Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Sembang2 Melayu.com Salam sejahtera sue_marie
Logout | Profil Anda | Tukar Profil
 
Melayu.com - Sembang2 -
Sembang2 >> Sembang Sastera & Budaya >> Alaskan -;--;-(@ Bicaraku 2
(Pengendali : sue_marie )
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej
Hantar Topik Baru | Topik Telah Dikunci
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : Alaskan -;--;-(@ Bicaraku 2
sue_marie
Pengendali
Bil. mesej : 151
 Padam Mesej Ini
1. Dihantar pada 31 Mac 2002 14:40:00   [Edit]
Salam sayang & Kopivosian..
Salam pertemuan bicara jua terimakasih buat teteman yang sudi
bersama menjengukkan diri serta bicara di sini..

Menghimpun bunga digenggam dara,
Pucuk bertunas rimbunan bambu,
Tersusun kata beralas bicara,
Dapatkah lunas kuntuman rindu?




Masih Adakah Sedikit Rindu BuatKu...

Adakah aku tinggal menunggu bunga-bunga berguguran
atau menatap ombak-ombak dimesrai bayu
lalu membilang satu persatu penyusuran angin
di dada sepi seorang perindu..

Meski disoal nyanyian sunyi sang waktu
di manakah arjunaku...?
ranjang di hujung sendu
menyusun rindu yang haru
begitu bebunga sayang tergubah padu
luruh jua rindu demi rindu kian lesu

Senja ku menyirat jari-jemari
mengusung jejak-jejak gelisah berdarah kemilau
bertanya pada hati yang di singsing fajar
kembara kasih kau noktahkan sudah...

Di sebuah pantai dimalam purnama
aku tidak lagi kau temani
ketika sama-sama melontar batu-batu kecil ke air laut
atau menerbangkan daun-daun kering di hanyuti ombak

Aduhai...
hatiku sebu disinggahi rindu
di mana dia malam yang berpelita
di manakah ungu menanti biru
jiwa perawanku kedinginan sayu
setiap bahasa alam terjemahkan kasih yang putih

Lalu ku tanya padamu...
masih adakah sedikit rindu buatku
dan ku tanyakan padamu sekali lagi...
jika aku membiarkan kasih subur berkembang
mengharum di sudut ratnaku
apakah dikau sudi mengampuniku
andai itu kesalahan bagimu..

Betapa pun pedih tangisan membalas senyuman
kepasrahan sekadar mencakar monumen ingatan
akur mencalit mimpi pada tidur yang tak lena
di badai berdeburan..

Arjunaku....
aku cuma mampu menyimpan kenangan
dan meneruskan laluan ini dengan memori manis..

Sembang-sembang BEST OOoo...

* Mesej ini telah diedit oleh sue_marie pada 05 April 2002 23:04:21

IP : 127.0.0.1

flora
Penyembang Setia
Bil. mesej : 79
 Padam Mesej Ini
2. Dihantar pada 31 Mac 2002 22:50:06   [Edit]
Sue, salam rindu dan ketemu kembali!

Merimbun teguh pohon jejawi
Teduhan anak menjual tumpi
Doa rindu sang ratna dewi
Moga terkabul dihujung mimpi.


RINDU SANG RATNA

Rindu itu masih tersimpan buat mu
Tersimpul dan terkumpul jitu
Di suatu sudut nostalgia jiwa
Dalam kemesraan teguh terpelihara
Meski tiada sapaan bicara hati
Dalam mimpi kasih itu menanti
Bukan sekedar luahan perasaan
Diselaput murni dibalut kejernihan
Memang berkasih rindu dibuai
Panen cinta menguning dituai
Moga dalam diri teguh percaya
Ada cahaya kasih sebalik maya
Dialah sang arjuna penuh misteri
Yang bercanda berceritera dari hati
Terkadang gusar kesasar hadir
Segalanya sudah suratan takdir......

Ratna ku....
Kenangan itu tetap memburu
Dalam jaga dalam tidur ku
Kubuka luas lautan nubari buatmu
Kerana dirimu pun lebih tahu.........


Flora
31-03-2002

Nota kaki:
Maaf...lama agak tidak bertandang, banyak tugasan yang menghalang,
berkursus itu juga berjuang, termasuk juga mengindahkan ruang serta
kebajikan keluarga juga wajar dijulang!

hidup sentiasa kreatif

IP : 202.188.147.148

DaniaAlia
Keyboard
Bil. mesej : 840
 Padam Mesej Ini
3. Dihantar pada 31 Mac 2002 23:27:42   [Edit]
hai sue...saya sekadar singgah menikmati juadah puisi Sue dan Flora..

permintaanku tak banyak...

IP : 210.195.240.45

scorpio26
Penyembang Senior
Bil. mesej : 277
 Padam Mesej Ini
4. Dihantar pada 01 April 2002 01:25:34   [Edit]
Salam sayang & Kopivosian..
Salam buat mu bersama tabir malam yang sepi

helang merah ke Pulau Tamu,
melihat tasik di hujung desa,
Terpanggil kemari dalam gema mu,
menyingkap memori waktu bercanda


di penghujung rindu itu.....

aku menyingkap kamar rindu
yang sering ku jejaki bersama
dan dari gemersik seruling yang kau bawa
aku terpanah dengan bait bait
yang mengandungi seribu ungkapan
yang berlari disenja itu

terlalu sunyi dusun ini
yang telah lama ku tinggalkan
tapi aku tidak lupa jalan kembali
meski pun kau mengembara begitu jauh
dan aku masih mengulik renda renda cemara
yang pernah aku ungkapkan pada mu
lantas masa mu begitu terhad
dan aku cuma menanti
untuk mengetuk kamar gentamu
yang sering kau alunkan

aku lihat kau bersipuh didesa itu
memerhati pada helang helang yang datang
tapi tak pun kau temui dirinya
hanya ungkapan rindu yang kau temui

di pepohon itu .....
helang sempat menurunkan sehelai dedaun
agar mengejutkan gadis dari lamunan
tentang sebuah kehadhiran
yang begitu lama terpisah
dan si gadis mendongak
dan melemparkan secebis senyum
tapi dipipinya ada manik yang gugur
jernih menyembah bumi

matanya aku renung
tapi kelu untuk bersuara
dan hanya sinar bulan yang kelihatan
bersama tabir senja yang pergi


Senyum dan Ceria ada lah penawar dari semua kedukaan

IP : 203.106.170.252

akhimasrawi
Penyembang Setia
Bil. mesej : 106
 Padam Mesej Ini
5. Dihantar pada 01 April 2002 02:12:45   [Edit]
Assalamualaikum...

Buat Tuan rumah... dan teman-teman.

