah harum rambutmu seharum yang pernah ian hidu..? Adakah jari-jari mu begitu lembut seperti yang pernah ku sentuh dulu.... izinkan lah aku mempersatukan segala kerinduan kita yang telah lama bertahan itu...

" Oii..pengantin lelaki dah sampai... budak-budak jangan duduk di tepi pintu. Lalu sikit.. pengantin lelaki nak naik. Hooii... budak-budak, tepi sikit..tepiiii..."
" Ya Allah..mengapa ramai sangat kerumun kat pintu depan tu? Hai..kalau macam nih macam mana pengantin lelaki nak naik? Budak-budak tuh.. jangan duduk di tengah pintu..!
" Suffian .. senyumlah sikit... ngapa masam sangat ha..? yang sebelah kau tuh, isteri kau..senyumlah sikit.."
" Mak andam, mengapa tak berpantun..? Tak bestlah kalau tak berpantun..!"
" Pantun..? Ini pantunnya.. Parang panjang di tepi dinding, di ambil mari oleh Cik Busu, pengantin baru sedang bersanding, harap berbahagia ke anak cucu..!"

" Terima kasih, mak andam.. ini pantun dari saya pula... dengar semuaya..?.. Cik ani sedang bermadah, bermadah pula dengan cik habsah, malam pertama malam yang indah, harap pengantin tidak gelisah..!!

" Yeaah! jangan gelisah ye, Suffian!"
" Haeeh! sudahlah tuh.. jangan nak menyakat orang pula.. kau tuh.. jangan lelama menduda!
"Ellleh.. gurau aje mak andam... saya nih menduda kerana mak andam tak masuk meminang!"
" Jangan merepek tak tentu arah, .. pengantin kita nih dah berpeluh... sudahlah!.."

" Ina.. sayangkan abang tau!.." bisikan suara Marlina singgah di telinga Suffian.
Alangkah manjanya suaramu..Marlina.. sungguh bertuah abang memiliki kau sayang!.."

Trooot..trooot... bunyi hon kereta yang lain mengejutkan Suffian dari lamunannya yang panjang..
" Ahh!.. aku mengelamun pula... Marlina oh Marlina..! Aku terlalu merindui mu..." hati kecilnya berkata-kata...

bersambung...

IP: 202.188.86.104

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 03 Apr 2000 19:52     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Lanjutan dari kisah yang lalu....

Kereta Suffian meluncur masuk ke perkarangan rumah Marlina. Petang itu Suffian ingin sangat ketemu Marlina. Dia ingin menyuarakan semula hasratnya sebelum dia balik bercuti raya di kampung. Tinggal dua minggu lagi Hari Raya Aidil Fitri akan menjelang. Dia akan balik ke kampung asalnya di salah sebuah negeri di tanah semenanjung. Masa itu dia akan memberitahu keluarga tentang niatnya untuk mengambil Marlina sebagai isteri. Dia tidak mahu bermain kata lagi. Dia mahu menerangkan kepada mereka di sana bahawa hatinya telah bersemi kasih di bumi tempat dia bertugas. Hatinya telah terpaut cinta pada seorang gadis kelahiran Negeri Di Bawah Bayu... berita gembira ini hendak dikabarkan ke seluruh sanak saudaranya di sana..

Marlina muncul di muka pintu dengan senyuman mendebarkan ... menyambut kedatangan Suffian.

" Tinggal sehari dua lagi Ian akan berlepas..." Suffian memulakan bicara..
" Sebelum Ian balik kampung..Ian nak masuk merisik dulu... nak tanya kat Ina.. itu pun kalau Ina setuju.." Suffian merenung jauh ..jauh ke dalam mata Marlina...

" Entahlah Ian.. bukannya Ina tak setuju tapi Ina ada hal nak bincang dulu... Ina ada hajat yang lebih besar nak sempurnakan terlebih dulu..." Marlina tunduk.. merenung rerumput yang timbuh menghijau di halaman rumahnya..

Suffian memandang wajah Marlina.. " Cakaplah sayang.. apa kah hajat di hati yang lebih utama dan mulia itu, sehingga melebihi kasih sayang Ian.."

" Jika Ian benar-benar ikhlas nakkan Ina.. tolong tunjukkan jalan bagaimana Ina bisa menganuti agama Islam.. dah lama Ina terniat nak memeluk Islam.. dah lama Nur Hidayah menjelma dan mendatangi diri Ina.. cuma Ina saje yang tak tahu caranya..." Air mata bergenang. Dalam mata yang berkaca itu Marlina merenung muka Suffian. Marlina tersenyum. Begitu manis senyum yang beriring satu harapan.

" Ina ikhlas Ian..ina ikhlas... tiada paksaan.."
Suffian terpukul.. Merenung wajah Marlina kembali. Jujurkah ucapan yang terluncur dari mulutnya itu.. Ikhlaskah kekata yang bermain di sanubarinya itu? Oh.. Tuhan! sesungguhNya Engkau jugalah yang maha berkuasa...

Suffian mengenggam tangan Marlina se erat2nya...
" Terserah pada mu sayang,...kalau Ina nak..sekarang juga Ian sempurnakan hajat Ina itu.."
" Nantilah lepas Ian balik dari bercuti... Ina nak kabarkan berita ini pada orang tua Ina dulu... semoga niat suci Ina mendapat restu dan... " Marlina tidak meneruskan kata2nya... Gembira hatinya tidak terucap.. meskipun begitu, dalam gembira itu..dia dapat meneka apa yang bakal dia terima terutama dari keluarganya sendiri.. bagaimanapun dia harus menghadapi situasi itu nanti. Dia tahu sudah pasti akan mendapat tentangan yang hebat seperti dulunya ...

Senja itu.. sutera ungu membentang hamparan pada dada langit... merah menguris di ufuk sana.. seperti senja-senja yang lain, senja kali ini bagaikan membelah sepi di hujung hari... kabus malam pun mulai turun menghuni alam...

bersambung.....

IP: 202.188.65.53

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 05 Apr 2000 13:56     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Salam sayangg dari penulis...
maaf kerana tak selalu dapat menghantar sambungan kisah..ok, sue teruskan...
Lanjutan dari kisah yang lalu..

Untuk Kesekian kalinya Marlina menunggu Suffian di pintu pagar masjid ketika Suffian menunaikan solat. Perlahan-lahan disandarkan tubuh langsing kekerusi. Antara aku dan abah..antara aku dan umi..antara aku dan hati ku sendiri.. kocakan dan pentafsiran bertemali. Memang Marlina sendiri tidak mahu melukai hati abah dan umi. Apatah lagi mengusutkan perasaan mereka. Dia tahu dan sedar orang tuanya pasti membantah seperti dulu-dulu.. dan tiba-tiba pernafasan abah serta umi pasti akan meledak apabila mendapat tahu dia telah menerima lamaran dari seorang jejaka gelandangan. Insan yang berjaya mengisi kekosongan jiwanya selama ini. Dia sendiri tidak dapat memberi jawapan jika persoalan itu ditimbulkan kepadanya ...mengapa insan bernama Suffian begitu senang untuk dia dampingi. Mengapa hatinya begitu damai di sisinya..Tingkah laku..kejujuran.. kejantanan..! dia mengelengkan kepala..
Di matanya berkaca lagi. Perasaannya terhimpit. Disekanya manik-manik yang mula lebat. Baginya Suffian adalah seorang Islamik yang pendiam..waraq!
Bait puisi yang pernah dideklamasikan oleh Suffian suatu ketika dulu masih kuat bergema di ruang hatinya.. sepotong puisi mengenai seorang gadis dari seorang jejaka pendeklamator begitu hebat! Puisi gadis itu adalah mengenai dirinya sendiri..

Malam itu hatinya berdebar. Perasaannya semakin bergetar. Dalam bertudung litup putih , Marlina bersimpuh penuh anggun. Di hadapannya dengan pakaian baju Melayu dan bersongkok, Suffian menguntum senyum merenung Marlina. Kacak dan macho sekali wajahnya, mungkin kerana janggut sejemput yang selama ini bersarang sudah dicukur licin.
Dua kalimah syadat terluncur dari mulut Suffian meminta Marlina mengikutinya..
Lancar saja Marlina menyebutnya. Lapang dadanya. Salahkah aku sebagai seorang Islam dengan nama baru..Marlina cuma menguntum senyum.
Tetiba suasana menjadi geruh. Di muka pintu abah dan umi berdiri memandang Marlina. Marlina tunduk dengan seribu goyah. Gementar meresap ke dalam jiwa. Sesaat kemudian dadanya tetiba terisi. Dia bersedia biar apa pun terjadi.

" Ina..Ina..." Suara Suffian bergetar. Lembut di cuping telinga. Marlina cuma mengangguk tanpa mahu membuka mata. Senyum masih mengulit.

" Ina...Ina.. buka mata sayang..." Suara Suffian masih bergetar tetapi sedikit nyaring dari tadi. Perlahan-lahan kelopak mata dibuka. Mendongak memerhati raut wajah Suffian. Baru lah dia sedar di mana dia kini.

" Kenapa nih Ina..Hinggakan terlelap. nasib baik Ian yang datang.. kalau orang lain tadi..!"

Entah berapa lama Marlina berkeadaan begitu, dia sendiri tidak pasti. Yang pastinya, dia terlelap di dalam kereta dengan mimpi indah hanya kerana menunggu Suffian selesai menunaikan solat.
Menanti dalam seribu ilusi, dingin pun terasa.. gementar jua menerpa.. Marlina mengigit bibir sendiri. Beberapa titis air mata tumpah. Beberapa detik kemudian senyumannya menyimpul sendiri....
Alahaiii... aku bermimpi rupanya...!!

Bersambung...

IP: 202.188.113.97

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 07 Apr 2000 20:57     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Lanjutan dari kisah yang lalu.....

Malam tadi hujan turun dengan lebat sekali. Bila paginya mentari bersinar riang dan langit biru memijar. Kabus-kabus pagi memutih seperti kapas perlahan-lahan naik ke angkasa. Marlina duduk mengenangkan mimpi semalam. Memang hidup ini tidak seindah dan semudah yang kita bayangkan. Bayangan tentang masa depan bagaikan mimpi: kadang-kadang indah, menakjubkan dan kadang-kadang menakut dan mengerunkan. Takdirkah ini?
Demikianlah, hidup yang indah-indah hanya bayangan dan mimpi semata-mata tetapi lorong hidup yang dilalui di alam nyata bagaikan meniti di atas bara api - pedih dan menyakitkan!

" Ah! senasib juga dengan gadis-gadis lain..barangkali! semua orang punya masalah..syukurlah!" bisik hatinya perlahan.