Seorang pujangga bernama akhi
pernah menyisihkan cinta di sanubari
hanya kecewa menerjah diri
dan nurani terhimpit tidak terperi
namun kini
pujangga akhi
menitipkan bilah-bilah puisi
cinta dah kasih yang abadi
hanya buat Ilahi
dan cintalah manusia kerana Ilahi
kelak kelazatan iman diberi
dan kekuatan taqwa dianugerahi
buat makhluk yang cintanya buat Ilahi

akhi masrawi.

IP : 217.52.65.234

M_74
Robot Sembang
Bil. mesej : 1127
 Padam Mesej Ini
6. Dihantar pada 01 April 2002 02:28:25   [Edit]
Assalamualaikum..

sue_marie : apa khabar desa mu.. masih sayu kah
hati mu melihat kedinginan tiap pagi..

kelmarin yang hilang..

IP : 161.142.78.83

bongnajib
Penyembang Setia
Bil. mesej : 131
 Padam Mesej Ini
7. Dihantar pada 01 April 2002 12:28:04   [Edit]
Di penghujung rindu itu
aku terkulai layu
mengharap sesuatu

>> Dalam kesamaran terserlah kejituan <<

IP : 210.186.71.187

hani_ls
Penyembang Setia
Bil. mesej : 118
 Padam Mesej Ini
8. Dihantar pada 01 April 2002 13:58:46   [Edit]
benar katamu...cinta ini milikmu
tapi sayang
aku tak lagi mampu menyayangimu
seperti dulu
kerana hati ini telah luka dipermainkan.

aku hanya mampu menyerah diriku
bukan cinta lagi..
namun..jika benar kau berhasrat
memilikiku kembali
kau raihlah kasih ini
yang telah lama sepi

jangan kau salahkan aku
kerana tidak memberi kau peluang
memiliki kasihku!!!!!

il mio Egregio marito.....i l'ama!!

IP : 147.128.2.36

sue_marie
Pengendali
Bil. mesej : 151
 Padam Mesej Ini
9. Dihantar pada 01 April 2002 21:57:10   [Edit]
Salam Sayang & Kopivosian kepada rakan karya semua..
Alahai..terimakasihlah sebab masih ada yang sudi dan setia berkongsi bicara bersama sue di sini..

============================

flora.. salam rindu dan salam pertemuan bicara..
terima kasih atas kesudian berkunjung karya di sini..
dengan kekata sue alu2kan kunjungan tuan moga ceria selalu bahagia hendaknya..

Kuala Kedah orang bersampan,
Angin menderu dari selatan,
Doa sudah hamba tadahkan,
Harapkan rindu bukan seksaan.


Arjuna..
mari ku coretkan kisah mentari yang bersinar
di dada langit berwarna gelap
tapi bulan merenung wajah
barangkali menatap ratnaku
dengan penuh rasa kasih yang kudus
maka tidaklah terjawab oleh bibir yang lesu
melainkan sedan yang mengalun sendu
tiap saat yang datang dan pergi
ada yang membuai jiwa keperawananku
kenangan itu lah yang sering datang mengusik jiwa


ram: Masa itu emas..pergunakan sebaik mana.. laksanakan yang utama ..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dania.. sue juga tidak ingin menuntut lebih terkecuali ilmu.. kan dania kann..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

scorpio.. bersama jendela senja..titipan salam ku labuhkan kembali..

Tepi hutan orang menebang,
Guna gergaji bermata satu,
Menyepi bukan bermakna hilang,
Hamba menguji ketahanan rindu.


Akan ku pelihara senja di awal malam
di sebalik tabir suria yang menghilang di hujung sendu
ku lempiaskan sepi seorang perindu
pada penyusuran pantai berombak ganas
terpalingkah sunyi yang menjejaki mimpi
kerana aku telah menjadi penunggu setia gema seruling itu
walau kita sama-sama tahu
alunan tidak akan senada
dan anganku mengapung dihembus bayu
tapi mendarat entah di mana-mana..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

akhimasrawi..
salam jua buatmu..penghargaan terima kasih atas kunjungan bicara anda ke mari..
tiada santapan yang mampu ku hidangkan hanya alu-aluan sealas bicara..
semoga ruangan ini bertambah gemilang dengan patah bilah puisi susunan bicara kamu..
salam semerdu puisi berbicara...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

M_74.. di hujung siang yang berakhir.. desa sayu kekal menemani..
rindu seorang perawan.. menghanyut teratai di tasik rindu..
antara taburan bebunga putih, aku terlewat dalam rindu..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

bong... moga tidak akan sampai ke penghujung rindu..
maka tidaklah rindumu terkulai layu..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

hani..
biar bagaimana pun peluang itu ada..
jika takdir menentukan yang putih
putih itulah harapan yang satu..
tiada siapa yang harus dipersalahkan..

Sembang-sembang BEST OOoo...

IP : 127.0.0.1

sue_marie
Pengendali
Bil. mesej : 151
 Padam Mesej Ini
10. Dihantar pada 01 April 2002 22:21:17   [Edit]
Ingin ku sahut malam kerana rindu..
atas rasa sayang ku sedari..
biarkan angin malam bertiup lagi..

Bicara Buat Seorang Teman - Di mana Mulanya..??

Kala kau terbangun bersama mentari pagi saat ini
jangan sesali burung-burung yang berterbangan
jua bunga-bunga yang sedang berkembang di taman
lihatlah pada fajar meninggi hari
senyuman sayu di sebalik wajah menyeri...

Saat ini...
aku sedang memikir tentang dirimu
mungkin saja aku tidak pantas untuk berbicara
tentang ungkapan kasih serta sayang ke hati mu
jauh dari segala kelincahan madah seorang kekasih
kerana aku sedar..
kehadiran ini sekadar mengisi sudut ruang terbiar
di perjalanan kembara hidupmu

Teman....
mestikah lalang itu bergoyang
menebar bunga-bunga putih ditiup angin..?
perlukah daun-daunan kering
gugur menjatuhkan dirinya
hanya kerana memberi laluan cambahan yang lain..?
ah!.. terlalu banyak persoalan yang tidak menemukan jawapan
atau terbiar kerana ia cuma sebutir debu di pesisiran
tenggelam atau terapung...
hanyut atau terdampar..
pun tidak pernah diperkisahkan..

Teman...
kata yang terjalin ini
hanya melempias malam yang berteka-teki
bukan menagih simpati
jauh di sudut rasa yang pasti
setitik rasa menjadi segenggam sayang..

Aduhai..
sebak yang dititi waktu
menunggu keizinan masa
untuk meluncur turun di pipi
bersama merungkai seribu satu pengertian
yang aku sendiri tidak tahu di mana mulanya..
hanya kerana rindu aku kembali terfikir
sesungguhnya aku amat sayang padamu...


-sue@gadisdusun-

Sembang-sembang BEST OOoo...