Agama adalah pembersihan diri! Dia berasa ada sesuatu yang menariknya...Pagi bening itu belum diusik oleh sesiapa kecuali beburung yang tidak pernah lewat tengah hari, terjaga dan terbang mencari makan. Pepohon tercacak kaku bagaikan kesejukan oleh embun yang belum disedut mentari. Sayup-sayup disekelilingnya bagaikan pagar hijau yang mengelilingi alam, di atasnya bumbung langit biru. Keindahan itu tidak selalunya indah, kerap juga bertukar oleh cuaca yang mempengaruhi alam. Betapa lambatnya masa berjalan. Marlina rasa sudah lama dia termenung pagi itu.

Masa baru pun berlalu setengah jam. pagi itu Marlina akan ke lapangan terbang. Suffian akan berangkat balik ke kampung asalnya untuk bercuti raya bersama keluarga di sana. Sebelum itu, Suffian telah banyak berjanji pada Marlina. Dia berjanji akan menyempurnakan niat suci Marlina sebelum melamarnya nanti sekembalinya dari bercuti kelak. Dia juga telah bertekad akan menghadapi apa juga rintangan serta halangan yang bakal mendatang. Dia sanggup membatasi semua itu... Marlina hanya mampu berserah pada Takdir...

" Ini hadiah dari Ian untuk Ina sempena Hari Raya ini...Ian harap Ina suka akan pemberian ini walau pun tidak seberapa..." Suffian menghulur hadiah yang sudah sedia berbalut itu pada Marlina.

" Ehh... apa nih Ian..? Menyusahkan jer... Ina tak minta apa2 pun..." Marlina terpinga-pinga dengan pemberian itu.. dalam hatinya terkejut bercampur terharu..

" Bukalah sayang... Ina akan tahu juga.."
Terketar-ketar tangan Marlina membuka bungkusan itu. Perlaha-lahan dibuka nya kertas pembalut takut terkoyak kertas itu. Cantik kertas ini - bisik hatinya..sebab itulah dia berhati-hati sekali agar tidak merosakkan kertas tersebut.

Matanya terpaku memandang hadiah yang di beri oleh Suffian itu. Seutas gelang emas yang akan di pakai di pergelangan kakinya.

" Ian nak Ina pakai gelang kaki ini supaya Ian boleh dengar rentaknya bila Ina berjalan..." Suffian tersenyum.

" Terima kasih Suffian.... Ina tak tahu nak kata apa.." Marlina seperti kebinggungan..

" Pakailah.. biar Ian dengar sebelum Ian menaiki pesawat nanti.." pinta Suffian.

Marlina akur dengan kehendak Suffian.. Ketika berjalan menghantar Suffian ke pintu masuk pemeriksaan.. Suffian tersenyum...
" Ian dah dengar rentaknya.. lembut sungguh gerak langkah mu Ina.. penuh tertib.. " Suffian memuji Marlina..
Marlina senyum. Manis sekali senyumnya.. senyum terakhir mengiringi pemergian Suffian. Dia hanya sempat melihat lambaian tangan Suffian sebelum hilang di pandangan mata.. Hati Marlina mulai sayu..dikuatkan semangatnya untuk menghadapi esok-esok yang akan mendatang. Mampukan ia berdepan dengan keluarga untuk menyampaikan niatnya.. Dia hanya mampu berserah kepada ketentuan Ilahi.

bersambung....


IP: 203.106.120.126

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 09 Apr 2000 11:57     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Lanjutan dari kisah yang lalu.....

Sinaran mentari pagi yang menorobos masuk melalui celah-celah tabir jendela bilik menyedarkan marlina dari tidurnya. Marlina bangkit dari tidur yang tak selena seperti selalu. Dia kemudiannya ke dapur menjerang air lalu ke bilik air untuk membersihkan diri serta membasuh pakaian-pakaian.

Pagi itu dia cuma bersarapan dengan sekeping roti . Ahli keluarga yang lain masih belum muncul-muncul lagi. Agaknya semua penat berjaga semalam. Marlina tidak mahu menganggu tidur mereka. Pagi Ahad begitu biarlah mereka tidur sepuas-puasnya kerana mereka juga perlu berehat akibat terlalu penat bekerja.

" Alaa, Ina..kenapa tak kejutkan abang.. ada janji nih.. nak gi mancing kat pulau..." Abang Marlina muncul di pintu biliknya.
" Alaa..manalah Ina tahu... abang tak bagi tahu pun..lagi pun bukankah hari nih, hari Ahad, tak kerja?.." Marlina berbicara perlahan sambil berusaha mengawal suaranya agar ibu bapanya tidak terjaga.

Tidak lama kemudian abangnya keluar dari bilik mandi. Dengan tergesa-gesa dia mengenakan pakaian dan bergegas ke pintu memakai kasut.
" Hah, Ina nanti bagi tau abah umi yang abang pegi mancing dulu .." Dia terus berlalu .

Marlina membiarkan abangnya pergi.. yang dia tahu hanya pesanan abang harus disampaikan pada kedua orang tuanya.. takut mereka akan berasa bimbang nanti.

Baru pun semalam Suffian meninggalkan Marlina kerana balik bercuti di kampung. Marlina mula terasa satu kesunyian. Kemesraan bersama Suffian kembali mengusik jiwanya.
Dia terbayang renungan tajam Suffian yang melemahkan jiwanya. Sepasang renungan mata itulah yang sering mendegup jantungnya. Suffian sering memuji dan memuja sekuntum senyum manisnya itu. Bagi Suffian senyuman Marlina boleh menyinarai seluruh hidupnya.

" Ina lah segala-galanya di dalam hidup Ian.." jari-jari halus runcing Marlina di belai dan dimain-mainkan oleh Sufian.
"Ian percaya dengan ketulusan hati dan kasih mu Ina.." Suffian cuba meyakinkan hati Marlina.
Marlina muncul di dalam hidupnya setelah usianya menjangkau 26 tahun. Ktika mula bertemu, umur Marlina baru pun mencecah dua puluh tahun, tetapi kedua-duanya telah mengalami hidup yang malap sebelumnya.

Marlina sendiri tidak dapat lari dari cinta Suffian begitu juga dengan Suffian. Hidup ini tidak dapat lari dari takdir Allah. Walau pun Marlina dilahirkan dalam anutan agama yang berbeza namun secara tidak diduga, secara tidak dipinta, telah didatangi oleh Suffian yang dapat memikat hatinya lantaran sikap penyayang dan lembut tutur kata satu-satunya sikap yang yang diharap-harapkan. Mungkin kerana Marlina sering diabaikan oleh kasih sayang keluarga akibat terlalu sibuk dengan urusan perniagaan.

Kehadiran Suffian telah memberikan cahaya baru yang bakal diharungi oleh Marlina di hari-hari mendatang.
Bagi Ian ..Ina adalah sebutir permata dalam debu yang paling berharga di dalam hidup Ian..Kata-kata Suffian itulah yang paling menyentuh jiwa Marlina. Tanpa disedarinya air mata mengalir lesu di atas pipi gebunya. Air jernih itu kemudian gugur satu demi satu. Suffian menyapu air mata di pipi Marlina dengan dua anak jarinya.

" Ina menangis,..kenapa..?" Suffian merenung jauh ke dalam mata yang redup didepannya.

" Ina terharu Ian!.. Ina gembira atas kemuliaan hati Ian. Rupanya masih ada yang ingin meyayangi, ingin melindungi diri Ina..Air jernih dari dua kelopak mata ayu terjun membasahi pipi . Marlina sebak dalam esak tangis yang semakin meninggi.

bersambung....

IP: 202.188.106.69

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 11 Apr 2000 18:31     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Lanjutan dari kisah yang lalu....

Petang itu Marlina ke kebun di sebelah laman rumah mereka. Ketika itu ibunya sedang membersihkan rumput-rumput di tepi batas tanaman. Hujan tengah hari tadi telah pun reda. Ayam berkeliaran melarikan diri dari kawasan lopak. Bunyi bising suara ayam berbaur bersama derapan hujan tadi, begitu membingitkan.

"Umi, Ina nak gali ubi..musim hujan begini, ubi rebus tentu sedap.. " suara Marlina kedengaran antara bunyi bising ayam-ayam tadi.

Biasanya selepas hujan, lopak-lopak di sekeliling rumah akan dipenuhi air. Anak-anak itik berkejaran bermain dalam air yang bertakung di mana-mana. Marlina masih teringat semasa kecilnya dia banyak menghabiskan zaman keanakannya bersama abangnya yang seorang tuh. Dia masih terbayang abangnya yang sering mengajaknya mengejar ayam-ayam sehinggalah ayam-ayam itu lari tak tentu arah menyembunyikan diri. Selepas itu Marlina dan abangnya akan ketawa geli hati.
Peristiwa yang paling mengembirakan mereka adalah ketika memanjat bukit tanah merah. Mereka akan berlumba-lumba memanjat untuk sampai ke atas puncaknya. Apabila telah sampai di atas puncak bukit itu, mereka akan melihat pokok-pokok yang menghijau dan merimbun di bawah bukit. Pemandangan itu sungguh cantik dan mengkhayalkan . Mereka sama-sama akan menyedut udara bersih lagi sejuk di atas bukit sambil melemparkan pandangan jauh ke arah perkampungan yang masih dipeluk kabus pagi.

" Kau nampak apa Ina..?" tanya abangnya pada Marlina yang masih meninjau-ninjau ke arah perkampungan itu.

Pantas Marlina memandang ke arah abangnya sambil mengingat-ingat sesuatu. Anak matanya yang redup melemparkan pandangan ke arah bukit-bukit yang lebih tinggi kelihatan sayup-sayup mata memandang. Di situ kelihatan kabus tebal dengan pokok-pokok yang kelihatan seakan-akan berombak tinggi rendah kedudukannya.

Selepas itu mereka akan berlari turun dari atas bukit dan dengan pantas menuju ke arah sungai di sebelah kebun. Sesampainya mereka di tepi sungai itu, abang akan terus terjun dan berenang-renang ke sana ke mari sambil cuba mengejar anak-anak ikan di dalam air sejuk lagi jernih itu. Marlina hanya gelak memerhatikan abangnya.. Dia takut betul untuk menjamah tubuhnya ke dalam air sungai. Selepas itu mereka akan duduk di atas dahan yang menjulur ke dalam sungai sambil menghenjut-henjut dahan itu dan menendang-nendang sungai yang jernih.

Mereka akan bernyanyi dan selepas itu Marlina akan cuba berpantun sebagaimana yang diajar di sekolah. Kadang-kadang Marlina akan mencipta sajak ringkas mengikut seleranya sambil abangnya akan bertepuk tangan.