IP : 127.0.0.1

flora
Penyembang Setia
Bil. mesej : 79
 Padam Mesej Ini
11. Dihantar pada 02 April 2002 00:03:10   [Edit]
Salam perkasihan buat si Gadis Dusun...........
Onu abal Sue.....kotohuadan kerana memilikki
jiwa murni membalas coretan naluri...............!


Bicara Arjuna Kepada Ratna

Pertama......
Aku jejaki kembali kaki gunung itu untuk mendaki
dan meneliti semangat diri apakah masih berbaki
atau cuma punyai saki baki sisa siksa hidup duniawi
dan memendam dendam misteri saksi seorang lelaki.

Kedua......
Kau lebih terdahulu tahu erti rindu seorang ratu
yang sering menanti elusan ehsan bagai piatu
tetap setia setiap waktu memohon limpahan restu
dalam diam memeram geram rindu si gadis pemalu.

Ketiga......
Kita sememangnya mengerti hidup antara dua dunia
meski tidak percaya akan bercambah benih-benih mesra
dan berbunga bahagia keakhirnya mungkin cuma rahsia
lantas memartabat keperawananmu demi ia mahkota.

Keempat......
Demi kemanusiaan pertautan kesusasteraan kejiwaan
mengisi dan mengongsi isi hati jiwa nurani keinsanan
walau terbit bibit-bibit kasih dalam alunan karyawan
terkawal dan terhindar dari rapuhnya jati kesetiaan.

Kelima......
Berhemah sungguh sebenarnya luahan tanpa sangsi
tersentuh nubari arjuna bila sang ratu berperi isi hati
teguh percayalah selagi menjelma bulan dan mentari
banjaran gunung akan kudaki dan puncaknya kumilikki.


Flora
01-04-02

Nota kaki:
Aku terlalu amat rindu.....tetapi rindu itu milikNYA, dan aku
tidak mampu membayar harga rindu yang terlalu mahal....!


hidup sentiasa kreatif

IP : 202.188.66.232

M_74
Robot Sembang
Bil. mesej : 1127
 Padam Mesej Ini
12. Dihantar pada 02 April 2002 02:44:57   [Edit]
Assalamualaikum..

sue_marie : sepikah yang bertamu.. sunyikah menyelubung..
dan terasingkah dirimu.. sungguh aku ingin menghilangkan itu
pada hati mu..

kelmarin yang hilang..

IP : 161.142.78.83

bongnajib
Penyembang Setia
Bil. mesej : 131
 Padam Mesej Ini
13. Dihantar pada 02 April 2002 19:18:50   [Edit]
Sue
apakah kau masih melengguk derita
pada setiap langkahanmu ?

>> Dalam kesamaran terserlah kejituan <<

IP : 203.106.147.126

giGi
Penyembang Senior
Bil. mesej : 448
 Padam Mesej Ini
14. Dihantar pada 03 April 2002 05:40:52   [Edit]
ku memuja bulan..
terang dan indah...
hari demi hari semakin kecill..
dah hilang bila cukup masanya...

dan ia kembali semula..
dengan perasan yang mengunung..
utk bersama.. sehingga keakhirnya..
semakin hari semakin besar..
dan itulah yang ku idamkan..
laksana impian ku yang ingin menang
.. namun ia kembali keasalnya...

adakah hati kita juga bergitu?

AbahChukk!!!

IP : 199.40.206.3

scorpio26
Penyembang Senior
Bil. mesej : 277
 Padam Mesej Ini
15. Dihantar pada 03 April 2002 11:40:17   [Edit]
Sue Marie

Pergi ke alur menehan lukah,
lukah ditahan diwaktu senja,
Mampu kah rindu menehan kuncah,
Jika gelombang kuat melanda ?

Hani Is

jika kau keliru
pandang lah pada ku
jika kau terguris
ingatlah dimana kita bermula
jika kau sakit
akan ku beri penawarnya

jika kau terdesak
akan ku lukis jalan kembali
jika kau perit
baringkan kepala mu dibahuku
jika kau merinteh
ingatlah rindu rindu kita
jika kita berjauhan
kenangan akan terus bersama



Senyum dan Ceria ada lah penawar dari semua kedukaan

IP : 203.106.169.66

sue_marie
Pengendali
Bil. mesej : 151
 Padam Mesej Ini
16. Dihantar pada 03 April 2002 22:14:31   [Edit]
Salam sayang & Kopivosian..
apa khabar rakan karya sekaliannya..
moga diri sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan minda yang sihat..
banyak masa sue terfikir.. berapa ramai rakan yang telah sue temui selama bersembang di laman ini.. dalam pada itu berapa ramai yang akrab pada diri ini.. nama-nama kalian sering bermain di hujung lidah..kekata bicara kalian sering berentak di jiwa..
tanda tanya juga semakin kuat mengajak hati utk mengenali diri kalian dengan bertentang mata..
hmmm..apakah bisa tercapai segala niat itu..terserah..

mengalas bicara rakan semua..izinkan sue bersama lagi..


flora... abal ..avasi miaga tomoimo..(harap faham bahasa ni yek..)
terima kasih juga kerana masih sudi menemani bicara sue..

Ingin ku tinggalkan ...
kucupan kata beralas masa berlalu
simpan ke dalam hatimu
hayati di masa rindu merayu
setiap patah bicara berseru

Tika ada sedan...
bukanlah ratnaku yang bertangisan
kerana airmata telah ku simpan
bersama manisnya kenangan...


~~~~~~~~~~~~~~

M_74: Adakalanya aku perlukan sepi demi mencari ketenangan..
dan sekali ku sandarkan jiwa pada keterasingan..
aku tak mampu kembali lagi.. engkau telah lama berarus sebadai bersamaku.. engkau telah lama menghilangkannya dan kerana itu aku masih di sini..

~~~~~~~~~~~~~~~

bongnajib.. jika menganggap hati itu menderita..maka bertambahlah beban itu.. lalu berikan kepada waktu untuk berbicara..

~~~~~~~~~~~~~~~

gG..salam dan terima kasih bersama di sini..

Bulan itu indah dipandang
pesona menatap..
tapi tidak tergapai dek tangan
lalu ku letakkan impian
hanya di puncak doa ..

~~~~~~~~~~~~~~~

scorpio..begini pantun sue yer..

Memburu ke hutan bersama teman,
Singgahan embun di celah bambu,
Rindu ku tahan tidak tertahan,
Berhujanlah dusun menitip rindu.


terima kasih semuanya..

Sembang-sembang BEST OOoo...

IP : 127.0.0.1

sue_marie
Pengendali
Bil. mesej : 151
 Padam Mesej Ini
17. Dihantar pada 03 April 2002 22:26:43   [Edit]
... dalam cahaya senja yang redup itu ..
ku nanti khabar bertanyakan ..
bagaimana khabar senjaku..?
tetiba air menitis ke pipi..ah!..
============================

Dalam Gerimis Senja...