" Ooooii ..budak-budak.. pulang dulu...!" Suara ibu kedengaran sayup-sayup memanggil mereka. Mereka akan melompat pantas lalu memanjat tebing sungai dan berlari laju tanpa menghiraukan duri-duri semalu atau dedaun lalang menikam kaki yang telanjang. Selipar pula hanya dibimbit di tangan.

" Siapa sampai dulu dia menang.." Jerit abangnya yang sudah pun mendahului Marlina.. Masing-masing berlari pantas. Mengejutkan rerama yang mengerumuni pokok-pokok senduduk yang baru mengembangkan bunga berwarna keunguan. Embun pagi yang masih bergayutan di hujung dedaun dan rerumput jatuh berderaian ditepis tangan.

" Abang menang..!" jerit siabang sambil mengangkat kedua belah tangannya dengan bangga dan menjuihkan bibirnya yang pucat ke arah Marlina.

Bersambung.....

IP: 203.106.120.35

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 11 Apr 2000 18:32     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Lanjutan dari kisah yang lalu....

Bilah-bilah cahaya mentari kelihatan mencuri-curi masuk lewat celahan dedaun untuk menebarkan sinarnya. Beberapa ekor burung kelicap bertenggek di atas dahan sepohon pokok jambu batu sambil mematuk-matuk buah jambu yang masak ranum. Sesekali angin dari arah barat berhembus lembut membawa harum bau dedaun pandan yang banyak tumbuh di tepi pagar kebun.

Dulu nenek dan atuk masih tinggal bersama mereka. Selalunya nenek akan mengajak Marlina pergi memungut daun-daun ulam atau pucuk paku merah yang banyak terdapat di kebun mereka. Mereka gemar makan pucuk paku merah yang lemak itu. Setiap kali ke kebun, nenek tidak lupa untuk membawanya pulang. Nenek akan goreng pucuk paku merah yang telah berubah warna menjadi kehijauan dan keras di pangkalnya.

Dalam beberapa minit saja, bakul yang mereka jinjing itu akan padat dengan berbagai-bagai daun ulam dan pucuk paku merah. Apabila mentari telah tegak di atas ubun-ubun, nenek mengajak Marlina pulang.

Satu perkara yang kuat bermain di ingatan Marlina, pada suatu malam atuk terduduk lesu sambil menekan-nekan dadanya yang kurus. Mereka terkaku melihat keadaan atuk. Cepat saja di bentangkan tilam dan meletakkan sebiji bantal di tengah rumah. Nenek baringkan atuk perlahan-lahan. Marlina melihat mata atuk terkebil-kebil menatap susana rumah. Dia melihat dada kurus atuk berombak kencang. Peluh jernih mula merenik di dahi atuk. Abah sapukan peluh atuk perlahan-lahan dengan penuh rasa kasih sayang.

Mereka semuanya berceratuk mengelilingi atuk yang terkedang. Atuk masih bisa senyum pada nenek. Bibir pucat atuk terketar-ketar seolah-olah ingin memperkatakan sesuatu. Memang atuk tak mahu dibawa berjumpa doktor. Abah dan umi berkeras nak membawa atuk tapi nenek tetap dengan permintaan atuk. Marlina melihat dada atuk terhenti berombak dan atuk seperti seorang bayi yang sedang tidur lena.
Nenek kemudiannya mengangkat kedua belah tangan atuk di atas dada atuk. Manik-manik jernih telah pun mengalir bersama pemergian atuk. Begitulah, segalanya begitu pantas berlaku dengan kehendakNya.
Alangkah cepatnya masa berlalu. Dah sepuluh tahun atuk pergi meninggalkan mereka. Pokok jambu air yang di tanam oleh atuk, buahnya sentiasa bergugusan di celah daun-daunnya yang lebar merimbun. Pokok-pokok nanas yang ditanam nenek di sekeliling rumah sudah berganti dengan pokok-pokok bunga umi. Begitulah kehidupan Marlina semasa kecilnya. Alangkah indahnya kenangan itu. Kenangan itu seperti bercampur baur dan begitu menghairahkan sekali.

Alangkah cepatnya masa berlalu. Alangkah manisnya kenangan silam itu, walaupun penuh keperitan. Kenangan itu pasti datang lagi bercampur aduk mengusik perasaannya. Tiba-tiba rindu itu tidak terkekang lagi. Rindunya pada Suffian pula menjelma ...

bersambung...

[This message has been edited by sue_marie (edited 11 Apr 2000).]

IP: 203.106.120.35

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 13 Apr 2000 18:20     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Lanjutan dari kisah semalam....

Hari itu sudah masuk hari yang ketiga Suffian berangkat meninggalkan Marlina. Kira-kira beberapa hari lagi raya akan menjelang tiba, lepas tue dalam masa seminggu gitu Suffian akan kembali bersama Marlina semula. Entah mengapa sejak beberapa hari kebelakangan itu, Marlina merasakan seolah-olah ada sesuatu yang hilang dari hidupnya. Mundar mandir dia di dalam ruang rumahnya, fikiran rungsing. Dah tiga hari Suffian tidak menghubungi sejak pemergiannya.

Sambil melepaskan sebuah keluhan berat yang bergemulung di dalam dadanya, melepaskan pandangan kegelap malam. Fikirannya terawang-awang jauh bagaikan embun malam yang berlalu bersama hembus bayu malam.
waktu itu juga, saat-saat percintaannya dengan Suffian kembali berligar dilaman khayalan.