Dalam gerimis senja
kau hentikan aku menyapu mendung di langit
setelah bermusim ku cuba menyentuh bintang jauh di sana
akhirnya tersisih...samalah jua disisih...

Di hujung tasik...
pinjamkan biduk yang tertambat dulu
ku bawa berkayuh segenggam rasa yang tak kenal bahagia
tinggalkan pamitan rindu yang sebu
jangan himpitkan aku di dalam siratan sayang
berbisa dan tersayat pedih

Tapi bila engkau inginkan jawapan
segalanya menetas di hujung mataku
ayuhai.. tak biasa lena ku
tanpa belaian kata-katamu..

Ku katakan padamu..
ratnaku tak rela diikat serumpun janji bermahar kasih
maka biarlah ku bawa diri...
entahkan masih ada sepancar sinar
di sebalik gerimis yang berguguran..


-sue@gadisdusun-

Sembang-sembang BEST OOoo...

IP : 127.0.0.1

giGi
Penyembang Senior
Bil. mesej : 448
 Padam Mesej Ini
18. Dihantar pada 04 April 2002 01:14:58   [Edit]
bulan itu mmg indah..
jika tidak masakan pungguk setia menanti...

bulan itu memang indah..
laksana pesona wajah kasihku...

bulan itu memang indah..
sinarnya cerah, setenang wajah impian ku...

namum..
dapatkah bulan itu..
mengindahi jiwaku dan peribadiku...?

AbahChukk!!!

IP : 199.40.206.3

M_74
Robot Sembang
Bil. mesej : 1127
 Padam Mesej Ini
19. Dihantar pada 04 April 2002 01:34:53   [Edit]
Assalamualaikum..

sue_marie : sepi adakala memang perlu.. keterasingan juga
kita mahukan kerana melihat diri kita.. umpama cermin..
namun kita juga perlukan teman berbicara..
sepertii diri mu.. tidak mungkin ada yang ingin bersama
dalam perjuangan mu di sana.. fikirku begitu..
kuat hati ini menelah..

kelmarin yang hilang..

IP : 161.142.78.83

scorpio26
Penyembang Senior
Bil. mesej : 277
 Padam Mesej Ini
20. Dihantar pada 04 April 2002 01:48:27   [Edit]
Sue dan teman2 yang lain
salam buat semuanya


Pancang bahtera diikat sauh,
ribut melanda di Sri Menanti,
Di DesaMurni hati terpaut,
Membias rindu tiada terhenti.

Gerimis Senja yang Kelam

disenja itu ...
berkuncah sejuta lamunan
pada rindu rindu terbuai
melafaz duka dan airmata
dari sebuah penitian
yang tiada pernah ada titiknya

ingin sekali aku menghirup
sendu sendu luka mu
yang goyahkan sejuta harapan
dalam nada sileh berganti

disenja itu ...
aku melihat seorang gadis
hampa dalam kemalapan
yang terhindar suka ceria
dan hiba menutup wajah
dan air mata yang melimpah

pada gema seruling senja
yang mekar dan bergema
di setiap hati para tamu
mengimbau duka nestapa
yang bertiup perlahan tetapi goyah

ingin aku memberi suatu sinar
mengubat luka dan robek
pada hati yang terpinggir
dari derita masa lalu
yang tiada pernah berhujung
dan rindu itu aku sematkan

Senyum dan Ceria ada lah penawar dari semua kedukaan

IP : 210.187.246.132

LieYani
Penyembang Senior
Bil. mesej : 417
 Padam Mesej Ini
21. Dihantar pada 04 April 2002 16:34:07   [Edit]

Salam sayang buat semua

Ani cuma ingin menghayati
semua memori indah di sini....

*NJ* - s01....Senyum itu satu sedekah

IP : 192.91.75.30

sue_marie
Pengendali
Bil. mesej : 151
 Padam Mesej Ini
22. Dihantar pada 05 April 2002 17:13:34   [Edit]
Salam sayang & Kopivosian..
jumpa lagi bersama rakan karya budiman..
moga sihat bahagia selalu..


gG..

Sesekali terlintas di fikiran..
alangkah bertuahnya menjadi bulan
ditatap ..dipuja ramai insan

banyak kali difikirkan kembali
molek lagi hiasi peribadi
jauhi dengki hilangkan iri
pasti hidup mudah dikemudi..

~~~~~~~~~~~~

M_74 : ... kamu sebenarnya di antara teman yang mengenali rentak bicara ini.. mungkin kerana masa dan kesetiaan menjadikan kita memahami jalinan kisah dalam bicara..

~~~~~~~~~~~~

scorpio.. salam jua sue hulurkan..

Burung merpati bersahut-sahut,
Menyapa dara di hari senja,
Kalau hati sudah terpaut,
Apa bicara apakah langkah?


hmmm... puisinya..kemudian yer..
boleh kann..

~~~~~~~~~~~~

LYani.. Kunjungan ani memeriahkan lagi suasana sini..
tapi agak lama juga tidak menatap puisi ani macam kat pusat karya dulu tuh.. rindu weii....

Sembang-sembang BEST OOoo...

IP : 127.0.0.1

sue_marie
Pengendali
Bil. mesej : 151
 Padam Mesej Ini
23. Dihantar pada 05 April 2002 22:15:03   [Edit]
Ku iring salam bersama kuntuman bicara di susun..
walau tiada elok bunyinya.. tutur hati ingin dialas..


SEANDAI...

Andai ada sayang..
rela aku yang dibuang,

Andai ada kasih..
biarkan aku yang tersisih,

Andai ada rindu...
tinggal hatiku sebu,

Andai diberi satu permintaan...
Cukuplah dengan satu kenangan.


-sue@gadisdusun-

Sembang-sembang BEST OOoo...

IP : 127.0.0.1

sifar
Penyembang Baru
Bil. mesej : 1
 Padam Mesej Ini
24. Dihantar pada 05 April 2002 23:11:28   [Edit]
kopivosian sue dan semua tetamu yang bertamu...

Sue : nak tumpang puisi kat sini boleh?


hmmm...
Puisi ini tersusun sebelum kita berbicara

Bak salji yang putih
di puncak gunung yang tinggi
dingin, membeku dan sepi
dari nyanyian alunan bunyi
bunyi nyanyian alam hanya sampai
di pinggiran kaki gunung
nun sayup di pamahan sana...

Bak sebutir pasir
di gurun yang kontang
panas, kering dan sunyi
yang sendu merindu
nyanyian alunan ombak laut
nun jauh di pertemuan darat dan laut...

bak apa lagi ye ?
dapat ku gambarkan sebuah hati yang bermenung
dalam keriuhan kawan dan teman
dalam gurau dan senda bicara
disaat itu menyapa pula
rasa yang bertanya dalam jiwa...
di mana kepastiannya aku
sebuah rasa yang menyapa tanpa dicipta dan pinta?


Berdosakah aku ?
berbicara setulus rasa
ketika ingin mengetahui rahsia
yang bersembunyi di jiwa kita
ditika kembara kita
tampak hampir di persimpangan jalan
dan kita tak lagi bersama?

Berdosakah aku ?
tak dapat membina kepastian,
janji janji yang dapat menenangkan


10.38pm04042002

(>"""<|
( -_- )
(,,) (,,)
(õ)-(õ)
-sifar-

* Mesej ini telah diedit oleh sifar pada 06 April 2002 14:31:54

IP : 210.187.144.18

M_74
Robot Sembang
Bil. mesej : 1127
 Padam Mesej Ini
25. Dihantar pada 06 April 2002 02:02:13   [Edit]
Assalamualaikum..

sue_marie : kemesraan terjalin bukan sehari.. tetapi sudah mula mengikat akarnya.. kita bertemu di sini.. akhirnya melahirkan rasa
kesesuaian dan kefahaman yang sukar difahami..

kelmarin yang hilang..

IP : 161.142.78.83

DaniaAlia
Keyboard
Bil. mesej : 840
 Padam Mesej Ini
26. Dihantar pada 06 April 2002 22:13:40   [Edit]
Salam untuk Sue kawan-kawan....

Sue..benar kata Sue...tiada yang lebih penting daripada khazanah ilmu...lalu aku datang lagi untuk mengutip ilmu yang terkandung di kamarmu ini...izinkan.....

permintaanku tak banyak...

IP : 210.186.204.253

sue_marie
Pengendali
Bil. mesej : 151
 Padam Mesej Ini
27. Dihantar pada 06 April 2002 22:59:58   [Edit]
Salam sayang & Kopivosian..
terima kasih buat teman-teman yang bermesej..


sifar:..

...bicarakanlah puisimu ..
biar ku hayati siratannya..
akan ku teguhkan di dalam hatiku
bahawa kejujuran itu
mengizinkan bicara yang tulus
selama ini tersimpan
dalam lipatan hati dan perasaan..