" Ina, cinta dan kasih Ian tak pernah berbelah bagi untukmu. Mungkin destinasi kita masih terlalu jauh dan mungkin terpaksa melalui gaung-gaung keperitan..bukit yang berbatu pejal. Namun percayalah, dalam meniti biangla kehidupan, kepahitan dan kekecewaan, sekelumit pun tidak ku biarkan merebahkan dirimu...Suffian mengenggam erat jemari Marlina sambil merenungnya . Ada sesuatu sinar luhur memancar dari renungan matanya.

Marlina sedar Allah itu Maha Kuasa. Dan kuasaNya pula tiada batasan atau sempadan. Secebis keimanan yang beralaskan kasih sayang sudah mampu memungkinkan sesuatu yang zahirnya nampak mustahil.
Marlina juga percaya apa yang melanda hidupnya nanti sekadar satu ujian dalam menguji ketabahan iman dan kemurnian kasihnya. Sesungguhnya, hanya pada Allah dia beriman dan pasrahkan segalanya.

Akhirnya Marlina mengambil keputusan untuk mencintai dan menyandarkan harapan untuk bersama Suffian... itu adalah keputusannya buat selama-lama. Marlina yakin!

Angin malam menyusur perlahan seolah-olah turut menyelitkan ketenangan di hati dan pengharapan pada keutuhan kasih mereka.
Masa kian berganjak. Mentari bersama gemilang jagat alam telah lama dibenam di ufuk barat. Perhubungan yang hanya setahun lebih itu akhirnya mencapai satu keputusan jitu. Memasuki alam baru, sememangnya tiada saat yang paling indah melainkan kasih sayang yang tersimpul sekian lama akhirnya akan disatukan melalui sebuah ikatan yang suci dan luhur!

bersambung.....

IP: 202.188.86.110

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 14 Apr 2000 13:21     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Lanjutan dari kisah yang lalu....

Lamunan Marlina terputus. Dia merenung pula ke dalam dirinya. Dengan Suffian, sebenarnya tidak ujud perbezaan yang menghalang mereka untuk bernaung di bawah bumbung satu kasih. Wajah keluarga kembali bermain di mata.
Tentulah ayah dan ibu akan membantah walau pun mereka tahu....tapi apa pun yang bakal berlaku, Marlina semakin pasrah! Di hatinya benar-benar telah nekad dengan keputusannya, Di saat-saat genting begitu, suatu rasa mengalir dalam hatinya. Sejuk dan perlahan! Tapi dari mana arahnya..?

Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa. Rencana dan Pekerjaan TanganNya tidak terdugakan. Berbicara tentang Kebesaraan Kuasa dan Sifat-SifatNya, ruang seluas mana pun tidak akan mampu mencakupinya.
BagiNya ruang alam semesta terlalu kecil untukNya berkarya bagi menyatakan Maha Kasih, Kekal, Agong dan Kudus itu hanya Dia. Malah ada satu lagi yang begitu mengkagumkan tentang KeadilanNya. Anugerah Pengampunan dan KasihNya yang sentiasa mengalir berkelimpahan. KebaikkanNya sungguh tidak terjangkau fikiran manusia.

Keajaiban itu milik insan yang hanya beriman dan bersungguh-sungguh berserah dan hidup merendah di dalam naungan kasihNya. Marlina terus berdoa. Keyakinan dan penghargaannya cuma pada yang Satu! Kekuasaan dan KasihNya yang tidak terbatas. Malah baginya bukan lagi sekadar doa permohonan tetapi suatu doa perjuangan.

Doa yang menjadi senjata utama dalam perjuangan untuk memenuhi hasratnya yang suci luhur.
Doa luhur bersama linangan airmatanya memohon belas kasihNya. Kuasa apakah yang tidak mampu terkalahkan? Dia Allah Yang Maha Pengasih. Marlina yakin benar bahawa dia adalah sebagai lambang seketul tulang rusuk yang teguh, menyokong tegak rangka hidup seorang lelaki yang akan bergelar suami. Dia faham sinar keimanannya mulai bercahaya - kesabaran, kasih dan kesetiaannya - sudah mampu untuk membangkitkannya kembali. Ternyatalah benar, isteri sebagai pedamping untuk saling menguat, suatu anugerah terindah buat insan kaum Adam.
Malam itu Marlina bermunajat panjang. Dia berdoa agar Allah memberikannya kekuatan dan Hidayah seterus.. Marlina sedar, dia harus beringat dan memegang teguh hakikat yang ada. Dia mesti tabah jika ingin memenangi masa depan. Namun ketabahannya bukan sekadar kerana mengandarkan satu amanah tapi jauh melebihi itu. Oleh itu perasaan kasih, itulah sumber kekuatan sejati, penyemarak utuh ketabahan hatinya. Mungkin orang lain menganggapnya cuma menaruh kesetiaan untuk terlalu tunduk dan bersabar. Biarlah, selagi segalanya dia telah redha!

bersambung.....

IP: 202.188.113.97

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 17 Apr 2000 18:06     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Lanjutan dari kisah yang lalu...

Mentari mulai melakar warna di ufuk timur...membuka tirai ceria di hening pagi. Ada persaingan waktu serta hakikat yang sedang menunggu.
Marlina bangun dengan satu tekad, untuk memberitahu kepada keluarganya tentang niat yang terpendam di hatinya.

Walau pun dia telah maklum dengan sikap ayahnya itu tapi dia sudah bersedia dan pasrah dengan keadaan yang bakal dia terima. Ayahnya seorang yang keras hati. Bukan degil tapi tegas. Bukan bengis tapi mengajar cara menilai perkara-perkara yang salah dan yang betul mengikut pandangannya. Orang tuanya sudah pasti akan tetap kental dengan protes mereka. Dia pasti dikecam bahawa sentimen agama masih hebat dan utuh seutuh Banjaran Croker. Tetapi Marlina tetap akan bertahan juga. Dia tetap mahu mencuba menilik gerak kening ayahnya. Esok hari raya akan menjelang. Dia harus menerangkan keputusannya itu dengan segera. Tak baik melenggahkan perkara yang baik.. fikir hatinya!

Hari sudah menjelang senja. Senja pula semakin beransur tua, melakar kesunyian hatinya. Kekosongan demi kekosongan melirik situasinya. Saat-saat begini memang cukup membuntukan dirinya. Tapi bagi kaum Muslim, memasuki waktu maghrib adalah satu masa yang redha dan dapat menenangkan jiwa. Suara azan yang berkumandang kiranya menyimbahkan keluhuran kesegenap kalbu..
Marlina mundar mandir di dalam rumah. Ayahnya yang keluar sejak siang tadi, masih belum balik lagi.Gelap malam telah pun mula menutup senja merah. Mata telah kehilangan arah pandangan. Malam telah merubah segalanya.

" Ina ,.. panggilan telefon untuk Ina..!" suara abangnya melaung namanya dari luar.
Marlina berlari mengangkat gagang telefon. Hatinya begitu gembira sekali.. kerinduannya jelas terisi, Suara Suffian sudah lama dinantikan. Hilang keresahan rindu yang terkumpul sejak beberapa hari itu..
Mereka berbicara panjang .. sebelum mengakhiri perbualan, Suffian sempat juga berjanji yang dia akan menelefon lagi esok hari selepas kembali dari sembahyang raya..

bersambung....

IP: 202.188.14.82

sweetcakceebo
Ahli setia
dimasukkan pada 17 Apr 2000 20:49     Lihat biodata sweetcakceebo   Hantar emel kepada sweetcakceebo     Edit/Delete Message
assalammualaikum,
untuk sue, saya suka baca cerita awak . boleh tak awak anto keseluruhan cerita kat e-mail saya?
alamatnya: sweetcakceebo@mailcityasia.com
saya ada jugak menulis sikit2 tapi malas nak anto kat mana2. bagi kawan bace aje. dia orang suruh saya buat bayak2 kemudian antole kat mana2majalah.

IP: 161.142.2.10

sweetcakceebo
Ahli setia
dimasukkan pada 17 Apr 2000 20:50     Lihat biodata sweetcakceebo   Hantar emel kepada sweetcakceebo     Edit/Delete Message
assalammualaikum,
untuk sue, saya suka baca cerita awak . boleh tak awak anto keseluruhan cerita kat e-mail saya?
alamatnya: sweetcakceebo@mailcityasia.com
saya ada jugak menulis sikit2 tapi malas nak anto kat mana2. bagi kawan bace aje. dia orang suruh saya buat bayak2 kemudian antole kat mana2majalah.tapi saya malas sebab tak ade masa. maklumlah tengah belajo.

IP: 161.142.2.10

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 18 Apr 2000 12:02     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Salam sweetcakceebo..

Terima kasih kerana sudi baca kisah yang sue tulis nie.. terlebih dulu sue mohon maaf kerana tak dapat memenuhi permintaan anda tue.. ginilah ..sekiranya anda berminat..bolehlah print atau copy melalui laman nie dan dari url yang sue dah bagi .. tentu tak menjadi masalah kan..
Hmm..kalau berminat menulis..eloklah tue.. lagi baik kalau dapat post kat sembang nie..boleh juga member yang lain numpang baca..
tak gitu... anyway teruskan berkarya ok!..

terima kasih..

IP: 202.188.14.214

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 18 Apr 2000 12:02     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
salam pada semua..

maaflah kalau sue tak sempat nak post mesej.. harap2 sabar lah kay..
terima kasih..

[This message has been edited by sue_marie (edited 18 Apr 2000).]

IP: 202.188.14.214

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 18 Apr 2000 18:05     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Lanjutan dari kisah yang lalu...

Takbir bergema di pagi raya..Hari raya menjelang kini.. Marlina bangun melirik subuh yang indah. Semalam tidurnya lena sekali... suara Suffian masih terngiang-ngiang di telinganya. Seperti biasanya, Marlina mula mengemas rumah. Sarapan pagi disediakan olehnya. Seketika, dia memandang ruang rumah itu... kosong dan sunyi sekali. Penghuni yang lain masih lagi dibuai mimpi. Marlina bersarapan sendirian. Dalam hatinya mula bermain dengan perkara yang belum selesai sejak semlam.

" Aah! esok-esok lepas rayalah..." bisik hatinya cuba menenangkan diri. Marlina duduk menunggu deringan telefon. Semalam Suffian berjanji akan menelefon lagi.
Mentari semakin meninggi. Petang pula beransur senja. Marlina tetap menunggu penuh debar bercampur resah! Fikirannya mula bergolak pelbagai persoalan. Kenangan-kenangan bersama Suffian datang membelai mindanya. Tetiba deringan telefon mematikan lamunanya.
Sejuta kenangan itu pecah berderai akibat kejutan bunyi telefon.