~~~~~~~~~~~~

M_74.. rasa itulah yang tidak kita nilai, selama ini telah mengusik hati sesama kita sehingga ada yang berundur tanpa menyedarinya terlebih dulu..

~~~~~~~~~~~~

Dania.. ..kita berkongsi ilmu di mana jua..
kalau di sini ada yang mengandung makna..
maka kehadiran itulah yang sue alu-alukan.. selamat bersama..

Sembang-sembang BEST OOoo...

IP : 127.0.0.1

sue_marie
Pengendali
Bil. mesej : 151
 Padam Mesej Ini
28. Dihantar pada 06 April 2002 23:09:06   [Edit]
Ada malam yang mengundang makna ..
lalu mencari tutur bicara dalam siratan kata..
hmmm..izinkan bicara ini..

- BICARA BERSAMA 1 - Langit Tidak Selalu Cerah..

Langit tidak selalu cerah...
mendung tak semestinya hujan kan mencurah
berguruh itu kah pertanda perasaan..
atau hanya lagu nyanyian alam
tapi titis2 hujan yang turun ..
apa kah itu satu tanda.....
yang mengulit rasa sedih..hampa..gembira..
atau tanda bahagia kan menjelma,
di daerah kering itu..

Tentu saja rerumput melambai riang
dan bebunga seri berkembang
tapi adakah riang berkembang itu...
wujud dalam diri ini..?
atau hanya hadir dalam mimpi mimpi ku
berteka-teki kah aku dengan rasa ini....
atau Tuhan mahu menguji
membentangkan lautan luas jurang pemisah..
untuk menguji keteguhan ikatan dua insan
yang telah diketemukan tanpa rencana

Dan dua hati itu..antara satunya berbicara..
aku sayang padamu...
relakan lah walau apa pun penghujungnya..
dan yang satu lagi bertanya
aku jua sayang padamu
namun mana destinasi yang kita tuju
lalu ungkapan sayang itu..
hanya terapung di awangan..
dan bila aku selalu berkata..
lena telah pun menjemput..
sebenarnya..aku ingin selalu bersamamu..
apakah pelawaan itu..
ajakan bertemu di dalam mimpi,
kerana cemas mencari destinasi di realiti...:
tanyalah pada hati..
moga di situ ada jawapan ditemui..

06042002....bicara bersama..

Sembang-sembang BEST OOoo...

* Mesej ini telah diedit oleh sue_marie pada 07 April 2002 11:15:10

IP : 127.0.0.1

scorpio26
Penyembang Senior
Bil. mesej : 277
 Padam Mesej Ini
29. Dihantar pada 07 April 2002 01:41:36   [Edit]
sue:

waktu senja ramai ke laut,
Laut terbentang airnya tenang,
Bila hati sudah terpaut,
tunggu lah orang datang meminang



Senyum dan Ceria ada lah penawar dari semua kedukaan

IP : 203.106.170.12

M_74
Robot Sembang
Bil. mesej : 1127
 Padam Mesej Ini
30. Dihantar pada 07 April 2002 14:48:20   [Edit]
Assalamualaikum..

sue_marie : yang merasakan mereka-mereka yang melihat dari awal..
yang melihat ikatan itu atas landasan apa.. cuma aku sendiri begitu ingin
menyatakan sesuatu yang lahir dari hati.. tentang teman ku seorang ini..

kelmarin yang hilang..

IP : 203.106.71.198

scorpio26
Penyembang Senior
Bil. mesej : 277
 Padam Mesej Ini
31. Dihantar pada 07 April 2002 15:08:03   [Edit]
Walaikumusalam M 74
jawab salam bagi pihak Sue okay

mungkin sue sebuk kot
sebab tu telat ke mari
salam yek

Senyum dan Ceria ada lah penawar dari semua kedukaan

IP : 161.142.2.11

sue_marie
Pengendali
Bil. mesej : 151
 Padam Mesej Ini
32. Dihantar pada 08 April 2002 17:58:34   [Edit]
Salam sayang & Kopivosian..
mekasih pada rerakan karya semua.. pada scorpio..mekasih bebanyak sebab sudi respon mesej di sini..baik sungguh hati kamu yer....

oklah..nak balas bicara kalian dulu..
scorpio.. hmmm .. pantun sue gini kiranya..

Buah papaya si asam pauh,
Buah padi berbau cempedak,
Apakan daya kasihku jauh,
Orang tak sudi berarus ombak.


amacam.,.boleh ker gitu....

****************

M_74 : .. dan aku juga terlalu ingin mendengar setiap bicara yang ingin disampaikan dari ketulusan hati.. moga bisa terungkai suatu pengertian.... apakah selama ini aku hanya menutup lngit di sebalik awan..?..

Sembang-sembang BEST OOoo...

* Mesej ini telah diedit oleh sue_marie pada 08 April 2002 18:05:16

IP : 127.0.0.1

sue_marie
Pengendali
Bil. mesej : 151
 Padam Mesej Ini
33. Dihantar pada 08 April 2002 18:27:58   [Edit]
Ketika ku renung senja yang mula ku temani..
aku kembali bertanya .. masihkah ada erti diri ini..?




**************************

BICARA BERSAMA 2 - Suara di Suatu Senja...

Senja penghujung siang
beburung pulang ke sarang
kian lama kian kelam
menjadi malam...

Mentari mengundur diri
bulan menyapa alam
membawa pesan sang mentari
membias cahaya dalam kelembutan

Dan sentuhan lembut itu
membelai kerinduan di hati
lalu menunggu malam
untuk melayari impian di dalam mimpi

Kita bertemu dalam mimpi
melayari hamparan impian yang dicitakan
mlenakan sendu yang mencengkam jiwa
di ranjang hati yang gundah
mencari pelabuhan untuk disinggahi

Senja telah pun menyusuri suara-suara mu
lalu menetaskan kebahagian di sudut hati
namun ada ketika tak mampu ku lenakan sendu
maka biarkan aku tidur bersama kesedihan ku...


06042002- bicara senja..

Sembang-sembang BEST OOoo...

IP : 127.0.0.1

decinna_
Penyembang Baru
Bil. mesej : 6
 Padam Mesej Ini
34. Dihantar pada 08 April 2002 19:26:03   [Edit]
assalamualaikum,

seruling bertiup tiba-tiba
aku berlari melihat dari jendela