" Hello.. boleh saya bercakap dengan cik Marlina Casserinda..?" suara lelaki itu mirip suara Suffian cuma suara itu agak keras dan sedikit bergetar.
" Hah.. saya Marlina... sape tue.. ada apa-apa hal..?" Marlina menjawab dengan nada penuh kehairanan.
Tetiba gagang telefon terlucut dari genggaman tangan Marlina.

bersambung...

IP: 202.188.43.202

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 19 Apr 2000 19:44     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Lanjutan dari kisah yang lalu...

"Ya Allah!!!.."
Air mata Marlina mengalir deras dari kelopak mata. Tiada kata-kata yang terlafaz dari mulut. Segalanya berlaku begitu mendadak. Tuhan maha berkuasa. Khabar yang diharapkan dapat meniup layar bahagia tiba-tiba karam di dasar lautan.
Bagaikan satu batu besar yang menghempap kepala Marlina. Tetiba ia terbayang wajah Suffian. Ada goresan sayu di bibirnya. Wajah itu kemudiannya kabur dan terus lesap. Rasa pilu yang tidak terhingga menyelinap dalam dada Marlina. Hatinya sarat dengan kelopak sedih.

Butir-butir air jernih berlumba-lumba turun di pipi gebunya dan dibiarkan saja tanpa diseka. Suffian telah pulang ke rahmatullah! Dia telah pergi untuk selamanya. Pergi membawa segala kasih dan harapan.

Kemalangan kereta di malam raya meragut nyawa Suffian. Dia meninggal setelah beberapa jam tidak sedarkan diri. Kemalangan berlaku ketika Suffian bersama alongnya dalam perjalanan ke rumah pakcik untuk mengambil barang. Dalam perjalanan itu Suffian tak putus-putus menyebut nama Marlina. Suffian begitu asyik bercerita tentang Marlina pada alongnya. Keadaan along tidak pula membimbangkan. Dia hanya mendapat sedikit kecederaan tapi masih lagi dirawat di hospital. Alonglah yang memberitahu keluarga supaya menghubungi Marlina.

Marlina cukup sebak menerima berita tersebut. Bagaimana dia harus menerima kenyataan yang pedih itu, sedangkan selama itu dia telah meletakkan segala kebahagiaan bersama Suffian.
Tuhan lebih sayangkan Suffian. Semua manusia menginginkan agar kesenangan dan kebahagiaan itu abadi dalam hidup. Tapi langit tidak selalu cerah. Kadang kala ada mendung mewarnai perjalanan hari. Tuhan lah penentu segalanya. Cinta kasih bukan semuanya untuk bersatu.
Hidup Marlina menjadi kosong dengan tidak disangka-sangka. Betapa sempitnya dia merasakan dunia ini. Baru semalam Suffian berpesan dengan mengucap kata sayang dan rindu.
Saat-saat itu Marlina terasa ingin sekali menutup mata serapatnya demi meleraikan rindu yang mengikat.

Hari raya terus berlalu meninggalkan kenangan sedih buat Marlina. Suffian pergi jua akhirnya! Marlina terpaksa menerima apa yang telah ditakdirkan untuknya. Dia tidak terdaya mengingkari ketentuan Ilahi!

Marlina duduk di birai katil Suffian. Direnungnya wajah pucat Suffian. Sebak dadanya. Bagaikan ada kuasa yang menarik Marlina mencapai tangan Suffian. Setangkai mawar merah diselitkan di antara jemari Suffian yang terasa sejuk itu. Digenggamnya jemari itu dan Suffian membalas dengan satu kucupan yang lemah di jari lembut Marlina. Saat itu segenap kasihnya mengharum segar.
" Terima kasih kerana memberi ku peluang untuk menyayangi mu... aku akan selalu merindui mu..." bisik Suffian lantas memejamkan mata.

Marlina tersentak dari mimpi sedih. Air matanya gugur lagi.Di atas batu yang pejal, dia melabuhkan punggung. Senja itu dia ingin mencari ketenangan. Memujuk hatinya yang pilu sambil melayan perasaan. Melontar anak-anak batu di tengah sungai yang mengalir dengan arus yang tenang.
Tiba-tiba air tenang itu berkocak. Marlina mendongak ke langit. Dadanya berombak sebak. Resah kepiluan terus mencengkam dirinya..
Walau pun hari-hari berlalu.. Suffian telah tiada, setiap detik, setiap saat, Suffian tetap hidup dalam hatinya. Marlina belum mampu untuk mengikis segala kenangan dan kemesraan bersama Suffian. Suffian terlalu mulia di matanya. Kenangan bersamanya tetap abadi di lubuk hati Marlina. Kasih sayang yang sebegitu utuh tetap mekar di laman hati.

Esok-esok yang akan menjelang, Marlina hanya mampu berserah pada takdir. Kenangan bersama Suffian, walaupun sekejap, tetap bersatu dalam sebuah NOSTALGIA...

......SELESAI......

~~~~~~~~~~~~~~~~~

Terima kasih pada semua pembaca yang sudi membaca kisah ini.. untuk itu agaknya ada sesiapa yang nak buat ulasan? silakan..?

sue..

IP: 202.188.83.242

Pengendali sahaja: Tutup topik | Padam topik
*Sekiranya anda ingin mesej ini ditutup, sila hubungi pengendali.
Jalan pintas masuk ke:

Melayu.com dan Melayu.net diasaskan oleh hulks dan selemann.
© Melayu.com 1998-2000.