camar mengusik tenang dalam riang
aku tepanggil melangkah keluar
seruling mendayu memanggil kekasih
aku terpana
sambil secalit senyuman terhias
dan senja bertukar
kirmizhi mahu pergi
suara seruling kian lemah
dan aku masih terpaku
ditebing rindu
kerana seruling senja
hilang lagi

cinta bagaikan akar menjalar

IP : 202.188.50.71

bongnajib
Penyembang Setia
Bil. mesej : 131
 Padam Mesej Ini
35. Dihantar pada 08 April 2002 19:55:02   [Edit]
sue

Izinkan hamba bertamu seketika
baru sampai dari kejauhan
bermesra bersama keluarga tentunya
tumpang berteduh dek kepanasan mentari
dan kebasahan hujan

>> Dalam kesamaran terserlah kejituan <<

IP : 210.186.71.163

M_74
Robot Sembang
Bil. mesej : 1127
 Padam Mesej Ini
36. Dihantar pada 09 April 2002 01:52:07   [Edit]
Assalamualaikum..

sue_marie : mengapa nada mu begitu sayu.. teman, sedangkan aku sendiri
sukar menyatakan apa yang aku rasakan..
kehadiran mu bukan sebagi penampal..
malah bagai awan mengorak waktu..

kelmarin yang hilang..

IP : 161.142.78.83

LieYani
Penyembang Senior
Bil. mesej : 417
 Padam Mesej Ini
37. Dihantar pada 09 April 2002 05:40:09   [Edit]

SAlam kasih Mesra

Izinkan hamba bersama berbicara,
bicara luka kiranya,

ahhh...mana perginya ilham hamba,
tiada di hati tiada di minda,

ku kira satu persatu
masih tiada di situ....

hamba berkira-kira lagi
lebih baik hamba bermohon diri...
sampai jumpa lagii....

*NJ* - s01....Senyum itu satu sedekah

IP : 192.91.75.29

sue_marie
Pengendali
Bil. mesej : 151
 Padam Mesej Ini
38. Dihantar pada 09 April 2002 22:34:55   [Edit]
Salam Sayang & Kopivosian..
bersua kembali bersama kenkawan yang sudi menemani bicara walaupun sealas cuma.. terima kasih ...

decinna.. hmm.. terima kasih kerana sudi menemani bicara sue..
rasanya nama ini sue kenal masa kat sembang lama dulu.. nama yang punya kisah ....hmmm yerlah.. sue nak ucapkan terima kasih pada M_74 kerana 'membawa' decinna berbicara di sini..

... jika pandai pasir itu bersapa..
mengapa ku matikan langkah hanya dipantai itu
seluruh rasa dan jiwa ku akan menjawab..
kerana rindukan seruling yang berlagu pada setiap senja
sudah lama tidak ku dengari..
namun ku yakin demi kerinduan ini
pastinya bertaut suatu ketika dan waktu.
cuma penentunya belum terjawab..
biarkan angin menderu..
biarkan ombak mendesir
airmata tumpah saat rindu berseru-seru...


******************

bong...selamat kembali bertamu..

..andai atap rumahku bocor..
andai dindingnya kembali retak..
andai lantainya tinggi rendah
maka apakah aku akan keseorangan
menghuni ruang yang kian usang..?

*******************

M_74.. hmm.. aku tidak pantas untuk melihat keceriaan mentari pagi.. sedangkan cahaya bulan pun tidak layak untuk ku terokai..
kemarau yang melanda..alangkah baiknya jika dapat ku gugurkan hujan sehingga membasahi kekeringan bumi..
andai sayu yang mengikat rasa.. aku lebih rela daripada menyakiti insan lain..


********************

ani.. mekasih sudi beralas kata..

hmm..mengapa menyapa sedih
mengapa menyapa rajuk
jika ada salah silap ku
maafkan aku teman..
tanpa kalian ..siapa kita di sini..

Sembang-sembang BEST OOoo...

IP : 127.0.0.1

M_74
Robot Sembang
Bil. mesej : 1127
 Padam Mesej Ini
39. Dihantar pada 10 April 2002 01:38:33   [Edit]
Assalamualaikum..

sue_marie : dan tidak terfikir sebgitu sekali..
sayang sekali antaranya ada sempadan yang terpisah
namun bukan itu satu alasan
yang mewajarkan aku melupakan petak ini..

kelmarin yang hilang..

IP : 161.142.78.83

sue_marie
Pengendali
Bil. mesej : 151
 Padam Mesej Ini
40. Dihantar pada 10 April 2002 18:15:24   [Edit]
kopivosian buat temanku..

M_74.. banyak hal yang terjadi memerlukan ketabahan dan keyakinan diri.. ada ketika gagal menggawal rasa yang tercetus maka mengajak aku 'berumah' di sini..
terima kasih teman kerana bersama mengalas kuntum bicaraku..

Sembang-sembang BEST OOoo...

IP : 127.0.0.1

sue_marie
Pengendali
Bil. mesej : 151
 Padam Mesej Ini
41. Dihantar pada 10 April 2002 22:10:21   [Edit]
Bersama Perjalanan Hari...

Bersama lambaian senja..
ku layangkan sehelai selendang rindu
buat pengalas bantal tidurmu
biar dalam lenamu kita bersatu dalam mimpi

Bersama mentari siang
telah ku usahakan menyegar sekuntum senyum
buat penyeri harimu
agar detik masa berlalu sempurna

Bersama purnama malam...
aku menyapa bulan dalam renungan
apa yang harus ku lakukan lagi
agar kita tidak merasa 'kehilangan'

Bersama perjalanan hari...
ku titipkan doa yang tak putus bicara
kiranya tiada lagi yang akan menatap senja
tinggallah suatu yang manis untuk dikenang..

Sembang-sembang BEST OOoo...

IP : 127.0.0.1

M_74
Robot Sembang
Bil. mesej : 1127
 Padam Mesej Ini
42. Dihantar pada 11 April 2002 04:00:38   [Edit]
Assalamualaikum..

sue_marie : kerana kau adalah teman ku.. sudah pasti
aku tetap dengan apa yang kukatakan..

kelmarin yang hilang..

IP : 161.142.78.83

LieYani
Penyembang Senior
Bil. mesej : 417
 Padam Mesej Ini
43. Dihantar pada 11 April 2002 04:43:20   [Edit]

Sue

Bukan sedih, cuma kekadang tu
fikiran bercelaru....
tu yang jadi gitu tuuhh...

*NJ* - s01....Senyum itu satu sedekah

IP : 192.91.75.29

sue_marie
Pengendali
Bil. mesej : 151
 Padam Mesej Ini
44. Dihantar pada 11 April 2002 21:53:54   [Edit]
Kopivosian dan selamat bersembang sastera...
pertamanya ucap terima kasih buat kesetian rakan karya budiman
menemani bicara sue di sini...

M_74: .. ku jua pasti dengan apa yang diperkatakan kerana keyakinan ku berkata sedemikiannya.. walaupun aku tidak melihat
kesungguhan kata-kata itu dengan mata...namun maaf jika aku sampai membiarkan ada kaki yang terpijak duri akibat kelekaanku..


**************

ani..:..hmmm.. manusia mana yang tidak pernah merasa kesedihan..
tanpa mengenal kesedihan tidak akan menghargai kebahagian ..
terima kasih ani...

Sembang-sembang BEST OOoo...

IP : 127.0.0.1

sue_marie
Pengendali
Bil. mesej : 151
 Padam Mesej Ini
45. Dihantar pada 11 April 2002 22:00:18   [Edit]
Malam ini.. izinkan bicara ini meneruskan apa yang ada tersirat...



BICARA BERSAMA 3 - Ampuhkah Kembara Kita..?

Serasa ingin ku sentuh wajahmu
dan ku belai rambutmu
agar reda sendumu
agar melerai sedih dari hatimu
namun bisik-bisik bertanya
tegakah juangku menghalalkan sentuhan dan belaian itu..

Dan ingin jua ku sandarkan kepala ke dadamu
mendakap sentuhan dan belaian
tapi siapalah diri ini
yang hanya meminjam teduhan sayang
bersama bisik-bisik hati yang kelu...

Bersama masa yang saban tiba dan berlalu sentiasa
lahir pertukaran siang dan malam
antara keduanya menyapa
antara garis fajar subuh
dan langit kirmizi senja
perjalanannya tiada hentian
hinggalah ke akhiran dunia nanti
ampuhkah kembara kita...?
begitu jua dengan berteduh sayang di linangan airmata..

Kalau dapat ku sauhkan rasa yang terselat
hingga ke penghujung kembara
maka akan ku genggam jalur-jalur fajar yang baru bersinar
ku harap ribut dan badai sayang menenggelamkan
layar lara di laut senja
... ada masa terkadang sedih..
... terkadang sunyi...
terkadang rindu.. serindunya....


06042002..senja semalam...

Sembang-sembang BEST OOoo...

* Mesej ini telah diedit oleh sue_marie pada 11 April 2002 22:06:27

IP : 127.0.0.1

scorpio26
Penyembang Senior
Bil. mesej : 277
 Padam Mesej Ini
46. Dihantar pada 12 April 2002 00:55:53   [Edit]
Sue :

jalan jalan arah ke hulu
hajat mencari pucuk selasih
dalam diam hati merindu
apa lagi bertambah kasih

sekadar pantun

Senyum dan Ceria ada lah penawar dari semua kedukaan

IP : 203.106.170.113

M_74
Robot Sembang
Bil. mesej : 1127
 Padam Mesej Ini
47. Dihantar pada 12 April 2002 03:02:15   [Edit]
Assalamualaikum..

sue_marie : aku merasakan.. kerapatan ini, berkait dengan
fenomena bait-bait yang kau titipkan..
di mana aku pergi.. teratak mu tetap aku kunjungi..

kelmarin yang hilang..

IP : 161.142.78.83

sue_marie
Pengendali
Bil. mesej : 151
 Padam Mesej Ini
48. Dihantar pada 12 April 2002 17:57:56   [Edit]
Salam sayang & Kopivosian..
terima kasih buat teman yang sudi..

scorpio..mekasih pantun sesama..

Pohon sireh tumbuh di pagar,
Di dalam tasik kiambang berkayuh,
Dapatkah kasih bercambah mekar,
kalau asyik merindu jauh.



M_74...keakraban itu adalah kerana bait puisi yang dibicarakan senada dengan jiwa .. dan masa telah mengikat kesamaan itu dalam kesesuaian naluri..benarkah begitu teman..

Sembang-sembang BEST OOoo...

IP : 127.0.0.1

sue_marie
Pengendali
Bil. mesej : 151
 Padam Mesej Ini
49. Dihantar pada 12 April 2002 18:00:30   [Edit]
Senja kembali melewati hari..
di sini aku kembali melepaskan bait-bait bicara..
izinkan..


Kiranya Sudah Tidak Ada Yang Rindu....

Kembali ku jejakkan kaki di pantai
ketika senja menawan hari
kala itu bayu sepoi berhembus
terasa lembut menyapa wajah..

Aduhai..
Sendirian mengunjungi pantai senja
bayu rindu melambai gemelai
ombak menderu meracik sendu
gementar atma diburu rindu

Sesekali ku cecahkan kaki di gigi air
ombak-ombak kecil kejar-mengejar menyentuh kaki
pawana merah meniti manja
menggamit sebu di pelabuhan hati

Burung-burung laut terbang pulang
melayangkan diri di angkasaraya
dalam cahaya senja kian kelam
ku cari satu wajah nan rindu

Dimanakah..tidak ku temui..
kerana diri ini sudah tiada yang rindu..


12042002..senja6pm

Sembang-sembang BEST OOoo...

IP : 127.0.0.1

scorpio26
Penyembang Senior
Bil. mesej : 277
 Padam Mesej Ini
50. Dihantar pada 12 April 2002 20:39:25   [Edit]
Sue... dah hampir penuh dah nih
bukak yang baru kay

Indah sungguh hiasan laman,
diruntun kumbang satu persatu,
Kasihkan mekar sepanjang zaman,
Sayang bertunas membelah rindu.




Senyum dan Ceria ada lah penawar dari semua kedukaan

IP : 203.106.169.199

pencari
Keyboard
Bil. mesej : 561
 Padam Mesej Ini
51. Dihantar pada 12 April 2002 20:44:27   [Edit]
nice sue marie

Walaupun Tidak Dapat Semua, Jangan Ditinggalkan Semuanya

IP : 161.142.100.80

M_74
Robot Sembang
Bil. mesej : 1127
 Padam Mesej Ini
52. Dihantar pada 13 April 2002 01:53:34   [Edit]
Assalamualaikum..

sue_marie : kebenaran itu sudah kau ketahui.. dan kebenaran itu
yang masih dipertahankan hingga ke hari ini..
apakah tiada lagi keinginan hari esok..?

kelmarin yang hilang..

IP : 161.142.78.83

LieYani
Penyembang Senior
Bil. mesej : 417
 Padam Mesej Ini
53. Dihantar pada 13 April 2002 04:58:19   [Edit]

Tidak dapat ku bayangkan
Indahnyan jika dapat terbang melayang
Bebas menghirup udara yang nyaman
Bebas melayang di angkasaraya
Menikmati indahnya alam ciptaan ILAHI....

*NJ* - s01....Senyum itu satu sedekah

IP : 192.91.75.29

c_kupukupu
Penyembang Baru
Bil. mesej : 33
 Padam Mesej Ini
54. Dihantar pada 13 April 2002 13:14:51   [Edit]
hi sue

makin aku rindu
jika kau tak disampingku

Saat kau tak disini___ ^_^ /

* Mesej ini telah diedit oleh c_kupukupu pada 13 April 2002 13:18:54

IP : 161.139.81.40

scorpio26
Penyembang Senior
Bil. mesej : 277
 Padam Mesej Ini
55. Dihantar pada 13 April 2002 15:16:38   [Edit]
sue ...
kemana lah tuan umah nih
dah melimpah ni sue

Senyum dan Ceria ada lah penawar dari semua kedukaan

IP : 210.187.246.102

sue_marie
Pengendali
Bil. mesej : 151
 Padam Mesej Ini
56. Dihantar pada 13 April 2002 23:14:49   [Edit]
Salam sayang & kopivosian buat rerakan semuanya..
hmmm..baru sebentar sue tak jenguk kat sini..dah ada yang tercari sue yer.. .. jangan marah ..gurau jer.. emm..
oklah nak respon msg yang ada dulu..


scorpio...hai..sue ada nih..
hmm..sebenarnya topik kat sembang nih.. akan terkunci setelah mencecah mesej 60..tapi kalau dah sarat betul..setakat 50 atau lebih skit dah patut dikunci pun....so kalau melepasi 50 mesej tak terkunci lagi..tak mengapalah yer scor....so kita teruskan balas2 pantun..bolehkann..
gini pantun dari sue..

Antara petang mentari beradu,
Mengapa suram waktu meniti,
Antara sayang terbitnya rindu,
Mengapa disiram sendu di hati?


**************

pencari.. hai ..terima kasih atas kunjungan ke mari..
takde apa hidangan terbaik dapat sue sajikan ..
hanya bicara bersama rerakan sekalian..
moga damai bersama di sini...

**************

M_74.. apalah yang dapat diharapkan dari mentari di esok hari..
sedangkan sinarnya belum tentu bertahan sampai ke petang..
atau dipintas hujan di tengah hari..
apa pun keinginan itulah yang mengikat kepada suatu usaha..


**************

Lieyani... terima kasih kerana masih sudi bersama..

Dapatkah ku hayati
ketenangan di air laut
dari biasan cahaya di wajahnya
berkaca-kaca memintas kejernihan

Dapatkah ku abadikan
kasih yang kehilangan jejak
sedang gema seruling
sudah lama tidak ku dengar..

Dapatkah ku pujuk jiwa yang hiba
kerana senja telah menawan cintaku..

***************

ckekupu.. alahai.. baru ini sampai ke daerah damai ini yer..
hmmm.. lama juga tidak berbalas bicara dgn kekupu kann..
apa khabar agaknya masa kini..
sering-seringlah bersama kami semua di sini..boleh kann..

Sembang-sembang BEST OOoo...

IP : 127.0.0.1

scorpio26
Penyembang Senior
Bil. mesej : 277
 Padam Mesej Ini
57. Dihantar pada 13 April 2002 23:59:57   [Edit]
sue.... thanks kerana maklumat

mengamit rindu ke ujung gua,
Gua terletak arah ke huma,
Sendu dihati lukisan jiwa,
Bila tenteram tidur pun lena.

Senyum dan Ceria ada lah penawar dari semua kedukaan

IP : 210.186.114.1

LieYani
Penyembang Senior
Bil. mesej : 417
 Padam Mesej Ini
58. Dihantar pada 14 April 2002 05:03:03   [Edit]
Sue...
Ani sering mengikuti puisi indahmu...
Cuma terkadang lidah terkelu
hingga tiada bicara berlalu...

*NJ* - s01....Senyum itu satu sedekah

IP : 192.91.75.29

bongnajib
Penyembang Setia
Bil. mesej : 131
 Padam Mesej Ini
59. Dihantar pada 14 April 2002 10:35:58   [Edit]
Sue

bukan keusangan penyebab kebantutan
bukan keusangan merobah hati
bukan keusangan penghalang imitan

ku takuti minda yang terbantut
buntu pada seketika
gelap pekat menghitam


http://community.webshots.com/user/bongnajib

>> Dalam kesamaran terserlah kejituan <<

IP : 203.106.147.71

flora
Penyembang Setia
Bil. mesej : 79
 Padam Mesej Ini
60. Dihantar pada 14 April 2002 21:56:40   [Edit]
Salam buat Sue dan teman-teman tersayang.....

Maaf....kerana lama tak kesini kerana beberapa hal yang amat
memerlukan tumpuan masa, sehingga aku bagai hamba kepada
matlamat bahagia sebuah keluarga......rumah itu syurga kita!

Teruskan bersajak @ berpuisi demi sastera pertiwi....aku rindu
berkarya, apakan daya, kelam sudah ruang ilham....kering sudah
lautan pengalaman.....gering sudah naluri seni.....gersang sudah
lapang berjuang.....namun teman-teman teruskanlah!

Salam rindu buat semua....moga dapat kita ketemu di MDC bila
Pusat Karya pulih semula.....aku beristirahah dahulu....kesihatan
sudah dipenghujung jalan.....doakanlah diriku teman!

Flora
14042002


hidup sentiasa kreatif

IP : 210.186.152.175

Hantar Topik Baru | Topik Telah Dikunci
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej


Sembang2 versi 6.0
Hakcipta Terpelihara 2002© Melayu.com

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam
Soalan Lazim | Hubungi Kami